Dikenali dengan permainan agresif dan jumping smash yang kencang. 1974 Sukan Asia Tehran, ketika berusia 18 tahun beliau diberi tanggungjawab menggalas tanggunjawab sebagai pemain utama menggantikan Rudy yang cedera dan berpeluang menentang jagoan China, Hou Jiachang. Walaupun tewas tetapi itulah detik permulaan karier gemilang King. Bermula 1976-81 beliau melangkah ke final All England dan memenangi 3 daripadanya.King turut membantu Indonesia merangkul Piala Thomas 1976,1979 apabila menewaskan 2 pemain single handalan China Han Jian dan Luan Jin dan 1984.
Disamping bermain single, King juga pemain beregu yang hebat berpasangan dengan Kartono mereka memenangi gangsa dalam Kejohanan Dunia 1985, Karier badminton King bertahan sehingga 1986 ketika berusia 30 tahun dan merupakan salah seorang lagenda badminton dunia.
Saya senaraikan King No.2 pemain terbaik 70,an di belakang Rudy Hartono dan no.2 pemain terhebat 80'an di belakang Morten Frost
Liem Swee King terkenal dengan jumping smash |
Swee King bersama Rudy Hartono ketika memenangi Kejuaraan All England 1978 |
No comments:
Post a Comment