Pasukan Hebat Yang Tidak Memenangi Piala Dunia
Oleh : Gabriele Marcotti from ESPN Columnist
Terjemahan &Disemarakkan : de' Lenjen
Gabriele Marcotti seperti juga de'Lenjen tidak ada untuk melihat semua pasukan yang hebat ini beraksi. Tapi Lenjen merasai suasana kemeriahan Piala Dunia 1974 di Jerman Barat dan dapat menyaksikan Piala Dunia secara langsung di kaca tv mulai 1978. Senarai pasukan terbaik dunia yang gagal memenangi Piala Dunia ini disusun melalui kombinasi penyelidikan, youtube dan testimonial. Anda akan mendapati lebih banyak pasukan silam yang hebat dari pasukan yang ada pada zaman sekarang. Ia mungkin kerana terpanggil dengan kenangan silam yang klasik atau mungkin kerana bola sepak sejak kebelakangan ini tidak ada kejutan, pasukan yang outstanding seperti dijangka akan memenangi Piala Dunia, seperti Spain 2010, dan Brazil 2002 dan 1994 dan France 1998 memenangi Piala Dunia dengan pasukan mantap tapi persembahan yang tidak menarik.
Artikel ini bukan berkaitan dengan pasukan yang penuh dengan pemain berbakat dan dianggap favourite untuk memenangi Piala Dunia tetapi gagal seperti yang terjadi kepada pasukan Itali 1990 atau Argentina 2002
Ia berkaitan pasukan yang mempersembahkan permainan yang menarik dan mempersonakan jutaan peminat bola sepak, tetapi atas sesuatu sebab atau kesilapan, pasukan-pasukan tersebut gagal mendakap Piala Dunia kadang-kadang pada halangan yang terakhir. Pasukan-pasukan hebat yang dimaksudkan itu ialah Brazil 1950, Hungary 1954, Holland 1974, Brazil 1982 dan Denmark 1986.
MENGAPA BRAZIL 1982 HEBAT
Ini adalah pasukan Brazil yang kita semua ingin lihat. Samada ‘joga bonito’, ‘ballad football’ atau
‘samba star’. Lenjen dapat merasai suasana Piala Dunia Espana 1982 dengan Brazil dianggap favourite untuk merangkul kejuaraan. Brazil 82’ adalah skuad
yang mempunyai bakat yang tinggi dan keanehan yang menakjubkan serta komited
kepada permainan cantik yang ditekankan oleh jurulatih Telê Santana. Mereka mungkin boleh ditewaskan, tetapi tidak
boleh dikalahkan kecuali oleh diri mereka sendiri.
Harapan terhadap mereka begitu tinggi dalam kejohanan
ini. Bukan sahaja mereka memenangi semua
perlawanan kelayakan dengan bergaya, mereka juga mengalahkan Sepanyol ( tuan
rumah Piala Dunia 82’) dan German ( Juara Eropah 80’) sebanyak dua kali dalam
perlawanan persahabatan.
Dari sudut pemain bintang, sukar untuk dinafikan Zico adalah
pemain terhebat dunia ketika itu, walaupun Maradona dan Michel Platini ( ke-6 FIFA Player of the Century) akan menyainginya.
Bahagian midfield diterajui oleh kapten Sócrates, seorang doctor berkelayakan yang
kemudiannya akan mendapat Phd dalam bidang falsafah, berjambang seperti Plato.
Dibantu oleh Falcão yang berteknikal tinggi. Éder, si kidal, yang mana rembatan ibarat roket memerlukan kuasa radar
untuk mengesan kelajuannya dan Cerezo, si kaki kurus bak itik yang tiada siapa
pun dapat mendekatinya. Kelancaran dan
kebebasan pergerakan adalah kunci gaya permainan mereka. Sesiapa sahaja boleh menyerang dan kadangkala
beberapa orang akan bertahan.
Pasukan ini juga mempunyai penumpang iatu keeper Valdir
Perez dan striker Serginho. Sesuatu yang
kurang baik untuk kejohanan yang singkat.
Walaupun itu satu kecacatan, kelemahan itu ditutup dengan kehebatan
pemain yang lain. Peminat Brazil seakan
berkata ‘Yeah..yang dua itu tidak boleh
diharap, tetapi kami hanya memerlukan sembilan orang pemain sahaja untuk
mengalahkan anda’
Cara bagaimana mereka memenangi perlawanan walaupun
ketinggalan pada awalnya seperti ketika berhadapan dengan Russia dan Scotland
menambah keseronokan. Seakan mereka
berkata ‘ kamu jaringkan gol dulu untuk menjadikan perlawanan lebih
menarik’. Soviet, pasukan yang cemerlang
mendahului Brazil 1-0, tetapi akhirnya tewas 2-1. Scotland yang bangga dengan bintang Liga
Inggerisnya seperti trio hebat Liverpool Kenny Dalglish, Graeme Souness, Alan Hansen, diperkatikkan dengan 4-1 dan New Zealand diratah 4-0. Kalau bukan
kerana Brazil menganggap perlawanan dengan NZ adalah perlawanan pertunjukkan
pasti jumlah jaringan akan berganda.
Mereka mara ke pusingan kedua liga tiga pasukan bersama
Itali dan Argentina. Perlawanan pertama
menentang Argentina yang telah tewas kepada Itali 2-1. Ramai menganggap ianya
ialah final awal, Argentina, juara 1978, mempunyai pemain genius Diego
Maradona. Tetapi Brazil dengan samba mereka menewaskan Argentina 3-1
Brazil 1982 - Mempamerkan permainan menyerang style samba yang mempersonakan |
Di mana Silapnya
Kesan kelebihan jaringan, Brazil hanya memerlukan seri
dengan Itali untuk ke separuh akhir. Kebanyakan jurulatih akan menukar taktik
permainan yang sesuai, terutamanya menentang Itali yang mempunyai falsafah bola
sepak serangan balas. Tetapi Santana
tidak mempercayai itu semua.
Brazil tetap melakukan permainan menarik dengan rentak samba
yang menawan. Santana menyatakan itu
adalah sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh Brazil. Risikonya, mereka terpaksa membayar kos yang
tinggi untuk gaya tersebut.
Brazil menyerang dan menggasak Itali sejak awal lagi. Hanya lima minit bermula, mereka membiarkan
sayap Itali Bruno Conti berlari 30 ela tanpa halangan dan Conti menghantar bola
kepada back kiri
Antonio Cabrini yang tidak dikawal di seberang padang. Hantaran tepat Cabrini menemui Paolo Rossi yang menanduk masuk gol pertama. 1-0 untuk Itali.
Selecao meneruskan asakan.
Mereka tahu mereka akan menjaringkan gol, dan dalam masa tujuh minit
Socrates menyamakan kedudukan. Bermain
mudah, sambil lewa, relaks, dan hantaran lintang kemalasan dari Cerezo kepada
back tengahnya dirampas oleh Rossi menjadikan kedudukan 2-1. Sekali lagi Brazil mara ke hadapan, kali ini
dengan lebih terdesak dan Falcao menyamakan kedudukan 2-2.
Pasukan yang biasa yang inginkan seri akan memantapkan bahagian
pertahanan. Tetapi Brazil 82’ ini,
mereka bukan pasukan biasa. Mereka ingin menjaringkan gol lagi dan ingin
melakukan cara yang mereka tahu, bersamba.
Minit 75. Clearance yang tidak menjadi memberikan sepakan
sudut kepada Itali dan kesudahannya Rossi menjaringkankan hatrik. Brazil seakan-akan sudah terkeluar dari
saingan apabila nasib tidak menyebelahi mereka apabila tandukan Paolo Isidoro
di lewat permainan di selamatkan atas garisan gol oleh Dino Zoff,
dianggap
antara penyelamat di abad ini. Brazil
yang hebat tersingkir kepada Itali 3-2.
Mudah untuk menyatakan Brazil 82’ tidak mengambil perlawanan
dengan serius, dikatakan terlalu over confident, bahawa ketaksuban mereka
kepada permainan yang unik dan menarik telah menjadikan mereka mangsa
kekalahan. Memang betul. Tetapi sebelum
menyalahkan Santana, harus diakui tidak ada rasa malu mengalami kekalahan,
tetapi kepercayaan bagaimana sesuatu perlawanan dimenangi dengan menarik dan
disenangi oleh semua orang adalah juga penting.
Socrates, si doktor yang merupakan kapten Brazil 82' |
Apa berlaku seterusnya
Brazil memulakan pencarian gelaran Piala Dunia, terbahagi
kepada dua pendapat. Satu inginkan gaya
Eropah yang mementingkan disiplin dan pertahanan, dan satu lagi menyokong
kepada corak permainan Santana . 12
tahun kemudian mereka berjaya mencapai matlamat menjuarai Piala Dunia dengan
pemain bintang seperti Romario, Bebeto, Dunga, Branco, tetapi tidak ramai yang
berkatakan pasukan ini adalah menarik. Kita
dapati Brazil sekarang bukan lagi mempunyai permainan gaya samba 70’ atau 80’an
kerana kemenangan menuntut segalanya berbanding dengan kecantikan permainan.
Zico mengenang kembali perlawanan menentang Itali sebagai
‘hari yang mana bola sepak telah mati’
Zico, penyerang terhebat Brazil selepas era Pele sehingga digelar 'The White Pele' |
Brazil vs Russia
2-1
Brazil vs Scotland 4-1
Brazil vs N.Zealand 4-0
Brazil vs Argentina 3-1
Brazil vs Itali 2-3
No comments:
Post a Comment