Ini bukanlah sebuah pasukan yang biasa. Ia adalah sebuah pasukan kebangsaan yang dinggap terbaik sepanjang zaman dalam era bola sepak moden. Lebih hebat dari pasukan Brazil Pele dan juga lebih hebat dari pasukan samba Brazil 1982 yang dikepalai oleh Socrates dan juga lebih bagus dari pasukan total football Belanda yang di bawa oleh Johan Cruyff 1974. Kehebatan Spain tiki taka ini bukan kerana style game mereka lebih cantik atau menawan dari Brazil 1950, Hungary 1954, Brazil 1970, Belanda 1974 atau Brazil 1982. Kehebatan Spain ini ialah mereka mendominasi bola sepak dunia dalam tempoh yang agak panjang dan menjuarai tiga pertandingan utama dunia, Euro 2008, World Cup 2010 dan Euro 2012. Menakjubkan!
Hampir lapan tahun pasukan ini memonopoli bola sepak dunia dengan corak permainan tiki taka dengan prinsip menguasai bola dengan permainan hantaran pendek dan pergerakan pemain yang menyokong pemain lain.
Siapa Pengasas Permainan Tiki Taka
Mula diperkenalkan oleh Johan Cruyff ketika membimbing Barcelona menjuarai La Liga sebanyak empat kali berturut-turut pada awal 1990an, di suntik oleh Frank Rijkaard yang membawa Barcelona menjuarai Eropah 2006 dan ditambah baik oleh Aragones ketika Spain menjuarai Euro 2008. Vincente del Bosque kemudian meneruskan perwarisan tiki taka sehingga membawa Spain menjuarai Piala Dunia 2010 dan Juara Euro 2012. Tiki taka sebenarnya berada di zaman kegemilangan ketika Pep Guardiola membimbing Barcelona pada 2007.
Guardiola yang taksub dengan corak permainan penguasaan bola dan hantaran-hantaran pendek telah menerapkan beberapa ciri yang membolehkan Barcelona menguasai La Liga dan bola sepak Eropah. Antaranya pemain perlu mempunyai kemahiran teknikal dan kecergasan yang tinggi, memberikan tekanan 'pressure' setinggi bahagian padang yang mungkin dan mendapatkan semula bola yang hilang dari kawalan dengan serta merta dan memulakan semula hantaran dan seterusnya membuat hantaran bunuh yang berupaya menghasilkan gol.
Pasukan-pasukan lawan langsung tidak dapat mengawal atau menyentuh bola dan adalah perkara biasa sehingga lawan hanya dapat menguasai 20% sahaja dalam 90 minit permainan.
Spain yang dibimbing oleh Vincent del Bosque menjuarai Piala Dunia 2010 dengan sistem permainan sama yang diguna pakai oleh Barcelona kerana 8-9 orang pemain adalah dari La Masia.
Penguasaan tiki taka Barcelona dan Spain berterusan dalam dunia Bolasepak dengan Spain menjuarai Euro 2012 dengan menggunakan pemain dan pendekatan yang sama. Xavi, Iniesta, Messi, Pique, Fabregas,Pedro yang rata-rata pemain yang bersaiz kecil adalah tunjang utama tiki taka di bantu oleh pemain yang lebih fizikal Puyol, Ramos, Pique dan Busquet.
Pasukan-pasukan lain cuba meniru corak tiki-taka Barcelona
Hampir lapan tahun pasukan ini memonopoli bola sepak dunia dengan corak permainan tiki taka dengan prinsip menguasai bola dengan permainan hantaran pendek dan pergerakan pemain yang menyokong pemain lain.
Apakah
yang dikatakan dengan tiki taka?
Ia bermaksud lebih kurang
menyentuh-nyentuh atau ‘touch-touch’. Style permainan tiki taka memerlukan kerekter pengusaan bola dalam
keseluruhan permainan , menggerakkan bola dari seorang pemain ke pemain yang
lain dengan pantas, tanpa dapat di sentuh oleh pihak lawan, dan mengatasi lawan dengan hantaran-hantaran pendek. Permainan adalah mengelakkan lawan dari
mendapat bola, dengan pihak lawan seolah-olah ‘piggy in the middle’ atau
‘permainan monyet’ dalam bahasa Melayu.
Johan Cruyff, pengasas tiki taka bersama protegenya, Pep Guardiola |
Sebenarnya, idea tiki taka ialah
untuk menyimpan bola dari pihak lawan, dan kemudian membuat hantaran maut untuk
menjaringkan gol. Tiki taka keseluruhannya berkaitan hantaran dan pergerakan (
passing and moving ) tanpa bola dan menjadikan permainan begitu mudah, dan
mengejutkan lawan dengan jaringan gol melalui hantaran di belakang pertahanan
lawan.
Hantaran maut biasanya menerusi
hantaran terus ( through ball ) di belakang pertahanan lawan, di mana pihak
lawan berada dalam keadaan kelekaan ‘lulled’, kebingungan, dan keletihan akibat
mengejar bola di sekeliling padang. Atau seseorang akan menjadi kecewa,
mengejar pemain Barcelona sekeliling padang dan menaikkan kemarahan, seperti
yang selalu terjadi kepada Christiano Ronaldo ketika Real Madrid melawan Barcelona.
Sepanyol dan Barca menjadikan tiki-taka begitu
mudah dimainkan. Tapi sebenarnya ia bukan mudah seperti yang dilihat. Ia
memerlukan semua pemain memahami konsep permainan tiki taka, sentiasa bergerak
ke arah satu sama lain dengan atau tanpa bola untuk menyokong rakan sepasukan. Ia juga
memerlukan setiap pemain mempunyai teknik sentuhan bola yang tinggi, yang mana
memerlukan latihan bertahun-tahun. Jika pemain tidak mempunyai sentuhan dan
pengawalan bola yang baik, maka mereka tidak akan dapat melakukan
hantaran-hantaran pendek ini, yang biasanya dilakukan dengan satu atau dua
sentuhan.
Mula diperkenalkan oleh Johan Cruyff ketika membimbing Barcelona menjuarai La Liga sebanyak empat kali berturut-turut pada awal 1990an, di suntik oleh Frank Rijkaard yang membawa Barcelona menjuarai Eropah 2006 dan ditambah baik oleh Aragones ketika Spain menjuarai Euro 2008. Vincente del Bosque kemudian meneruskan perwarisan tiki taka sehingga membawa Spain menjuarai Piala Dunia 2010 dan Juara Euro 2012. Tiki taka sebenarnya berada di zaman kegemilangan ketika Pep Guardiola membimbing Barcelona pada 2007.
Luis Aragones - Membawa DNA tiki taka Barcelona kepada pasukan kebangsaan Sepanyol |
Guardiola yang taksub dengan corak permainan penguasaan bola dan hantaran-hantaran pendek telah menerapkan beberapa ciri yang membolehkan Barcelona menguasai La Liga dan bola sepak Eropah. Antaranya pemain perlu mempunyai kemahiran teknikal dan kecergasan yang tinggi, memberikan tekanan 'pressure' setinggi bahagian padang yang mungkin dan mendapatkan semula bola yang hilang dari kawalan dengan serta merta dan memulakan semula hantaran dan seterusnya membuat hantaran bunuh yang berupaya menghasilkan gol.
Pep Guardiola - Pemuja tiki-taka |
Pasukan-pasukan lawan langsung tidak dapat mengawal atau menyentuh bola dan adalah perkara biasa sehingga lawan hanya dapat menguasai 20% sahaja dalam 90 minit permainan.
Spain yang dibimbing oleh Vincent del Bosque menjuarai Piala Dunia 2010 dengan sistem permainan sama yang diguna pakai oleh Barcelona kerana 8-9 orang pemain adalah dari La Masia.
Penguasaan tiki taka Barcelona dan Spain berterusan dalam dunia Bolasepak dengan Spain menjuarai Euro 2012 dengan menggunakan pemain dan pendekatan yang sama. Xavi, Iniesta, Messi, Pique, Fabregas,Pedro yang rata-rata pemain yang bersaiz kecil adalah tunjang utama tiki taka di bantu oleh pemain yang lebih fizikal Puyol, Ramos, Pique dan Busquet.
Barcelona tiki taka - Menguasai La Liga dan Eropah |
Pasukan-pasukan lain cuba meniru corak tiki-taka Barcelona
tetapi menemui kegagalan kerana prinsip ini bukan dimainkan oleh calang-calang pemain dan tidak dibina dalam masa yang singkat. Pengamal tiki taka dimainkan dipersekitaran maestronya Xavi, dibantu dengan kelincahan Iniesta, disamping kelicikan Messi adalah pemain akademi La Masia yang telah diterapkan dengan tiki-taka seawal usia belasan tahun dan mereka telah menjuarai kejohanan bawah umur dunia maka itu corak tersebut telah sebati dengan mereka.
Kemerosotan Tiki-taka
Persaingan hebat antara Barcelona dengan Real Madrid dalam La Liga adalah salah satu faktor bagaimana tiki-taka yang sebelum ini dianggap kebal dan seakan tidak boleh ditewaskan berjaya dirungkai kelemahannya. Real Madrid yang sebelum ini sering ditewaskan oleh La Masia tidak ingin dilihat sekadar 2nd best kepada Barcelona dalam La Liga. 2010 mereka megambil jurulatih hebat Jose Mourinho yang pada 2009 telah membawa pasukan sederhana Inter Milan memenangi treble termasuk juara Champion League. Kedatangan Mourinho telah menyemarakkan lagi persaingan antara Barca-Real dan Mourinho yang merupakan pakar taktikal telah menemui satu jalan bagaimana untuk mengganggu corak tiki taka Barcelona iaitu dengan cara menghalang mereka dari melakukan hantaran-hantaran pendek. Dengan pemain-pemain yang pantas dan berfizikal seperti Ramos, Marcelo, Coentaro, Pepe, Alonso, Real mengasak bahagian midfield Barca yang merupakan nadi kepada tiki taka. Selepas dikotak katikkan oleh Barca 5-0 dalam "El Classico' nya yang pertama pada 2010, Mourinho memenangi pula derby pada tahun berikutnya dan merebut La Liga dari La Masia. Tiki taka telah ditewaskan oleh high pressure dan counter attack Real Madrid. Pasukan-pasukan lain mula menggunakan taktik yang sama untuk menghalang Barca. Bayern Munich menggunakan cara yang sama dan menbelasah Barca 7-0 secara aggregate dalam separuh akhir Champion League 2013 dan La Masia tiki-taka mula berada dalam kerapuhan.
Sumber : Youtube
Sumber : Youtube
Apa berlaku?
kemerosotan Barcelona seiring dengan apa yang berlaku terhadap Spain. Playmaker Xavi yang berumur 33 tahun tidak lagi berfungsi seperti dahulu. Hantaran-hantarannya tidak setepat dan sepantas masa kemuncaknya. Di benteng pertahanan Puyol 35, juga sudah di penghujung karier dan Pique tidak mempunyai gandingan untuk memantapkan pertahanan. Spain tewas 3-0 kepada Brazil dalam Piala Konfederasi dan bayangan kepada kemerosotan tiki-taka semakin jelas.
Pada Piala Dunia yang 2014 Spain dibelasah Belanda 5-1 melalui serangan balas yang pantas dan kalah kepada kelasakan Chile, pasukan yang tidak pernah menewaskan mereka 11 perlawanan yang lalu. Del Bosque menyatakan ia adalah hari-hari yang menyedihkannya sebagai jurulatih Spain. Menuruntnya Spain tidak layak untuk menang kerana tidak lebih baik dari pasukan lain.
Apa akan berlaku seterusnya..
Del Bosque akan meletak jawatan sebagai jurulatih La Roja. General tiki-taka Xavi juga mungkin akan bersara dari skuad kebangsaan berpindah dari Barcelona. Tiki-taka akan lenyap kerana ramai pengkritik menyatakan corak permainan tersebut sudah mula membosankan penonton dan sudah mudah dibaca gerakannya oleh pemain lawan. Yang lebih penting ia sukar untuk menjaringkan gol dengan corak permainan ini walaupun tiki-taka boleh menguasai 70-80% permainan.Kita akan kehilangan permainan menarik dengan hantaran-hantaran pantas, gerakan piramid dan total football selepas ini seperti mana kita telah kehilangan corak permainan samba asli yang dipamerkan oleh Brazil 1970 dan Brazil 1982, kerana kemenangan walau dengan gaya yang buruk sekalipun adalah lebih penting dari permainan cantik seperti mana yang kita perhatikan kepada pasukan-pasukan yang layak ke suku akhir piala dunia sekarang. Memetik kata legenda Brazil tahun 80'an Zico 'the day football die' begitu jugalah ia terjadi pada Piala Dunia 2014 ini.
Xavi - Player maker tiki taka |
Anders Iniesta |
Lionel Messi |

Jose Mourinho dan Real Madrid - Memecah monopoli Barca dengan menjuarai La liga 2011 |

Spain - Juara Euro 2008 |
Spain - Juara Piala Dunia 2010 |
Spain - Juara Euro 2012 Kredit :Youtube Google image
Original artikel oleh : de' Lenjen - Fan of tiki taka teka teki
|
No comments:
Post a Comment