Sudah lebih 25 tahun saya menghuni bandaraya Kuala Lumpur dan bergelar warga kota. Sudah berbagai tempat saya kunjungi dari pusat membeli belah, taman rekreasi, mesjid, dan meredah jalan-jalannya yang sibuk samada menggunakan kereta,motor atau bas.
Cuti tahun ni agak pendek, jadi saya membuat keputusan jalan-jalan ronda kotaraya samada bermotor, berbasikal atau berjalan kaki. Tidak pernah saya menyelurusi jalan-jalan di Kuala Lumpur sepertimana yang saya lakukan kali ini. Baru;ah perasan bahawa bandaraya Kuala Lumpur juga banyak mempunyai tinggalan sejarah terutama rumah-rumah kedai era zaman Yap Ah Loy dan pejabat-pejabat kerajaan zaman Raja Abdullah, Tengku Kudin, Raja Mahadi sebagai pemerintah di Selangor
MEDAN LEBUH PASAR
Juga dikenali sebagai Old Market Square. Dua tiga hari juga saya berpusing-pusing di kawasan ini meninjau tinggalan bangunan lama bersejarah yang meliputi Chinatown, Jalan Tun Perak dan Petaling Street. Dikatakan nadi kerancakan bandar Kuala Lumpur semasa era kolonial British dan zaman Yap Ah Loy. Terletak di berhampiran dengan Sungai Kelang, Dihuni oleh orang Melayu dan merupakan petempatan pertama pelombong dan imigran Cina. Peniaga memulakan perniagaan mengeringkan pakaian pelombong sebelum mereka meneruskan perlombongan terutama di Ampang, Pudu dan Kepong.
Tidak lama kemudian pekan kecil ini berkembang pesat menjadi sebuah pekan yang sibuk dengan pelbagai aktiviti perniagaan. Kapitan Cina,Yap Ah Loy ( 1837-1885) adalah penggerak pertumbuhan ekonomi di Market Square ini dengan menguasai perniagaan dan rumahnya dibina dihujung pasar ini.
Pada 1882, Frank Swettenham mengarahkan pasar dan perniagaan Yap Ah Loy dimusnahkan kerana mendirikan perniagaan di atas tanah kerajaan. Sebagai persetujuan Yap Ah Loy memindahkan pusat perjudiannya dan dibenarkan membina semula bangunan perniagaan dengan struktur yang lebih tersusun.
Yap Ah Loy hanya diberikan geran tanah semasa kematiannya pada 1885 dan kerajaan mengambilalih pasar tersebut dan dikenali sebagai Old Market Square
Pada 1907, seorang arkitek karajaan AB Hubback menyerahkan plan pembinaan rumah kedai yang perlu diikuti oleh peniaga untuk mendirikan semula tempat tersebut. rumah kedai 3 tingkat yang dibina adalah contoh rekaan Neo-classical kreativiti Hubback.
Kemudian dua struktur klasik Seni Deco iaitu bangunan Mayban Finance Berhad dan Clock Tower dibina pada tahun 1937 sebagai kenangan ulangtahun King George VI
( Sumberihsan alih bahasa dari zainababdullah.wordpress.com )
|
Old Square Market tahun 1950 |
|
Sekarang Disember 2015 |
|
Tahun 1950'an |
|
1930'an |
|
1950'an |
|
1970'an |
|
1950'an |
CLOCK TOWER 1937
|
2015. Di belakang ialah Clock Tower yang dibina pada 1937 |
Rumah kedai sebelah kanan Market Square
Rumah kedai sebelah kiri Market Square
|
Pandangan dari arah belakang Market Square menghadap bangunan Bar Council |
|
Bangunan neo klasik di Market Square |
BANGUNAN LOKE YEW 1950'AN
|
Bangunan Loke Yew di Jalan Lebuh Pasar berhampiran Market Square |
|
Mesjid Jamek dari view Jambatan Loke Yew |
|
Jalan Lebuh Pasar dari Bangunan Loke Yew |
|
Pandangan yang sama pada tahun 50'an |
BANGUNAN OCBC 1930' AN
|
Bangunan OCBC tahun 1957. rekaan neo-klasik yang dibina pada tahun 1930'an bersebelahan Market Square di Jalan Lebuh Pasar |
Bangunana OCBC 2015
Cawangan pertama Maybank sejak tahun 1960 di Jalan Lebuh Pasar
Jalan Lebuh Pasar dibarisi dengan bangunan sebelum Perang Jepun
No comments:
Post a Comment