Sebagai manusia ciptaan Allah, apatah lagi sebagai insan yang cintakan kedamaian, tidak wajar, tidak patut jika saya tidak mengindahkan serta menyentuh penderitaan, kesengsaraan dan genocide yang berlaku di Gaza dan Palestine sekarang ini.
Sejak peristiwa 7 Oktober 2023, Saban hari tanpa henti media cetak dan elektronik memaparkan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestine di Gaza, juga tidak terkecuali di Tebing Barat, wilayah yang dikuasai Israel. Kadang-kadang tidak tergamak untuk melihat pembunuhan dan penderitaan yang mereka lalui. Anak-anak ramai yang kehilangan anggota keluarga, tanpa makanan dan minuman yang mencukupi, kemudahan hospital dan ketiadaan ubat-ubat, tanpa rumah dan serba serbi kehilangan. Sehingga ketika ini, selama lebih 21 bulan, seramai lebih 58,000 rakyat Palestine telah dibunuh dengan kejam melalui senjata di samping ramai yang mati kebuluran. 20,000 dari mangsa pembunuhan ialah kanak-,kanak- yang tidak berdosa.




Saya bukanlah pakar dalam bidang geopolitik di Asia Barat, apatah lagi perincian konflik yang berlaku. Namun dari pembacaan, penglihatan dari media juga dari pandangan tokoh-tokoh dan watak-watak penting dalam konflik Palestine ini saya memahami sesuatu. Saya tidak akan me ngupas panjang tentang isu Palestine. Itu anda boleh dapati dengan lengkap dan terperinci dari media-media seperti buku, majalah, website, laman-laman sosial dan sebagainya.
Golongan Pro-Israel berpendapat pengeboman, pembunuhan beramai yang dilakukan oleh Zionist Israel ini disebabkan angkara tentera Hamas yang menceroboh wilayah Israel dan membunuh dan menahan lebih 1,700 rakyat Israel.
Pemimpin pro-Israel mengutuk serangan Hamas. Kita tidak ingin kanak-kanak, wanita dan orang tua menjadi mangsa keadaan. Kita bersimpati bukan sahaja kepada nkesengsaraan rakyat Palestine, bahkan juga mangsa peperangan dan kebuluran di Sudan, Haiti, Ethiopia, Myanmar, Ukrainedan lain-lain negara di dunia.
Saya cuma ingin menekankan, genocide oleh Zionist Israel ke atas rakyat Palestine bukan bermula pada 17 Oktober 2023. Ia bermula lama sebelum itu lagi apabila Israel membunuh dan menghalau rakyat Palestine dari tanah air mereka sendiri dan ia disebut 'Peristiwa Nakba'
Nakba (Catasthrope 'Malapetaka) - 1948
Nakba (Bahasa Arab: النَّكْبَة, rumi: an-Nakba, lit. 'malapetaka') ialah penghapusan etnik Arab Palestin melalui pemindahan dan perampasan tanah, harta benda dan harta benda mereka secara ganas, bersama-sama dengan pemusnahan masyarakat mereka dan penindasan hak politik, budaya, dan kebangsaan mereka. Istilah ini digunakan untuk menggambarkan peristiwa perang Palestin 1948 di Palestin Mandatori serta penganiayaan dan pemindahan penduduk Palestin yang berterusan oleh Israel. Secara keseluruhannya, ia meliputi perpecahan masyarakat Palestin dan penolakan yang lama terhadap hak pulang untuk pelarian Palestin dan keturunan mereka. Lebih 700,000 rakyat Palestine dihalau keluar dari tanah air mereka sendiri. (Wikipedia)

 |
Peristiwa Nakba 1948 - Penghapusan dan penyingkiran etnik Arab Palestine dari wilayah Palestine oleh Zionist Israel
Pembantaian, kemusnahan dan genocide oleh Israel ke atas penduduk Palestine telah menimbulkan bantahan dari seluruh dunia. Masyarakat dari benua Eropah, Latin, Asia, Afrika, mengecam dan melakukan demonstrasi menunjukkan sokongan kepada rakyat Israel dan menuntut dilakukan tindakan ke atas perlakuan Israel. Namun itu belum mencukupi selagi negara tersebut diketuai oleh pemimpin yang buta mata dan hati terus menjadi penyokong dan pelindung kepada Zionist Israel. Pemimpin dan aktivist yang menyokong Palestine dianggap sebagai terrorist dan dikenakan tindakan seperti penahanan dan sekatan. Israel walaupun menerima kecaman hebat dari masyarakat dunia tetap melakukan pembunuhan kerana mendapat sokongan penuh dari kuasa besar dunia terutamanya Amerika. Dunia semua melihat. Genocide yang dilakukan oleh Israel adalah peristiwa paling kejam yang terjadi di dunia moden sejak peristiwa holocaust oleh Nazi Jerman ke atas kaum Yahudi di eropah semasa Perang Dunia Kedua. Bahkan sekarang Israel mengulangi holocaust terhadap rakyat Palestine yang lemah dan tidak bermaya.



Kesengsaraan yang ditanggung oleh rakyat Palestine ialah malapetaka sejagat. Ia bukan masalah tentang agama, bangsa sahaja. Ia berkaitan dengan perikemanusiaan . Pemimpin, tokoh, aktivitis tidak kira bangsa, agama dan pemahaman mengutuk sekeras-kerasnya tindakan barbarian Zionisst terhadap Palestine. Berbagai-bagai tindakan dilakukan untuk menamatkan genocide yang terang-terang berlaku di paparan media. Apakah peranan kita sebagai rakyat dan manusia biasa yang tidak mempunyai kuasa dalam merubah keadaan yang tragik ini? Ramai bekata kita tidak mampu melakukan apa-apa pun. Kita hanya boleh merasa marah, kasihan, simpati dan sakit hati sahaja.
Fikirkanlah Orang Lain
Ketika kamu sedang menikmati hidangan pagi, fikirkanlah orang lain, (jangan lupa tentang makanan burung merpati) Ketika kamu ghairah untuk pergi berperang, fikirkanlah orang lain, (Jangan lupa ramai yang mencari keamanan) Ketika kamu membayar bil air, fikirkanlah orang lain, (ada yang dalam kehausan) Ketika kamu pulang ke rumah kesayanganmu, fikirlah orang lain, (ada yang tidak mempunyai perlindungan yang tetap) Ketika kamu bermetafora tentang kemewahan yang boleh dimiliki, fikirlah orang lain, (ada yang tidak mempunyai hak untuk bersuara) Ketika kamu memikirkan orang yang jauh dan dalam kesusahan, fikirlah diri sendiri, (katakan: hanya kalau aku dapat menjadi lilin dalam kegelapan)
Mahmoud Darwish (1941-2008) Pengarang dan Penyair Palestine
Kisah Burung dan Api
Seekor burung tinggal di dalam sarang yang dibinanya sekian lama. Tiba-tiba berlaku kebakaran di hutan yang mengancam kediamannya. Semua haiwan bertempiaran lari tanpa dapat berbuat apa-apa. Namun burung yang kecil itu terbang ke arah sungai dan membawa air untuk memadam kebakaran. Dia berulang alik ke arah sungai berulang kali dengan membawa titisan air dengan paruhnya yang kecil untuk cuba memadam kebakaran. Si ular ketawa dan bertanya " Wahai burung, apakah yang kamu buat? Kamu tak akan dapat memadamkan api itu dengan air yang sedikit itu" Burung yang malang itu membalas "Ya, aku tahu," "Jadi mengapa kamu melakukannya lagi dan lagi..? tanya ular itu lagi. Jawab si burung buat kali terakhir " aku hanya menjalankan tugas aku.." Si burung sedar dengan tubuhnya yang kecil dia tidak mampu untuk memadam kebakaran.Tapi dia enggan untuk tidak melakukan apa-apa.

Dalam dunia yang kita anggap kita adalah terlalu kecil dan tidak mampu untuk membuat sebarang perubahan, cerita si burung mengingatkan kita, bahawa pengaruh dan kuasa bukan terletak pada tubuh yang besar, tapi ia tentang pilihan yang kita lakukan, tentang menunjukkan sokongan, tentang enggan berdiam diri ketika keadaan amat memerlukan kita.
Kita tidak mampu melakukan tindakan seperti aktivis yang sanggup meredah benua semata untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestine. Kita juga bukan aktivis yang sanggup berdemo meredah kepungan polis dan ditahan di penjara. Namun seperti kisah si burung, kita tidak boleh berdiam diri dalam konflik yang menyayat hati ini. Diam bukan pilihan. Silent is not a choice. Hulurkanlah bantuan kepada rakyat Palestine sedaya kita samada wang, makanan, selimut dan sebagainya. Atau melalui 'subscribe' kepada platform media sosial yang menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestine atau memberikan komen yang positif atau setidaknya menanda 'like' dan menyebarkan kepada sahabat handai kenalan serta keluarga. Di tapak blog dan kemudahan yang ada ini, saya akan khaskan satu kolum yang bertajuk 'Eyes On Palestine' yang mana saya akan menulis beberapa karangan yang meliputi perjuangan aktivist, pemimpin, tokoh, selebriti yang menyokong Palestine perkembangan isu Palestine dan yang berkaitan. Moga sedikit tulisan yang tidak seberapa ini mungkin tidak dapat merubah apa-apa tapi doing nothing is worst. Moga keperihatinan kita dapat meringankan beban rakyat Palestine. Moga impian kita untuk melihat kebebasan Palestine akan menjadi kenyataan.
Kredit foto : Google image
Untuk mengetahui tentang Negara Palestine Yang Diiktiraf : https://liipohmali.blogspot.com/2025/07/negara-palestine.html
|
No comments:
Post a Comment