Living In The Eighties

Assalamualaikum w.b.t,

This blog I made as a personal use to keep my memories back in the old good time especially in the 80's when I live in Ipoh. Friends, families and others who are interest and grown in the 80's are welcome to surf on in this site.

The era of the 80's was the most memorable moments of my life. There's happy and sad moment that I could'n forget. It's not because I'm not happy with my life currently. It's different cause that time when we are still kids, didn't have any heavy obligations, just plays, studies, getting fun and live with my loveble families. Besides, I still have my parents which I miss so much.

Here, most of the stories or article are around the 80's that I include a stories and history of that era along with the photo's or video clips. I also include several songs from the 60's and 70's with world wide history.There are also a photo's of my hometown, school's, places, family and friends that are related with me in the 80's.

Besides loving listening to music and watching films, I'm also an active sports person specially in football and badminton. I'm a biggest fan of old time articles or stories whether on event, persons, a legends or whatever related with history.

It's been since 1990 that I left Green Town, Ipoh and working in Kuala Lumpur. I can't imagine that i will live, stay and grown a family here in Kuala Lumpur, the biggest and a capital city in Malaysia. Still, the old fond memories of past days is still in my heart.
Hopefully it's will call our memories in the 80's which so wonderful and awesome.























Thursday, May 22, 2014

Great Team Never Win World Cup - Brazil 1950


Pasukan Terbaik Yang Tidak Memenangi Piala 
Oleh : Gabriele Marcotti from ESPN Columnist
Terjemahan : Li Lenjan

Gabriele Marcotti seperti juga Li Lenjan tidak ada untuk melihat semua pasukan yang hebat ini beraksi. Tapi saya merasai suasana kemeriahan Piala Dunia 1974 di German dan dapat menyaksikan Piala Dunia secara langsung di kaca tv mulai 1978. Senarai pasukan terbaik dunia yang gagal memenanggi Piala Dunia ini disusun melalui kombinasi penyelidikan, youtube dan testimonial. Anda akan mendapati lebih banyak pasukan silam yang hebat dari pasukan yang ada pada zaman sekarang. Ia mungkin kerana terpanggil dengan kenangan silam yang mengasyikkan atau mungkin kerana bola sepak sejak kebelakangan ini tidak ada kejutan, pasukan yang outstanding seperti dijangka akan memenangi Piala Dunia, seperti Spain 2010, tetapi yang lain seperti Brazil 2002 dan 1994 dan France 1998 menang dengan cara yang kurang menarik.
Artikel ini bukan berkaitan dengan pasukan yang penuh dengan pemain berbakat dan dianggap yang favourite tetapi gagal bermain denagan cantik dan menarik peminat bola sepak dan gagal juga memenangi Piala Dunia seperti yang terjadi kepada pasukan Itali 1990 atau Argentina 2002
Ia berkaitan pasukan yang berbakat, mempersembahkan permainan yang menarik dan mempersonakan jutaan peminat bola sepak, tetapi atas sesuatu sebab atau kesilapan, pasukan-pasukan tersebut gagal mendakap Piala Dunia kadang-kadang pada halangan yang terakhir. Pasukan-pasukan hebat yang dimaksudkan itu ialah Brazil 1950, Hungary 1954, Holland 1974, Brazil 1982 dan Denmark 1986.

