Malaya juga menggunguli kejohanan Piala Thomas dengan memenangi 7 edisi bermula 1949-1973.
Erland Kops 7 kali Johan All England dari 1930-1950 |
Wong Peng Soon 4 kali Johan All England dari 1949-1955 |
Eddy Choong 4 kali Johan All England 1953-57 |
Ferry Sonneville |
Rudy Hartono memenangi gelaran All England 7 kali berturut-turut mulai 1968 |
Rudy Hartono lagenda badminton dunia |
Indonesia mengguguli badminton dunia sehinggalah China menyertai WBF pada tahun 1973. China sebelum itu tidak menyertai WBF atas alasan politik. China sebelum itu diberitakan mempunyai pemain-pemain hebat seperti Tang Xianghu 'The Thing' dan Hou Jiachang yang dikatakan lebih hebat dari Rudy Hartono atau Ferry Soneville. Dunia tertunggu-tunggu pertemuan dua gergasi dunia ini dan beberapa perlawanan persahabatan telah diatur untuk menemukan Indonesia vs China.
Perlawanan persahabatan diatur tetapi ia tidak menemukan Rudy Hartono dengan The Thing atau Jiachang, Masing-masing cuba mengelak satu sama lain. Tetapi China dikatakan mempunyai kelebihan kerana dikatakan mempunyai ramai pemain yang boleh mengalahkan Rudy Hartono, Bahkan dalam satu perlawanan, pemain no.5 China Yu Yao Thung telah mengalahkan Hartono dalam satu perlawanan persahabatan.
Tang Xianghu 'The Thing' Pemain Terhebat Sepanjang Zaman ?
Xianghu dikatakan tidak pernah tewas pada mana-mana pemain luar sepanjang kariernya dan mengguli badminton China sejak 1960-74. Dia mengalahkan dengan mudah pemain-pemain Eropah tetapi pertemuan yang ditunggu antara beliau dengan Rudy Hartono tidak kesampaian sehinggalah kedua-duanya bersara.
Keseimbangan Dua Kuasa Badminton Dunia
Penyertaan China sebagai anggota IBF pada 1976 menggugat monopoli Indonesia dalam dunia badminton. China menampilkan pemain-pemain hebat seperti Han Jian, Luan Jin, Chen Changje untuk bersaing dengan jagoan Indonesia seperti Liem Swee King, Hastomo Arbie, Lius Pongoh. China memenangi pertemua sulung pada Final Thomas Cup di London 1980 dengan kemenangan 5-4 sebelum Indonesia membalas balik kekalahan itu dengan menewaskan China 5-4 di London
Pertengahan Tahun 80'an- 3 Jagoh Tembok Besar China
Apabila Han Jian, Luan Jin, Changjie bersara mereka dengan segera digantikan dengan barisan muda yang lebih hebat dibarisi oleh Zhao Jianhua, Yang Yang dan Xiong Guobao. Mereka silih berganti memenangi kejohanan di serata dunia dan China memonopoli Piala Thomas dari tahun 1986, 88 dan 90 . Indonesia hanya bergantung kepada jagoan solonya Icuk Sugiarto yang kerap gagal menghalang Jianhua dan Yang Yang. Cuma jaguh Denmark Morten Frost Hansen agak sukar dijinakkan dan Frost masih menjadi raja kejohanan di Eropah. Manakala sensasi badminton Malaysia Misbun Sidek menyemarakkan dunia badminton 80'an dengan beberapa kemenangan mengejut ke atas jaguh-jaguh dunia di samping perubahan fesyen rambut yang kontroversi Di samping itu dalam acara beregu hanya 4 beregu elit iaitu Park Joo Bong & Kim Moon Soo (Korea), Li Yongbo & Tian Bingyi (China), Razif & Jalani Sidek (Mal) dan Hartono & Gunawan yang bersilih ganti memenangi kejohanan-kejohanan utama dunia.
Morten Frost. Pemain utama dunia 80'an. .Hebat beraksi di Eropah tetapi gagal menyerlah di Asia |
Zhao Jianhua. Pemain utama China dengan skill mengelirukan |
Yang Yang. Pemain paling konsisten |
Icuk Sugiarto |
Misbun Sidek |
Awal Tahun 1990'an- Kemunculan 5 Jagoan Indon
Indonesia mula menunjukkan gahnya pada waktu ini apabila melahirkan ramai jagoan untuk memonopoli badminton dunia, walaupun Park Joo Bong & kim Moon Soo masih memenangi emas Olimpik Barcelona 1992 dan Malaysia memenangi Piala Thomas 1992. Ardy Wiranata, Alan Budi Kusuma, Hariyanto Arbi, Joko Suprianto, Hermawan Susanto adalah barisan pemain yang digeruni diperingkat antara bangsa. Ardy Wiranata adalah pemain nombor 1 dunia ketika itu dan memenangi paling banyak gelaran. Alan Budi Kusuma memenangi emas Oloimpik 1992 dengan mengejutkan Ardy di final dan Hariyanto Arbi menakutkan lawannya dengan kekerapan jumping smash yang mengagumkan. Indonesia memenangi Piala Thomas 1994, 96,98. Hanya sedikit kelibat dari jaguh kampung Malaysia Rashid Sidek dan Poul Erik Hoyer Larsen( emas Olimpik 1996)dapat menghalang monopoli Indonesia manakala China selepas zaman Jianhua dan Yang Yang tidak mempunyai barisan yang dapat menggugat Indonesia. Ditambah dengan kehebatan pasangan beregu Indon Rexy Mainaky& Ricky Subagja yang menjadi pasangan utama dunia ketika itu dan pemenang emas Olimpik 1996
Ardy Wiranata- Pemain no.1 dunia awal 90''an |
Generasi baru badminton mula lahir di negara-negara kuasa besar badminton dengan China mempunyai 2 ayam tambatan iaitu Dong Jiong dan Sun Jun ( Juara Dunia 1998), Indonesia menampilkan Hendrawan (Juara Dunia 2000) dan sensai muda Taufik Hidayat, Denmark melahirkan pemain berkaliber seperti Peter Rasmussen ( Juara Dunia 1997) dan Peter Gade Christensen yang akan bertapak lama dalam dunia badminton.dan Malaysia masih mempunyai orang lama Rashid Sidek dan Ong Ewe Hock diikuti Yong Hock Kin, Pang Chen, Roslin Hashim (pernah berada di rangking pertama dunia selama 2 minggu) . Dalam acara beregu Indonesia menampilkan kehandalan dalam acara beregu dengan gandingan Chandra Wijaya& Gunawan.
Pemain Era akhir 90'an
Indonesia China Malaysia Denmark
Hendrawan Sun Jun Yong Hock Kin Peter Rasmussen
Marleve Mainaky Dong Jiong Roslin Hashim
Chandra Wijaya
Tony Gunawan
Dong Jiong (China) Pemain utama dunia dan favourite untuk menang emas Olimpik 96' tetapi tewas mengejut kepada Poul Erik Larsen di final |
Era Millenium
Peninggalan Dong Jiong dan Sun Jun cepat diganti oleh Xia Xuanze( JuaraDunia 2002), Jia Xinpeng(Juara Olimpik 2000) dan Chen Hong, Bao Chunlai dan kemudian pemain terhebat sepanjang zaman Lin Dan (Juara Dunia 4 kali, Juara Olimpik 2 kali) . Manakala Indonesia diterajui oleh pemain sensasinya iaitu Taufik Hidayat
( Juara Dunia, Juara Olimpik 2004, Juara Sukan Asia), Sony Dwi Kuncora. Denmark diperkukuh oleh Peter Gade Christensen. Malaysia menampilkan Wong Choon Han, Hafiz Hashim (Juara All England 2003) dan kemudiannya jaguh sensasinya Lee Chong Wei (Pemenang super series terbanyak dalam sejarah badminton dunia)
Hafiz Hashim.Mengejutkan dunia selepas memenangi All England pertama buat Malaysia selepas 30 tahun menewaskan Chen Hong di final 2003 |
Lin Dan- Pemain Terhebat Sepanjang Zaman Juara Dunia 4 Kali Juara Olimpik 2008, 2012 |
Lee Chong Wei Pemain Terhebat Malaysia Sepanjang Zaman Terbanyak menang Super Series dalam sejarah badminton |
JUARA OLIMPIK
1992 |
Poul Erik Hoyer Larsen (Denmark) 1996 |
Ji Xinpeng (China) 2000 |
Taufik Hidayat(Indon) 2004 |
Lin Dan (China) 2008, 2012 |
Park joo Bong & Kim Moon Soo (Korea) 1992 |
Ricky Subagja & Rexy Mainaky 1996 (Indon) |
Chandra Wijaya & Tony Gunawan (Indon) 2000 |
Kim Dong Moon & Ha Tae kwon (Korea) 2004 |
Markis Kido & Hendra Setiawan (Indon) 2008 |
Chai Yun & Fu Haifeng (China) 2012 |
No comments:
Post a Comment