Pengalaman yang saya catatkan di sini adalah berdasarkan pengalaman semenjak di bangku sekolah rendah lagi di sekitar pertengahan 70'an. Mungkin ramai adik-adik atau kekawan yang masih kecil atau belum lahir lagi semasa saya bergiat dalam sukan. Mungkin pengalaman ini tidak sehebat rakan-rakan lain yang pernah mewakili negeri dalam bidang sukan masing-masing. Begitupun ianya sekadar imbauan nostalgia dan mungkin sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan.
Lain orang lain minatnya. Ada
yang minat memancing, minat bertukang, minat do it your self, minat karaoke,
minat nonton filem, minat dengar ceramah agama, minat berpolitik, dan bermacam
minat lagi
Tapi keghairahan dan berahi
saya adalah dalam sukan, samada bermain atau menonton sukan. Saya akui, saya tidak begitu bijak
dalam akademik atau pelajaran. Spm pun gred dua aje. Di samping minat
kepada hal-hal sejarah, sukan merupakan hobi utama in my daily diary. Sehingga bapa pernah menyergah ‘ sukan,
sukan , belajar tak mau' apabila saya mencatit-catit perkara sukan
dalam buku latihan peribadi saya. Satu ketika semasa dalm tingkatan 5, ibu
merantai tayar basikal kerana melarang saya pergi ke padang bola yang
berjarak 3 kilometer dari rumah. Itulah saya, mempunyai minat yang mendalam
dalam sukan ketika di bangku sekolah, terutama sukan bola sepak, badminton dan
hoki.
1970’an
– Pengenalan kepada sukan
Sekolah rendah. Belum bermain
sukan lagi. Walaupun mengikuti perkembangan sukan Malaysia seperti Pestabola
Merdeka, Piala Malaysia, Piala Thomas dan Hoki Piala Dunia 1975 di mana
Malaysia menjadi tuan rumah dan mengejutkan dunia tetapi kalah kepada Pakistan
di separuh akhir 3-2 ( main di Stadium Merdeka disaksikan 25,000 penonton). Juga ghairah mengikuti zaman kecemerlagan olahraga Malaysia ketika itu dengann bintang-bintangnya sperti Rabuan Pit, Marina Chin, Nordin Jadi, Zaiton Othman.
Mokhtar Dahari dan Maradona ketika perlawanan persahabatan antara Selangor vs Boca Junior tahun 1980'an |
1975
– Mula Meminati Sukan
Mula bermain badminton ketika
berusia 10 tahun. Mendengar dan membaca berita tentang kedatangan Arsenal FC ke
Malaysia untuk perlawanan persahabatan menentang Malaysia. Malaysia menang 2-0 dengan arwah Mokhtar Dahari salah seorang penyumbang gol. Saya juga baru
membaca tentang Piala Dunia 1974 di German pada tahun itu melalui tampalan
suratkhabar di syiling rumah rakan. Saya
mula berjinak-jinak bermain bola sepak.
Aksi Rabuan Pit ketika memenangi emas Sukan Asia New Delhi 1982 |
Malaysia vs Arsenal 1975 Hoki Piala Dunia 1975 |
Apabila Malaysia menjadi tuan
rumah Hoki Dunia 1975, terjadi demam hoki yang hebat di seluruh Malaysia termasuk kampung saya di Ipoh. Kami bermain
hoki menggunakan batang pokok jambu yang diukir dan bermain di laman
rumah. Kadang-kadang kami berlawan dengan
kampung sebelah menggunakan court badminton.
Dalam Piala Dunia tersebut, Malaysia melakukan kejutan terbesar apabila menewaskan beberapa jaguh hoki dunia seperti penyandang juara dunia, Belanda dan mara ke separuh akhir sebelum ditewaskan oleh India, bakal Juara Dunia 1975. Perlawanan hoki masa itu main di padang rumput. Antara venue kejohanan ialah Stadium Merdeka, Stadium Jln Raja Muda dan Stadium TPCA. Antara pemain yang boleh saya ingat ialah kapten, Sri Shan, Poon Fook Loke, Brian Sta Maria, Colin Sta Maria, Brian Carvalho, Stephen Van Huizen, Khairuddin Zainal, Azrai Zain (Dua² keeper).
Skuad hoki Malaysia Piala Dunia 1975
Game separuh akhir Piala Dunia 1975, Malaysia mendahului India seketika 2-0, namun akhirnya tewas masa tambahan 2-3 |
1976
– Mengasah Bakat Permainan
Saya
mula bermain bola sepak, badminton dan kadang-kadang hoki serentak. Bapa adalah salah seorang pemain kelab
badminton di kampong tetapi kerana kesibukan bekerja ( pekerja am kem askar)
dan membuat kuih muih membantu ibu, dia tidak sempatpun untuk mendidik saya
bermain badminton.
Satu hari kawan sekelas saya (
darjah 5 masa tu) membawa brocur yang agak banyak berkaitan dengan Chelsea FC
yang di bawa oleh keluarga nya dari London.
Saya membelek membaca buku-buku kecil tersebut dan mula meminati bola sepak
Inggeris.
Bentuk buku yang di bawa oleh rakan kelas saya. Katanya bapanya bawa dari London
1977
– Bermain Bola Sepak dan Hoki untuk Sekolah
Main bola dan hoki wakil sekolah
masa tu semua player berkaki ayam aje.Sekolah saya yang kecil ( sekolah
Inggeris SRJK bercampur lelaki perempuan) tidak handal dalam sukan, Begitu
juga saya, setakat boleh drible sikit-sikit tapi tak tau menendang kuat (
tendang tonjol aje), tapi saya cuba perbaiki permainan saya seterusnya, Pada tahun itu juga saya membaca preview
tentang perlawanan akhir FA Cup antara Man Utd vs Liverpool dan apabila saya
membaca sejarah MU saya mula meminati dan menyokong kelab tersebut. Saya
menonton perlawanan akhir itu live di RTM dan Man Utd menang 2-1. Gembira
bukan kepalang rasanya.
Final FA Cup 1977 - Man Utd 2- Liverpool 1. Saya menonton live di RTM |
1978-80
– Peralihan Zaman
Saya mula bermain bola sepak
hampir setiap hari, kalau takada kawan, sorang-sorang pun jadi. Saya telah
memperbaiki skill saya dan nama saya sering disebut dan menjadi tulang belakang
kepada pasukan kampong saya. Saya adalah nadi pasukan, tanpa saya pasukan saya
begitu lemah. Ketika usia 15 tahun,
pasukan senior kampung memilih saya menyertai pasukan mereka dalam pertandingan
7 sebelah yang popular ketika itu. Saya
juga terpilh mewakili sekolah untuk kejohanan MSS Ipoh U-15 dan membuat kejutan
apabila sekolah kami bergelar juara Ipoh dalam penyertaan kami yang
pertama.
Keratan akhbar New Straits Times bertarikh 6 Mac 1980 - Sekolah Menengah Sri Putra Kepayang yang saya wakili menjuarai bola sepak U-15 MSS Ipoh pada penyertaan sulung kami
Selalu apabila demam Piala
Thomas muncul, kami bermain badminton dan mengadakan perlawanan antara
kampung. Saya adalah pemain no.2 pasukan
remaja bawah 18 tahun. Tapi saya mula
meninggalkan sukan hoki walaupun saya mengikuti serius perkembangan hoki
Malaysia ketika itu yang mara ke separuh akhir kejohanan Hoki Remaja Dunia di
Perancis 1979.
Masih memyimpan majalah shoot dari UK |
Tahun 82, harga majalah ni RM 1.70 aje |
Bermula Piala Dunia 78', saya menyaksikan semua Final World Cup secara langsung di kaca tv |
1980-1985 – Time Syiok Main Bola
Keluarga berpindah ke kuarters kerajaan dan saya tinggalkan kawan-kawan lama. Sebagai budak yang pemalu, perlahan-lahan saya menyertai pasukan yang baru dibina di Green Town ini. Usia pemain dalam lingkungan 15-30 tahun dan saya adalah yang termuda. Saya bermain di bahagian sayap dan boleh menjaringkan gol dengan kedua-dua belah kaki kiri kanan.
