Living In The Eighties

Assalamualaikum w.b.t,

This blog I made as a personal use to keep my memories back in the old good time especially in the 80's when I live in Ipoh. Friends, families and others who are interest and grown in the 80's are welcome to surf on in this site.

The era of the 80's was the most memorable moments of my life. There's happy and sad moment that I could'n forget. It's not because I'm not happy with my life currently. It's different cause that time when we are still kids, didn't have any heavy obligations, just plays, studies, getting fun and live with my loveble families. Besides, I still have my parents which I miss so much.

Here, most of the stories or article are around the 80's that I include a stories and history of that era along with the photo's or video clips. I also include several songs from the 60's and 70's with world wide history.There are also a photo's of my hometown, school's, places, family and friends that are related with me in the 80's.

Besides loving listening to music and watching films, I'm also an active sports person specially in football and badminton. I'm a biggest fan of old time articles or stories whether on event, persons, a legends or whatever related with history.

It's been since 1990 that I left Green Town, Ipoh and working in Kuala Lumpur. I can't imagine that i will live, stay and grown a family here in Kuala Lumpur, the biggest and a capital city in Malaysia. Still, the old fond memories of past days is still in my heart.
Hopefully it's will call our memories in the 80's which so wonderful and awesome.























Thursday, May 29, 2014

Great Team Never Win World Cup - Hungary 1954





Pasukan Terbaik Yang Tidak Memenangi Piala Dunia
Oleh : Gabriele Marcotti from ESPN Columnist
Terjemahan dan disemarakkan : de'Lenjen

Gabriele Marcotti seperti juga de' Lenjen tidak ada untuk melihat semua pasukan yang hebat ini beraksi. Tapi saya merasai suasana kemeriahan Piala Dunia 1974 di German dan dapat menyaksikan Piala Dunia secara langsung di kaca tv mulai 1978. Senarai pasukan terbaik dunia yang gagal memenangi Piala Dunia ini disusun melalui kombinasi penyelidikan, youtube dan testimonial. Anda akan mendapati lebih banyak pasukan silam yang hebat dari pasukan yang ada pada zaman sekarang. Ia mungkin kerana terpanggil dengan kenangan silam yang mengasyikkan atau mungkin kerana bola sepak sejak kebelakangan ini tidak ada kejutan, pasukan yang outstanding seperti dijangka akan memenangi Piala Dunia, seperti Spain 2010, Brazil 2002 dan 1994 dan France 1998
Artikel ini bukan berkaitan dengan pasukan yang penuh dengan pemain berbakat dan dianggap yang favourite untuk memenangi Piala Dunia tetapi gagal seperti yang terjadi kepada pasukan Itali 1990 atau Argentina 2002.
Ia berkaitan pasukan yang mempersembahkan permainan yang menarik dan mempersonakan jutaan peminat bola sepak, tetapi atas sesuatu sebab atau kesilapan, pasukan-pasukan tersebut gagal mendakap Piala Dunia kadang-kadang pada halangan yang terakhir. Pasukan-pasukan hebat yang dimaksudkan itu ialah Brazil 1950, Hungary 1954, Holland 1974, Brazil 1982 dan Denmark 1986.


 
HUNGARY  ‘THE MIGHTY MAGYARS’ 1954
Walaupun mengalami kemusnahan akibat Perang Dunia Ke2, bola sepak Hungary dianggap sebagai era emas di kalangan peminat bola sepak Eropah.  Antara 1945-50 Hungary tidak pernah tewas. Menjaringkan 105 gol dalam 27 perlawanan.  Hungary memenangi emas Olimpik 1952 dan menewaskan ibu kepada bola sepak Eropah, England dengan 6-3 di Stadium Wembley.  6 bulan kemudian mereka membelasah England 7-1 di Budapest untuk membuktikan kejaguhan mereka.  Syd Owen, centre back England menyatakan ‘seperti bermain dengan makhluk dari angkasa lepas’.  Semua berlaku walaupun mereka kehilangan 2 pemain popular, Laszlo Kubala yang dibuang negara kerana mengganggotai komunis sementra Ferenc Deak yang pernah menjaringkan 66 gol dalam 34 perlawanan dalam satu musim digugurkan atas perbezaan politik.
Dengan Josef Boszik ‘Andrea Pirlo’ ketika itu berada dalam pasukan, Sandor Kocsis adalah penyerang besi yang menghentam pertahanan lawan di samping Nandor Hidegkuti pemain ‘false 9’ dan sudah tentu dengan lagenda bola sepak dunia sepanjang zaman, Ferenc Puskas, Hungary mempunyai ramai pemain berbakat dan dianggap pilihan untuk menjuarai Piala Dunia Basel 1954.

Hungary 1954



Apa Berlaku?
Hungary memulakan kempen Piala Dunia 54’ dengan membelasah Korea 9-0 dan German 8-3 di mana pada suatu ketika mendahului 8-1 berbaki 15 minit perlawanan.  Tetapi Ferenc Puskas dikasari sehingga mengalami kecederaan dan beliau dijangka tidak akan beraksi sehingga tamat kejohanan.  Walaupun tanpa kelibat bintang utamanya, Hungary menewaskan finalis Piala Dunia 1950, Brazil 4-2 dalam perlawanan tegang di suku akhir.
Pada separuh akhir, masih lagi dengan ketiadaan Puskas, mereka melayan Uruguay, Juara Piala Dunia 1950 yang mempunyai pasukan yang lebih baik dari pasukan yang menjuarai Piala Dunia 4 tahun lepas. Hungary berjaya menewaskan Uruguay 4-2 dalam perlawanan yang dipenuhi dengan kekasaran dan pergaduhan dengan dua gol dari Kocsis yang mengakhiri kejohanan sebagai penjaring terbanyak dengan 11 gol. Hungary layak ke perlawanan akhir dan lawan mereka ialah German.


Di mana Silapnya?
Menjadi satu misteri bagaimana Hungary boleh tewas kepada German yang telah mereka 'sekolahkan' dengan jaringan 8-3 hanya 2 minggu lepas.
Keletihan dan kelesuan adalah faktor utama selepas mengharungi cabaran sengit dari Brazil dan Uruguay.  Kemasukan Puskas yang masih belum semuh dari kecederaan, tetapi bersungguh-sungguh ingin bermain, tidak dapat membantu Hungary. Seperti perlawanan-perlawanan lalu, Hungary melancarkan serangan sepantas kilat dan mendahului 2-0 seawal 10 minit perlawanan. Tetapi kali ini German tidak mengalah, sehingga minit ke20, mereka dapat menyamakan kedudukan 2-2.  Hungary mengeluarkan segala kekuatan mereka, mencipta peluang demi peluang.  Rembatan Czibor mengenai tiang, Puskas mensesiakan beberapa peluang keemasan yang biasanya dapat disempurnakan.
Keadaan padang yang agak berlumpur  memberi kelebihan kepada German yang mempunyai kekuatan fizikal dan lebih atletik.  Hungary mula keletihan.  Serangan mereka mulai kendur.  Dengan berbaki  enam minit perlawanan, Helmut Rahn menjaringkan gol kemenangan German. Keputusan akhir Hungary 2- German 3.


Apa Berlaku Selanjutnya
Hungary berada dalam kejutan besar selepas gagal menjuarai Piala Dunia 1954.  Di sebalik disambut sebagai wira untuk meraikan kejayaan Piala Dunia di ibunegaranya Budapest,  mereka terbang ke daerah lain untuk mengelakkan kemarahan penyokong.
Teori konspirasi mula diperkatakan. Konspirasi popular menyatakan  pemain Hungary menjual perlawanan sebagai pertukaran untuk mendapatkan peralatan peperangan yang masih berlaku di Eropah Timur ( tetapi tiada bukti kukuh ).
Pemain seperti Puskas, Czibor, Kocsis membawa diri keluar dari Hungary.  Puskas kemudian bermain untuk kelab Real Madrid dan menjuarai Piala Eropah sebanyak 3 kali. Kocsis menyertai beberapa kelab Eropah seperti Barcelona.
Ini menandakan berakhirnya era sebuah pasukan terhebat dunia dan membiarkan semua orang berfikir mengapa malapetaka ini terjadi terhadap pasukan Hungary, “The Mighty Magyars’.

Ferenc Puskan beraksi ketika menentang German di final WC 1954
Puskas 3 kali menjuarai Piala Eropah bersama Real Madrid
Hungary vs South Korea  9-0
              vs W.Germany   8-3
              vs  Brazil            4-2
              vs  Uruguay        4-2
              vs  W.Germany   2-3




Artikel akan datang :  Great Team Never Win World Cup – Holland




No comments: