Sebagai salah seorang peminat bolasepak tegar bola sepak terutama tahun 1970'an,1980'an dan awal 90'an, saya setia mengikuti perkembangan bola sepak ketika itu, baik dalam Malaysia atau pun di Liga Inggeris yang menjadi sorotan utama saya.
Pemain hebat datang dan pergi. Jaguh menjadi idola peminat. Tetapi lahir dan perginya seorang lagenda sukar dicari ganti.
Apakah kriteria yang membolekan seseorang itu diiktiraf sebagai lagenda bolasepak Malaysia. Pada saya terdapat beberapa penilaian yang membolehkan seseirang pemain mencapai taraf legend tersebut.
Pertama, beliau merupakan pemain utama dan tunjang pasukan kebangsaan. Kedua, beliau dapat meningkatkan prestasi dan pencapaian Malaysia di peringkat antarabangsa dan ketiga, secara individu beliau diangkat oleh pemerhati bsepak antarabangsa sebagai pemain yang hebat.
Ramai jaguh dan pemain yang hebat mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa. Mereka ini begitu menyerlah diperingkat Piala Malaysia atau liga tempatan dan diplih untul mewakili Malaysia di peringkat antarabanga. Pemain pemain hebat seperti Jamal Nasir, James Wong, Hassan Sani, Ong Yu Tiang, Rashid Hassan, Dollah Salleh, Azizol Abu Haniffah, Shebby Singh, Radhi Mat Din, Hashim Mustapha, Matlan Marjan begitu dihormati dan digeruni dalam liga dan dipilih mewakili Malaysia. Dominasi mereka dipersada liga kebangsaan membolehkan mereka dianggap sebagai lagenda bola sepak negeri masing-masing.
Berikut ialah pemain-pemain yang boleh dianggap sebagai lagenda bolasepak negeri mengikut pengetahuan bola sepak saya sejak awal 1970'an-1990'an. Jika ada nama lagenda negeri yang tertinggal harap maaf.
Lagenda Bola Sepak Negeri
Perlis
1. Bakri Ibni ( 1973-1984)
2. Saidin Osman ( 1980-1990)
3. Manja Man (1990'an
3. Yusri Che' Lah ( 1990'an)
Kedah
1. Khor Sek Leng @ Azrai Khor ( 1970'an)
2. Radhi Mat Din ( 1980-90'an)
3. Lee Kin Hong (1980-90'an)
4.Nidzam Adzha Yusof (1980-90'an)
5.Ahmad Sobri Ismail (1980-90'an)
6.Azmi Mahmud ( 1990'an)
Pulau Pinang
1. Namat Abdullah (1970'an)
2. Shaharuddin Abdullah(1970'an)
3. Ali Bakar(1970'an)
4. Isa Bakar(1970'an)
5. Chen Wooi Haw (1980'an)
Perak
1.Abdullah Yeop Nordin(1960an)
1. M.Karathu(1960'an)
2.Wong Kum Fook(1960-70'an)
3.Baharin Khamis (1960-70'an)
4. Jalil Che' Din (1960'an)
5.Ng Boon Bee (1950-60'an)
6. R.Visvanathan (1970'an)
7.Azizol Abu Haniffah(1980-90'an)
8.P.Ravindran 'Kinta Ekspres' (1980-90'an)
9. Ahmad Shahrul Azhar (1990'an)
Selangor
1. Edwin Dutton (1950-60'an)
2.Arthur Koh (1950-60'an)
3.Bahwandi Hiralal (1960-70'an)
4.Chow Kwai Lam (1960-70'an)
5. Rashid Hassan (1980'an)
6. Ong Yu Tiang (1980'an )
7.K.Rajagopal(1970-80'an)
8.Wong Hung Nung(1980'an)
9.Redzuan Abdullah(1980'an)
10.Khalid Ali (1980'an)
11.Abdullah Ali(1970'an)
12. Khan Hung Meng (1980'an)
13.Dollah Salleh (1980'an)
14.Razali Alias(1980'an)
15.Zainal Abidin Hassan(1980'an)
16.Ismail Ibrahim (1980-90'an)
17.K.Sanbagamaran (1990'an)
18. Azman Adnan(1990'an)
19. Shahril Arsat (1990'an)
Melaka
1. Robert Choe (1950-60'an)
1. Ramli Junit(1980'an)
2. G.Torairaju (1980'an)
3.Akob Itam (1980'an)
Negeri Sembilan
1. N.Thanabalan (1960-70'an)
1. B.Sathianathan (1980'an )
Johor
1. Muhideen Husin (1970'an)
2. Wan Jamak Wan Hassan (1980'an)
2. Nasir Yusuf( 1980'an)
3. Khalid Shahdan (1990'an)
Pahang
1.Rosmaini Mohd. Shah (1970-80'an)
2.Hamidon Abdullah (1970-80'an)
3.Abdah Aliff (1980'an)
4.Yunus Aliff (1980'an)
5.Jamal Nasir (1980'an)
6.Ahmad Yusof(1980'an)
7.Khairul Azman Mohamed (1980-90'an)
8.Mubin Mokhtar(1990'an)
Terengganu
1. Sulaiman Rejab (1970'an)
2. Harun Jusoh( 1970'an)
3.Yahya Jusoh (1980'an)
4.Wan Zawawi(1970'an)
5. Nasir Jalil (1970-80'an)
6.Zulkifli Hamzah (1980'an)
7.Ahmad Paijan (1980-90'an)
8. Raimi Jamil (1980'an)
Kelantan
1. Dali Omar(1960'an)
2. Mahadi Yusof(1970'an)
3. Hamid Ramli (1970-80'an)
4.Kamarudin Mohd. Noor(1980'an)
5. Mohd Noor Yaakob(1980'an)
6.Salim Mahmud (1980an)
7. Hashim Mustapha(1980'an)
8.Zahasmi Ismail (1990'an)
9.Zami Mohd Noor (1990'an)
Kuala Lumpur
1.Serbegeth Singh (1980'an)
2. Lim Teong Kim (1980'an)
3.Mat Zan Mat Aris (1980'an)
4. Razip Ismail (1980'an)
Sabah
1. James Wong (1980'an)
2. Hassan Sani (1980'an)
3. Peter Rajah ( 1980'an)
4. Matlan Marjan (1980'an)
Sarawak
1. Jalil Ramli (1980'an)
Dollah Salleh - Selangor Legend |
Azizol Abu Haniffah - Perak Legend |
Radhi Mat Din - Kedah Legend |
Hashim Mustapha - Kelantan Legend |
Untuk menentu dan memilih 10 lagenda bola sepak Malaysia saya melihat sumbangan, kejayaan dan pengiktirafan yang diberikan oleh pemerhati bola sepak dari dalam dan luar negara. Pemain-pemain ini diktiraf oleh media antarabangsa antara yang terbaik di Asia dan kebanyakannya berada dalan Asia First IX pada zaman mereka, dan mereka layak digelar 'Lagenda Bola Sepak Malaysia'
10 Lagenda Bolasepak Malaysia ( Mengikut Tahun Penglibatan )
1. Abdul Ghani Minhat, (1950-60'an )
2. Chow Chee Keong ( 1960-70'an)
3. M.Chandran, (1960-70'an)
4. Wong Choon Wah, (1960-70'an)
5. Syed Ahmad (1960-70'an)
6.Soh Chin Aun (1970-80'an)
7.Mokhtar Dahari, ( 1970-80'an)
8. R.Arumugam, (1970-80'an)
9. Shukor salleh (1970-80'an)
10. Santokh Singh (1970-80'an)
1. ABDUL GHANI MINHAT ( 1956 -1969)
Negeri : Selangor
Chow Chee Keong merupakan seorang legenda penjaga gol Malaysia. Beliau disenaraikan dalam Top 10 Penjaga Gol Terbaik Asia Sepanjang Zaman.
Beliau digelar Pintu Besi Asia ketika beraksi di Liga Hong Kong. Beliau telah mewakili pasukan Malaysia Bawah 20 Tahun ketika baru berusia 13 tahun pada 1963. Dua tahun berikutnya, beliau diserapkan ke dalam skuad senior. Beliau dipilih sebagai penjaga gol terbaik Asia sebanyak 5 kali pada tahun 1966 hingga 1970.
Beraksi untuk pasukan Hong Kong Rangers FC pada tahun 1970 sebagai pemain tetamu sebelum menyertai pasukan Jardines. Setahun selepas itu, beliau menyertai South China AA selama 3 musim. Pasukan Tung Sing merupakan pasukan terakhir beliau ketika di Hong Kong sebelum pulang ke Malaysia pada 1982. Beliau beraksi untuk skuad Malaysia 3 tahun berturut-turut sebelum bersara dari arena bola sepak.
3. M.CHANDRAN ( 1959-1974 )
M.Chandran adalah pemain pertahanan paling lengkap yang
pernah dillahirkan di Malaysia, berdasarkan kepada pencapaian dan kejayaan
selama 15 tahun kariernya dalam bola sepak seawall tahun 60’an sehingga
persaraannya tahun 1974.
Lahir di Sungai Siput Perak pada 1942, Chandran adalah
ketua pasukan kebangsaan dengan jumlah 163 caps dan membawa pasukan Malaysia ke
era emas dan mencetak namanya sebagai pemain pertahanan terbaik negara
sepanjang zaman.
Pencapaian : Juara Piala Malaysia 6 kali
Sukan Olimpik Munich 1972
Gangsa Sukan Asia 1974
4. SYED AHMAD (1965 - 1982)
Lahir : 1946, Johor
Penglibatan : Malaysia 1965-74
Johor 1960-64
P.Pinang 1965-72
Perak 1972-80
Syed Ahmad paling diingati apabila menjaringkan 5 gol untuk
Malysia pada Pusingan Kelayakan Olimpik 1971 menentang Jepun, Korea Selatan dan
Taiwan yang membolehkan Malaysia layak ke Olimpik Munich 1972 dan diiktiraf
sebagai pemaian terbaik pusingan kelayakan.
Beliau juga bermain untuk pasukan kebangsaan yang memenangi pingat gangsa Sukan Asia Teheran 1974.
Beliau juga bermain untuk pasukan kebangsaan yang memenangi pingat gangsa Sukan Asia Teheran 1974.
Wong Choon Wah (kiri) bersama rakan senegara Chow Chee Keong ketika beraksi d Liga Profesional Hong Kong |
Negeri : Selangor
Penglibatan : Malaysia 1970-74
Selangor : 1968-72, 1974-78
Pencapaian : 5 kali Juara Piala Malaysia
Olimpik Munich 1972
Wong Choon Wah adalah salah seorang pemain Malaysia yang
paling awal bermain professional di luar negeri, bermain untuk South China FA
dalam liga Hong Kong. Semasa menentang Jerman Barat pada Olimpik Munich 1972,
beliau telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan yang turut disertai
pemain seperti Jupp Heynckess, Ottomar Hiztfield
6. SOH CHIN AUN ( 1969 - 1985 )
Soh Chin Aun ketika beraksi di Sukan Olimpik Munich 1972 |
Penglibatan :Malaysi :1970-1985 (252 caps,10 gol
Selangor : 1970- 1980( 345 caps, 5 go
Melaka : 1981-1983 ( 37 caps, 1
gol
Pencapaian : Juara Pestabola Merdeka 5 kali
Juara Piala Malaysia 9
kali
Ketiga Sukan Asia Tehran 1974
Pingat Emas Sukan SEA 2 kali
Olimpik Munich 1972
Olimpik Moscow 1980 ( Malaysia
menarik diri )
Soh Chin Aun ( lahir 1950 di Melaka) adalah ketua pasukan
kebangsaan bermula 1976-1985. Beliau dikenali dengan gelaran ‘Tauke’ di
kalangan rakan dan peminat bolasepak.
Pada 1971, semasa bermain di pusingan kelayakan Olimpik
Munich, beliau adalah pemain paling muda kebangsaan dan ketua pasukan Malaysia ketika
layak ke Olimpik Moscow 1980.
Gandingannya bersama Santokh Singh adalah yang paling
solid untuk pasukan Selangor dan Malaysia pada tahun 70’an dan dianggap antara
pertahanan terbaik di Asia. Pada 1999 beliau menjadi sebahagian AFC Century
Club.
7. MOKHTAR DAHARI ( 1970-1985)
Penglibatan : Malaysia :
1972-85 ( 167 caps , 125 gol)
Selangor : 1972-87 (
375 caps, 177 gol )
Pencapaian :
Juara Pestabola Merdeka 4 Juara Sukan SEA 1977, 1979 Gangsa Sukan Asia 1974
Juara Piala Malaysia 7 kali
Mokhtar digelar 'Super Mokh' adalah salah seorang penyerang terbaik Asia. Sebagai penyerang, beliau digeruni dengan larian deras dan
ledakan tendangan yang kencang. Tidak pernah ada pemain yang menerima perhatian
sepertimana yang beliau perolehi sehingga mendiang Bobby Robson mengaguminya
apabila menewaskan penjaga gol Man City Joe Corrigan dari jarak 30 meter semasa
Malaysia menentang England B pada 1977.
8. R.ARUMUGAM ( 1971-1986)
Negeri : Selangor
Penglibatan :
Malaysia 1973-86
Selangor 1971-88
Pencapaian : Juara
Piala Malaysia 8 kali
Juara Sukan SEA 1977, 1979
Juara Pestabola Merdeka 4 kali
Gangsa Sukan Asia 1974
Sukan Olimpik Moscow 1980
R. Arumugam adalah penjaga gol utama negara pada tahun 1970'an sehingga pertengahan 1980'an. Digelar 'Spiderman' oleh rakan dan peminatnya kerana mempunyai jangkauan yang panjang.
Arumugam mula mewakili Malaysia pada 1973 pada pusingan kelayakan Piala Dunia 74' di Seoul.Memenangi Piala Malaysia sebanyak 8 kali dan Pestabola Merdeka sebanyak 4 kali. Mewakili Malaysia sebanyak 200 perlawanan.
9. SHUKOR SALLEH ( 1966- 1980)
Negeri : Pulau Pinang
9. SHUKOR SALLEH ( 1966- 1980)
Negeri : Pulau Pinang
Penglibatan : P.Pinang 1966-85
Malaysia 1966-80 ( 215 caps)
Pencapaian : Juara Pestabola Merdeka 4 kali
Pingat Emas Sukan SEA 1977, 1979
Pingat Gangsa Sukan Asia 1974
Juara Piala Malaysia 1974
Shukor adalah pemain kedua mendapat caps tertinggi
selepas Soh Chin Aun (252 caps). Beliau adalah pemain utama Malaysia yang layak
ke Olimpik Moscow apabila Malaysia menewaskan Korea Selatan pada 1980.
Shukor dianugerahkan gelaran Olahragawan Negara 1977 atas
sumbangannya terhadap bola sepak negara.
10. SANTOKH SINGH ( 1972- 1980)
5 comments:
Good share & info.. tqvm boss
salam.
macam mana nak dapatkan gambar pemain perak tahun 70 - 80an.. sebab sy mencari gambar ayah saya. Ibrahim Bin Abu Bakar. Kalau tahu macam mana nk dapatkan, boleh email sy. lianabain91@gmail.com. tq
Mana nama Syed Ahmad.. Beliau adalah legenda pemain bolasepak negara. Asal Johor
Syed Ahmad menang lagenda yg tidak akan dilupakan, saya pernah tengok aksi beliau di Padang Taiping, namanya memang sudah tercatit di atas. Tkasih
Syed Ahmad menjaringkan 6 gol drp 12 jaringan Malaysia di pertandingan kelayakan sukan olimpik di Seoul. Akhbar Korea mengiktiraf Syed sebagai hero kejohanan walaupun penyerang Jepun bertaraf dunia Kamamoto turut bermain mewakili Jepun.
Post a Comment