Rahim Razali sebagai pengulas Piala Dunia 86 Mexico. Rakyat Malaysia membuat tabung khas Piala Dunia untuk menonton siaran langsung tersebut |
Keluaraga Sidek yang menyemarakkan badminton negara di tahun 80'an |
!985-87
–Peringkat Kelab
Saya adalah midfielder dan nadi
serta ketua pasukan kelab bola sepak
tempat tinggal saya. Walaupun pemain terendah dan comel ๐dengan ketinggian cuma 5’2 (
Maradona 5’4). Saya juga bermain untuk beberapa kelab lain di Ipoh untuk
menambah pengalaman. Dikalangan rakan dan kerabat bola di Ipoh saya digelar Maron kerana hampir sama tinggi dengan Maradona dan kerana skill mengelecek yang saya miliki. Tetapi kenangan yang tidak dapat dilupakan ialah apabila
pada suatu petang sekitar tahun 1987,setelah selesai menjalani latihan, seorang pemain Perak dan
simpanan Malaysia ketika itu ( Wan Ahmad Kamal ) yang berlatih bersama kelab
kami untuk mengekalkan kecergasan, tertarik dan menawarkan saya untuk
menyertai kelab bolasepak majikannya, Bank Bumiputera ( ketika itu terdapat liga
antara bank Malaysia seperti Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh – Public Bank,
Wong Hung Nung, Khang Hung Meng (Kwong Yik Bank) Tetapi saya
tidak bersungguh dan tidak menghadiri sesi tersebut, di samping itu saya juga sedang menanti jawapan
pemilihan guru ke maktab.
1987-1989
– Kehidupan Kolej. Bola Sepak tidak Popular Di sini.
Julai 1987, terpilih untuk mengikuti Kursus Perguruan di Kuala Terengganu. Penglibatan saya dalam bidang
sukan terutamanya bola sepak mungkin antara faktor saya terpilih mengikuti kursus perguruan ini. Semester pertama di maktab,
saya terpilih untuk untuk mewakili maktab. Tapi team maktab macam tidak berapa aktif, hanya mengadakan game persahabatan dengan maktab-maktab lain seperti MP Pasir Panjang, MP Kota Bharu dan kolej berhampiran aje. Tiada latihan mingguan. Bila nak game baru panggil latihan. Bola sepak tak popular semasa di maktab ini. Bola sepak
ketinggalan kepada sukan ragbi dan hoki di sini. Oleh kerana ragbi dan hoki
lebih glamour ( awek maktab suka pada pemain ragbi dan hoki) maka lebih separuh pemain bola menyertai
permainan ragbi dan hoki. Tidak cukup korum pemain yang baik untuk bermain bola pada waktu petang. Dan saya kekurangan rakan pelatih. Boringnya…Member-member bola ajak saya main
ragbi dan hoki tetapi saya kurang berminat . Saya menyertai kejohanan hoki 5
sebelah antara kolej yang dianjurkan dan menjadi johan, dan saya adalah striker
utama pasukan, ha..ha.. boleh tahan lagi permainan hoki saya.
1990-95
Kemerosotan dalam bola sepak dan masa untuk badminton
Transfer sebagai guru di KL pada Disember 1989. Tahun pertama mengajar saya join latihan pusat dan terpilih bermain untuk pasukan PSKPP Zon Pudu ( bermain midfield sistem 4-4-2 ) walaupun tidak
disambut dengan baik oleh beberapa pemain senior. Ingat lagi pesan seorang striker senior ' kau jangan gelenter sangat, nanti kena takek'. Rasa segan dan kurang pergaulan kerana masih baru dan
juga kerana ada perasaan iri hati dari beberapa pemain senior yang mementingkan kroni, tahun itu sahajalah saya terlibat dalam bola sepak PSKPP dan membawa diri.
Sekarang saya cuma bermain bola
hanya sekadar rekreasi bersama rakan sekolah dan penduduk sekitar sekolah. Minat
kepada bola sepak semakin menurun akibat kekurangan pemain dan saya mula
membahagikan masa saya bermain badminton, berhibur diri di kotaraya dengan motor RXZ baru dan
sekarang saya sudah ada girlfriend untuk berdating, he..he..
1991-95 - Sudah ada motor, main bola pun semakin kurang ๐
1992 - Bermain badminton lebih
kerap dari bola sepak. Memenangi kejohanan pertama badminton sebagai juara
single Melayu Salak Selatan. Saya juga
mencuba nasib bermain single di kejohanan PSKPP tetapi terkandas di suku akhir kepada pemain
senior PSKPP KL.
1995-1999 Berkahwin dan sangat
jarang bermain bola sepak dan kadang-kadang main badminton. Skills bolasepak saya mula menurun dan jarang
dapat menunjukkan aksi menarik apabila bermain.
2000-
Kecederaan serius. Selamat tinggal bola sepak.
Januari 2000, ketika satu perlawanan
persahabatan, akibat kekurangan warm up, saya mengalami kecederaan lutut yang
serius ketika cuba membuat satu gerakan perubahan arah. 3 bulan lutut berbungkus dan 6 bulan tidak aktif bersukan. Saya tahu saya tidak akan dapat aktif bermain bola lagi. Tetapi
6 bulan kemudian saya perlahan-lahan bermain badminton, walaupun kadang-kadang
gian juga bermain bola sepak sehingga kerap terjatuh akibat kerosakan lutut. Dalam pada itu Mei 2000 saya terpilih untuk mengikuti Ijazah Sains Sukan di Universiti Malaya. Walaupun sakit lutut tapi rasa bangga dapat masuk kursus Sains Sukan. Nyata kata-kata abah semasa saya di menengah rendah silap. Sukan adalah salah satu perkara yang membawa saya ke kerjaya saya sekarang
Beralih kepada kecederaan lutut tadi, Menurut doktor di Pusat Sukan UM, kecederaan ini tidak akan hilang kecuali melalui pembedahan. Akibat takut, saya membiarkan lutut saya berbalut ketika bersukan dan meskipun begitu, saya masih menjuarai kejohanan badminton di Quarters JKR Salak Selatan sebanyak dua kali lagi. Namun kecederaan lutut yang serius ini telah membataskan pergerakan saya dalam permainan bola sepak yang paling saya minati. Habis dah main bola. No more. Setakat main-main ayam tiki taka teka teki bolehla ๐
Beralih kepada kecederaan lutut tadi, Menurut doktor di Pusat Sukan UM, kecederaan ini tidak akan hilang kecuali melalui pembedahan. Akibat takut, saya membiarkan lutut saya berbalut ketika bersukan dan meskipun begitu, saya masih menjuarai kejohanan badminton di Quarters JKR Salak Selatan sebanyak dua kali lagi. Namun kecederaan lutut yang serius ini telah membataskan pergerakan saya dalam permainan bola sepak yang paling saya minati. Habis dah main bola. No more. Setakat main-main ayam tiki taka teka teki bolehla ๐
2004-2008 – Masa Menjadi
Jurulatih
Mula melatih bola sepak di Pusat
Sukan Negeri di SMK Raja Abdulllah. Bersama 2 orang jurulatih kami pernah
membawa Raja Dollah memenangi peringkat negeri dan kebangsaan bawah 14 tahun.
Pengalaman yang berguna.
2004 - Sebagai anggota kontinjen bola sepak Kuala Lumpur Bawah 16 tahun kebangsaan
2017 - Kembali ke PLD SMK Raja Abdullah sebagai jurulatih Bawah 18 Tahun
2008 – Pencen sebagai jurulatih
PSN. Akibat pertukaran pengurusan di Unit Sukan JPWP, berhenti sebagai
jurulatih PSN.
Terkini –
Di samping melatih pasukan sekolah, saya masih beriadah bersukan secara berkala, badminton, futsal tiki-taka, joga bonito, tennis, jogging... – walaupun tidak seligat dulu tapi bolehlah layan sekali sekala
Dalam menjangkau usia, keghairahan saya terhadap sukan masih belum luntur dan saya harap pelajar akan mengambil sukan sebagai satu perkara yang positif, samada untuk pengembangan karier atau sebagai hobi untuk menambahkan pergaulan.
6 comments:
power legend kipidap
power legend kipidap
Salam Abang Wan....
Helmy Zainal
Johor Bahru
Salam....anyway that I can get in touch with En. Wan Ahmad Kamal? My long lost brother. Really hope & wish can manage to find him
Post a Comment