Sebelum berkayuh meneroka kotaraya, parking kereta dulu di Kg. Baru. Kampung Baru merupakan perkampungan Melayu yang pertama dan terbesar di KL. Dibuka pada tahun 1900 oleh kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Di Kampung Baru, landmark utama ialah Bangunan Kelab Sultan Sulaiman.Dibina pada tahun 1909, disinilah berkumpulnya cerdikpandai Melayu bergabung tenaga menubuhkan UMNO pada tahun 1946 menentang penubuhan Malayan Union oleh British.
Bukit Nanas. Di sini terletak sekolah lama British seperti, St.John School, Convent Bukit Nanas, St John Cathedral dan Menara Kuala Lumpur.
Bangunan Pusat Pelancongan Malaysia. Dibina pada tahun 1935 oleh seorang arkitek Inggeris, asalnya ialah pejabat dan kediaman hartawan perlombongan dan getah , Eu Tong Seng . Juga pernah menjadi pejabat British dan tentera Jepun.
Salah satu bangunan Matic, menamakan Saloma pada namanya. Sebuah restoran bernama Saloma Bistro
Salah satu pejabat pelancongan Matic di Jln Ampang
Ke kiri arah ke Ampang aku berkayuh dan melewati sebuah restoran style bangunan lama British.Ini bukan kota lama British, baru saja dibina 4-5 tahun lepas, tapi menarik perhatian aku yang lenjen ini. Sebuah restoran amasakan Arab dan Western
Berpatah balik dari Jalan Tun Razak aku kembali ke Jalan Ampang dan berehat di Taman KLCC
Dari Jln Ampang aku terus ke Bukit Bintang dan bergambar sikit mencuci mata.
Dari Bukit Bintang aku terus perjalanan ke Jalan Raja Chulan, dan menjumpai sebuah bangunan lama di kanan jalan.
Lukisan mural di sebuah kedai lama di Jalan Raja Chulan.
Muzium Telekom di Jalan Raja Chulan.
Dari Jalan Raja Chulan, menyusuri jalan Tun Perak di Puduraya, berehat melepaskan lelah di sebuah warung di sebelah Kompleks Kotaraya.
Meneruskan kayuhan ke Petaling Street, sebuah destinasi membeli belah utama di KL.
Bangunan lama pejabat pos Jalan Panggong, dibina pada tahun 1911. Sekarang merupakan sebuah restoran makanan.
Tokong Cina di Jalan Loke Yew
Roundabout di sebelah Jalan Yew, menempat bangunan Dewan Perniagaan Cina yang ditubuhkan pada 1909.
Lorong di jalan berhampiran Petaling Street
Central Market dibina pada tahun 1888 oleh British, Awalnya digunakan sebagai pasar basah oleh penduduk dan pelombong timah.
Sebuah bangunan lama bertarikh 1904 bersebelahan Central Market
Lebuh Medan Pasar. Juga dikenali Market Square. Pada awal abad ke 19,merupakan kawasan yang paling utama di Kuala Lumpur dengan peniaga-peniaga dan lokasi penempatan pelombong bijih timah.
Bangunan Loke Yew didirikan pada tahun 1920'an
MUZIUM TEKSTIL NEGARA
Muzium Tekstil Negara. Dibina bersebelahan dengan Sultan Abdul Samad dengan corak yang sama.
BANGUNAN KTM
MASJID NEGARA
BANGUNAN DAYABUMI
BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD
MUZIUM MUZIK NEGARA
AUDITORIUM DBKL
No comments:
Post a Comment