Selepas persaraan Punch Gunalan pada awal 70'an berlaku keadaan suram dan gelap dalam badminton Malaysia. Tidak pernah terjadi di mana Malaysia telah ketandusan bakat dan jaguh yang bukan sahaja tidak mampu menggugat Indonesia dan Denmark, bahkan kita juga tidak dapat mengalahkan Thailand, Sweden, Singapura ataupun India. Pemain-pemain malaysia ketika itu seperti Phua Ah Hua, Saw Swee Leong, Suffian Abu bakar, James Selvaraj, Moo Foot Lian kerap tewas di pusingan awal pada kejohanan-kejohanan terbuka yang disertai.
cuma berlaku satu kejutan terbesar apabila skuad Malaysia ini mengejutkan Denmark 5-4 pada separuh akhirPiala Thomas 1976 yang berlangsung di Bangkok dan pada saya kejutan itu lebih kepada pemain Denmark yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan iklim panas di Stadium Hua Mak, Bangkok.
Begitupun pada perlawanan akhir kita menjadi bahaman kepada Indonesia di final dengan kekalahan 9-0.
Begitupun pada perlawanan akhir kita menjadi bahaman kepada Indonesia di final dengan kekalahan 9-0.
No comments:
Post a Comment