Era Badminton 80'an
Updated April 2020
Era 80'an, masih tedapat sedikit pemain-pemain yang masyhur pada zaman 70'an seluar jeans baggy kaki lebar dan rambut 'Afro look' ala-ala David Arumugam Alleycats yang aktif. Punch Gunalan, Ng Boon Bee (Malaysia), Ilie Sumirat, Tjun-Tjun, Johan Wahyudi (Indonesia), Svend Pri, Flemming Delfs (Denmark) sudah mengundur diri. Legendary Rudy Hartono sudah sampai ke hujung karier namun sempat menggapai Johan Dunia 1980 sebelum bersara.
Saya sendiri ketika era ini berusia awal belasan tahun sehinggalah awal 20'an sudah meninggalkan gelanggang badminton yang saya mainkan sejak 1976 kerana lebih bergiat aktif dalam bolasepak. Pun begitu, minat saya dalam dunia badminton masih tinggi dan sentiasa mengikuti perkembangan badminton semasa.
Malaysia menganjurkan pelbagai acara sukan badminton pada ketika ini, Piala Thomas 1988, Piala Dunia Alba, Grand Prix Finals, Terbuka Malaysia dan lain-lain lagi. Sukan badminton selain bola sepak memang sentiasa menjadi menjadi topik utama dalam ruangan sukan surat-surat khabar tempatan. Perlawanan badminton melibatkan pemain Malaysia di Stadium Negara kerap ditayangkan live di kaca tv. Kalau tiada siaran langsung di Tv, Radio Malaysia dengan pengulas terkenalnya Hasbullah Awang akan sentiasa bersedia memberikan live commentary di corong-corong radio. Selalu live badminton dari Stadium Negara siarannya waktu malam, kadang-kadang melewati larut malam. Kalau tv livenya final aje, tapi kalau radio boleh kata saban malam ada live. Member-member kekadang kerap mengajak lepak tapi bila ada live bola atau badminton di radio, saya lebih rela dok umoh and 'stay at home'. Siapa yang pernah mendengar siaran langsung bola dan badminton di radio? Memang mendebarkan kerana kita hanya boleh mendengar dan membayangkan situasi melalui telinga sahaja. Kalau sekarang kita boleh samakan dengan kemahiran i-Think atau Peta Minda, ha..haa..
Di tambah dengan munculnya anak-anak Sidek yang menambah rencam keseronokan dan keghairahan badminton negara, ini adalah saat dan masa yang membawa kenangan indah, kekecewaan dan kemurungan dalam badminton negara. Macam-macam ada..
China yang baru menyertai World Badminton Federation (WBF) pada 1977 memang telah disedari akan memberikan tentangan sengit kepada penguasaan total Indonesia sebelum ini. Denmark yang merupakan wakil tunggal memberi saingan kepada Indonesia sebelum ini sentiasa mengeluarkan produk pemain yang berwibawa. Manakala Malaysia yang mengalami 'Zaman Gelap' 70'an setelah pengunduran era emas Punch Gunalan dan rakan-rakan mendapat sinar baru apabila munculnya anak-anak Sidek, Misbun Razif dan Jalani Sidek.
Zaman Kegemilangan Keluarga Sidek - Dari kiri, Haji Sidek, Razif, Misbun, Rashid dan Jalani Sidek |
Anak-anak Sidek sekarang, Rashid, Misbun, Rahman, Jalani dan Razif Sidek |
Tibalah masa sekarang generasi baru nak 'up' 80'an untuk menonjolkan diri menguasai pentas dunia badminton era 80'an.
Berikut ialah 10 Pemain Terbaik Single 80'an yang saya pilh berdasarkan pencapaian, kemahiran dan ketahanan jangkamasa mereka bermain dalam dekat tersebut.
Morten Frost Hansen |
Morten Frost pernah melatih Lee Chong wei |
Sepanjang kariernya yang panjang, Frost hampir memenangi semua kejuaraan utama dunia, kecuali Kejuaraan Badminton Dunia yang mana beliau tewas dalam dua perlawanan akhir pada 1985 kepada Han Jian dari China. Apabila Frost mara ke perlawanan akhir buat kali kedua berturut-turut dan tewas kepada Yang Yang pada 1987 di Beijing, pemerhati sukan menyatakan ' The world greatest badminton player may never be World Champion' ( Pemain terhebat dunia mungkin tidak akan menjadi Juara Dunia'
Seperti pemain-pemain Eropah yang lain ketika itu yang jarang berkunjung ke Asia, Frost menghadapi masalah ketika bermain di Asia terutama Kuala Lumpur dan Jakarta kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan iklim panas Asia. Frost tidak pernah menjuarai kejohanan yang diadakan di dua buah negara ini walaupun pernah melangkah ke final Terbuka Indonesia.
Walaupun kegagalan ditabalkan Juara Dunia agak mengecewakan, Frost menguasai kebanyakan gelaran yang amat berprestij di dunia ketika itu, dengan empat Kejuaraan All England. Dia memegang rekod sebagai pemain yang paling banyak mara ke perlawanan akhir All England sebanyak 8 kali sebelum diatasi oleh Lin Dan pada 2018 sebanyak 10 kali. Frost juga menjuarai Terbuka Denmark dengan rekod 8 kejuaraan.
Berbeza dengan pemain lain, Frost memenangi hampir semua kejohanan Grand Prix sekurang-kurangnya sekali dan mewakili skuad kebangsaan Denmark selama 15 tahun, dari tahun 1976 sehingga 1991. Frost juga merupakan pemain yang paling banyak meraih kejuaraan Grand Prix dengan jumlah 30 kejuaraan, sesuatu yang tidak mampu dicapai oleh oemain-pemain lain sezamannya. Saya memilih Morten Frost Hansen sebagai Pemain Badminton Terhebat Era 80'an
PENCAPAIAN UTAMA
Juara All England - 1982, 1984,1986, 1987
Naib Juara All England - 4 kali
Juara Grand Prix Finals - 1984
Juara Terbuka Denmark - 8 kali
Naib Juara Dunia - 1985,1987
Jumlah Kejuaraan Grand Prix - 30
Men's singles
Year | Tournament | Opponent | Score | Result |
---|---|---|---|---|
1983 | Swedish Open | Misbun Sidek | 15-9, 10-15, 13-15 | Runner-up |
1983 | All England Open | Luan Jin | 2-15, 15-12, 4-15 | Runner-up |
1983 | Scandinavian Open | Prakash Padukone | 18-17, 15-2 | Winner |
1983 | World Grand Prix Finals | Luan Jin | 2-15, 6-15 | Runner-up |
1984 | Chinese Taipei Open | Hastomo Arbi | 15-11, 15-7 | Winner |
1984 | Japan Open | Liem Swie King | 15-1, 18-15 | Winner |
1984 | Scottish Open | Kevin Jolly | 15-11, 15-2 | Winner |
1984 | Denmark Open | Jens Peter Nierhoff | 15-1, 15-2 | Winner |
1984 | All England Open | Liem Swie King | 9–15, 15–10, 15–10 | Winner |
1984 | Malaysia Open | Icuk Sugiarto | 9-15, 4-15 | Runner-up |
1984 | Scandinavian Open | Han Jian | 15-10, 15-9 | Winner |
1984 | World Grand Prix Finals | Liem Swie King | 15-5, 15-4 | Winner |
1985 | Hong Kong Open | Yang Yang | 10-15, 11-15 | Runner-up |
1985 | Denmark Open | Sung Han-kuk | 15-4, 15-5 | Winner |
1985 | All England Open | Zhao Jianhua | 15-6, 10-15, 15-18 | Runner-up |
1985 | English Masters | Steve Baddeley | 15-12, 11-15, 15-11 | Winner |
1985 | Scandinavian Open | Lius Pongoh | 15-5, 15-8 | Winner |
1986 | German Open | Michael Kjeldsen | 15-4, 15-3 | Winner |
1986 | Scandinavian Open | Torben Carlsen | 15-5, 15-5 | Winner |
1986 | All England Open | Misbun Sidek | 15-2, 15-8 | Winner |
1986 | Denmark Open | Michael Kjeldsen | 15-9, 15-10 | Winner |
1986 | English Masters | Sze Yu | 15-8, 15-5 | Winner |
1986 | World Grand Prix Finals | Yang Yang | 13-18, 8-15 | Runner-up |
1987 | Poona Open | Jens Peter Nierhoff | 15-11, 15-11 | Winner |
1987 | All England Open | Icuk Sugiarto | 15–10, 15–0 | Winner |
1987 | English Masters | Steve Baddeley | 18-13, 15-18, 15-12 | Winner |
1988 | Poona Open | Ib Frederiksen | 15-10, 15-9 | Winner |
1988 | German Open | Xiong Guobao | 15-4, 15-6 | Winner |
1988 | All England Open | Ib Frederiksen | 15-8, 7-15, 10-15 | Runner-up |
1988 | French Open | Icuk Sugiarto | 10-15, 15-6, 2-15 | Runner-up |
1988 | English Masters | Ardy Wiranata | 15-8, 15-8 | Winner |
1988 | Scottish Open | Nick Yates | 15-7, 15-5 | Winner |
1989 | Chinese Taipei Open | Eddy Kurniawan | 15-12, 15-3 | Winner |
1989 | Swedish Open | Allan Budi Kusuma | 15-4, 15-4 | Winner |
1989 | All England Open | Yang Yang | 6-15, 7-15 | Runner-up |
1989 | German Open | Steve Baddeley | 15-6, 15-4 | Winner |
1989 | Denmark Open | Zhao Jianhua | 15-12, 15-13 | Winner |
1989 | Scottish Open | Jens Peter Nierhoff | 15-2, 15-5 | Winner |
1990 | Finnish Open | Hermawan Susanto | 15–13, 4–15, 15–9 | Winner |
1990 | Japan Open | Poul-Erik Høyer Larsen | 15-9, 15-4 | Winner |
1990 | Denmark Open | Poul-Erik Høyer Larsen | 15-4, 10-15, 15-17 | Runner-up |
2 Liem Swie king (Indon) DOB 1956
Lagenda Indonesia - Liem Swee King |
King bermain pada lima Kejohanan Piala Thomas dan merupakan antara pemain yang menguasai bersama-sama Morten Frost, Han Jian, Luan Jin Prakash Padukone dan Misbun Sidek pada awal hingga pertengahan 80'an.
Swie King menjuarai kejuaraa pertamanya di terbuka Sweden 1977. Dengan perwatakan tenang dan muka handsome sehingga pernah berlakon dalam filem Indonesia, senjata utama King adalah seorang pemain yang agresif dan mengamalkan attacking game dan berkebolehan membuat jumping smash dari baseline yang merupakan trademark beliau.
King juga hampir senasib dengan Morten Frost menjuarai hampir semua kejuaraan utama dunia kecuali Kejohanan Dunia. King tewas kepada mentornya Rudy Hartono pada final di Istora Senayan 1980 ( mungkin memberi peluang kepada Hartono menutup karier sebagai Juara Dunia ? ) dan tewas kepada rakan senegara, Icuk Sugiarto yang merupakan juara baru Indonesia, enam tahun lebih muda dari King dalam pertrungan hebat tiga sets dengan tewas 1 mata akhir, 15-8, 12-15, 16-17.
Hail The King!!
PENCAPAIAN UTAMA
Juara All England - 1978,79,81
Juara Sukan Asia - 1978
Juara Piala Dunia - 1981,86
Naib Juara Dunia - 1980, 1983
Year | Tournament | Opponent | Score | Result |
---|---|---|---|---|
1976 | All England | Rudy Hartono | 7–15, 7–15 | Runner-up |
1977 | All England | Flemming Delfs | 17–15, 11–15, 8–15 | Runner-up |
1977 | Swedish Open | Flemming Delfs | 15–4, 15–8 | Champion |
1978 | All England | Rudy Hartono | 15–10, 15–3 | Champion |
1978 | Denmark Open | Thomas Kihlström | 8–15, 15–9, 15–7 | Champion |
1979 | All England | Flemming Delfs | 15–7, 15–8 | Champion |
1979 | Badminton World Cup | Iie Sumirat | 15–8, 15–8 | Champion |
1980 | All England | Prakash Padukone | 3–15, 10–15 | Runner-up |
1980 | English Masters | Rudy Hartono | 15–11, 15–3 | Champion |
1981 | All England | Prakash Padukone | 11–15, 15–4, 15–6 | Champion |
1982 | Badminton World Cup | Misbun Sidek | 15–12, 3–15, 15–12 | Champion |
1983 | Indonesia Open | Hastomo Arbi | 15–6, 15–1 | Champion |
1983 | Malaysia Open | Hastomo Arbi | 15–11, 15–1 | Champion |
1983 | BWF World Championships | Icuk Sugiarto | 15-8, 12-15, 17-16 | Runner-up |
1984 | All England | Morten Frost | 15–9, 10–15, 10–15 | Runner-up |
1984 | Japan Open | Morten Frost | 8–15, 1–15 | Runner-up |
3. ZHAO JIANHUA -DOB 1965
Zhao Jianhua |
Zhao Jianhua dan Morten Frost |
Zhao Jianhua pernah menjadi Jurulatih kelab di Purple League |
Walaupun tidak se konsisten rakan seangkatan Yang Yang, Zhao Jianhua hampir memenangi semua kejuaraan utama dunia. Jianhua menewaskan Yang Yang dua kali berturut dalam final Sukan Asia 1986 dan 1990 untuk membuktikan dia lebih baik dari Yang Yang. Jianhua dimahkotakan sebagai Juara Dunia 1991 dan bersedia untuk menakluk olimpik 92'.
Jianhua sudah bersedia untuk melengkapkan semua kejuaraan untuk menjadi pemain pertama dunia mencipta Grand Slam, Juara Dunia, Juara All England, Juara Sukan Asia.
Beliau diletakkan sebagai pilihan utama untuk merangkul emas Olimpik Barcelona 92. Namun sesuatu tidak diduga berlaku. Jianhua tewas kepada pemain no.5 Indonesia Hermawan Susanto di peringkat suku akhir. Kekalahan awal Jianhua membuatkan Indonesia mendominasi single lelaki, emas untuk Alan Budikusuma, perak untuk Ardy Wiranata dan gangsa untuk Hermawan Susanto.
PENCAPAIAN UTAMA
Juara Dunia - 1991
Juara All England - 1985, 1990
Juara Sukan Asia - 1986, 1990
Juara Grand Prix Dunia - 1991
Jumlah Kejuaraan - 15
Year | Tournament | Opponent | Score | Result |
---|---|---|---|---|
1985 | Japan Open | Han Jian | 15-10, 15-3 | Winner |
1985 | Swedish Open | Han Jian | 14-18, 15-1, 15-18 | Runner-up |
1985 | All England Open | Morten Frost | 6–15, 15–10, 18–15 | Winner |
1986 | Malaysia Open | Misbun Sidek | 15-10, 15-13 | Winner |
1987 | Japan Open | Xiong Guobao | 15-12, 13-15, 10-15 | Runner-up |
1987 | China Open | Xiong Guobao | 15-10, 8-15, 15-6 | Winner |
1987 | Thailand Open | Eddy Kurniawan | 15-10, 15-10 | Winner |
1988 | China Open | Ardy Wiranata | 15-10, 15-8 | Winner |
1989 | Malaysia Open | Xiong Guobao | 11-15, 8-15 | Runner-up |
1989 | Denmark Open | Morten Frost | 12-15, 13-15 | Runner-up |
1990 | All England Open | Joko Suprianto | 15-4, 15-1 | Winner |
1990 | Singapore Open | Foo Kok Keong | 15-8, 10-15, 9-15 | Runner-up |
1991 | China Open | Alan Budi Kusuma | 15-7, 5-15, 12-15 | Runner-up |
1991 | World Grand Prix Finals | Wu Wenkai | 15-9, 5-15, 15-7 | Winner |
1992 | All England Open | Liu Jun | 13-15, 13-15 | Runner-up |
1992 | Japan Open | Ardy Wiranata | 15-11, 7-15, 10-15 | Runner-up |
1992 | Singapore Open | Ardy Wiranata | 15-3, 15-1 | Winner |
4 YANG YANG (DOB 1963)
Yang Yang |
Lee Chong Wei bersama Yang Yang |
Yang Yang mempunyai agiliti yang hebat, footwork yang pantas, ketepatan dan tenang di bawah tekanan dan dianggap salah seorang dari 10 pemain terhebat sepanjang zaman. Bersama Morten Frost, Zhao Jianhua dan Icuk Sugiarto, mereka merupakan pemain yang menguasai dunia badminton dari pertengahan 80'an hingga 1990.
Yang Yang hampir menjuarai semua kejuaraan utama dunia termasuk Sukan Olimpik 1988 bila mana badminton merupakan satu pertandingan demonstrasi. Cuma beliau dinafikan pingat emas Sukan Asia apabila ditewaskan oleh rakan senegara Zhao Jianhua pada dua perlawanan akhir tahun 1986 dan 1990.
PENCAPAIAN UTAMA
Juara Dunia - 1987, 1989
Juara All England - 1989
Juara Grand Prix Dunia - 1986
Naib Juara Sukan Asia 1986,1990
Jumlah Kejuaraan - 13
Year | Tournament | Opponent | Score | Result |
---|---|---|---|---|
1985 | Hong Kong Open | Morten Frost | 15-10, 15-11 | Winner |
1986 | Japan Open | Ib Frederiksen | 5-15, 15-6, 15-8 | Winner |
1986 | Hong Kong Open | Icuk Sugiarto | 6-15, 15-8, 15-6 | Winner |
1986 | World Grand Prix Finals | Morten Frost | 18-13, 15-8 | Winner |
1987 | Scandinavian Open | Icuk Sugiarto | Walkover | Winner |
1987 | Malaysia Open | Steen Fladberg | 4-15, 15-10, 15-7 | Winner |
1987 | Indonesia Open | Eddy Kurniawan | 15-6, 15-8 | Winner |
1988 | Hong Kong Open | Icuk Sugiarto | 15-7, 1-15, 11-15 | Runner-up |
1989 | Japan Open | Foo Kok Keong | 15-2, 15-10 | Winner |
1989 | All England Open | Morten Frost | 15-6, 15-7 | Winner |
5. ICUK SUGIARTO ( DOB 1962 )
Icuk Sugiarto bersama anaknya Tommy Sugiarto |
Icuk menewaskan mentornya Liem Swee King untuk bergelar Juara Dunia 1983 dan merupakan pencapar kepada Frost, Jianhua dan Yang Yang untuk menjadi pemain nombor satu dunia ketika itu.
PENCAPAIAN UTAMA
Juara Dunia - 1983
Juara Piala Dunia - 1985, 1987
Juara Sukan SEA - 1985,87,89
Jumlah Kejuaraan -16
Year | Tournament | Opponent | Score | Result |
---|---|---|---|---|
1982 | Indonesia Open | Lius Pongoh | 15–9, 15–8 | Champion |
1982 | Swedish Open | Misbun Sidek | 15–9, 14–18, 13–15 | Runner-up |
1983 | Chinese Taipei Open | Prakash Padukone | 15–10, 15–8 | Champion |
1983 | England Masters | Jens Peter Nierhoff | 7–15, 12–15 | Runner-up |
1983 | Holland Masters | Steve Baddeley | 11–15, 9–15 | Runner-up |
1984 | Thailand Open | Prakash Padukone | 13–15, 15–5, 15–4 | Champion |
1984 | Malaysia Open | Morten Frost | 15–9, 15–4 | Champion |
1985 | Badminton World Cup | Morten Frost | 15–11, 8–15, 15–4 | Champion |
1985 | Thailand Open | Xiong Guobao | 15–6, 15–3 | Champion |
1986 | Badminton World Cup | Morten Frost | 5–15, 15–6, 15–11 | Champion |
1986 | China Open | Misbun Sidek | 15–13, 15–11 | Champion |
1986 | Indonesia Open | Sze Yu | 15–6, 15–6 | Champion |
1986 | Hong Kong Open | Yang Yang | 15–6, 8–15, 6–15 | Runner-up |
1986 | Chinese Taipei Open | Sze Yu | 15–4, 14–17, 5–15 | Runner-up |
1987 | All England | Morten Frost | 10–15, 0–15 | Runner-up |
1987 | Scandinavian Open | Yang Yang | w.o | Runner-up |
1988 | Indonesia Open | Lius Pongoh | 15–6, 15–4 | Champion |
1988 | Chinese Taipei Open | Lius Pongoh | 15–8, 15–11 | Champion |
1988 | French Open | Morten Frost | 15–10, 6–15, 15–2 | Champion |
1988 | Hong Kong Open | Yang Yang | 7–15, 15–1, 15–11 | Champion |
1988 | Dutch Open | Jens Peter Nierhoff | 11–15, 15–9, 4–15 | Runner-up |
6. HAN JIAN (DOB 1956)
Han Jian |
Han Jian aktif di peringkat antarabangsa pada awal dan pertengahan tahun 80'an. Merupakan pemain utama China, beliau membantu China menjuarai Piala Thomas 1982 dan 1986 menewaskan musuh utama Indonesia. Pesaing sezaman beliau yang utama ialah Morten Frost, Liem Swee King, Prakash Padukone dan Misbun Sidek dan rakan senegara Luan Jin. Terkenal dengan permainan tenang dan digelar 'sticky candy' kerana menggunakan taktik rally yang panjang untuk memaksa pihak lawan melakukan kesilapan
Antara pecapaian utama Han Jian ialah muncul Juara Dunia 1985 menewaskan Morten Frost Juara Grand Prix Final 1985.
Han Jian adalah 10 antara pemain hebat dunia sepanjang zaman.
PENCAPAIAN UTAMA
Juara Dunia - 1985
Juara Sukan Asia - 1985
Juara Piala Dunia - 1983, 1984
Juara Grand Prix Dunia - 1985
Jumlah Kejuaraan - 09
Rank | Event | Date | Venue |
---|---|---|---|
World Championships | |||
1 | Singles | 1985 | Calgary, CAN |
3 | Singles | 1983 | Copenhague, DEN |
Thomas & Uber Cup | |||
1 | Team | 1982 | London, ENG |
1 | Team | 1986 | Jakarta, INA |
Asian Games | |||
1 | Singles | 1982 | New Delhi, IND |
World Cup | |||
1 | Singles | 1983 | Kuala Lumpur |
1 | Singles | 1984 | Jakarta |
World Grand Prix | |||
1 | Singles | 1983 | Japan Open |
1 | Singles | 1984 | Dutch Open |
1 | Singles | 1985 | World Grand Prix finals |
1 | Singles | 1985 | Indonesia Open |
1 | Singles | 1985 | Swedish Open |
7. LUAN JIN ( DOB 1958 )
Luan Jin |
Luan Jin mungkin tidak se popular rakan senegaranya , Han Jian. Namun Luan Jin dianggap antara pemain terhebat dunia pada awal dan pertengahan 80'an di samping Frost, Swee King, Han Jian dan Prakash Padukone apabila China menyertai WBF pada 1977.
Luan Jin menjuarai All England pada 1983 menewaskan Morten Frost untuk membalas dendam kekalahannya kepada Frost pada Final All England 1982.
Luan Jin juga merupakan pemian kunci utama apabila China menewaskan Indonesia 5-4 dalam perlawanan akhir Piala Thomas 1982, dan juga Piala Thomas 1984 apabila Indonesia menewaskan China 5-4. Dalam kedua-dua perlawanan final ini, Luan Jin menewaskan Rudy hartono dan Liem Swee King, dua pemain terhebat Indonesia sepanjang zaman.
PENCAPAIAN UTAMA
Juara All England - 1983
Juara Grand Prix Dunia - 1983
Luan Jin menjuarai All England pada 1983 menewaskan Morten Frost untuk membalas dendam kekalahannya kepada Frost pada Final All England 1982.
Luan Jin juga merupakan pemian kunci utama apabila China menewaskan Indonesia 5-4 dalam perlawanan akhir Piala Thomas 1982, dan juga Piala Thomas 1984 apabila Indonesia menewaskan China 5-4. Dalam kedua-dua perlawanan final ini, Luan Jin menewaskan Rudy hartono dan Liem Swee King, dua pemain terhebat Indonesia sepanjang zaman.
PENCAPAIAN UTAMA
Juara All England - 1983
Juara Grand Prix Dunia - 1983
Prakash Padukone |
Prakash Padukone diarak sebagai hero di New Delhi apabila menjadi pemain India pertama menjuarai All England pada tahun 1980 |
Prakash bersama anaknya, Deepika Padukone pelakon Bollywood |
Prakash Padukone adalah pemain India yang aktif di peringkat antarabangsa lewat 70'an hingga lewat 80'an. Prakash merupakan pemain India pertama yang pertama dari hanya dua orang pemain India yang pernah merangkul kejuaraan All England. seorang lagi ialah Gopichand Pullela pada 2001.
Terkenal dengan permainan tenang dengan stroke dan net play yang cantik dan merupakan pesaing hebat kepada Morten Frost, Swie King, Han Jian, Luan Jin dan Misbun pada zamannya.
PENCAPAIAN UTAMA
Juara All England - 1980
Juara Piala Dunia - 1981
Juara Grand Prix Final - 1979
Juara Sukan Komanwel - 1978
Ketiga - Kejohanan Dunia 1983
Jumlah Kejuaraan - 5
Birth name | Prakash Padukone |
---|---|
Country | India |
Born | 10 June 1955 Udupi, Karnataka, India |
Height | 1.85 m (6 ft 1 in) |
Handedness | Right |
Men's singles | |
Highest ranking | 1[1] (1980) |
9. XIONG GUOBAO ( DOB 1962 )
Xiong Guobao |
Xiong Guobao sekarang melatih pemain dari pelbagai kelab badminton |
Selain pencapaian terbaik sebagai Juara Grand Prix Final 1987 dan 1989, Guobao juga menjuarai beberapa kejohanan terbuka.
PENCAPAIAN UTAMA
Champion United States Open (1984)
Champion Japan Open (1987),
Champion Hong Kong Open(1987),
Champion Malaysian Open (1988, 1989),
Champion Thailand Open (1988),
Champion French Open(1989),
Champion Swedish Open(1988),
Champion Indonesian
Open (1989) Opens. He also won the (now defunct) season ending
Misbun Sidek mungkin tidak dapat mengumpul jumlah kejuaraan sperti pemain-pemain di atas, namun nama Misbun adalah antara yang takuti oleh pemain-pemain era 80'an. Dia dianggap antara pemain elit dunia ketika dan dikenali sebagai 'giant killer' yang mana jika beliau berada dalam kondisi yang terbaik, Misbun boleh menewaskan mana-mana sahaja pemainterbaik dunia ketika itu.
Dikenali dengan corak permainan rally untuk meletihkan pihak lawan, Misbun juga mempunyai pukulan pancung yang merupakan senjata utama permainan beliau.
Dikenali dengan corak permainan rally untuk meletihkan pihak lawan, Misbun juga mempunyai pukulan pancung yang merupakan senjata utama permainan beliau.
Year | Tournament | Opponent in final | Score |
---|---|---|---|
1981 | German Open | Syed Modi | 18-17, 15-10 |
1982 | Swedish Open | Icuk Sugiarto | 9-15, 18-14, 15-13 |
1983 | Swedish Open | Morten Frost Hansen | 9-15, 15-10, 15-13 |
1983 | German Open | Steen Fladberg | 18-13, 15-6 |
1983 | Canadian Open | Jens Peter Nierhoff | 15-6, 11-15, 15-12 |
1985 | Malaysia Open | Michael Kjeldsen | 18-16, 15-3 |
1987 | Chinese Taipei Open | Park Joo Bong | 5-15, 15-9, 15-3 |
1987 | Singapore Open | Eddy Kurniawan | 15-13, 15-8 |
Year | Tournament | Opponent in final | Score |
---|---|---|---|
1982 | World Cup | Liem Swie King | 12-15, 15-3, 12-15 |
1986 | All England Open | Morten Frost Hansen | 2-15, 8-15 |
1986 | Malaysia Open | Zhao Jianhua | 10-15, 13-15 |
1986 | China Open | Icuk Sugiarto | 11-15, 13-15 |
2 comments:
hi li,
my name is wai yin, leong. i saw ur blog when i was looking up saw swee leong. and i saw u r fr ipoh, studied at cator avenue and anderson. so did i. i tried to remember anyone at all that might look like u from my school days but cant recall any.
anyway, i like your postings as it reminds me of my hometown and my younger days.
Hi Nick, 👋
Post a Comment