Mengapa Brazil1950 Hebat
Ini bukan hanya sekadar sebuah pasukan.Ini adalah sebuah tempat dan suasana Piala Dunia selepas kemusnahan Perang Dunia Kedua. Diadakan ditempat roh bola sepak itu dimainkan, Brazil. Brazil adalah favoutite kejohanan, memenangi Copa America setahun sebelumnya dengan menjaringkan 46 gol dalam 8 perlawanan, termasuklah mengalahkan Paraguay 7-0 dalam final tersebut.
Setiap perlawanan adalah ibarat acara nasional.Setiap sepak mula adalah seperti satu pesta di mana anda akan merasa apa-apa pun boleh berlaku. Tetapi penamatnya akan tetap sama, kemenangan untuk Selecao, gelaran untuk pasukan Brazil.
Apa berlaku..
Brazil memperkudakan Mexico 5-0 dalam perlawanan pembukaan.Bola terkena tiang 5 kali, dan mereka bermain tanpa kelibat Zizinho, attacking midfielder terhebat yang hanya bermain dalam game ketiga.
Apabila mereka beranjak dari Rio ke Sao Paolo untuk perlawanan kedua, jurulatih Flavio Costa menukar pemain dan membawa masuk tiga pemain kelab Sao Paolo atas pengaruh politik.
Tetapi itu hanyalah menunjukkan betapa yakinnya Brazil. Malah keputusan seri 2-2 bertemu Switzerland seakan tidak diambil berat apabila Brazil yang mendahului 2-0 melepaskan gol hasil kesilapan sendiri akibat keinginan menambah jaringan yang besar. Kemenangan 2-0 menyusul ke atas Yugoslavia dan Selecao seakan berada di awangan.
!950 mengandungi 4 pasukan teratas yang bermain dalam pusingan akhir secara round robin. kesangsian terhadap keupayaan Brazil yang tidak konsisten dalam pusingan awal segera terhapus apabila mereka meranapkan Sweden 7-1, dan membelasah Sepanyol yang sehingga kini tidak pernah kalah dengan 6-1.
Danillo, playermaker Brazil secara menarik dan tepak mencucurkan bola kepada pemain di bahagian hadapan. Zizinho, pemain yang dianggap Pele sebaga 'pemain terhebat yang pernah saya saksikan,dan Ademir, penyerang terbaik yang akhirnya akan menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan 8 gol. Pengulas sukan ketika itu menyatakan 'inilah bola sepak masa hadapan'

Brazil 1950



Zizinho
Apa terjadi
Stadim Maracana yang merupakan stadium terbesar dunia menunggu masa untuk menobatkan Brazil sebagai juara dunia tetapi Uruguay menyeret kepedihan apabila memaksa Brazil menelan semula apa yang diluah ketika Uruguay yang ketinggalan berjaya mengalahkan Brazil dan membuatkan sluruh jiwa rakyat Brazil meruntum.
Apakah ini hukum karma? Ketika menuju perlawanan, gabenor daerah Rio de Jeneiro membuat ucapan merujuk kepada Brazil ' juara kejohanan' yang mana beberapa detik lagi akan dinobatkan sebagai Juara Dunia.
Uruguay membuat pengubahsuaian taktikal dan mengkaji perlawanan di antara Brazil-Switzerland dan memantapkan barisan pertahanan. Kesalahan individu oleh back kiri Brazil Bigode yang menyebabkan gol pertama dan keeper Barbosa pada gol kedua hanyalah sebagai kambing hitam semata.
Apakah yang berada di benak pemain Brazil.  tanggungjawab mereka hanyalah bermain secara menyerang sehingga ke dalam penalti Uruguay yang menyaksikan Brazil menguasai permainan dengan menggegar tiang gol Uruguay dan menjaringkan gol di awal separuh masa kedua, 1-0 untuk Brazil. Pada peringkat ini, perlawanan dianggap sudah tamat.  Brazil hanya memerlukan seri untuk bergelara juara dunia.
Begitupun, Brazil masih menyerang bertalu-talu. Juvenal, defender tengah Brazil dilihat seakan bermain lebih baik apbila naik ke atas membantu barisan serangan, dan Uruguay menanti saat ini untuk membuat serangan balas apabila ruang di bahagian pertahanan Brazil dilihat lopong.
Dan sejarah pun tercatat. Uruguay menang 2-1 dan Brazil kehilangan gelaran yang hampir berada dalam genggaman akibat ketaksuban mereka untuk menjaringkan lebih dari satu gol. Sebuah pasukan yang dianggap terbaik selepas tamatnya Perang Dunia Kedua gagal memenuhi harapan jutaan rakyatnya akibat kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku.

Brazil vs Mexico       4-0
         vs Switzerland  2-2
         vs  Yugoslavia  2-0
         vs  Sweden      7-1
         vs  Spain          6-1
         vs  Uruguay      1-2
 

Artikel akan datang :  Great Team Never Win World Cup – Hungary 1954




No comments: