Living In The Eighties

Assalamualaikum w.b.t,

This blog I made as a personal use to keep my memories back in the old good time especially in the 80's when I live in Ipoh. Friends, families and others who are interest and grown in the 80's are welcome to surf on in this site.

The era of the 80's was the most memorable moments of my life. There's happy and sad moment that I could'n forget. It's not because I'm not happy with my life currently. It's different cause that time when we are still kids, didn't have any heavy obligations, just plays, studies, getting fun and live with my loveble families. Besides, I still have my parents which I miss so much.

Here, most of the stories or article are around the 80's that I include a stories and history of that era along with the photo's or video clips. I also include several songs from the 60's and 70's with world wide history.There are also a photo's of my hometown, school's, places, family and friends that are related with me in the 80's.

Besides loving listening to music and watching films, I'm also an active sports person specially in football and badminton. I'm a biggest fan of old time articles or stories whether on event, persons, a legends or whatever related with history.

It's been since 1990 that I left Green Town, Ipoh and working in Kuala Lumpur. I can't imagine that i will live, stay and grown a family here in Kuala Lumpur, the biggest and a capital city in Malaysia. Still, the old fond memories of past days is still in my heart.
Hopefully it's will call our memories in the 80's which so wonderful and awesome.























Thursday, June 5, 2014

Great Team Never Win World Cup - Denmark 1986



Denmark 1986
Anda mungkin menyatakan Denmark 86’ tidak sepatutnya berada sebaris dengan empat pasukan hebat yang tidak menjuarai Piala Dunia sebelum ini.  Mungkin kerana mereka tersingkir seawal pusingan ke-2 Piala Dunia 1986.  Tetapi harus diketahui Denmark 86’ adalah sebuah pasukan yang menakjubkan dan memikat peminat bola sepak dengan mengadunkan kekuatan fizikal dan teknikal yang tinggi.
Memikirkan bahawa Denmark tidak pernah layak ke Piala Dunia sehingga Mexico’86, dan mempunyai liga professional hanya kurang dari sedekad yang lalu maka adalah menakjubkan apabila mereka muncul sebagai pasukan yang hebat di Mexico. Satu generasi pemain yang bijak, berbakat dan berpengalaman di peringat antarabangsa berkumpul pada masa dan waktu yang sesuai.  Ia mungkin yang agak biasa tetapi pasukan ini mengandungi pemain-pemain yang mewakili kelab-kelab johan di Eropah seperti  Søren Lerby (Bayern Munich), Jan Mølby  (Liverpool), Jesper Olsen, John Sivebæk (Man Utd), Frank Arnesen (PSV), Michael Laudrup ( 125 Greatest Living Footballers) dari Juventus,Preben Elkjær Larsen ( Verona) dan kapten pemegang rekod caps terbanyak Denmark
 
Denmark 1986 - Menunjukkan aksi permainan yang menarik dari pemain-pemain yang berbakat
Attacking midfielder Laudrup 21 tahun, adalah budak emas dalam bola sepak. Di atas ialah Elkjaer, pemain berkuasa seladang yang menerkam sepantas kilat dan boleh menjaringkan gol dalam peluang 50-50.  Lerby dan Arnesen adalah dynamic midfield yang menghidupkan enjin pasukan, dan dalam usia 36 tahun Morten Olsen adalah ibarat pengemas rumah di pertahanan Denmark.


Michael Laudrup

Preben Elkjaer
Pengurus Sepp Piontek telah memaksa pemain mengharungi system latihan yang menyeksa dan membebankan, 3 jam sesi latihan taktikal sehari bukanlah satu perkara yang luar biasa di tambah dengan latihan altitude tinggi yang di sesuaikan dengan iklim cuaca di Mexico yang ketika itu amat membahang. Ini membolehkan mereka menyesuaikan diri dan menukar rentak mengikut keadan permainan.
Di Mexico, mereka diundi dalam kumpulan maut bersama German, naib juara 82’, Uruguay  mempunyai
Enzo Francescoli ( South American Footballer of the Year ) , dan  Scotland dengan bintang-bintang liga Inggeris sepertiKenny Dalglish ,Graeme Souness,,Gordon Strachan ,Alan Hansen, Alan Brazil, John Wark
Tetapi mereka tidak bimbang. Satu perkara tentang pasukan ini ialah mereka boleh menewaskan lawan mereka dengan hasil kerja keras pertembungan fizikal, kepantasan dan dengan teknik kemahiran yang tinggi. Mudah menenewaskan Scotland 1-0 pada perlawanan pertama,walaupun dengan tipis hasil jaringan Elkjaer. Denmark kemudian membelasah Uruguay 6-1 dengan Elkjaer membuat hatrik dan membuka ruang dua gol lagi.  Tetapi Laudrup yang mencuri tumpuan dengan dribbling yang menarik, pengerakan yang menawan dan lincah di kawasan lawan.
Lawan seterusnya ialah Germany, yang kemudiannya akan layak ke perlawanan akhir.  Pertemuan ibarat buku dengan ruas tetapi dengan kekuatan fizikal, teknik dan kepantasan Denmark mudah saja mengatasi Germany dengan 2-0. Denmark menjaringkan gol terbanyak dalam pusingan awal dengan total 9-1 dan bersama Brazil menang kesemua perlawanan dan mereka melakukannnya dalam kumpulan yang paling sukar 'Group Of Death'. Denmark mula menjadi tumpuan dan dengan prestasi tersebut mereka adalah  berpotensi dan  dan dianggap pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Dunia 86’.

Di Mana Silapnya?
‘Kalau anda tewas, tewaslah dengan cara seorang pejuang sehingga detik terakhir nyawa anda.’
Mungkin Piontek  tidak memberikan mesej ini kepada pemainnya tetapi inilah yang berlaku.  Bertemu Sepanyol dalam pusingan kedua, Denmark mendahului pada peringkat awal melalui  penalti oleh Jesper Olsen, dan Denmark dengan tenang menguasai permainan. Tetapi sejurus sebelum tamat separuh masa, Olsen melakukan sesuatu yang orang lain tidak terfikirkan.  Olsen sebagai pemain sayap, menerima bola hantaran rakan di posisi bek kanan dan  mengelirukan penyerang Sepanyol Julio Salinas, tetapi dari sepatutnya beliau membawa bola atau terus membuat hantaran ke hadapan, Olsen sebaliknya membuat satu hantaran lintang ke arah kawasan penalti sendiri dan Emilio Butragueño‘Si Helang’ menyambar hantaran tersebut dan menyumbat gol penyamaan. 1-1 tamat separuh masa.

Jesper Olsen - pernah bermain untk Man Utd, hantaran lintangnya disambar oleh Butragueno untuk gol penyamaan
Melepaskan gol sejurus sebelum tamat separuh masa melumpuhkan semangat pasukan, tetapi melepaskannya dengan cara yang bodoh adalah sesuatu yang lebih teruk lagi. Begitupun Denmark memulakan separuh kedua dengan baik. Elkjaer meneruskan renjatan ibarat turbo seperti kereta kebal Rusia dan hampir menjadikan 2-1.  Tetapi  tidak lama kemudian Butragueno menunjukkan kegarangannya dalam kawasan penalti dan menjaringkan gol untuk Sepanyol. Saat itu roda mula berputar arah. Piontek menghantar seorang lagi striker dan Denmark dengan berahinya menyerang kubu Sepanyol.  Kesemuanya ini membuatkan benteng pertahanan mereka mula dilihat rapuh pada serangan balas dan Sepanyol menjaringkan tiga gol lagi menjadikan kedudukan tamat 5-1.
Apa Terjadi Seterusnya?
Jesper Olsen, seperti yang anda bayangkan, menerima kritikan akibat kesalahannya dan Denmark tidak bermain seperti biasa selepas gol tersebut.  Elkjaer dihantui kecederaan yang menbuatkannya gagal mendapat status seperti Marco van Basten. Begitupun, untuk membuktikan bahawa hidup ini umpama roda, nasib malang kadangkala akan dibalas dengan tuah pada pada masa lain. Enam tahun kemudian Denmark menjadi juara Kejohanan Eropah yang mana sepatutnya mereka tidak harus berada dalam kejohanan tersebut.
Menjadi pengganti pada saat terakhir kepada Yugoslavia yang terlibat dalam Perang Balkan, Denmark memenangi kejohanan tersebut walaupun menurunkan pemain yang lebih rendah keupayaannnya dari Denmark 86’.  John Sivabaek adalah satu-satunya yang terselamat dar Mexico. Laudrup sepatutnya berada dalam barisan Denmark tetapi beliau bersara dari pasukan Denmark akibat persengketaan dengan national team coach Moeller Nielsen.
Pasukan Denmark yang mengandungi pemain yang hebat tetapi jatuh pada Mexico 86, tetapi pasukan underdogs Denmark pula berjaya memenangi Kejohanan Eropah 92’.  Begitulah bagaimana bola sepak yang hebat ini dimainkan.

Denmark 1992 - Kurang menarik dan kurang pemain berbakat tetapi memenangi Euro 92






No comments: