Tidak pernah terjadinya dalam sejarah badminton moden lahirnya satu generasi bagi sesebuah negara melahirkan 4 atau 5 pemain yang hebat dalam masa yang serentak atau lebih kurang sama. China hampir melakukannya dua kali iaitu awal tahun 80'an dengan munculnya 3 jaguh Tembok Besar iaitu Han Jian, Luan Jin dan Chen Changjie dan pada tahun 2000'an dengan adanya Lin Dan, Bao Chun Lai dan Chen Jin yang 4 tahun lebih muda dari seniornya.
Lenjen juga pernah merasai satu suasana hebat badminton pertengahan 80'an apabila Malaysia melahirkan 3 jagoan remaja single serentak yang dijangka bakal menggegar badminton dunia selepas era Misbun iaitu Rashid Sidek, Kwan Yoke Meng, Wong Tat Meng, yang mengalahkan Indonesia dalam peringkat remaja.Namun harapan itu tidak kesampaian...
Tapi ini tidak pernah berlaku dan Indonesia amat bertuah dengan kelahiran mereka, 4 muskeeteers dan seorang lagi yang muncul lewat sedikit tapi menampung kelopongan seniornya. Saya pernah post dalam blog saya ini tahun lepas bahawa kelima pemain Indon ini adalah antara 10 pemain terbaik dunia era 90'an.
Mereka mendoninasi dunia badminton awal 90'an. Hanya Poul Erik Hoyer Larsen, Rashid Sidek dan Sun Jun sahaja yang kadang-kadang menjadi penghalang kepada jagoan Indon ini. Siapakah mereka? mari kita lihat biodata mereka dan pencapaian yang dicapai oleh 4 muskeeteers +1 ini. Sebelum itu kita lihat sepintas lalu tarikh lahir mereka yang tidak jauh bezanya mengkut senioriti.
Hermawan Susanto 1967
Alan Budi Kusuma 1968
Ardy Wiranata 1970
Joko Suprianto 1971
Hariyanto Arbi 1972
hanya lima tahun sahaja menjarakkan usia antara mereka dan mereka mengagih-agihkan kejuaraan utama di dunia selama 5 tahun antara 1990-95. Kecuali Hermawan Susanto, kesemua 4 pemain lain telah merangkul kejuaraan utama dunia . Ardy Wiranata memenangi paling banyak kejuaraan antara mereka, Alan Budi Kusuma pula memenangi emas olimpik 1992, Joko Suprianto bergelar juara dunia 1993, Hariyanto Arbi merangkul juara dunia 1995 dan banyak lagi kejuaraan lain. Hermawan Susanto walau tidak sehebat rakan-rakannya masih mampu menjuarai Terbuka China 1992 dan Terbuka Malaysia 1997.
Alan Budi Kusuma
Tarikh Lahir : 29 Mac 1968
Jumlah Kejuaraan : 7
Kejuaraan utama : Pingat Emas Olimpik 1992
Thailand Open 1989,91, China Open 1991, German Open 1992, Indonesia Open 1993, World Cup 1993, Malaysia Open 1995
Alan Budi Kusuma pertama kali saya lihat aksi beliau di kaca tv ialah pada tahun 1986 ketika kejohanan Badminton Remaja Asia (Remaja Dunia belum diperkenalkan) di Kuala Lumpur. Menggunakan nama asal Goei Ren Fang beliau tewas kepada jaguh Malaysia Rashid Sidek dalam perlawanan akhir itu. Selepas itu dunia akan melihat dua bekas remaja ini bertarung di pentas senior badminton dan perlawanan kerap kali menyebelahi Rashid Sidek. Saya menganggap Rashid adalah lebih baik dari Alan dari segi skill dan teknikal tetapi kemenangan pingat emas Alan di Olimpik Barcelona 1992 menutup banyak kekalahannya kepada Rashid.
Dengan menggunakan permainan aggresif smash dan dan kadangkala stroke Alan adalah antara pemain utama Indonesia zaman 90'an. saya meletakkan Alan di tempat ke-3 antara The Four Indon Muskeeteers ketika itu.
Mengakhiri zaman bujang berkahwin dengan pemenang pingat emas wanita perseorangan Olimpik 1992, dan pemain no.1 dunia ketika itu Susi Susanti
Ardy Bernadus Wiranata
Tarikh Lahir :10 Februari 1970
Jumlah Kejuaraan : 17
Kejuaraan Utama :
All England 1991, World Cup 1991, Grand Prix Finals Champ, 1994, Juara Piala Thomas 1994, Perak Olimpik 1992, Naib Juara Dunia 1989
Ardy Wiranata adalah pemain dunia yang paling banyak memenangi kejuaraan pada awal dan pertengahan 90'an. Pemain yang mempunyai stamina yang tinggi dangan corak permainan strok dan rally dan diselang seli dengan jumping smash ini pertaman kali saya lihat di kaca tv pada perlawanan separuh akhir Piala Thomas Malaysia vs Indonesia 1989 di Sytadium Negara ketika menentang Rashid Sidek di mana beliau tewas kepada Rashid straigh set. Rekod pertemuan berikutnya antara Ardy vs Rashid kemudiannya banyak memihak kepada Ardy.
Ardy juga merupakan pemain yang paling banyak memenangi Terbuka Indonesia dengan rekod 6 kejuaraan. walaupun memenangi hampir semua kejohanan dunia, tetapi Ardy gagal merangkul 2 kejohanan paling besar iaitu naib johan Kejuaraan Dunia 1991, dan tewas di final Olimpik 92' kepada rakannya Alan Budi Kusuma. Saya meletakkan Ardy di no.1 antara The 4 Muskeeteers.
Hariyanto Arbi
Tarikh lahir : 21 Januari 1972
Jumlah Kejuaraan : 14
Kejuaraan Utama: Juara Dunia 1995, Juara Piala Dunia 1994, Juara All England 1993,94, Pingat Emas Sukan Asia 1994, Juara Piala Thomas 1994,96,98
Hariyanto Arbi agak junior dibandingkan dengan The 4 Indon Muskeeteers tetapi jarak masa adalah sedikit dan sering juga bertemu dengan senior-seniornya tadi.
Hariyanto Arbi pertama kali saya lihat live di Stadium Negara 1990 ketika Terbuka Malaysia semasa beliau berumur 18 tahun dan dibelasah oleh pemain Thailand Sompol Kukasemkij.
Dikenali sebagai Hariyanto 'The Jumping smash', permainannya agak mudah, net bola di jaring dan jika bola dilambung tinggi beliau akan membuat jumping smash yang berturut-turut untuk mematikan bola lawan.
Walaupun memenangi banyak kejuaraan tetapi Hariyanto tidak pernah menjuarai Terbuka Indonesia yang kerap dimonopoli oleh Ardy Wiranata. Antara kekecewaan terbesarnya ialah gagal memenangi emas Olimpik 1996 walaupun dianggap salah seorang favourite. Juga kerap bertemu Rashid Sidek dan selalu meratah Rashid dengan jumping smashnya kecuali di Olimpik 96, Rashid menewaskan Hariyanto untuk pingat gangsa. Akibat permainan agresif jumping smash, Hariyanto mengalami kecederaan belakang dan bersara pada 1998 berusia 26 tahun.
Joko Suprianto
Tarikh Lahir : 27 Januari 1971
Jumlah Kejuaraan : 14
kejuaraan utama : Juara Dunia 1993, Juara Piala Thomas 1994,96,98.
Joko Suprianto mula saya ingati namanya pada 1988 apabila tewas kepada Foo Kok Keong. Mengamalkan permainan rally dan kadangkala smash menyilang Joko adalh pemain ke4 Indonesia di belakang Alan, Ardy dan Hariyanto Arbi.
Hermawan Susanto
Tarikh Lahir : 27 September 1967
Jumlah Kejuaraan : 9
Kejuaraan Utama : Naib Juara Dunia 1993, Gangsa Olimpik 1992, Juara Piala Thomas 1994, Juara Terbuka Belanda 1990, Terbuka Denmark 1992, Terbuka Chimna 1992, Terbuka Taiwan 1991,95, Terbuka Hong Kong 1993, Terbuka U.S 1995, Terbuka Malaysia 1997
Hermawan Susanto kerapkali mengisi slot ke3 atau ke4 dalam pasukan Piala Thomas Indonesia kerana kekuatan single Indon ketika itu. Hermawan adalah pemain yang kerap ditewaskan oleh Rashid Sidek di antara 5 pemain Indonesia ketika itu
Berkahwin dengan pemain single wanita kedua dan tercantik Indonesiaketika itu, Sarwendah..( mak nkau lawa ya... )
Kredit : Youtube

Ardy Wiranata |

Perbandingan dengan pemain unggul Malaysia ketika itu Rashid Sidek.
Nampaknya Rashid terbelakang dari pencapaian 5 pemain Indonesia ini, kecuali lebih kurang 6-7 kejuaraan Terbuka Malaysia, Rashid gagal memenangi kejuaraan di luar negara seperti yang dilakukan oleh The Four Indon Muskeeteers + 1 ini..hu..hu..
Original idea..de'Lenjen
No comments:
Post a Comment