Apakah akan wujud Palestine yang berdaulat.
UK, Kanada, Australia Iktiraf Palestine. Perancis, Portugal, Belgium menyusul.
Pada 21 September 2025 - UK, Kanada dan Australia yang merupakan rakan sekutu Amerika telah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara. Dengan ini sebanyak 150 buah negara telah mengiktiraf negara Palestin. Algeria adalah Negara pertama mengiktiraf Palestine pada 15 Nov 1988. Perdana Menteri British, Kerr Starmer menyatakan bahawa pengiktirafan tersebut adalah sumbangan ke arah proses perdamaian yang lebih teratur. Perdamaian yg mereka bayangkan adalah Negara Palestine yang diiktiraf dan Negara Israel akan hidup aman antara mereka.
Ia telah diperkatakan sejak berdekad lamanya. Namun harapan itu semakin jauh dari jangkauan.
Adakah negara-negara yang mengiktiraf Negara Palestine ini akan melakukan sesuatu untuk menghentikan Israel dari membina dan meluaskan pendudukan mereka di tanah Palestine? Adakah mereka akan melakukan sesuatu untuk menghentikan Israel dari berterusan melakukan genocide?
Adakah ia merubah sesuatu untuk rakyat Palestine?
Beberapa negara Barat yang kaya dan berkuasa telah mengiktiraf Palestine. France, Belgium, Portugal dan Malta akan mengikut langkah Negara European Union (EU) yang lain seperti Sepanyol dan Ireland yang merupakan penyokong kuat penubuhan Negara Palestine pada Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam Bahasa Inggeris disebut United Nation General Assembly (UNGA). Hanya Amerika Syarikat sebagai kuasa besar dunia sahaja yang tidak mengiktiraf di samping Jerman, Itali dan Jepun.
![]() |
PM Perancis Emmanuel Macron dikerumuni pemimpin Arab selepas mengumumkan pengiktirafan Perancis terhadap Palestine |
Menurut pakar, gelombang ini sangat penting kerana ia melibatkan negara-negara yang kuat menyokong Israel dan juga merupakan negara-negara Barat yang mempunyai kekayaan dan menyokong serta mempunyai pengaruh di dunia.
Mengapakah selepas 80 tahun, baru sekarang negara-negara Barat Pro-Israel ini menyokong pengiktirafan Negara Palestine?
Pengumuman oleh Britain mengiktiraf Palestine adalah sesuatu yang dinantikan.Peristiharan Balfour 1917 (bertarikh 2 November 1917) merupakan kenyataan rasmi dasar kerajaan British yang menyokong penubuhan negara orang Yahudi di Palestin.
Mereka melakukan sekarang kerana protest dan kemarahan rakyat dari seluruh dunia semakin meningkat akibat genocide yang di lakukan oleh Israel. Mereka melakukan sekarang kerana mereka merasa bahang kekecewaan dan kemarahan rakyat akibat pembunuhan yang berlaku di depan mata tanpa tindakan untuk menghentikannya. Rakyat marah kerana kerajaan bersubahat dengan Zionist dengan menjalinkan hubungan dagangan malah menyalurkan bantuan peralatan tentera untuk melakukan pembunuhan. Sehingga kini lebih 65,000 rakyat Palestine telah terbunuh di mana separuh darinya kanak-kanak dan wanita sertai lebih 2 juta orang tiada tempat perlindungan. Data dari pihak Israel menunjukkan 83% kematian adalah Dari orang awam. Hampir keseluruhan Gaza hanya tinggal runtuhan batu dan kanak-kanak mengalami kebuluran akibat sekatan bantuan kemanusiaan oleh Israel.
![]() |
Kanada, Australia, United Kingdom Dan Perancis antara Negara G7 yang mengiktiraf Palestine pada Persidangan PBB September 2025 |
Ini telah meningkatkan bahang kemarahan di seluruh dunia. Di Negara Pro Palestine, UK, France, Jerman, Australia beratus ribu rakyat turun di jalanan membantah kerajaan yang bersubahat dengan Israel.
![]() |
Bantahan di Sydney menyatakan hampir 100,000 rakyat turun di jalanan memprotes genocide dan keterlibatan kerajaan dengan Israel |
Apakah makna pengiktirafan ini terhadap rakyat Palestine?
Ia adalah satu simbolik dan merupakan langkah pertama, bukan terakhir dalam meningkatkan perlaksanaan penyelesaian dua Negara (Two State Solution) Palestine-Israel . Bukan hanya perbincangan, tapi satu kaedah perundangan akan dilaksanakan untuk Negara Palestine yang sah.
Apakah criteria diperlukan untuk menjadi Negara yang diiktiraf?
1. Penduduk tetap:
Palestin mempunyai penduduk tetap, yang merupakan satu kriteria yang dipenuhinya.
2. Wilayah yang ditentukan:
Ini boleh dikatakan sebagai kriteria yang paling bermasalah bagi Palestin, kerana sempadannya tidak dipersetujui. Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dipisahkan secara geografi, dengan sempadannya dipertikaikan dan di bawah pelbagai peringkat kawalan atau pendudukan Israel.
3. Kerajaan:
Pihak Berkuasa Palestin (PA) ialah badan kerajaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, yang mampu menjalin hubungan dengan negara lain. Bagaimanapun, keberkesanannya terhad kerana pendudukan dan perpecahan politik antara Fatah di Tebing Barat dan Hamas di Gaza.
4. Keupayaan untuk menjalin hubungan dengan negara lain:
Palestin terlibat dalam hubungan diplomatik dan diiktiraf oleh lebih 145 negara. Pada tahun 2012, Perhimpunan Agung PBB menaik taraf statusnya kepada "negara pemerhati bukan anggota," mengukuhkan lagi kehadirannya di peringkat antarabangsa.
Pakar perundangan antarabangsa setuju bahawa Palestine mempunyai kriteria ini. Negara-Negara Barat yang mengiktiraf Palestine lebih mengutamakan penilaian politik dari undang-undang. Mereka juga telah mengenakan beberapa syarat untuk terbinanya Negara Palestine. ( Montevideo Convention 1933)
Antaranya
1.Pihak Berkuasa Palestine dibenarkan menjalinkan pentadbiran dibeberapa kawasan sahaja.
2.Pilihanraya perlu diadakan untuk membentuk kerajaan Palestine.
3.Hamas tidak boleh mengambil bahagian
Jadi apakah gunanya untuk mempunyai negara yang merdeka jika pihak luar yang membuat keputusan untuk anda. Sedangkan mereka tidak mengenakan sebarang syarat terhadap Israel.
Tapi yang paling utama, persoalannya tentang Sempadan Negara Palestine dan apa wilayah yang akan mereka diiktiraf.
![]() |
Rakyat Palestine membantah tentera Israel di Tebing Barat |
![]() |
Peneroka haram Yahudi berkumpul di kawasan Palestine di Tebing Barat |
![]() |
Peneroka haram Yahudi dengan dilindungi tentera Israel melakukan provokasi terhadap rakyat Palestine di Tebing Barat |
Palestine meliputi Gaza, Tebing Barat (West Bank) dan Timur Baitulmuqaddis (East Jerusalem). Namun sejak Peristiwa Nakba' 1948, lebih 700,000 rakyat Palestine dihalau dari tanah air mereka. Sekarang tiga wilayah tersebut telah dikuasai oleh rejin Israel sejak Perang Arab-Israel 1967. Israel menguasai secara ketenteraan dan mengawal kehidupan rakyat Palestine. Tambahan pula, sejak sekian lama Israel telah menjajah Dan membina penempatan Haram di tanah milik rakyat Palestine. Mereka dihalau dari rumah mereka. Sehingga hari ini 700,000 peneroka haram Yahudi menguasai Tebing Barat dan Timur Jerusalem. Ini menunjukkan wilayah yang ada bagi rakyat Palestine telah dikerumuni oleh peneroka haram Yahudi.Peneroka haram Yahudi telah bertindak secara ganas membakar tanaman, meroboh dan menghalau rakyat Palestine dari tanah mereka.
![]() |
Wilayah Palestine meliputi Gaza, Tebing Barat dan Jerusalem telah ditempatkan peneroka haram Yahudi |
Mahkamah Undang-Undang Antarabangsa (ICJ) PBB telah mengarahkan Israel agar menghentikan pembinaan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat dan memindahkan mereka. PBB pada Julai 2024 jelas menyatakan Palestine mempunyai hak ke atas wilayah Tebing Barat, Timur Baitumaqdis dan Gaza yang diduduki sepertimana pada perjanjian selepas Perang 1967.
Sekarang apabila negara Barat mengiktiraf Negara Palestine, tidak kedengaran sempadan apakah yang akan dimiliki oleh Palestine. Dalam kes ini, Barat akan mengiktiraf Palestine, namun mereka tidak akan mengiktiraf kedaulatan Palestine, dan hak rakyat Palestine untuk menghalau peneroka haram Yahudi dari tanah mereka yang dicuri.
Apakah tindakbalas Israel dari pengiktirafan negara Barat
"Kita akan terus membina Negara Yahudi yang nyata. Negara Israel yang kukuh yang didirikan akan memastikan idea sebuah Negara Palestine akan berkubur kerana tiada apa-apa yang tinggal untuk diiktirafkan dan tiada seorang pun rakyat Palestine yang ada untuk diiktiraf". Demikian angkuhnya kenyataan Menteri Kewangan Israel Bezalel Smotrich.
![]() |
Bezalel Smotrich yang lantang angkuh akan menghalau semua rakyat Palestine dari Gaza dan meluaskan penempatan Haram Yahudi di Tebing Barat |
Benjamin Netanyahu pula menggelar pengiktirafan UK terhadap Palestin sebagai "hadiah yang tidak masuk akal untuk keganasan" dan akan meningkatkan penguasaan terhadap Palestine.
Pengiktirafan Palestine bukan hanya secara verbal atau lisan. Negara-Negara besar seperti EU, G7 bahkan Arab perlu megambil langkah pro-aktif dengan mengenakan sekatan secara menyeluruh terhadap Israel seperti menguatkuasakan undang-undang jenayah Antarabangsa, menyekat kerjasama ketenteraan, membuat sekatan terhadap ekonomi dan ekspot import Israel.
Tanpa tindakan yang konkrit dan nyata ini, Maka betul seperti yang diperkatakan oleh pemerhati politik antarabangsa, pengiktirafan terhadap Palestine hanyalah sekadar simbolik untuk mengambil hati rakyat yang mahukan kerajaan emberi bantuan dan perlindungan terhadap rakyat Palestine.
Foto : al-jazeera dan Google Image
Sumber : Suntingan dari Wikipedia, google websites, al-Jazeera
No comments:
Post a Comment