1. PARK JOO BONG & KIM MOON SOO ( KOREA )
Park Joo Bong - Kim Moon Soo |
Park Joo Bong |
Park Joo-bong (born December 5, 1964) adalah lagenda badminton South Korea yang mengungguli acara beregu lelaki dari awal 1980s sehingga pertengahan 1990s dengan pasangannya Kim Moo Soo
Park Joo Bong -Kim Moon Soo adalah pasangan bergu yang paling berjaya sehingga kini dengan memenangi Kejohanan Dunia sebanyak 2 kali, emas Olimpik Barcelona 1992, 3 kali Juara All England dan banyak lagi kejuaraan super series yang lain.
Pasangan ini mengamalkan corak permainan menyerang dengan Joo Bong adalah teraju utama di hadapan jaring bergerak bak lipas kudung dan tangan umpama viper kereta yang membuat terjahan terhadap setiap hantaran depan gelanggang. Park Joo Bong juga merupakan pakar beregu campuran dan menjuarai kejuaran dunia sebanyak 3 kali. Walaupun Park Joo Bong adalah pakar beregu dunia terunggul yang pernah dilahirkan, beliau juga adalah pemain single utama Korea kelas dunia pada zamannya seperti yang ditunjukkannya ketika membantu Korea dalam Piala Thomas. joo Bong pernah melangkah ke perlawanan akhir single Terbuka Hong Kong 1985 tapi tewas rubber set kepada jaguh Malaysia, Misbun Sidek. Beliau juga memegang rekod dengan memenangi 103 permainan single di Korea secara berterusan dari tahun 1981-83.

Kejayaan Utama
Gold Olympic 1992
Gold Olympic 1992
Winner World Championships 1985, 1991
Winner All England 1985, 1986, 1990
Winner Asian Games 1986
Winner Asian Championships 1990
2. LI YONGBO & TIAN BINGYI
2. LI YONGBO & TIAN BINGYI
Tian Bingyi |
Li Yongbo & Tian Bingyi |
Li Yongbo |
Dari pertengahan tahun 1980's sehingga awal 1990s, Li Yongbo & Tian Bingyi adalah pasangan terunggul dunia di belakang Park Joo Bong-Kim Moon Soo dan 2 pasangan ini merupakan musuh utama selama 8 tahun dalam badmintoan dunia. Pertemuan antara dua pasangan ini pasti hebat dan kemenangan adalah silih berganti walaupun Joo Bong- Moon Soo mempunyai kelebihan kerana serangan yang lebih mantap.Kekuatan pasangan ini ialah kerana kedua-dua boleh bermain di hadapan dan belakang dengan Yongbo sebagai pemusnah.
Yongbo-Bingyi memenangi banyak kejohanan utama dunia seperti Juara World Championships 1987, 88,89, juara All-England Championship 1987, 1988,1991, dan lima juara Danish Opens antara1984 and 1991. Mereka juga memenangi Piala Thomas bersama China sebanyak 3 kali dari 1986,88,90. Namun pasangan ini gagal ke perlawanan akhir Olimpik 1992 apabila dikejutkan oleh pasangan Indonesia Eddy Hartono & Gunawan.
3. RAZIF &; JALANI SIDEK
Mohamad Razif Mohd Sidek (Nickname: Ajib) (born May 29, 1962 in Banting, Selangor) berpasangan dengan adiknya Jalani ( Born 1963) adalah pasangan yang menguasai badminton dunia dari pertengahan 1980'an sehingga awal 90'an. Kemunculan mendadak mereka terserlah apabila memenangi All England Championship pada 1982 selepas mengalahkan pasangan Scotland, Billy Gilliland and Dan Travers. Dalam laluan tersebut mereka juga telah mengejutkan beregu utama dunia ketika itu, Kartono&Heryanto.
3. RAZIF &; JALANI SIDEK
Jalani &;Razif Sidek |
Razif Sidek |
Kekuatan Razif-Jalani ialah permainan stroke dan mempunyai pertahanan yang kental untuk mengecewakan pihak lawan dengan Razif bijak di jaring manakala Jalani sebagai pemusnah. Mereka membantu Malaysia memenangi Piala Thomas kali pertama sejak 25 tahun pada 1992. Mereka juga memenangi beberapa kejohanan utama dunia yang lain walaupun pencapaian mereka terlindung di sebalik kehebatan Park Joo Bong- Kim Moon Soo. Razif- Jalani mencipta sejarah apabila muncul sebagai atlit pertama memenangi pingat di Kejohanan Olimpik. Mereka memenangi pingat gangsa apabila layak ke separuh akhir yang mana mereka tewas kepada pemenang pingat emas, Park Joo Bong & Kim Moon Soo.
Kejayaan Utama
Kejayaan Utama
All England Champion 1982
Malaysian Open Champion 1985, 1987
World Grand Prix Champion 1986, 1988, 1989, 1991
Japanese Open Champion 1986
Taiwan Champion 1986, 1989, 1991
Indonesian Open Champion 1988, 1990
China Open Champion 1989
Hong Kong Open Champion 1989
SEA Games Champion 1989, 1991 (men team event)
Commonwealth Games Champion 1990
World Cup Champion 1990, 1991
Asian Badminton Championships Champion 1990, 1991, 1992
Thomas Cup Champion 1992 (men team event)
Olympic Games 1992 (bronze medal)
4. EDDY HARTONO & RUDY GUNAWAN
4. EDDY HARTONO & RUDY GUNAWAN
Rudy Gunawan & Eddy Hartono |
Eddy Hartono Arbie (, born July 19, 1964 ) dan pasangannya Rudy Gunawan (born 1966)adalah antara 4 beregu terunggul dunia pada era 80'an.
Hartono pernah bermain dalam acara perseorang buat seketika tetapi gagal menyerlah dan bersama Gunawan mereka adalah pencabar kepada 3 pasangan hebat yang lain. Hartono terutamanya mempunyai pukulan yang mengelirukan manakala Gunawan bertindak sebagai pemusnah dengan smash yang kencang.
Antara gelaran yang diraih oleh pasangan ini termasuk Japan Open (1987), Indonesia Open (1989, 1992), Dutch Open (1989, 1992), Singapore Open (1990), and Thailand Open (1991), World Badminton Grand Prix (1990), the Southeast Asian Games (1991), All-England title (1992),dan mendapat pingat perak Olimpik Barcelona 1992 selepas mengalahkan Yongbo & Bingyi di separuh akhir tetapi tewas kepada Joo Bong & Moon Soo di final.

Eddy Hartono |
Rudy Gunawan |
Terdapat beberapa pasangan lain sebagai tetapi jarak kejayaan mereka adalah jauh berbeza dari 4 Big Double Pair tadi.
No comments:
Post a Comment