Living In The Eighties

Assalamualaikum w.b.t,

This blog I made as a personal use to keep my memories back in the old good time especially in the 80's when I live in Ipoh. Friends, families and others who are interest and grown in the 80's are welcome to surf on in this site.

The era of the 80's was the most memorable moments of my life. There's happy and sad moment that I could'n forget. It's not because I'm not happy with my life currently. It's different cause that time when we are still kids, didn't have any heavy obligations, just plays, studies, getting fun and live with my loveble families. Besides, I still have my parents which I miss so much.

Here, most of the stories or article are around the 80's that I include a stories and history of that era along with the photo's or video clips. I also include several songs from the 60's and 70's with world wide history.There are also a photo's of my hometown, school's, places, family and friends that are related with me in the 80's.

Besides loving listening to music and watching films, I'm also an active sports person specially in football and badminton. I'm a biggest fan of old time articles or stories whether on event, persons, a legends or whatever related with history.

It's been since 1990 that I left Green Town, Ipoh and working in Kuala Lumpur. I can't imagine that i will live, stay and grown a family here in Kuala Lumpur, the biggest and a capital city in Malaysia. Still, the old fond memories of past days is still in my heart.
Hopefully it's will call our memories in the 80's which so wonderful and awesome.























Thursday, June 4, 2015

'The Architect' - Lagenda Yang Tersisih

Azizol Abu Haniffah - Yeop Legend



Azizol Abu Haniffah, juga dipanggil 'Gejon', 'Jijon' lahir pada tahun 1965 di Teluk Intan, Perak. Berpendidikan di Sekolah Methodist Horley School, Teluk Intan dan pernah membawa pasukan sekolahnya menjuarai Daerah Hilir Perak manakala pada masa yang sama sekolah yang saya wakili menjuarai Daerah Ipoh Kinta. Namun kami tidak pernah bertembung di padang bola kerana pasukan sekolah saya tewas di pusingan awal di peringkat negeri.

Saya mula mengenali pemain ini ketika pertama kali beliau mewakili pasukan Perak pada 1982, sedangkan saya ketika itu  baru bertapak bermain untuk kelab-kelab bola sepak di Ipoh. Melihat aksinya di stadium Perak (hanya 2 km dari rumah saya di Green Town, Ipoh) bersama pasukan Piala Malaysia Perak ketika itu dibarisi bersama pemain-pemain senior Perak seperti Abdul Rais Rashid, R.Selvarajoo, Roefandi Yusof, Idris Kadir, Wan Ahmad Kamal, P.Ravindran, skill Azizol menarik perhatian saya.'Huishh..terernya,, tak pernah saya tengok live di stadium player ada skill macam ni',' kata saya dalam hati..dan setahun kemudian beliau sudah mewakili skuad Harimau Malaysia sebaris Lim Teong Kim, Serbegeth Singh, Dollah Salleh.

Azizol - Zaman awal bermain untuk pasukan Perak

Pasukan Perak pertengahan 80'an
Azizol - Duduk di tengah




Peminat bola sepak Perak begitu teruja dengan kehadiran Azizol dalam skuad Perak dan kebangsaan (1983-1993). Saya menganggap Azizol adalah pemain tengah yang berkaliber dan paling kreatif yang pernah dilahirkan oleh Malaysia pada pertengahan tahun 80'an mengatasi kehebatan Ahmad Yusof, Lim Teong Kim, Radhi Mat Din. Gerak lincah badannya amat mengelirukan di samping mempunyai hantaran yang tepat dan juga berkebolehan menjaringkan gol.


The Architect -Aksi untuk Perak tahun 90'an

Membawa Perak menjuarai Piala FA 1990

Tunjang midfield Malaysia pada pertengahan 80'an dan awal 90'an
Perak amat bergantung kepada kebolehan Azizol untuk bersaing dengan pasukan negeri lain yang hebat ketika itu seperti Selangor, Pahang, Kedah ,Johor dan Kuala Lumpur yang diketuai lagenda Singapura, Fandi Ahmad. Beliau ialah maestro, playmaker dan mastermind pasukan Perak. Tiada siapapun yang boleh menyentuh Azizol dalam pasukan Perak. Tiada Azizol, tiada Perak. Pada 1990'an, Pahang yang diwakili pasukan dream team Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh, Ahmad Yusof, Fandi Ahmad cuba menyambar Azizol dari Perak, tapi Azizol menolak tawaran bermain untuk Pahang demi kesetiaannya kepada pasukan Perak.

Azizol bersama rakan baik, Zainal dan Dollah Salleh

The Legends - Mubin, Ismail, Dollah, Azizol

Azizol telah bermain dengan lima ketua pasukan Malaysia pada zaman yang berbeza iaitu Soh Chin Aun, Ahmad Yusof, Lim Teong Kim, Zainal Abdin Hassan dan Dollah Salleh dalam karier bola sepak Malaysia selama 10 tahun (1983-93). Namun kariernya bersama pasukan Malaysia tidak segemilang bagaimana beliau bermain untuk Perak. Mungkin kerana skuad Malaysia ramai pemai senior yang disegani. Besama Perak Azizol adalah mastermind dan bebas bergerak ke posisi mana sekalipun. Ketika mewakili Perak beliau telah membawa Perak menjuarai Piala FA yang pertama kali diadakan pada 1990, Membantu Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA 1989, menjuarai Pestabola Merdeka 1993 dan tersenarai dalam Asia First XI pada tahun tersebut.

Azziol - jersi no.12 adalah miliknya bersama Perak dan Malaysia

Azizol bersama skuad Harimau Malaysia - Pelapis pasukan senior

Azizol - tiga dari kiri hadapan bersama pasukan yang diketuai lagenda negara, Soh Chin Aun

Bersama pasukan Malaysia yang diketuai Zainal Abidin Hassan


Bersama skuad malaysia yang diketuai Ahmad Yusof

Ahmad Yusof sebagai kapten dan bersama pemain baru seperti Azman Adnan

Pendapat pemain dan peminat tentang Azizol Abu Hanffah

Sekarang, nama Azizol Abu Haniffah sudah kian dilupakan oleh peminat bola sepak tanah air, tidak seperti rakan seperjuangannya dahulu seperti Zainal Abidin Hassan ( Jurulatih Pahang), Dollah Salleh (Jurulatih Malaysia), Lim Teong Kim ( Pembangunan FAM )Ong kim Swee ( Harimau Muda), Radhi Mat Din, Nidzam Adzha Yusof (Pen. Jurulatih Kedah), Hashim Mustapaha (Pen. jurulatih Kelantan), junior nya Azman Adnan (Jurulatih PDRM), Azizol kali terakhir di ketahui hanya melatih pasukan Perodua FC dalam Liga FAS.

Azizol (tengah kuning) bersama pemain negara yang lebih junior daripadanya. Dari kiri Azaruddin Aziz, Ong Kim Swee, Faridzuan Che' Hamid, Khairul Azman Mohamed dan Hashim Mustapha
Azizol yang juga digelar 'The Architect', adalah lagenda bola sepak Perak yang tiada tandingnya semenjak zaman Syed Ahmad hingga ke hari ini. Walaupun tidak setaraf lagenda bola sepak terunggul Malaysia  seperti Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Ghani Minhat, namun bagi saya tiada pemain yang boleh mencapai skill bola sepak yang dimilikinya dan kalau tidak kerana kes rasuah yang dihadapinya pada 1994, sekurang-kurangnya Azizol sebaris gahnya atau lebih baik dari lagenda seangkatan dengannya sperti Zainal Abidin Hassan atau Dollah Salleh.



Kemahiran Azizol amat dikagumi oleh peminat bola sepak kebangsaan dan antarabangsa



Adios Azizio Abu Haniffah, 'The Architect' - Perak Legend

Kredit kepada Chedinshere blogspot atas foto-foto yang saya share di sini





No comments: