Menyenaraikan 10 Pemain Single Terbaik Sepanjang Zaman juga memerlukan beberapa statistik kejayaan pemain. Antara pencapaian yang membolehkan seseorang pemain berada disenarai pemain terbaik ialah pencapaian dalam 6 kejohanan utama dunia iaitu Olimpik, Kejohanan Dunia, All England, Piala Dunia, Sukan Asia dan Super Series Finals. Selain itu pemain juga perlu konsisten dalam kejohanan yang disertai dan berdasarkan faktor tersebut maka disini ialah senarai pemain terbaik sepanjang zaman.
1. LIN DAN ( CHINA )
Lahir 14 Okt 1983 di Longyan, Fujian. Tidak ada seorang pun dalam sejarah sukan badminton yang boleh menandingi pencapaian yang dilakukan oleh Super Dan. Dianggap oleh ramai pemerhati sukan sebagai pemain paling lengkap sepanjang zaman. Menjelang usia 28 tahun, Lin Dan melengkapkan 'Super Grand Slam' mengutip semua gelaran utama dunia, bukan sahaja Juara Olimpik dua kali, Juara Dunia 5 kali, Juara Sukan Asia 2 kali dan Juara All England 6 kali ditambah dengan pencapaian dalam Piala Thomas, Piala Sudirman dan gelaran-gelaran Super Series. Sehingga kini, Lin Dan telah bermain hampir mencapai 3 dekad dalam arena badminton dan walaupun akan menjangkau usia 37 tahun pada tahun ini.
Dunia badminton mungkin tidak akan melihat lagi seorang pemain lengkap seperti Lin Dan.
Salute Super Dan!!
Perjalanan karier Lin Dan
Pada awal kariernya Lin dan muncul sebagai juara Asian Junior Championships 2000. Lin Dan kemudian melangkah ke separuh akhir 2000 World Junior Championships apabila ditewaskan oleh Sony Dwi Kuncoro.
2001 menandakan tahun permulaan Lin Dan sebagai pemain profesional.. Dia melangkah ke perlawanan akhir pertamanya di Asian Badminton Championships, ditewaskan dengan mudah oleh rakan senegara Xia Xuanze.[22]
Pada 2002 Lin Dan menjuarai kejuaraan pertama di Korea Open. Pada 2004, Lin Dan berada dalam ranking no.1 dunia buat pertama kalinya.
Lin Dan mula bermain badminton ketika berusia 5 tahun.Beliau menyertai barisan sukan People's Liberation Army pada usia 13 tahun dan mengganggotai China's national badminton team sejak 2001 ketika berusia 18 tahun
Pada 2008, Lin Dan mencetuskan kontroversi apabila menumbuk coachnya Ji Xinpeng di hadapan pemain dan wartawan semasa warm up Thomas Cup kerana tidak puas hati dengan starting lineup yang dilaksanakan Xinpeng.
Lin Dan menjalinkan hubungan romantik dengan Xie Xingfang, juga bekas juara badminton dunia dan berkahwin pada 2012.
Lin Dan mempunyai lima tatoo yang kelihatan ketika menyertai Olimpik 2012.Bahu kirinya terdapat tanda christian cross, Lima bintang dibahagian lengan kiri menandakan Grand Slam yang dimenanginya. Tattoo pada bahagian bahu kanan bertulis ' hingga ke akhir dunia'.Double 'F" pada lengan kanan membawa maksud isterinya Xie Xinfang dan tulisan 'LD' tertera dibelakang tengkoknya. bagaimanapun,totoo-tatoo ini telah menimbulkan kontroversi kerana statusnya dalam pasukan tentera dan agama buddha.
Pada October 17, 2012, Lin Dan menjadi pemain badminton pertama menerima master's degree, yang dikurniakan di Huaqiao University.[20]
2. RUDY HARTONO ( INDONESIA )
Rudy Hartono |
Ketika zaman kemuncaknya, hartono hampir menjuarai semua kejohanan yang disertainya. Tiada pemain lain yang mampu menandinginya. Hartono bermain dalam enam kejohanan Piala Thomas antara 1967-1982, dan yang pertama ketika berusia 17 tahun. membantu Indonesia memenangi Piala Thomas empat kali berturut-turut (197-79).
Kekuatan permainannya ialah kekuasaan tenaga, ketepatan, agiliti, mobiliti, keagresifan dan ketenangan dalam menghadapi tekanan. Oleh itu saya meletakkan Rudy Hartono sebagai lagenda badminton dunia di tempat kedua.
Pencapaian Rudy Hartono
Date
|
Tournament
|
Opponent
in final
|
Score
|
1968
|
|||
1969
|
All England Open
|
||
1969
|
|||
1969
|
|||
1970
|
All England Open
|
||
1971
|
|||
1971
|
All England Open
|
||
1971
|
Canadian Open
|
||
1972
|
All England Open
|
||
1972
|
Denmark Open
|
||
1973
|
All England Open
|
||
1974
|
All England Open
|
||
1974
|
Denmark Open
|
||
1976
|
All England Open
|
||
1981
|
Japan Open
|
3. TANG XIANGHU (CHINA ) )
Birthplace
: Kemuning, Indonesia
DOB :
1942
Major
Achievement : Juara Seluruh China 1963-1974
Tidak
pernah tewas pada mana-mana pemain luar China sepanjang kariernya.
Sebelum
China menyertai WBF, ramai yang tidak tahu akan kekuatan sebenar China. Apabila
beberapa perlawanan persahabatan diatur antara China-Eropah, China-Indonesia
maka dunia mula meenyedari bahawa China mempunyai jaguh badminton yang dapat
menandingi dominasi Indonesia.
Tang
Xianghu lahir di Indonesia pada 1942 dan merupakan pemain muda berpotensi
ketika itu. Beliau kembali ke China dan merupakan pemain terbaik China pada 1963.
Xianghu
dikatakan tidak pernah tewas pada mana-mana pemain luar sepanjang kariernya dan
mengungguli badminton China sejak 1960-74. Dia mengalahkan dengan mudah
pemain-pemain Eropah tetapi pertemuan yang ditunggu antara beliau dengan Rudy
Hartono tidak kesampaian sehinggalah kedua-duanya bersara.
Selepas
bersara dari arena badminton Xianghu menjadi jurulatih dan pernah melatih
pemain seperti Hendrawan, Xia Xuanze, Jia Xinpeng dan yang terakhir Lin Dan.
Pemain handalan Indonesia, Taufik Hidayat menyatakan antara keralatanya dalan
karier badminton ialah kerana tidak mendapat tunjuk ajar dari 'The Thing'
Tetapi
oleh kerana tiada rekod rasmi atau catatan kejayaan Xianghu di peringkat
antarabangsa maka beliau berada setangga di bawah lagenda Indonesia, Rudy
Hartono.
4. YANG YANG (CHINA)
Yang Yang (Lahir December 9, 1963 di Nanjing, Jiangsu). Beliau merupakan satu dari dua pemain selain dari Lin Dan yang memenangi gelaran Juara Dunia World Badminton Championships secara berturut-turut (1987, 1989),Yang Yang juga memenangi emas apabila badminton menjadi acara pertunjukan Sukan Olimpik Seoul 88'. Dia mempunyai agiliti yang menakjubkan, kaki yang pantas, kuasa ketepatan dan ketahanan dari tekanan mental dan dianggap salah seorang pemain single terbaik sepanjang zaman. Walaupun merupakan pemain nombor 2 China pada era 80’an,di belakang Zhao Jianhua, pencapaian keseluruhannya dengan menjuarai semua gelaran utama di dunia meletakkan beliau di hadapan Jianhua.
Karier Yang Yang
Karier Yang Yang
Yang Yang mula berlatih badminton pada 1975,ketika berusia 12 tahun. Dia menyertai negara pada 1983. Yang Yang memenangi kejuaraan pertama Kebangsaan China pada tahun 1984. Pada 1985, dia memenangi Hong Kong Open dengan mengalahkan Morten Frost. Pada 1986, dia menjuarai Japan Open dan Hong Kong Open untuk tahun kedua berturut-turut dan membantu China mengekalkan kejuaraan Thomas Cup dari Indonesia dengan memenangi perlawanan penentuan menewaskan Icuk Sugiarto.Pada lewat 80’an, Yang Yang menguasai dunia badminton dengan menjadi Juara Dunia di menewaskan Morten Frost pada 1987 dan ke atas pemain muda Indonesia, Ardy Wiranata pada 1989. Dia juga memenangi Emas Olimpik (pertunjukan) di Seoul 1988 dan pada 1989 dia menambah koleksi kejuaraan dengan memenangi piala berprestej All England. Menjelang usia 25 tahun, Yang Yang telah berjaya memenangi semua gelaran utama dunia yang dipertandingkan.
Yang Yang bersara dari dunia badminton pada 1991 ketika berusia 27 tahun dan seterusnya menjadi jurulatih Malaysia pada 1992 dan membantu Malaysia memenangi Piala Thomas buat julung kalinya selepas 27 tahun
PENCAPAIAN UTAMA
TeamSilver1990 Beijing
Men's SinglesSilver1986 Seoul
Gold1986 JakartaTeam
Juara All England 1989
5. TAUFIK HIDAYAT ( INDONESIA )
Taufik Hidayat (lahir 10 August 1981 in Bandung, Jawa Barat) menjuarai kejuaraan antarabangsa pertamanya di usia 17 tahun pada 1998. Taufik berada dikemuncak kejayaan pada usia yang muda, Menjelang usia 24 tahun beliau telah memenangi kesemua gelaran utama dunia iaitu Juara Olimpik 2004, Juara IBF World Championships 2005. Dia juga memenangi pingat emas dua kali di Sukan Asia 2002 dan 2006 enam kali juara Terbuka Indonesia(1999, 2000, 2002, 2003, 2004 and 2006). Satu-satunya gelaran utama dunia yang gagal diperolehi oleh Taufik ialah Kejohanan berprestej All England.
Pihak media seringkali memberikan fokus pertembungan Taufik dan Lin Dan dan sering menganggap pertemuan mereka ibarat dua musuh ketat. Dalam pertemuan utama sulung mereka, Taufik menewaskan Lin Dan yang merupakan pemain ranking no1 dunia ketika itu 21-15, 22-20 di final Sukan Asia Doha 2006 untuk memungut pingat emas. Namun pertemuan-pertemuan lain selepas itu diungguli oleh Lin Dan yang semakin ampuh ditambah dengan permulaan kemerosotan permainan Taufik.
Kualiti utama permainan Taufik ialah kekuatan backhandnya ( terkenal dengan smash backhand dari garisan belakang seakan kekuatan smash forehand), drop shot, net play, pergerakan kaki, dan permainan net mengelirukan.Pada Kejohanan Dunia 2006, Taufik melakukan jumping smash dengan kelajuan 305m/h dalam perlawanan menentang Ng Wei yang merupakan rekod single lelaki yang masih dipegangnya.
Selepas memenangi gelaran Juara Dunia 2005, permainan Taufik mula merosot dan kali terakhir Taufik menewaskan pemain-pemain utama dunia ialah apabila mengalahkan Lee Chong Wei di final terbuka Macau 2008. Taufik mengumumkan persaraannya dari badminton antarabangsa pada 2013.
PENCAPAIAN UTAMA
Jumlah Kejuraan - 27
Naib Juara - 19
6. LEE CHONG WEI ( MALAYSIA )
Lee Chong Wei (lahir 21 October 1982 di Bagan Serai, Perak]). Sebagai pemain single, Chong Wei berada sebagai pemain no.1 dunia sebanyak 199 minggu bermula dari 21 Ogos hingga 14 June 2012 ( Hampir 4 tahun ). Chong Wei menjuarai 69 kejuaraan single dan 34 sebagai naib johan. Lee Chong Wei boleh dianggap sebagai 'King Of Super Series' kerana jumlah kejuarannya tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pemain di seluruh dunia.
Beliau ialah pemain ketiga Malaysia selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim untuk mencapai pemain ranking no.1 dunia dan merupakan pemain paling lama dalam dunia memegang ranking pertama tersebut.Lee Chong Wei adalah pemain single terbaik yang pernah dilahirkan dalam sejarah badminton Malaysia.
Chong Wei mula bermain badminton ketika berusia 11 tahun. Pada tahun 2000 Chong Wei memasuki perlawanan akhir dalam SUKMA dan tewas kepada Hafiz Hashim. Chong Wei kerap dibayangi oleh kehebatan rakan sebayanya Hafiz ( Juara All England 2003) dan hanya mencipta nama di peringkat antarabangsa pada 2003 apabila melangkah ke Final Terbuka Malaysia tetapi kalah kepada Chen Hong dari China.
Tahun 2004, Chong wei meraih gelaran pertama antarabangsa pertama iaitu Terbuka Malaysia diikuti dengan Terbuka Taiwan. Tahun berikutnya Chong Wei memenangi Terbuka Malaysia dan Terbuka Denmark dan menambah koleksi pada tahun 2006 apabila menjuarai 3 dari enam final yang disertai.
Kemerosotan mendadak Taufik Hidayat menjadikan Chong Wei satu-satunya pemain yang mampu menghalang dominasi Lin Dan dalam dunia badminton. Namun, walaupun Chong Wei dianggap sebagai 'Raja Super Series" dengan menjuarai sejumlah 55 kejohanan dan 30 naib johan, tetapi beliau gagal memperolehi gelaran-gelaran utama dunia seperti Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia, Emas Sukan Asia. NamunChong Wei masih boleh berbangga dengan tiga Kejuaraan All England dan empat kejuaraan Grand Prix Super Series.
Beliau ialah pemain ketiga Malaysia selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim untuk mencapai pemain ranking no.1 dunia dan merupakan pemain paling lama dalam dunia memegang ranking pertama tersebut.Lee Chong Wei adalah pemain single terbaik yang pernah dilahirkan dalam sejarah badminton Malaysia.
PENCAPAIAN UTAMA
Juara All England - 2010, 2011,2014
Juara Super Series Final - 2008, 2009, 2010, 2013
Juara Kejohanan Asia - 2006
Juara Terbuka Indonesia - 2007, 2009, 2010, 2011,2013
Juara Teruka Korea - 2010, 2012, 2013
Juara Terbuka Denmark - 2012
Juara Terbuka Malaysia - 2004, 2005, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013
Juara Teruka Jepun - 2007, 2010, 2012, 2013, 2014
Juara Teruka France - 2007, 2011
Juara Terbuka Singapura - 2008
Juara Teruka Hong Kong - 2011, 2013, 2014
Juara Terbuka Swiss - 2009
Juara Terbuka India - 2011, 2013, 2014
BWF World Superseries
Singles: 69 Kejuaraan, 34 naib johan
7. ZHAO JIAN HUA ( CHINA )
Zhao Jianhua (lahir April 21, 1965) bermain pada era
pertengahan 1980’an sehingga awal 1990’an. Dia dikagumi dengan permainan ‘speed
and power’ dan teknik pergelangan tangan yang mengelirukan. Walaupun tidak
sekonsisten rakan senegaranya Yang Yang, pada masa ‘kena anginnya’ skill dan ketajamannya smash dan 'chop'nya dianggap setaraf dengan pemain terulung dunia, Lin Dan dan antara pemain
terhebat yang pernah dilahirkan oleh China
Zhao
Jianhua sama seperti Lin Dan hampIr memenangi semua gelaran utama dunia, antaranya IBF World ChampionshipsBeliau
juga memenangi gelaran prestej All
England sebanyak
dua kali(1985, 1990), dan memenangi pingat emas Asian Games sebanyak
dua kali (1986, 1990) di mana dia mengalahkan Yang Yang dalam
kedua-dua final tersebut. Jianhua juga merupakan pemain utama China ketika
menjuarai Thomas Cup pada 1988, dan 1990.
Kekecewaan Terbesar
Zhao Jianhua menyertai di sukan Olimpik barcelona 1992 dalam acara single sebagai pemain seeded
1 untuk merangkul emas terulung badminton dunia. Malangnya Jianhua tewas mengejut kepada pemain nombor 4 Indonesia Hermawan Susanto dengan mata 15-2, 14-17, 17-15
No comments:
Post a Comment