Living In The Eighties

Assalamualaikum w.b.t,

This blog I made as a personal use to keep my memories back in the old good time especially in the 80's when I live in Ipoh. Friends, families and others who are interest and grown in the 80's are welcome to surf on in this site.

The era of the 80's was the most memorable moments of my life. There's happy and sad moment that I could'n forget. It's not because I'm not happy with my life currently. It's different cause that time when we are still kids, didn't have any heavy obligations, just plays, studies, getting fun and live with my loveble families. Besides, I still have my parents which I miss so much.

Here, most of the stories or article are around the 80's that I include a stories and history of that era along with the photo's or video clips. I also include several songs from the 60's and 70's with world wide history.There are also a photo's of my hometown, school's, places, family and friends that are related with me in the 80's.

Besides loving listening to music and watching films, I'm also an active sports person specially in football and badminton. I'm a biggest fan of old time articles or stories whether on event, persons, a legends or whatever related with history.

It's been since 1990 that I left Green Town, Ipoh and working in Kuala Lumpur. I can't imagine that i will live, stay and grown a family here in Kuala Lumpur, the biggest and a capital city in Malaysia. Still, the old fond memories of past days is still in my heart.
Hopefully it's will call our memories in the 80's which so wonderful and awesome.























Tuesday, December 2, 2014

10 PAHLAWAN DUNIA YANG TERBILANG

10 Pahlawan Perang Teragung Dunia
Sebagai peminat sejarah dan yang legends-legends, saya suka membuat bacaan terhadap sejarah, tidak kira sejarah kuno dunia seawal tamadun Mesopotamia atau tamadun Mesir Purba, atau sejarah moden seperti Perang Dunia I, II sehingga ke Perang Vietnam, Perang Dingin (Cold War) dan sebagainya.Di sini Lejen membuat satu artikel tentang 10 pahlawan teragung dunia yang dikagumi oleh generasi dunia sekarang kerana keberanian dan kebijaksanaan mereka dalam pertempuran.
 Selagi  ujudnya ketamadunan, maka selama itulah akan adanya peperangan yang tiada akhirnya untuk menjajah tanah dan perluasan kuasa. Peperangan dan persengketaan melahirkan para pahlawan yang gagah, perkasa dan kadangkala tindakan keganasan yang terpaksa  dihadapi oleh manusia. Manusia yangbergelar pahlawan ini bukan hanya hebat dan berkemahiran dalam medan pertempuran, tetapi juga pemimpin yang berwibawa dan pakar strategi peperangan. Terdapat ramai individu yang berani dan dan gagah serta hebat yang boleh dinyatakan sebagai pahlawan agung di dunia dan disini akan disenaraikan pahlawan-pahlawan dari pelbagai benua sepanjang usia perjalanan dunia.

10 WILLIAM WALLACE ( 1270-1350 M )
Lahir sekitar 1270, berhampiran Paisley, Renfrew, Scotland. William Wallace adalah anak kepada pemilik tanah Scotland.Beliau mengepalai pemberontakan sekian lama terhadap England untuk mendapatkan pembebasan, dan pengorbanannya memberi laluan kepada kemerdekaan Scotland.
Pada 1296, England’s King Edward memaksa Raja Scotland John de Balliol, menyerahkan Scotland kepada England. Menentang tindakan Edward, pada  May 1297, Wallace dan  30 orangnya membakar bendera England di pekan Lanark, Scotland dan membunuh English sheriff. Wallace kemudian menubuhkan sebuah tentera tempatan dan menyerang kubu British kuat ritish antara Forth dan Sungai Tay.
Pada September 11, 1297, tentera England berhadapan dengan Wallace dan orangnya di Stirling. Walaupun bilangan tentera Wallace adalah kecil, tetapi kerana strategi yang tepat kerana tentera England terpaksa menyeberangi jambatan sebelum bertemu tentera Wallace, maka Wallace berjaya mengalah dan membunuh tentera England. Wallace seterusnya menawan Stirling Castle, dan Scotland hampir berjaya menghalau tentera England yang menduduki Scotland. Pada October, Wallace menyerang utara England dan memusnahkan Northumberland dan Cumberland. Apabila Wallace kembali ke Scotland pada December 1297, dia dilantik sebagai  knighted dan mendakwa sebagai pelindung kepada negara Scotland. Tetapi 3 bulan kemudian, King Edwards kembali ke England dan 4 bulan kemudian, beliau menyerang Scotland semula.
Pada July 22, angkatan Wallace t mengalami kekalahan di Battle of Falkirk, dan reputasi militarinya mula pudar dan beliau meletak jawatan sebagai pelindung kerajaan. Pada 1299 Wallace cuba mendapatkan sokongan dari Peranchis. Pada awalnya usaha beliau agak berjaya tetapi kemudian Perancis sendiri menentang Scotland.  Pemimpin Scotland berputus asa dan mengakui Edwards sebagai raja mereka pada 1304.
Tidak ingin untuk berkompromi, Wallace enggan menerima ketuanan England. Edwards mengarahkan penangkapan dan pemburuan ke atas Wallace.Pada Ogos 1305, Wallace di tangkap di Glasgow. Dia dibawa ke London dan dituduh sebagai pengkhianat dan dihukum gantung, dipancung dan tubuhnya dikerat.

William Wallace diingati oleh orang Scotland sebagai symbol pengorbanan bangsa Scottish yang inginkan kebebasan dari penjajahan. Usah beliau diteruskan dan pada tahun 1328 Scotland mencapai kemerdekaan melalui Perjanjian Edinburgh
William Wallace
Mel Gibson sebagai William Wallace dalam filem epik 1995 'Braveheart'

9 Richard The Lion Heart ( 1157-1199 M) 

Diberi gelaran The Lionheart  kerana  kemahiran peperangan dan semangat juang yang tinggi. Beliau menduduki takhta  The duke of Normandy dan Count of Anjou dan meguasai England pada 1198 selepas mengalahkan ayahandanya Henry III dengan bantuan dari ibunya yang berkuasa  Eleanor dari Aquitaine. Richard mengambil Salib, lambang agama Kristian pada 1188 apabila mendengar Saladin Al Ayubi berjaya menawan  Jerusalem. Beliau mendapatkan sumber dan dana  dengan menjual anugerah rasmi, hak-hak dan tanah kepada penawar yang tertinggi. Richard bergerak menuju ke Jerusalem, ( Tanah Suci atau Holy Land bagi orang Kristian) pada  1190 along bersama Raja Philip II dari Peranchis dan keseluruhan angkatan tentera Kristian. Selepas kemaraan mereka tertangguh pertama di Sicily dan kemudian di Cyprus,  Richard dan Philip tiba di Holy Land pada June 1191. Tentera Salib yang bersekutu pada awalnya menguasai  Acre dan kemudian bergerak ke Asruf sebelum berkubu di Ascalon.Perselisihan berlaku antara Richard dan Philips berkaitan siapa yang akan menjadi Raja Jerusalem kelak, dan Philip menarik diri dari Crusade (Tentera Salib) dan kembali ke Peranchis. Richard terus menekan kubu Saladin tetapi kemudian menyedari dia tiada peluang untuk menguasai Jerusalem walaupun jika beliau berjaya menawannya. Richard menandatangani satu perjanjian keamanan bersama Saladin dan kembali ke Eropah. Beliau mengambil masa  selama lima tahun untuk mendapatkan kembali takhtanya di England dari adiknya John dan menentang Philips yang cuba mara ke Normandy.
Richard The Lion Heart
Perang Salib antara tentera King Richards dan tentera Islam pimpinan  Saladin

8. SPARTACUS (111-71BC)
Lahir di Thrace pada 109 BC, Spartacus dikenali sebagai gladiator yang memimpin revolusi menentang Rome semasa Perang Gladiator. Tidak diketahui mengapa Spartacus menjadi gladiator namun teori menyatakan beliau pernah menyertai tentera Roman tetapi dipinggirkan dan menjadi perompak.Dia ditangkap dan dijual sebagai gladiator kerana kekuatan fizikalnya.Pada 73 BC Spartacus dan 70 pengikutnya melepaskan diri dari sekolah gladiator berhampiran Capua dan melarikan diri ke Mount Vesuvius di mana mereka disertai oleh golongan hamba tempatan. Tentera Spartacus terus bertambah sehingga mencapai kekuatan  90, 000 dan mereka mulai menimbulkan huru hara di Selatan Itali dengan mengalahkan dua ketumbukan tentera Romandan merompak  setiap bandar yang mereka lalui. Dari situ mereka mara ke utara arah Gaul di mana mereka cuba melepaskan golongan hamba dan gladiator tetapi mereka enggan menyertainya dan mereka terus mara ke Italy untuk melakukan rompakan dan pemberontakan. Spartacus terbunuh dalam pertempuran di Lucania pada  71 BCdan orangnya disalib. Spartacus terus diingati sebagai lagenda komander perang bukan hanya kerana kejayaannya di medan perang tetapi juga kerana semangat kepahlawanan dan keberaniaannya

Patung Spartacus di Mourve, France
Pemberontakan gladiators ke atas Rome pimpinan Spartacus

7. SALAHUDDIN AL AYUBI  ( 1137-1193)
Dikenali di dunia barat sebagai Saladin, anti hero dalam Perang Salib Ketiga, beliau disanjung di Timur Tengah sebagai pahlawan kerana mengembalikan Jerusalem kepada orang Islam. Sultan Kurdish ini dilahirkan pada 1138 di Mesopotamia ( sekarang Iraq)dan membesar semasa Perang Salib Pertama. Dia dilatih oleh bapa saudaranya dan semasa awal karier ketenteraannya dia bertugas untuk  menyatukan tentera Arab di bawah seliaannya pertama di Mesir kemudian di Syria dan Palestine. Beliau kemudian mengalihkan tumpuannya ke arah Jerusalem dan menawan Raja Guy de Lusignan dalam Peperangan Hattin. Peperangan itu merupakan kejayaan yang besar buat Saladin sehinggakan tenteranya hamper melupuskan tentera Salib di Holy Land. Bandar Jerusalem jatuh ke tangan Saladin apabila beliau menewaskan  Balian of Ibelin yang cuba mempertahankan Bandar tersebut selepas penangkapan King Guy. Penawanan Jerusalem mendorong King Richard dari England untuk menyertai angkatan tentera Salib bersama King Philip of France dan mencetuskan Perang salib Ketiga di Holy Land. Tentera Christian terpaksa berundur ke Ascalon apabila Richard jatuh sakit dan menandatangani Perjanjian Damai dengan Saladin yang meninggalkan Jerusalem ke tangan orang Muslim selagi orang Christians dibenarkan mengerjakan ibadah mereka di Jerusalem. Meskipun begitu penguasaannya ke atas Jerusalem hanya sementara apabila beliau meninggal dunia akibat demam pada March 4, 1193. Saladin sentiasa dikenang sebagai seorang yang pemurah, dan kesatria  yang baik hati dalam menjalankan tugasnya sebagai komander tentera yang terbilang.
Saladain Al Ayubi
6. MIYAMOTO MUSHASHI ( 1584 M -1646 M )
Pahlawan pedang yang terhebat sepanjang zaman. Miyamoto Musashi, juga dikenali sebagai Sword Saint, adalah salah seorang samurai yang terkenal dalam sejarah Jepun.  Born in 1584 in Harima Province, Musashi dipelihara oleh bapa saudaranya di Shoreian temple. Ketika berusia 13 tahun, beliau telah memenangi pertarungan pertama menentang Arima Kigei, pelajar sekolah pertahanan diri  Shinto Ryu   Untuk 16 tahun seterusnya beliau telah mencipta nama, dengan memenangi lebih dari  60 pertarungan  (termasuk menentang pelajar Yoshioka School dan pertarungan yang masyur menentang Sasaki Kojiro) yang mana belum pernah dikalahkan. Dalam masa itu, beliau juga telah dinamakan dalam senarai tentera Toyotomi Hideyoshi’s, walaupun beliau berada pada pihak yang kalah. Dia menyelamatkan diri dengan merangkah di celah-celah mayat tentera yang terbunuh dan meminum air lumpur untuk terus hidup. Selepas perang, beliau memberi tumpuan  dengan melatih pahlawan pedang dan diberikan penghormatan kerana mencipta teknik berlawan menggunakan dua ilah pedang. Miyamoto kemudiannya menjadi seorang master pelukis dan penulis. Penulisannya yang paling terkenal ialah The Book of Five Rings, yang mengandungi pengalamannya dalam pertarungan pedang termasuk strategi, taktik dan falsafah. Ketika berusia 62 tahun, Musashi meninggal dunia akibat penyakit kanser thoracic di  Reigando Cave, Jepun

Miyamoto Mushashi

5. JULIUS CAESAR ( 100-44BC)
General yang terhebat dalam sejarah Rome. Caesar mula memperoleh kuasa pada awalnya sebagai praetor (panglima) perang sebelum dilantik sebagai konsul  pada 59 BC dan menuuhkan First Triumvirate(Pakatan Bertiga) bersama Pompey dan Crassus. Beliau menonjolkan pengaruhnya apabila mengetuai kempen ketenteraan ke atas Gaul, Britain and Germany tetapi kuasanya yang semakin meningkat mengancam anggota senat dan beliau diarah untuk membubarkan tenteranya.
Dengan tidak mengendahkan arahan, beliau sebaliknya mengepalai tenteranya mara ke Rome .Caesar mencetuskan perang saudara di Rome yang berakhir hingga December 49 BC apaila beliau menguasai tampuk pemerintahan sebagai dictator di Rome selama 11 hari ketika beliau dilantik sebagai konsul. Beliau kemudian memburu Pompey ke Mesir dan hidup bersama Cleopatra untuk beberapa tahun. Sekembali ke Rome, Caesar meningkatkan taraf hidup rakyat dan menjelaskan rancangannya  untuk mengukuhkan empayar Rome.Pada 44 BC beliau menjadi dictator seumur hidup,gelaran yang singkat apabila pada peristiwa  Ides of March (March 15th) 44 BC, dia telah ditikam hingga mati oleh sekumpulan rakan dan anak didiknya termasuk Cimber, Casca, Cassius and Brutus.
Peristiwa pembunuhan  Julius Caesar di Ides Of March

4.  HANNIBAL ( 247-183BC)
Seorang General Carthaginian, Hannibal adalah pakar strategi yang menegembangkan taktik sayap luar. Dianggap bapa strategi dalam sejarah militari oleh sejarawan Theodore Ayrault Dodge, beliau membesar dengan perasaan benci kesumat terhadap orang Roman. Selepas kematian  abang iparnya  Hasdrubal,beliau mengepalai tentera Gaulo-Cathaginian dan menumpukan serangan ke atas Rome. Beliau memulakan serangan pada 218 BC dengan meredah Pyrenees dan pergunungan Alps dengan kekuatan tentera seramai 46,000 orang dan 37 gajah perang. Semasa dalam wilayah Rome, Hannibal memusnahkan beratus buah pekan dan perkampungan. Antara kejayaannya yang terbesar ialah di Trebia, Lake Trasimenus dan Cannae,sehingga mengalih beberapa bandar di Rome menentang musuhnya. Scipio akhirnya menewaskan Hannibal di tanahairnya sendiri dalam Battle of Zama, yang kemudiannya membawa kepada perjanjian perdamaian pada 201 BC. Setelah beberapa tahun gagal memimpin kejayaan, beliau dituduh oleh musuh politiknya membuat konspirasi bersama King Antiochus dari Syria. Dengan ancaman oleh penyiasatan Roman , Hannibal melarikan diri ke wilayah of King Prusias dari Bithynia di mana beliau meracuni diri sendiri sebelum tentera Roman memaksa beliau menyerah diri.
Hannibal menentang Schipo dalam Pertempuran Battle Of Zuma
Hannibal


3.  SUN TZU ( 544-496BC)
Seorang General China,Sun Tzu adalah pengarang kepada sebuah buku military yang paling sophisticated pernah ditulis,The Art of War. Ketika ramai orang tidak mengetahui banyak mengenai beliau, secara amnya diakui bahawa Sun Tzu adalah seorang general yang cemerlang yang berkhidmat di bawah Maharaja WuWhile semasa era Warring States pada abad ke4 BC.Pada masa inilah beliau mengarang The Art of War, yang mana mengandungi logistics, espionage, strategy dan taktik dengan menekankan kepada falsafah peperangan. Faktor utama yang ditekankan ialah nilai tinggi dalam sesuatu peperangan, peprangan yang di luar jangkaan, hubungan di antara politik dan polisi military,dan ketidakberkesanan melaksanakan perancangan yang terburu-buru serta undang-undang serta merta. Bukan sahaja ia mempengaruhi bidang military di Asia pada abad seterusnya, tetapi juga merupakan asas strategi pada zaman Napoleon, Mao Zedong, General Norman Schwarzkopf Jr. dan Henry Kissinger. Dalam keadaan seterusnya,  The Art of War telah diagunakan oleh penuntut jurusan perniagaan di Tokyo, New York dan  London sebagai bahan dalam strategi dunia perniagaan.

Sun Tzu


2.LEONIDAS (111-71BC)
Leonidas dalam pertempuran Thermopylae
Terkenal dengan kekentalan semangat pahlawannya  dalam Peperangan  Thermopylae, kehidupan awal  Leonidas jarang didokumentasikan walaupun lagenda membuktikan bahawa beliau adalah waris kepada Heracles. Kekuasaannya bermula dalam lingkungan 490 BCdan beliau berkongsi kuasa bersama Leotychides, untuk mengetuai tentera Sparta. Tentera Parsi, diketuai oleh King Darius, telah mennakluk Greece hamper 10 tahun apabila Leonidas menjadi raja. Apabila Darius meninggal dunia pada 481 BC, anaknya Xerxes meneruskan perluasan kuasa ayahnya ke tanah besar Greece. Dalam cubaan untuk menyekat  kemaraan ke Greece,  Leonidas (walaupun telah diberi amaran  oleh Oracle of Delphi tentang saat kematiannya) berhadapan dengan Xerxes dengan tentera seramai 7000 orang termasuk 300 Spartans yang bersemangat waja di Pass of Thermopylae (digelar the Hot Gates). Xerxes menghantar gelombang demi gelombang tentera termasuk pasukan Immortal yang mana kemudian di sembelih oleh tentera Greece. Setelah beberapa hari bertempur,  pembelot Greek memberitahu Xerxes laluan arah ke gunung yang boleh dilakukan untuk membuat serangan mengejut ke atas tentera Leonidas.  Apabila Leonidas mengetahui kan pengkhianatan tersebut beliau menghantar pulang kebanyakan dari orangnya dan meninggalkan beliau dan  300 Spartans yang menjadi pengawalnya. Leonidas dan 300 tentera Spartans dengan beraninya menentang kemaraan tentera Parsi sehingga kepada orang yang terakhir. Leonidas dibunuh dan kepalanya dipancung dan di gantung yang hanya menimbulkan kemarahan orang Spartans yang lain dan akhirnya berjaya menghalau tentera Parsi dari  Greece beberapa bulan kemudian dalam Battle of Plataea.
Leonidas

1.ALEXANDER THE GREAT ( 356-323BC)

Diakui seorang general yang terhebat dalam zaman purba, penaklukan oleh Alexander menambah empayar Macedonia dari Greece ke India. Sehingga ke benua yang diketahui pada ketika itu. Lahir pada 356 BC pada awal usia beliau menghabiskan masa berguru dengan ahli falsafah Greece terkenal, Aristotle. Ketika awal karier militarinya, Alexander berusaha membebaskan Greece dari cengkaman Parsi. Dari situ beliau bergerak menuju ke Syria, Mesir, (di mana beliau mengasaskan kota  Alexandria dan melawat oracle of Ammon dan mengakui akan ketuhanannya), dan ke Asia Minor sebelum menakluk benua terakhir, India. Beliau kemudian kembali ke barat dan membuat persiapan untuk menyerang benua Arab. Tetapi sebelum sempat beliau mencapai hasrat tersebut, beliau jatuh sakit dan meninggal dunia pada Jun 323 BC ketika berusia 33 tahun . Sepanjang penguasaannya, mangsa terkorban yang dialami oleh tenteranya berbanding dengan tentera musuh adalah kecil, kebanyakan kerana pemikiran taktikalnya yang pantas dan kecintaan kepada orang yang sanggup berperang untuknya.
Empayar Alexander The Great
Alexander The Great



No comments: