Living In The Eighties

Assalamualaikum w.b.t,

This blog I made as a personal use to keep my memories back in the old good time especially in the 80's when I live in Ipoh. Friends, families and others who are interest and grown in the 80's are welcome to surf on in this site.

The era of the 80's was the most memorable moments of my life. There's happy and sad moment that I could'n forget. It's not because I'm not happy with my life currently. It's different cause that time when we are still kids, didn't have any heavy obligations, just plays, studies, getting fun and live with my loveble families. Besides, I still have my parents which I miss so much.

Here, most of the stories or article are around the 80's that I include a stories and history of that era along with the photo's or video clips. I also include several songs from the 60's and 70's with world wide history.There are also a photo's of my hometown, school's, places, family and friends that are related with me in the 80's.

Besides loving listening to music and watching films, I'm also an active sports person specially in football and badminton. I'm a biggest fan of old time articles or stories whether on event, persons, a legends or whatever related with history.

It's been since 1990 that I left Green Town, Ipoh and working in Kuala Lumpur. I can't imagine that i will live, stay and grown a family here in Kuala Lumpur, the biggest and a capital city in Malaysia. Still, the old fond memories of past days is still in my heart.
Hopefully it's will call our memories in the 80's which so wonderful and awesome.























Tuesday, December 2, 2014

10 PENAKLUK TERAGUNG DUNIA

10 Penakluk Teragung Dunia

Dalam menyenaraikan 10 penakluk paling agung dalam dunia, perlu dibuat sedikit perbandingan antara penakluk dan pahlawan. Penakluk ialah ketua pemerintah atau pentadbir kerajaan yang menjalankan misi mengikut kehendaknya. Penakluk tidak perlu turun bertempur di medan pertempuran. Tetapi sang penakluk bijak mengatur strategi peperangan dengan mempunyai menteri atau pegawai atasan yang membantu.Tidak seperti pahlawan agung yang turut serta di medan pertempuran dan berlawan senjata. Namun begitu, seorang tokoh,Alexander The Great berada di kedua-dua kategori penakluk dan pahlawan agung kerana beliau ialah Raja Macedonia dan beliau juga mengepalai tenteranya di medan pertempuran

10. AUGUSTUS CAESAR (63 BC-14 AD)
Lahir bernama  Octavian, anak saudara kepada Julius Caesar. Secara sahnya adalah Maharaja Empayar  Rome yang pertama.Dia dilantik sebagai konsul selepasa kematian Caesar, Beliau menubuhkan triumvirate (Pemerintahan Bertiga) bersama  Mark Anthony dan Marcus Aemilius Lepidus. Mereka mengukuhkan kuasa di Rome dengan membunuh beribu-ribu pemberontak.  Gelaran  Augustus, bermaksud  ‘Yang Mulia’ telah dibenarkan penggunaannya oleh Dewan Senat.  Octavian menukarkan namanya kepada  Gaius Julius Caesar  sebagai menghormati  bapa saudaranya Julius Caesar dan mewujudkan tradisi yang berlangsung selama  2,000 tahun  - hingga ke era Kekaiseran German dan Russian Czars. Augustus bukanlah raja dalam pertempuran, tetapi di bawah undang-undangnya, Empayar Rome meluas ke Hungary, Croatia, Mesir , Sepanyol dan Gaul (France).Beliau menambah lebih banyak jajahan taklukan dari yang dilakukan oleh Julius Caesar dan disanjung seakan tuhan di Rome 

9. CH'IN SHIH HUANG (259-210 BC)

Budak yang bernama Shih ini mewarisi kerajaan kecil di China semasa hanya berumur 13 tahun Ketika meningkat dewasa beliau adalah sorang perancang yang hebat. Kejayaannya bukan sahaja menakluki wilayah-wilayah yang berbeza dalam China dalam masa 9 tahun, tetapi menyatukan mereka sebagai sebuah empayar. Dengan bantuan dua menteri kanan yang amat dipercayainya, beliau memperkenalkan system birokrasi, percukaian, menstandardisekan ukuran timang dan erat, dan menggunakan system dan undang-undang yang berat ke atas pesalah undang-undang. Maharaja pertama China ini mungkin paling masyur dengan tentera terracotta yang mengawal makamnya. Lebih dari 8,000 patung tentera saiz sebenar manusia dibina,di samping  600 ekor kuda dan 130 kereta kuda. Dalam pemerintahan yang berpaksikan kerajaan pusat, maharaja symbol kekuasaan China. Struktur pembinaan kerajaan Shih begitu cemerlang sehinggakan apabila beliau meninggal dunia pada usia 49 tahun,, dua menteri kanan yang dipercayainya meneruskan pemerintahan selama empat tahun tanpa sebarang masalah besar sehinggalah dua menteri ini bersengkrta akibat perselisihan pendapat.

7. ASHOKA THE GREAT (304-232 BC)
Lahir daripada kaum Maurya ( India Purba ) di rumah pemerintah, Ashoka berminat dalam ilmu pemburuan dan menampakkan susuk sebagai seorang pahlawan muda, seperti yang diinginkan oleh ayahnya. Apabila ayahnya meninggal dunia, Ashoka membunuh semua abang dan adik lelakinya dan melakukan keganasan dalam meluaskan empayarnya. Dianggarkan dalam pembunuhan beramai-ramai di Sungai Daya, lebih 100,000 rakyat dibunuh oleh tenteranya.  Apabila Ashoka memeluk agama Buddha, beliau mula menjalankan dasar pemerinthan yang lebih bertoleransi. Beliau sudah menjadi seorang pemerintah yang berubah. Undang-undang  yang diasaskan kemudiannya diukir pada tiang-tiang batu dan didirikan di seluruh India. Beliau bahkan mempromosi makanan vegetarian dan melayan semua manusia adalah sama dengan tidak merujuk kepada kasta. Sehingga kematiannya, Ashoka memerintah India,  Pakistan, Nepal and Afghanistan. 

6. PHARAOH THUTMOSE III OF EGYPT (1479-1425 BC)

Bertanggungjawab atas pembinaan tiang batu peringatan yang dikenali sebagai ‘Cleopatra's Needle’ di tebing SungaiThames, Thutmose III tidak pernah tewas dalam 18 pertempuran yang dihadapi. Beliau adalah antara pemerintah yang pertama yang memahami tentang kepentingan kuasa laut dan sokongan akar umbi. Dengan mewarisi takhta Mesir Purba ketika berusia 7 tahun, beliau menghabiskan dua dekad pertama pemerintahannya sebagai rakan sepemerintah bersama isteri bapanya. Apabila ibu tirinya meninggal dunia, Ashoka meneruskan penaklukan sehingga ke Palestine, Syria, Nubia and Mesopotamia. 
Thutmose III adalah pembinaa empayar Mesir sehingga menjadi sebuah kuasa yang hebat di timur Mediterranean dan zaman pemerintahannya dianggap sebagai era emas dalam pembinaan pyramid dan bangunan mewah di Mesir Purba. Firaun Thutmose meninggal dunia ketika berusia 61 tahun.

5. CHARLEMAGNE (742-814)
Charles the Great, raja kepada kaum Franks, menguasai Eropah yang mengandungi  France, Germany dan sebahagian  Italy. Walaupun beliau tidak boleh menulis, dia boleh bercakap tiga bahasa iaitu Teutonic, Latin dan Greek. Dia ketinggian 6ft 4in, yang dianggap seperti gergasi pada ketika itu, dan disahkan melalui ukuran pada tengkoraknya. Peliknya, bapanya yang dikenali sebagai ‘ Pepin the Short’ hanya berketinggian 5ft .
kempen penaklukan pertama Charlemagne's ilah ketika ia berusia  27 tahun, apabila  Pope meminta bantuan beliau untuk menyerang kaum Lombards dari  Italy. Charlemagne memusnahkan mereka di medan pertempuran dan mengambil mahkota  Lombardy untuk dirinya. Dari ibukotanya di Aachen, Germany sekarang,beliau melakukan  53 siri kempen peperangan, kebanyakannya diketuai olehnya sendiri. Beliau mempertahankan  Christian Europe dari Muslim Saracens dan barbarian Saxons,kerap memancung kepala beribu musuh dalam masa satu hari. Beliau meninggal dunia ketika berusia 72 tahun akibat demam. 

4. ATILLA THE HUN (406-453)
Dikenali sebagai 'The Scourge of God'( Malapetaka Dari Tuhan) mewarisi takhta pemerintahan dalam dunia moden Hungary pada  434m. Beliau memulakan perluasan kuasa dengan menyembelih suku Goth di Germany and Austria, dan kemudian menyerang empayar Rome yang kian lemah. Pada satu ketika,  Atilla menawar  untuk mengahwini adik  perempuan Permaisuri sebuah empayar barat, tetapi menjelaskan nilai mas kahwinnya adalah separuh daripada kepunyaan abang akal pengantin perempuan.  Tawaran yang luarbiasa ini ditolak.
 'The whole breadth of Europe... was at once invaded, and occupied and desolated, by the myriads of barbarians whom Atilla led into the field,' tulis  Edward Gibbon dalam The Decline and Fall of the Roman Empire, bermaksud ketika serangan oleh orang gasar Hun yang dipimpin oleh atilla, seluruh Eropah berada dalam ketakutan. Atilla rmenguasai wilayah dari Germany ke Laut Caspian selama leih 20 tahun. Pada malam perkahwinannya, dia meminum arak begitu banyak sehingga membawa kepada kematiannya. Atilla The Hun menerima ajal akibat darahnya sendiri. 

3. TAMERLANE(1336-1405)
'Timur the Lame'  lahir di dunia moden sekarang ini di Uzbekistan, kira-kira  400 batu ke utara bandar Kabul. Semasa zaman kanak-kanak, beliau menghidap kelumpuhan kecil  di bahagian bawah tubuh badan,bermakna pada awal kariernya beliau bergiat dalam bidang politik. Walaupun mempunyai sedikit kecacatan, Tamerlane mempunyai daya fikiran yang tinggi. Dia boleh bertutur dalam sekurang-kurang tiga bahasa dan mencipta pelbagai variasi permainan catur. Beliau mendaki tingkat menteri kanan dengan begitu pantas dalam kementerian Mongol Khan. Kemudian Tamerlane menyingkirkan Khan yang memerintah dan mula berkuasa dalam peperangan, dan melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas musuh yang menentangnya. Tamerlane amat menghormati Genghis Khan  dan mendakwa beliau adalah cicit kepada Genghis. Beliau menggunakan  Samarkand  sebagai pusat pentadbirannya, yang mana telah dtakluk sendiri oleh Genghis. Dari situ,Tamerlane setrerusnya menakluk Parsi, Armenia, Georgia dan bebarapa bahagian dalam f Russia. 

2. ALEXANDER THE GREAT (356-323 BC)
Pada masa yang berbeza,  Julius Caesar, Augustus Caesar and Caligula semuanya menziarahi makan kaca Alexander di Alexandria, Mesir.  Augustus mencium keranda purba itu dan secara tidak sengaja hidungnya patah. Caligula mencuri pendinding dada Alexander's. Sehingga egitu sekali tokoh lagenda Rome ini memuja Alexander!. Alexander lahir sebagai putera Macedonia dari raja Philip dan diajar oleh Aristotle. Semasa berusia  22 tahun beliau telah menakluk  Greece dan berarah pula ke Asia Kecil. Di sini, sekarang di tengah Turkey,memotong  Gordian Knot yang masyur itu, dan menunaikan lagenda Greece yang menyatakan sesiapa yang berkuasa di Asia Minor (Turki)akan memerintah dunia. Di Syria, beliau memusnahkan tentera  Darius III dan menguasai sepenuhnya seluruh pantai Timur Mediterranean. Beliau memasuki Mesir sebagai seorang yang liberal. Dari Mesir, beliau menuju kea rah India, di mana kuda lagendanya, Bucephalusterbunuh. Dia masih menjalankan kempen ketenteraan dan penaklukan sehingga berusia 33 tahun apabila demam  menjejaskan kesihantannya.Semasa kematiannya empayar Alexander mengunjur dari Greece ke Utara India.

1. GENGHIS KHAN (1162-1227)
Asalnya dikenali sebagai Temüjin dari  Borjigin, Genghis lahir menggenggam darah dalam tangannya. Bapanya ialah seorang khan, ketua sebuah suku kecil, tetapi dibunuh ketika Temujin masih kecil. Ketua suku yang baru tidak menginginkan apa-apa dari  keluarga Temujin iaitu ibu dan adik beradiknya. Temujin dan keluarganya dibiarkan melarat dan dtinggalkan menunggu kematian. Dari senarai semua tokoh penakluk dunia terbilang ini, Temujin memulakan hidupnya dari kosong. Daripada permulaan kehidupan dengan menghadapi hukuman kejam, Genghis meneruskan kehidupan seterusnya menyatukan suku Mongolia dan menjajah serta menguasai sejauh Afghanistan dan Utara China. Dia meninggalkan kesan seakan setinggi gunung yang masih terdapat di China. Genghis Khan memberikan laluan kepada cucunya Kublai Khan untuk menjadi maharaja dan menyatukan China seterusnya mengasaskan Dinasti Yuan. Keseluruhannya, Genghis menakluk tanah empat kali ganda keluasan yang ditakluki oleh Alexander the Great. Dia masih disanjung dan dipuja di Mongolia dan sebahagian China.

No comments: