Living In The Eighties

Assalamualaikum w.b.t,



This blog I made as a personal use to keep my memories back in the 80's when I live in Ipoh. Friends, families and others who are interest and grown in the 80's are welcome to surf on in this site.

The era of the 80's was the most memorable moments of my life. There's happy and sad moment that I could'n forget. It's not because I'm not happy with my life currently but living in that time was more enjoyable, no heavy obligations , studies with friends together, playing football, badminton and live with my loveble families. Besides, I still have my parents which I miss so much.

Here, I add almost all the popular and top songs from around the 80's that I include a stories and history of that era along with the video clips. I also include several songs from the 60's and 70's with world wide history.There are also a photo's of my hometown, school's, places, family and friends that are related with me in the 80's.

Besides loving listening to music and watching films, I'm also an active sports person specially football and badminton. Besides I also lke to play tennis, table tennis and others. I' m a fan of Man United FC and my favourites players are Bryan Robson, Maradona, Ray Wilkins, Steve Coppell, Jesper Olsen and my favourites reading that time is Shoot magazine which publishes from England, and I still have a collection of it. There's also a slideshow and to make bigger view click to

View All Images>Original View on the screen

It's been since 1990 that I left Green Town, Ipoh and working in this mega metro Kuala Lumpur and the old memories still in my heart.
Last but not least, I thanked my wife for helping me create this blog, as I'm not a very good user of it and hopefully it's will call our memories in the 80's which so wonderful and awesome.























Saturday, December 17, 2011

Ipoh : Yesterday And Today -Pawagam

Sekitar tahun 70 dan 80'an tedapat banyak pawagam di Ipoh. Ada lebih kurang sedozen panggung wayang yang menayangkan pelbagai genre filem. Kebanyakan panggung wayang di Ipoh direka oleh seorang arkitek Denmark Berthel Michael Iversen yang menetap di Ipoh (1906-76 )terutamanya pawagam milik Shaw Brothers.
Berthel Michael Iversen (1906-1976)
Arkitek yamg bamyak membina bangunan kerajaan dan pawagam di Malaya dan Asia Tenggara. Mempunyai pejabat dan anak yang lahir di Ipoh.

Tiket wayang ketika itu adalah serendah 65sen sahaja. Saya (walaupun kurang mampu) -masih sekolah lagi, kaki wayang juga. Boleh katakan semua pawagam di Ipoh ni saya dan masuk. Dari cite omputih,Melayu, Hindustan, Indonesia,Cina, semua saya tonton. Kini pawagam- pawagam di Ipoh semua telah ditutup. Bermula dengan penggunaan vcr yang berleluasa pada pertengahan 80'an, pengaruh panggung wayang telah mulai pudar..bangunan bekas panggung wayang ini telah diubahsuai untuk bidang komersial lain.

Panggung Ruby (1950 an-1990an)
Direka oleh B.M Iversen. Terletak di Anderson Road, mula menayangkan filem-filem Hollywood dan kemudian filem Hong Kong.

Ruby pada tahun 1949 - Poster filem Hollywood 'Gone With The Wind'

Ruby tahun 1990'an
Panggung Ruby -Sekarang gedung perabot


 Panggung Rex (1948-1990'an)
Terletak di Anderson Road bersebelahan Hume Street, Dibina pada tahun 1948 oleh BM Iversen. Dimiliki oleh Shaw Brothers, panggung Rex adalah adik kecil kepada pawagam Lido dan menayangkan filem-filem yang tidak dapat di tayangkan di pawagam lain akibat kepadatan filem pada masa itu. Dibelakang pawaganm masih terdapat kedai keranda Cina. Satu perkara mengenai panggung Rex ia dianggap berhantu seperti panggung Odeon! Dua naga besar terukir di kiri kanan di dalam panggung kononnya untuk melindungi roh penontong..ha..ha..Sekarang bangunan Rex merupakan kedai alatan perabot

Panggung Rex

Panggung Rex tqhun19990'an

Panggung Rex sekarang

  Pawagam Lido (1957-2001)
Dirasmikan pada tahun 1957. Hasil rekaan BM Iversen. Berhadapan dengan pawagam Cathay di Cockman Street. Pawagam ini menayangkan filem Hollywood

 
                                                
Panggung Lido - Dibina tahun 1957
Lido tahun 1970'an

Keadaan dalam Pawagam Lido






Pawagam Grand (1940'an-2000)
Juga dibina oleh BM Iversen .Pawagam Grand dan Jubilee Park(Entertainment) adalah dalam satu kawasan.Panggung Grand menyangkan filem-filem Hindustan dan Tamil.Sekarang pusat pakaian pengantin sementara Jubilee masih tempat hiburan.

Pawagam Grand pada tahun 1960'an



Panggung Grand dan Jubbilee Park sekarang
Pawagam Odeon (1939-1986)
Direka oleh Berthel Michael Iversen untuk Towkay Foo Yinn Fong,pawagam ini, dalam kantonis disebut "Koh Ting", bermana 'menara tinggi' dibina pada  1930's dan asalnya dinamakan pawagam Rex. Asalnya menyangkan opera Cina dan pentas opera tetapi kemudiannya dijadikan pawagam oleh Shaw Brothers pada  1939.
Selepas perang, pawagam ini diubahsuai dan dinamakan panggung Odeon.
Odeon dianggap sebagai panggung berhantu kerana di bekangnya terdapat kubur kristian.Kalau nonton cerita hantu tahun 80'an seperti Sundel Bolong pada vtengah malam, rasa kecut lain macam aje bila keluar dari pintu panggung yang berhampiran dengan kubur kristian tu..

Odeon pada tahun 1950'an
Pawagam Odeon dahulu
Odeon sekarang - Tempat restauran makanan Cina

Pawagam Sun (1917-1981)    
Pawagam ini dibina oleh  Stark and McNeil, pada 1917, untuk  Leong Eng Khean ( anak pertama  Towkay Leong Fee).Terletak di Brewster Road dan dimiliki oleh Shaw Brothers.
Menayangkan filem-filem koboi Hollywood seperti lakonan John Wayne, pawagam ini mula suram pada tahun 1970'an akibat kemunculan pawagam lain yang moden. Pada tahun 1981 pawagam Sun di tutup untuk memberi laluan kepada pembinaan bangunan komersial yang lain.                                                      

Pawagam Sun pada tahun 1950'an
Pawagam Sun tahun 1950'an
Pawagam Sun foto 1983
Pawagam Majestic (1940-1990'an)  
Dibina pada tahun 1940'an oleh Bm Iversen, terletak di Jalan Chamberlain. Pawagam majestic menayangkan filem-filem Hong Kong seperti lakonan Bruce Lee dan kemudiannya menayangkan filem Inggeris, Melayu dan Tamil. Dirobohkan pada tahun 2012 untuk pembinaan Majestic Empire Buildings..
                                                            
Pawagam Majestic pada tahun 1950'an
Majestic pada tahun 1990'an
Pawagam Majestic menjadi gedung jualan perabot 
Bangunan lama pawagam Majestic telah dirobohkan pada 2012

Pawagam Cathay (1957 -2007)
Dibuka pada tahun 1957 oleh Sultan Perak YM Raja Izzudin Shah dan direka oleh BM Iversen. Terletak di Cockman Street dahulunya adalah kawasan ladang getah. Dianggap pawagam high class di Ipoh dan menayangkan filem-filem Inggeris dari Hollywood.
Zaman sekolah rendah dulu boleh kata tiap2 hari lalu pawagam ini untuk berulang alik rumah-sekolah. Kira pawagam 1st classla kat Ipoh. Hanya tayang filem omputih. Filem lama yang teman pernah tengok sini sepert 'King Kong' tahun 1975. Lain2 sperti Star Wars..Masih ingat lagi masa darjah 4 (1975)  saya dan beberapa kawan membuat kerja volunteer menyapu sampah dalam panggung semata untuk menonton filem 'Jaws' secara percuma..he..he..

Malam Pembukaan rasmi pawagam Cathay pada 1957

Cathay pada tahun 1960'an
Cathay ketika tayang filem 'Star Wars'
Cathay -Sekarang tempat jualan komersial dan bersambung dengan Supermarket The Store


Pawagam Capitol(1948-1990)
Terletak di Anderson Rd. Juga hasil seni bina BM Iversen. pawagam in telah musnah akibat kebakaran kira-kira 20 tahun lalu dan menjadi tapak parkir kereta.
Pawagam Capitol, Ipoh

Pawagam Star (1959-1989)
Terletak di Jalan Chamberlain Hulu berhadapan MGS. Digelar juga panggung 'Sing Kong


Panggung Star foto 1959

Pawagam Star yang telah ditutup

Bangunan pawagam Star sekarang,
Pawagam Hoover 
Terletak di tepi Sungai Kinta berhadapan Flat Seri Kinta yang setinggi 20 tingkat (bangunan tinggi pertama di Ipoh)

Pangung Hoover - telah diubah menjadi gereja

Sekarang pawagam-pawagam ini semua telah ditutup, ada juga yang telah dirobohkan seperti Majestic, Sun  dan Capitol. Diharap pihak kerajaan Perak dapat mengekal dan memelihara bangunan-bangunan bersejarah ini sebagai salah satu khazanah negara yang tidak yernilai sepertimana kerjaan negeri Melaka dan Pulau Pinang memelihara harta peninggalan sejarah ini

No comments: