JALAN RAJA
Jala Raja yang menganjur dari belakang pertama Kompleks sehingga dayabumi adalah jalan yang menyimpan banyak bangunan lama pentadbiran kerajaan. Jalan ini merupakan kawasan kunjungan pelancongan yang paling popular di Kuala Lumpur keranan terdapatnya dataran Merdeka dan bangunan terindah, Bangunan Sultan Abdul Samad.
Di sepanjang jalan ini akan kedapatan tinggalan bangunan-bangunan kerajaan binaan British. kalau di Lebuh Pasar Besar atau China Town merupakan pusat penempatan pelombong perniagaan dan rumah kedai Cina, maka Frank Swettenham telah mendirikan pusat pentadbiran British di sebelah barat Sungai Gombak/Kelang untuk memudahkan pengawasan terhadap kegiatan peniaga dan pelombong Cina di Market Square. Ibupejabat Polis British juga ditempat di atas bukit di Bluff Road ( Sekarang Bukit Aman )
BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD ( 1897 )
Berhadapan dengan Dataran Merdeka ( dulu Padang Kelab Selangor). Di ambil bersempena nama sultan Selangor ketika itu, Sultan Abdul Samad. Pernah menjadi Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi. Tetapi dikosongkan apabila Mahkamah Tinggi dipindahkan ke Putrajaya pada tahun 2000. Kini ia menempatkan pejabat Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Bangunan ini direka oleh A.C Norman dan dibina pada 1894 siap pada 1897. Ia menggunakan sebina Mughal yang ideanya diperolehi oleh Norman dari mesjid-mesjid Muslim di India dan Afrika.
Foto banjir besar Kuala Lumpur 1926 di Bangunan Sultan Abdul Samad
PANGGUNG KEBUDAYAAN KUALA LUMPUR (1904 )
Dibina pada tahun 1896 dan siap pada 1904. Panggung Bandaraya direka oleh arkitek British AB Hubback. Hubback juga bertanggung jawab mereka Stesen Keretapi Kuala Lumpur, Masjid Jamek dan beberapa struktur kolonial lain di Lembah Klang. Terletak berhampiran Bangunan Sultan Abdul Samad, AB Hubback menggunakan ciri-ciri senibina rekaan Moorish dan senirekanya.
Pada 1992, satu kebakaran telah memusnahkan hampir keseluruhan bahagian dalam panggung ini namun dengan usaha keras dan kepakaran pegawai binaan DBKL ia telah dapat mengembalikan keadaan bangunan ini seprti dan dahulu di samping membaikpulih bahagian bangunannya.
MUZIUM TEKSTIL NEGARA (1909)
Direka oleh pereka Inggeris AB Hubback dengan corak rekaan Indo-Saracenic. Merupakan ibupejabat Keretapi Persekutuan Tanah Melayu ( FMSR). Apabila FMSR berpindah ke Stesen Keretapi sekarang di Jalan Sultan Hishamudin ia pernah menjadi Bank Pertanian dan sekarang menjadi Muzium Tekstil Negara,
Foto pada tahun 1960'an
MUZIUM MUZIK NEGARA (1909)
Merupakan bekas bangunan Chartered Bank Of India, Australia dan China ( Sekarang Standard Chartered). Ia merupakan bank yang pertama di Kuala Lumpur. Sebelum itu ia menempatkan cawangan pertama di Leboh Pasar tetapi atas faktor keselamatan, ia ditempatkan di lokasi sekarang kerana berhampiran dengan ibupejabat polis di Bluff Road ( Bukit Aman )
Ia direka oleh AC Norman menggunakan senibina Mughal. Selepas banjir besar 1926, banyak note matawang dilonggokkan di padang kelab Selangor untuk dikeringkan dengan diawasi oleh pegawai polis. Ia merupakan ibupejabat telekomunikasi semasa pemerintahan Jepun. Pada 1965 dijadikan Bank Pusat Malaysia dan kemudiannya dijadikan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Lumpur. Kemudian diambil alih oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Pada 1991 ia dijadiakan sebagai Muzium Sejarah Negara sebelum dijadikan Muzium Muzik Negara sekarang.
Muzium Muzik dahulunya merupakan asal bangunan Chartered Bank
Muzium Muzik dahulunya merupakan bangunan Chartered Bank
Muzium Muzik pandangan sisi dari Muzium Tekstil
Bangunan Muzium Muzik di belakang ialah Bangunan Galeri Kuala Lumpur
GALERI KUALA LUMPUR ( 1899)
Dibina pada tahun 1899 sebagai Pejabat Percetakan Persekutuan Tanah Melayu ( Government Printing Office) menggantikan pejabat percetakan yang ditutup di Taiping, Perak. Pegawai percetakan kerajaan, J.Russel membantu arkitek Inggeris AC Norman mereka bangunan percetakan yang ideal yang bakal menempatkan mesin percetakan suratkhabar yang besar. Ac Norman menggunakan senireka neo-Renaissance dengan penggunaan batu-bata, tampalan kolum dan tingkap yang direka khas.
Bertahun lamanya, pejabat percetakan ini mengeluarkan laporan rasmi kerajaan, buku-buku kerajaan dan tiket keretapi. Pada 1961, Kementerian Buruh mengambilalih bangunan dan 1971, bangunan ini diubahsuai menjadi Metropolitan Postal Security Office.
Pada 1986 DBKL membeli bangunan tersebut dengan harga RM3 juta dan mengubahsuai peralatan dan perkakasan dalaman untuk menjadikannya sebuah perpustakaan yang berkualiti, dan menjadi perpustakaan awam yang pertama di Kuala Lumpur. Sesuai dengan nama Perpustakaan Memorial Kuala Lumpur, ia merupakan pusat penyelidikan dan segala yang berkaitan dengan sejarah Kuala Lumpur. Selepas dibuka pada 1989, perpustakaan ini berkembang maju dan melakar sejarah apabila menjadi perpustakaan awam yang pertama di Malaysia yang melakukan perkhidmatan on-line.
Kini bangunan tersebut dikendalikan oleh ARCH Collection Sdn Bhd yang mengumpul dan membuat cenderahati dan juga mengedarkan peta dan perjalanan pelawat untuk kemudahan pengunjung.
Galeri Kuala Lumpur dahulunya adalah Bangunan Printing Office dan Perpustakaan Sejarah Kuala Lumpur
Gambar lama Pejabat Percetakan Kerajaan Kuala Lumpur
Gambar 2016 Galeri Kuala Lumpur
Kelab Diraja Selangor ( Selangor Royal Club 1890 )
Kelab ini diasaskan pada tahun 1884 sebagai tempat pertemuan untuk golongan terpelajar ahli tertinggi pegawai Kolonial British. Pada awalnya banguna ini hanyalah merupakan sebuah bangunan kayu dengan bumbung atap, dan kemudiannya pada 1890 digantikan dengan dua tingkat bangunan batu yang direka oleh AC Norman. Bangunan itu kemudiannya direka semula oleh AB Hubback pada 1910 dengan menambah dua bahagian sayap bangunan dengan gaya binaan Mock Tudor.Tahun-tahun berikutnya, keahlian kelab ini bertambah termasuk dari golongan pegawai tinggi kerajaan seperti hakim, peguam dan ahli masyarakat yang penting. Kedudukanya yang berdekatan dengan Mahkamah Tinggi di Bangunan Sultan Abdul samad juga menjadikan kelab ini tempat yang sesuai untuk melakukan mesyuarat bagi ahli-ahli tersebut.
Kelab DiRaja Selangor awal tahun 1900. Di belakangnya Ibupajabat Polis Bukit Aman
ST MARY CHATERDRAL ( 1894 )
Didirikan oleh Revereng George Frederick Hose, Bishop Singapura, Labuan dan Sarawak. Dbina daripada kayu di batas bukit Bluff Road, sekarang ibupejabat polis Bukit Aman pada tahun 1883.
Pada 1893, keputusan diambil untuk mendirikan semula bangunan baru yang boleh menampung lebih ramai penganut, di kawasan yang baru bersebelahan dengan Padang atau Parade Ground ( sekarang dikenali sebagai Dataran Merdeka). Kerajaan Selangor menyumbangkan lima ribu dollar Straits hasil cadangan dari Sir Cecil Clementi. Antara penyumbang lain yang dikenali seperti Yap Kwan Seng dan K.Thamboopillay Samy.
Batu asas bangunan telah disempurnakan pada !994 oleh Residen Selangor, W.H Treacher.
Gereja St Mary Catherdral bersebelahan Dataran Merdeka
MESJID NEGARA (1965)
Mesjid Negara yang boleh menampung seramai 15,000 jemaah pada sasalnya dibina oleh 3 orang pereka dari Bahagian Kerja Awam iaitu arkitek Inggeris Howard Ashley dan arkitek Malaysia Hisham al-Bakri. Didirikan pada tahun 1965 atas tapak gereja The Venning Road Brethren Gospel Hall yang yang telah bertapak sejak tahun 1922.
STESYEN KERETAPI KUALA LUMPUR ( 1897 )
Stesen Keretapi Kuala Lumpur telah didirikan pada tahun 1897 dan siap dibina pada 1910 menggantikan stesen keretapi lama ditapak yang sama. Merupakan hub dan pusat perhentian utma Tanah Melayu sehinggalah terbinanya Kuala Lumpur Sentral pada 2001. Stesen ini dikagumi dengan campuran senibina Timur dan Eropah.
Stesen keretapi Kuala Lumpur yang pertama dinamakan Reseiden Station, kerana berdekatan dengan kediaman Residen di Kelab Selangor pada tahun 1882. Stesen keretapi yang kedua, Sultan Street Station dibina pada 1892 di Foch Avenue ( sekarang Jalan Tun Tan Cheng Lock ) berhampiran dengan Menara Maybank dan Puduraya sekarang. Resident Station dirobohkan selepas pembinaan stesen keretapi yang baru siap. manakala Sultan Street Station digantikan dengan terminal yang lebih kecil apabila trek di Foch avenue digantikan dengan laluan trafik dan dirobohkan pada 1960.
AB Hubback, arkitek British bertanggungjawab merekacipta bentuk bangunan dengan gabungan senibina Neo-Moorish/Mughal/Indo Saracenic dengan struktur yang hampir sama dengan Bangunan Sultan Abdul Samad rekaan AC Norman.
IBU PEJABAT STESYEN KERETAPI KUALA LUMPUR
HOTEL MAJESTIC KUALA LUMPUR ( 1932 )
Bersebelahan dengan Stesen Keretapi Kuala Lumpur tersergam bangunan putih yang bernama Hotel Majestic. Dibina pada tahun 1932 dengan 51 buah bilik. Semasa Perang Dunia Ke2 hotel ini digunakan oleh tentera Jepun sebagai kem transit. Datuk Onn Bin jaafar pernah mengadakan mesyuarat untuk penubuhan parti pelbagai kaum IMPpada 1951.Ia dipengerusikan oleh Dato Tan Cheng Lock, Presiden MCA. Pernah menjadi kediaman Gabeor Jeneral British, Frank Swettenham dan isteri.
Dengan pembukaan hotel-hotel baru seperti Hotel Merlin, Hilton dan Equatorial dan Federal Hotel, Hotel majestic akhirnya ditutup pada tahun 1984. Selepas 28 tahun, akhirnya Hotel Majestic kembali beroperasi pada 2012 setelah dibaikpulih dan penambahan blok baru.
Hotel Majestic pada tahun 1960'an. Frank Swettenham dan isteri pernah menginap di hotel ini.
Hotel Majestic 2016 |
Pernah menjadi bangunan pentadbiran tentera Jepun |
Bangunan tambahan Hotel Majestic dari pandangan jambatan Stesen Keretapi Kuala Lumpur
MUZIUM NEGARA
Muzium Negara terletak di Jalan Damansara/Jalan Bangsar dibina pada 1959 dan siap pada 1963.
Direka oleh Ho Kok Ho menempatkan tinggalan artifak dan kebudayaan sejarah negara.
Muzium Negara pada tahun 1960'an
Muzium Negara 2016
LOKE MANSION (1904)
Biasa sangat sudah saya menyusuri bangunan ini. Tapi saya tidak perasan bangunan ini adalah tinggalan sejarah zaman yang harus dipulihara. Padahal bangunan ini hanya berhadapan dengan bangunan utama Bank Rakyat Jalan Tangsi tempat saya mengadu kesusahan zaman bujang dan baru kahwin dulu.
Dimiliki oleh seorang ahli perniagaan yang kaya, Loke Chow Kit. Dibina dalam konsep townhouse, ia direka oleh A.K Musdeen sebagai pejabat peruhaan bijih timah perniagaan Loke Chow Kit. Bersebelahan dengan Bank rakyat sekarang di Jalan Tangsi bangunan ini kemudian dijadikan Empire Hotel pada 1909-1919 oleh sekumpulan peniaga Eropah. Pada 1919, bangunan ini berpindah milik kepada anak Loke Yew, iaitu Alan Loke dan menjadikannya sebagai Peninsular Hotel 1919-1973. Bangunan Loke Hall menjadi tempat perjumpaan peniaga sehinggalah pada tahun 1973 apabila Persatuan Arkitek Malaysia (PAM) menyewanya sehingga sekarang.
Pada 1981, agensi perniagaan Alan Loke menghantar notis kepada PAM untuk mengosongkan premis bangunan dan bercadang untuk merobohkan bangunan tersebut. Atas kesedaran dan desakan dari DBKL dan orang awam akhirnya Loke Hall dimiliki oleh kerajaan dan PAM mendudukinya hingga sekarang dan menjalankan kerja-kerja membaik pulih bangunan Loke Hall yang sudah berusia melebihi 100 tahun.
Loke Mansion di Jalan Tangsi bersebelahan Bank Rakyat dan di belakang Royal selangor Club
Loke Mansion Jalan Tangsi sebelum dibaikpulih
Belakang Loke Mansion ini, terletak balai Polis Bukit Aman |
WISMA EKRAN
Bangunan Wisma Ekran hanya berhadapan sahaja dengan bangunan Bank rakyat Jln Tangsi dan bersebelahan dengan Loke Mansion. Oleh kerana bangunan ini agak terbiar dan tidak berpenghuni ramai yang tidak tahu ianya ialah bangunan British sebelum Perang Dunia Kedua.
Direka oleh OA Coltman dan siap dibina pada 1937 menggunakan ciri-ciri rekaan Art Deco Neo Classical Style. Awalnya merupakan bangunan milik Anglo Orintal Building dan kemudia dibeli oleh pada 1988 untuk dijadikan Mahkota College. Pada 1995 ia dibeli oleh Ekran Berhad namun pada 2005 hingga sekarang bangunan ini kosong tanpa pemilik.
Bangunan Wisma Ekran sekarang kosong tanpa pemilik, Asalnya milik Anglo Oriental pada 1937
KELAB TAMAN PERDANA ( ROYAL LAKE CLUB )
Dibina pada 1890
BANGUNAN PARLIMEN
CARCOSA SERI NEGARA (1896)
Dibina pada tahun 1896-97 ia merupakan kediaman Residen jeneral Persekutuan tanah Melayu yang pertama, Frank Swettenham. Asal nama bangunan ini ialah King's House dan dikosongkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 31 Ogos 1957 semperna kemerdekaan Malaysia. Pada 1956, Perdana Menteri malaysia ketika itu Tunku Andul Rahman menyerahkan Carcosa Seri Negara kepada British sebagai menghargai sumbangan British terhadap Malaysia. pada 1987 atas isu milik negara yang diperjuangkan oleh ahli politik tempatan seperti Dr Mahathir Mohamed dan Anwar Ibrahim, Seri Negara dikembalikan semula kepada kerajaan Malaysia.
Carcosa Seri Negara zaman penjajahan British, dulu dikenali King's House tempat kediaman Residen General British
Bersambung...
No comments:
Post a Comment