Living In The Eighties

Assalamualaikum w.b.t,

This blog I made as a personal use to keep my memories back in the old good time especially in the 80's when I live in Ipoh. Friends, families and others who are interest and grown in the 80's are welcome to surf on in this site.

The era of the 80's was the most memorable moments of my life. There's happy and sad moment that I could'n forget. It's not because I'm not happy with my life currently. It's different cause that time when we are still kids, didn't have any heavy obligations, just plays, studies, getting fun and live with my loveble families. Besides, I still have my parents which I miss so much.

Here, most of the stories or article are around the 80's that I include a stories and history of that era along with the photo's or video clips. I also include several songs from the 60's and 70's with world wide history.There are also a photo's of my hometown, school's, places, family and friends that are related with me in the 80's.

Besides loving listening to music and watching films, I'm also an active sports person specially in football and badminton. I'm a biggest fan of old time articles or stories whether on event, persons, a legends or whatever related with history.

It's been since 1990 that I left Green Town, Ipoh and working in Kuala Lumpur. I can't imagine that i will live, stay and grown a family here in Kuala Lumpur, the biggest and a capital city in Malaysia. Still, the old fond memories of past days is still in my heart.
Hopefully it's will call our memories in the 80's which so wonderful and awesome.























Thursday, November 13, 2014

Allahyarham 'Supermokh' Mokhtar Dahari - A Malaysia Soccer egend

Hari ini ialah ulangtahun kelahiran ke 61 Allahyarham Mokhtar Dahari yang telah meninggalkan kita pada 1991 iaitu kira-kira 25 tahun yang lalu. Sebagai peminat bola sepak saya merasa bertuah kerana dapat melihat permainan arwah secara live di kaca tv ketika era kegemilangan Selangor dan Malaysia pada tahun 70 dan 8'an. Saya juga pernah menyaksikan arwah beraksi di padang dan stadium pada ketika itu. Bersempena dengan hari kelahirannya maka saya paparkan sedikit tribute sebagai mengenang jasanya dalam arena bola sepak Malaysia

Nama penuhMokhtar Dahari
Tarikh lahir13 November 1953
Tempat lahirSetapakSelangorMalaysia
Tarikh kematian11 Julai 1991 (umur 37 tahun)
Tempat kematianSubangSelangorMalaysia
Posisi permainanPenyerang
Nombor10
Kerjaya remaja
Selangor FA
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
1971 - 1987Selangor FA375 (177)
Pasukan kebangsaan
1972-1985Malaysia Malaysia167 (125)

Allahyarham Dato' Mohamad Mokhtar Dahari ( 13 November 1953 - 11 Julai 1991) adalah legenda pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dari Selangor. Beliau telah diberi gelaran SuperMokh kerana kecemerlanganya menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya. Dia mewakili Malaysia dari tahun 1972 hinggalah 1985.


Biodata Mokhtar Dahari

Dilahirkan di SetapakKuala Lumpur, Mokhtar mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan (1960-1965) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (1966-1970). Anak kepada Dahari Abeng dan Maimon Sadikin ini mula mewakili Selangor pada tahun 1971pada Piala Burnley. Beliau juga Pernah menyertai beberapa kelab bola sepak antaranya Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco, dan Kwong Yik Bank (sekarang Bank RHB).

MULA WAKILI SELANGOR: Piala Burnley 1971
PIALA MALAYSIA: Wakili Selangor 1972
MULA WAKILI NEGARA: Pestabola Merdeka 1972
KALI TERAKHIR WAKILI NEGARA: Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul 1985
KAPS: 167
GOL PIALA MALAYSIA: 177
GOL ANTARABANGSA: 125
JARINGAN TERBAIK: Gol penyamaan menentang England B pada 1978
PENCAPAIAN: Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang pingat gangsa Sukan Asia 1974 diTeheran
ANUGERAH: Olahragawan Kebangsaan 1976

Penglibatan Dalam Bola Sepak

Allahyarham Mokhtar Dahari yang masih dikenang sehingga ke hari ini walaupun hayatnya sudah bersemadi hampir 23 tahun lalu.
Walaupun ramai generasi muda masa kini tidak begitu mengenali bintang negara itu, tapi hampir semua pasti pernah mendengar namanya - pemain dengan bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepakdunia. Paling ketara adalah dikancah Pestabola Merdeka yang menjadi gelanggang dia mempamer taring dan kehebatannya menembusi gawang lawan.
Pada usia 23 tahun, Mokhtar atau lebih terkenal dengan gelaran SuperMokh diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 1976.
Allahyarham Mokhtar adalah salah seorang penyerang terbaik Asia dan dianggap pemain terhebat  Malaysia pada tahun 1970’an. Dalam era beliau Malaysia adalah antara pasukan yang digeruni di Asia dan pernah menewaskan gergasi Asia seperti Korea Seatan, Korea Utara dan Jepun.
Kelebihan dimiliki ‘Supermokh’ banyak dengan sepakan deras bak peluru menjadi elemen penting hinggakan tiga jari mendiang R.Arumugam, bekas penjaga gol negara pernah patah ketika cuba menampannya. Itu belum dikira bijaknya penyerang ternama negara itu membaca gerakan lawan dan meloloskan diri.
Mokhtar menjaringkan 175 go untuk Selangor dan 125 go untuk Malaysia dalam 320 karier penampilan. Beliau adalah penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Selangor dan Malaysia dan dianggap lagenda bola sepak Malaysia.
Semasa kedatangan skuad  England B bimbingan Bobby Robson menentang Malaysia di Kuala umpur 1978, Mokhtar menjaringkan go dari jarak 30 meter melepasi jangkauan penjaga go Joe Corrigan yang turut mengkagumkan Bobby Robson.


Malaysia vs England B 1978.Mokhtar menjaringkan gol dari jarak jauh menewaskan Joe Corrigan
Karier Awal Mokhtar Dahari
Bapanya Dahari Abeng adalah seorang pemandu lori dengan pendapatan yang rendah. Mokhtar berpindah ke Kampung Pandan semasa berumur 11 tahun. Beiau  bersekolah di Victoria Institution dan menunjukkan minat yang mendalam dalam bola sepak. Dia mewakili sekolah dan kemudian mewakili Selangor.
Walaupun kelibat pemain istimewa seperti Mokhtar yang tiada galang gantinya sehingga kini sudah lama meninggalkan kita, bayangan kehebatannya tidak pernah padam apatah lagi apabila mengingati susah payah anak kelahiran Setapak, Kuala Lumpur itu mencipta nama walaupun dia memang sudah memiliki kurniaan yang tiada pada orang lain.
Mokhtar sangat gigih ketika latihan, sejak di bangku sekolah lagi dia yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria tidak pernah jemu berlatih sehingga namanya sudah sebati dengan di skuad kebangsaan pun dia masih sama apabila terus mengawal bola sambil menggelecek tiang-tiang kecil sebelum melepaskan tendangan kencang ke gawang yang kosong untuk menajamkan kuasa pemusnah yang ada pada dirinya.
Bahkan dia tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran dirinya di padang dengan kehidupan peribadi hingga menjadikan dia idola yang paling diminati.
Apapun kehilangan permata paling berharga bola sepak negara itu tidak seharusnya ditangisi sampai bila-bila dan generasi sekarang sepatutnya mencuba menjadikannya sebagai motivasi meningkatkan diri supaya bola sepak negara kembali segar seperti sebelumnya.


Mokhtar Dahari bersama lagenda bola sepak dunia Maradona yang datang ke KL bersama Boca Juniors pada 1983
Mokhtar bersama pemain era 70'an Soh Chin Aun, Namat Abdullah, Isa Bakar, Santokh Singh, Arumugam, Wong Choon Wah, Khalid Ali

Karier Awal Mokhtar Dahari
Bapanya Dahari Abeng adalah seorang pemandu lori dengan pendapatan yang rendah. Mokhtar berpindah ke Kampung Pandan semasa berumur 11 tahun. Beiau  bersekolah di Victoria Institution dan menunjukkan minat yang mendalam dalam bola sepak. Dia mewakili sekolah dan kemudian mewakili Selangor.

Mokhtar mula mewakii belia Selangor dalam dalam Piala Burnley, yang dimenangi mereka. Kemudianbeliau mewakili Selangor dan menjadi penjaring terbanyak Seangor daam musim pertamanya. Beliaumembantu Selangor memenangi Piala Malaysia sebanyak 10 kai. Ketika berusia 19 tahun beliau mula mewakili Malaysia.

Mokhtar Di Akhir Hayat
Mokhtar mengalami masalah kesakitan tekak yang berpenjangan  dan pergi ke hospital untuk mengetahui masalah tersebut. Doktor mendiagnoksis dan mengesahkan beliau mengalami penyakit
motor neurone disease (MND). Mokhtar kemudian pergi ke London untuk menerima rawatan bagi menyembuhkan penyakit.
Selepas 3 tahun melawan penyakit tersebut, Mokhtar Dahari meninggal dunia di Subang Jaya Medical Centre pada 11 Julai  1991.Sejarah dan penyakit yang dialami arwah Mokhtar kemudian didokumentarikan dalam The Untold Truth About Supermokh, di The National Geographic Channel pada 30 August 2010.
Jenazah allahyarham Mokhtar Dahari dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, Selangor.

Al Fatihah dan semoga roh arwah dicucuri rahmat,Amin.


No comments: