Living In The Eighties

Assalamualaikum w.b.t,

This blog I made as a personal use to keep my memories back in the old good time especially in the 80's when I live in Ipoh. Friends, families and others who are interest and grown in the 80's are welcome to surf on in this site.

The era of the 80's was the most memorable moments of my life. There's happy and sad moment that I could'n forget. It's not because I'm not happy with my life currently. It's different cause that time when we are still kids, didn't have any heavy obligations, just plays, studies, getting fun and live with my loveble families. Besides, I still have my parents which I miss so much.

Here, most of the stories or article are around the 80's that I include a stories and history of that era along with the photo's or video clips. I also include several songs from the 60's and 70's with world wide history.There are also a photo's of my hometown, school's, places, family and friends that are related with me in the 80's.

Besides loving listening to music and watching films, I'm also an active sports person specially in football and badminton. I'm a biggest fan of old time articles or stories whether on event, persons, a legends or whatever related with history.

It's been since 1990 that I left Green Town, Ipoh and working in Kuala Lumpur. I can't imagine that i will live, stay and grown a family here in Kuala Lumpur, the biggest and a capital city in Malaysia. Still, the old fond memories of past days is still in my heart.
Hopefully it's will call our memories in the 80's which so wonderful and awesome.























Monday, November 24, 2014

10 BEST WORLD DOUBLE PAIR SEPANJANG ZAMAN

10 Pasangan Badminton Terbaik Dunia Sepanjang Zaman


Updated April 2020

Menyenaraikan 10 pasangan hebat dunia sepanjang zaman memerlukan perbandingan yang agak terperinci. Lenjen hanya mengambil pemain dari tahun 1970 sehingga sekarang kerana sebelum tahun 70'an kejuaraan yang ada hanyalah sedikit seperti All England dan kejohanan terbuka yang lain. Jadi tidak adil untuk membandingkan dua zaman tersebut. Selepas tahun 70'an terdapat beberapa kejuaraan utama dunia yang boleh kita jadikan panduan tentang pencapaian pemain. Di sini terdapat 4 kejuaraan yang dianggap sebagai 'Grand Slam' dunia badminton iaitu pertama Juara Olimpik. Dianggap sebagai kejuaraan paling bernilai yang diburu oleh setiap pemain kerana nilai sejarah olimpik itu dan ia hanya dipertandingkan 4 tahun sekali. Kedua Kejohanan Badminton Dunia, Ketiga ialah Kejohanan berprestej All England yang penting kerana dinaggap kejohanan tertua badminton dunia dan yang akhir pada perkiraan saya ialah Kejohanan Sukan Asia. Emas Sukan Asia dianggap penting kerana Asia merupakan tempat hampir seluruh jaguh dunia dilahirkan seperti Indonesia, China,Malaysia dan setiap negara peserta amat menginginkan pingat emas Sukan Asia.

Berdasarkan pencapaian dalam 4 Grand Slam tersebut, maka berikutlah senarai 10 pasangan beregu terbaik sepanjang zaman. (1970-sekarang)

1.  Tjun-Tjun dan Johan Wahyudi ( Indonesia)

Tjun Tjun



Tjun Tjun (sebut Cun-Cun )dan Johan Wahyudi merupakan juara pertama Kejohanan Dunia IBF yang mula diperkenalkan pada 1977. Mereka juga menjuarai 6 dari 7 Kejohanan All England yang disertai dari 1974-80. Tjun Tjun dan Johan Wahyudi jelas memonopoli beregu badminton 70'an dengan kerap mengetepikan saingan dari rakan senegara Ade Chandra dan Christian Hadinata pada setiap saingan perlawanan akhir.
RankEventDateVenue
World Championships
1Men's doubles1977Malmo, SWE
Asian Games
1Men's doubles1974Tehran, IRI
Open Championships
1Men's doubles1972, 1973, 1974Denmark Open
Mixed doubles1974
1Men's doubles1977Swedish Open
1Men's doubles1974, 1975, 1977, 1978, 1979, 1980All England
21973, 1981
Pencapaian Utama
Juara All England - 1974,75,77,78,79,80
Juara Dunia           - 1977
Juara Sukan Asia  -  1974

2. PARK JOO BONG/ KIM MOON SOO

Park Joo Bong/Kim Moon Soo










Banyak telah saya tuliskan tentang pasangan hebat ini kerana saya berada dalam zaman dan kerap menonton aksi mereka di kaca tv, iaitu zaman 80'an.
Joo Bong/Moon Soo merupakan pasangan beregu yang terunggul pada zamannya. Tiada pasangan yang dapat menandingi mereka dan cuma pasangan China Li Yongbo/Tian Bingyi sahaja yang kadang-kadang memberikan saingan. Manakala pasangan handalan Malaysia, Razif/Jalani tidak berupaya untuk mengalahkan mereka.
Pasangan ini juga merupakan perintis kepada munculnya Korea Selatan sebagai salah satu kuasa besar badminton dunia yang sebelum ini peminat tidak mengetahui akan pasukan badminton negara Ginseng itu.
Park Joo Bong juga menjuarai banyak gelaran utama dunia dalam acara beregu campuran.
Pencapaian Utama:
Juara Olimpik - 1992
Juara Dunia    -  1986, 1987, 1991
Juara All England - 1985, 1986, 1989, 1990
Juara Sukan Asia - 1986
Juara Sukan Asia Mixed Double - Park Joo Bong/Chung Myung Hee 1986, 1990
 Juara Dunia Mixed Double         - Park Joo Bong/Yoo Sang Hee
                                                        Park Joo Bong/Chung Myung Hee 1989, 1991
Juara All England Mixed Double- Park Joo Bong/Chung Myung Hee 1986, 1989
                                                        Park Joo Bong/Rya Kyung Min 1996

  3.    HENDRA SETIAWAN/MOHAMMAD AHSAN
Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan
Hendra Setiawan

Hendra Setiawan mengisi slot ketiga sebagai antara 10 pemain double terhebat sepanjang zaman. Lahir 25 Ogos 1984, Hendra memenangi semua gelaran utama badminton dunia iatu Juara Olimpik, 4 kali Juara Dunia, 2 kali Juara Sukan Asia dan 2 kali Juara All England dengan dua pasangan yang berbeza iaitu Markis Kido dan Mohammad Ahsan. Hendra berpasangan dengan Markis Kido pada 2007-2012 dan Ahsan pada 2013 hingga sekarang. Saya memilih Ahsan sebagai pasangan lebih ideal kerana bersama Ahsan, Hendra memperolehi lebih kejuaraan utama dunia.

Pencapaian Utama :
Juara Olimpik - 2008 - Hendra Setiawan/Markis Kido
Juara Dunia     - 2007 - Hendra Setiawan/Markis Kido
Juara Dunia     - 2013, 2015, 2019 - Hendra Setiawan/Ahsan
Juara Sukan Asia - 2010 - Setiawan/Kido
Juara Sukan Asia - 2014 - Setiawan/Ahsan

4.  REXY MAINAKY/RICKY SUBAGJA



Rexy Mainaky/Ricky Subagja menggantikan pasangan Hartono/Gunawansebagai beregu no.1 Indonesia pada awal 90'an. Selepas mengetepikan saingan hebat beregu Malaysia Cheah Soon Kit/Soo Beng Kiang untuk menggondol emas Sukan SEA 1993, mereka tidak menoleh ke belakang dan mengungguli kejohana-kejohanan utama dunia. Pasangan ini melengkapkan 'Grand Slam' dengan emas Olimpik, Juara Dunia, Juara All England dan Juara Sukan Asia
Pencapaian Utama :
Juara Olimpik - 1996
Juara Dunia     - 1995
Juara All England - 1995,1996
Juara Sukan Asia - 1994, 1998

5. KIM DONG MOON/HA TAE KWON
Kim Dong Moon & Ha Tae Kwon

Kim Dong Moon & Ra Kyung Min
             














Kim Dong Moon/Ha Tae Kwon memenangi hampir semua kejohanan utama dunia kecuali emas Sukan Asia kerana Dong Moon memberi tumpuan kepada acara Mixed Double dan berjaya memperoleh emas dalam acara tersebut..Kim Dong Moon seperti juga Park Joo Bong adalah pakar beregu serba boleh dan memenangi 10 acara utama dunia dalam mixed double.

Pencapaian Utama :
Juara Olimpik        -   2004
Juara Dunia            -  1999, 2002
Juara All England  -  1999, 2003
Juara Olimpik Mixed Double       - Kim Dong Moo/ Gil Young Ah 1996
Juara Dunia Mixed Double          - Kim Dong Moon/Ra Kyung Min 1999, 2003
Juara Sukan Asia Mixed Double -  Kim Dong Moon/ Ra kyung Min 1998, 2002

6. LI YONGBO/TIAN BINGYI
Li Yongbo & Tian Bingyi di era kegemilangan tahun 80'an
Tian Bingyi 
Li Yongbo 




















Li Yongbo/Tian Bingyi adalah antara 4 pasangan hebat pada tahun 1980'an. Mereka merupakan pencabar utama kepada Park Joo Bong/Kim Moon Soo. Bagi peminat Malaysia pertemuan Razif dan Jalani Sidek melawan Yongbo/Bingyi adalah yang paling dinantikan. Kecuali Kejuaraan Olimpik, semua kejohanan utama dunia telah diraih oleh legendan double China ini.

PENCAPAIAN UTAMA:
Juara Dunia   - 1987, 1989
Juara All England  - 1987, 1988, 1991
Juara Sukan Asia   -  1990
ke-3 Olimpik         -  1992

7. FU HAIFENG/CAI YUN

Cai Yun dan Fu Haifeng


Cai Yun/Fu Haifeng walaupun tidak mendominasi era millenium seperti yang dilakukan oleh Tjun Tjun/Johan Wahyudi atau Park Joo Bong/Kim Moon Soo di era mereka, tetapi mereka berjaya mengenepikan saingan-saingan hebat seperti Setiawan/Kido, Lee Yong Dae/Jung Jae Suk, Mathias Boe/Mogensen atau Koo Kien Keat/Tan Boon Heong untuk mencapai beberapa kejuaraan utama dunia. Pasangan ini cuma gagal meraih emas Sukan Asia.

PENCAPAIAN UTAMA:
Juara Olimpik -2012
Juara Olimpik - 2016 - Fu Haifeng/Zhang Nan
Juara Dunia - 2006, 2009, 2010, 2011
Juara All England - 2005, 2009,

8. CANDRA WIJAYA/TONY GUNAWAN

Candra Wijaya dan Tony Gunawan

Candra Wijaya dan Sigit Budiarto
















Candra Wijaya dianggap salah seorang pemain beregu terbaik di dunia dan bermain lebih dari satu dekad. Mempunyai teknik beregu yang mengagumkan, Candra mara ke final Kejuaraan Dunia sebanyak 3 kali bersama pasangannya Sigit Budiarto . Mereka memenangi Kejuaraan Dunia 1997 di Glasgow. Bersama Tony Gunawan, Candra berjaya memenangi emas Olimpik 2000 di Sydney.Walaupun Budiarto merupakan pasangan regularnya, Candra juga memenangi beberapa kejohanan lain dalam beregu campuran.

PENCAPAIAN UTAMA :
Juara Dunia -   Candra Wijaya/Sigit Budiarto 1997
Juara Olimpik - Candra Wijaya/Tony Gunawan 2000
Juara All England - Candra Wijaya/Tony Gunawan 1999, Candra Wijaya/Sigit Budiarto 2003
Juara 17 Super Series

9. CHRISTIAN HADINATA/ADE CHANDRA

Christian Hadinata & Ade Chandra

Christian Hadinata dan Ade Chandra adalah pasangan beregu yang telah memenangi beberapa kejuaraan dunia pada tahun 70'an dan awal 80'an. Antara kejuaraan yang dimenangi ialah juara All England dua kali, Juara Dunia 1980 dan Juara Sukan Asia 1978.
Hanya keunggulan beregu senegara Tjun Tjun/Johan Wahyudi yang menidakkan mereka dari memonopoli badminton era 70'an. Hadinata juga merupakan pemain beregu campuran yang hebat. Berpasangan dengan Imelda Wiguna, Hadinata memenangi beregu campuran Piala Dunia 1980.

PENCAPAIAN UTAMA
Juara Dunia -  1980
Juara All England - 1971, 1973
Juara Sukan Asia  - 1978
Juara Dunia Beregu Campuran - Hadinata/ Imelda Wiguna 1980


10. RAZIF/JALANI SIDEK (MALAYSIA)




Razif/Jalani Sidek mungkin tidak sehebat pasangan di atas dari segi pencapaian "Grand Slam" yang dimenangi. Namun Razif/Jalani telah bermain secara konsisten selama lebih satu dekad di arena badminton dunia dan berada dalam top 3 pair bersama lagenda dunia Park Joo Bong/Kim Moon Soo dan Li Yongbo/Tian Bingyi. Disamping itu mereka memenangi semua kejuaraan dalam Kejohanan Terbuka ( Super Series) dan oleh itu mereka wajar berada dalam kelompok 10 pasangan lagenda badminton dunia.

PENCAPAIAN UTAMA



 LEE YONG DAE (KOREA)


Walaupun tidak secemerlang Park Joo Bong atau Kim Dong Moon, Yong Dae dianggap pemain serba boleh yang sukar dicari dalam dunia badminton. Boleh berpasangan dengan lain-lain pemain dan memenangi beberapa kejohanan dalam beregu campuran, Yong Dae seorang pemain yang serba boleh dengan serangan dan pertahanan yang mantap.

 PENCAPAIAN UTAMA:
Juara Olimpik - Mixed Double
Juara Asian Championship with Jang Jae Sung- 2008, 2009, 2013, 2015, 2016


Olympic Games
Gold2008 BeijingMixed doubles
Bronze2012 LondonMen's doubles
World Championships
Silver2014 CopenhagenMen's doubles
Silver2009 HyderabadMen's doubles
Silver2007 Kuala LumpurMen's doubles
Bronze2011 LondonMen's doubles
Bronze2009 HyderabadMixed doubles
Asian Games
Gold2014 IncheonMen's team
Silver2014 IncheonMen's doubles
Silver2010 GuangzhouMen's team
Silver2006 DohaMen's team
Bronze2010 GuangzhouMen's doubles
Bronze2006 DohaMen's doubles



THOMAS KIHLSTROEM (SWEDEN)

Thomas Kihlström adalah pemain beregu yang boleh berpasangan dengan pelbagai pemain. Dia memenangi dua gelaran All England bersama Bengt Froman pada 1976 dan bersama Stefan Karlson pada 1983..Dia juga memenangi 1983 IBF World Championships dalam mixed doubles bersama Nora Perry. Kihlstroem juga memenangi 16 medals pada European Championships, 2 dalam single, 2 dalam mixed doubles, 5 dalam men's doubles and 7 in team competition.Dari 1973 to 1988 Kihlström memenangi 24 kejuaraan dalam Kejohaanan Badminton Kebangsaan Sweden.Kihlström bersaing semasa era di mana pemain bertaraf dunia semakin ke arah pakar sesuatu kategori permainan. Skill beliau begitu unik dan "all-arounder" sebagaimana yang dibuktikan bahawa beliau merupakan satu-satunya pemain yang memenangi tiga acara, men's singles, men's doubles, and mixed doubles di BWF World Championships, dan satu-satunya pemain yang memenangi tiga acara tersebut di Terbuka Jepun.
KejuaraanDimenengi
1983 Mixed Doubles World Champs
1982 Men's Doubles European Champs
1976 Men's Doubles All England Champs
1983 Men's Doubles All England Champs
1983 Mixed Doubles All England Champs









No comments: