Living In The Eighties

Assalamualaikum w.b.t,

This blog I made as a personal use to keep my memories back in the old good time especially in the 80's when I live in Ipoh. Friends, families and others who are interest and grown in the 80's are welcome to surf on in this site.

The era of the 80's was the most memorable moments of my life. There's happy and sad moment that I could'n forget. It's not because I'm not happy with my life currently. It's different cause that time when we are still kids, didn't have any heavy obligations, just plays, studies, getting fun and live with my loveble families. Besides, I still have my parents which I miss so much.

Here, most of the stories or article are around the 80's that I include a stories and history of that era along with the photo's or video clips. I also include several songs from the 60's and 70's with world wide history.There are also a photo's of my hometown, school's, places, family and friends that are related with me in the 80's.

Besides loving listening to music and watching films, I'm also an active sports person specially in football and badminton. I'm a biggest fan of old time articles or stories whether on event, persons, a legends or whatever related with history.

It's been since 1990 that I left Green Town, Ipoh and working in Kuala Lumpur. I can't imagine that i will live, stay and grown a family here in Kuala Lumpur, the biggest and a capital city in Malaysia. Still, the old fond memories of past days is still in my heart.
Hopefully it's will call our memories in the 80's which so wonderful and awesome.























Sunday, November 25, 2018

IPOH YESTERDAY - BUILT ON TIN MINES

IPOH - BUILT ON TIN MINES

Jambatan Hugh Low merentangi
Sungai Kinta yang memisahkan
Pekan Lama dan Pekan Baru

Ipoh terbina dari perkampungan Melayu bergelar Palau disepanjang Sungai Kinta pada 1880’an. Orang Cina menyebut Paloh kerana terdapat banyak palong saluran bijih timah di situ.Kedudukan gegrafi yang strategik di lokasi lembah bijih timah di Sungai Kinta menjadikan ia sebagai pusat perkembangan ekonomi.
Sungai Kinta membahagikan Ipoh kepada dua bahagian iaitu Pekan Lama (Old Town ) dan Pekan Baru.  Bermulalah perkembangan Ipoh di Pekan Lama semasa perkembangan bijih timah . Pada Ketika itu Ipoh hanyalah sebuah perkampungan yang kecil sekitar Sungai Kinta ( sekitar Kg Paloh dan Green Town sekarang ). Apabila kolonial British memerintah Perak akibat dari Perjanjian Pangkor 1877, Ipoh telah diubah ke sebuah bandar dan British menggalakkan kedatangan beramai-ramai imigran Cina dari Pulau Pinang untuk mengusahakan bijih timah di Lembah Kinta.
Kebakaran besar Ipoh pada tahun 1892 memusnahkan lebih separuh bandar, tetapi turut menyediakan peluang untuk membina semula bandar dalam pola grid lebih teratur. Ipoh telah kemudiannya dibina semula dalam masa peningkatan pasaran bijih timah kedua terutama dalam tahun 1920-an dan 1930-an 
Pembesar Berlapan Perak, Dato’ Panglima Kinta Che Muhammad Yusop bin Dato’ Panglima Kinta Lassam telah membina rumah-rumah kedai dengan bantuan pembiayaan Raja Laksamana Che Hussain. Dato’ Panglima Kinta telah menjual bebarapa bidang tanah sawah padi  kepada Towkay cina iaitu Yau Tet Shin yang kemudiannya mengusahakan ladang candu dan tempat perjudian.Yau Tet Shin, mula membangunkan saluran besar bandar di awal tahun 1900-an, dikenali sebagai 'pekan baru', dari tebing Timur Sungai Kinta ke Greentown. 
Pada 1884, Ipoh berkembang dengan pesat ditambah dengan perkembangan industri bijih timah padaketika itu .Dalam tahun 1886, Dato’ Panglima Kinta sendiri telah menetapkan Bandar dengan jalan luas dan lurus untuk kemudahan pekerja lombong bijih timah bermula sekitar Panglima Street. 

Dato' Panglima Kinta Che' Muhammad Yusop
( Panglima Kinta Ke10 )
Dari tahun 1905 hingga tahun 1914, Yau Tet Shin mengembangkan bandar merentasi Sungai Kinta. Berikutan itu pada1908, beliau telah membina rumah-rumah di "New Town" Ipoh, termasuk teater dan kedai makan.

Kedudukan geografi di Ipoh yang kaya mengandungi timah di lembah Sungai Kinta menjadikannya sebuah pusat pertumbuhan ekonomi yang semula jadi. Sepanjang tahun 1930an bandar Ipoh terus berkembang dengan pesat, sebahagian besarnya akibat akibat produktiviti  perlombongan bijih timah dan perladangan getah.Pada tahun 1937, Ipoh dijadikan ibu negeri Perak, menggantikan Taiping.

Yau tet Shin ( 1859-1913)
Membeli tanah sawah padi dari Dato Panglima Kinta
dan membuka Pekan Baru Ipoh







No comments: