Sebagai pemain dan peminat sukan, saya telah mengikuti bola sepak Liga Inggeris semenjak pertengahan tahun 1970'an, ketika di sekolah rendah lagi. Sebagai bekas tanah jajahan British, Malaysia memang banyak mengikuti perkembangan politik dan sukan negara tersebut. Liga Inggeris (hingga sekarang) masih menjadi tumpuan di Malaysia.
EPL atau English Premier League, dahulu dkenali sebagai English 1st Division sehinggalah ditukar kepada EPL pada 1992. Umum memang mengetahui juara terbanyak EPL ini ialah Man Utd dengan 20 kejuaraan dengan Liverpool yang dahulunya 'King Of Europe' dengan 19 kejuaraan, yang terakhir pada 1990 dan Arsenal dengan 13 kejuaraan di samping terdapat pasukan lain yang pernah mengungguli EPL seperti Everton 9 kali, Aston Villa 7, Chelsea 5 kali, Man City 4 kali.
EPL tidak seperti La Liga yang dikuasai oleh dua gergasi Sepanyol sahaja iaitu Real Madrid 32 kejuaraan dan Barcelona 23 kejuaraan dengan yang paling hampir ialah Athletico Madrid 10 kali. Saban tahun kita akan menyaksikan perlumbaan hanya antara Real Madrid dan Barca dengan sesekali sahaja dijuarai oleh kelab lain seperti Deportivo Coruna tahun 2000, Valencia 2002,04 dan terbaru Athletico Madrid pada 2014. Selainnya ia dimonopoli oleh Real dan Barca akibat kekakayaan dua kelab tersebut
Berbeza dengan EPL, setiap tahun 3 atau 4 pasukan akan bersaing sengit untuk merebut kejuaraan hingga ke akhir musim. Memang tahun 1980'an, Liverpool menguasai EPL dengan 6 kejuaraan dalam tempoh 10 tahun,Liverpool juga menjurai Eropah sebanyak 3 kali dalam tempoh tersebut. Man Utd kelab handalan England menyaingi Liverpool pada era itu tanpa memperolehi sebarang kejuaran dengan saingan hebat dari Everton, Aston Villa, Forest, Arsenal, Tottenham dan lain-lain sehinggalah Man Utd berjaya mendakap EPL pada 1992 ketika era Alex Ferguson. kini terdapat 5 atau 6 pasukan yang bersaing rapat untuk merebut EPL tidak termasuk penyandang juara Chelsea yang berada tempat 13 atau 14.
Sekarang saya nak cerita tajuk di atas, 'Kelab Yang Tidak Disangka Menjuarai EPL'. Sebagai peminat EPL memang secara memori saya boleh menyebut pasukan-pasukan yang menjuarai EPL tanpa diduga. Pun begitu saya mencari juga melalui internet ada tak pasukan lain tanpa pengetahuan saya yang menjuarai EPL tanpa disangka. Ya, memang ada tanpa ketahuan saya, satu team, itupun pada era 1950'an.Yang lain berlaku ketika era saya mengikuti EPL iaitu penghujung 70'an hinggalah sekarang.
Berikut ialah 5 yang 'Tidak Disangka Menjuarai EPL' ( Mengikut tahun )
Ipswich Town (1962-63)
Ini sahaja pasukan yang di luar pengetahuan saya, kerana berlaku pada tahun 60'an.
Sir Alf Ramsey membawa Ipswich sebagai juara Division 4 pada 1957 dan terus ke liga utama division 1 hanya dalam beberapa tahun. Selepas menjuarai Div2 pada 1961, Ipswich meraikan satu pencapaian yang tidak terduga pada 1962, iaitu Juara Div1 England,mengatasi juara 1960, Burnley dan lagenda juara berganda 1961, Tottenham Hotspur. Dengan Spurs mengejar kejayaan Piala Eropah dan FA Cup, anak buah Sir Alf Ramsey yang digelar 'Tractors Boys' mengambil kesempatan dan tanpa diduga mencatat sejarah sebagai juara Div1 1962.
Ipswich berada dalam ambang kemerosotan pada tahun berikutnya dan tersingkir ke Div2 pada tahun 1964, dengan Sir Alf Ramsey dalam perancangan untuk membawa England sebagai juara Piala Dunia 1966.
Nottingham Forest 1978/79
Dari tempat ketiga liga Div2 ke Juara England dan Eropah.
Dalam tahun 1977, Nottm Forest berjaya naik ke Div1 secara otomatik setelah mendapat tempat ke3 di Div2. Setahun kemudian pada 1978, Ramai yang menjangkakan Forest akan bergelut untuk terus kekal di Div1. Namun Forest yang di bawah pengurus Brian Clough merayakan kemenangan menjuarai Div1 begitu menyakinkan dengan berkelebihan tujuh mata.Mereka hanya tewas 3 kali pada musim 1978 dan mengenepikan cabaran juara 2 kali berturut-turut liga Inggeris dan Piala Eropah iaitu Liverpool bahkan mereka juga menewaskan Liverpool untuk menjuarai League Cup pada tahun tersebut.
Kemudian pada 1979 dan 80, Forest menjuarai Piala Eropah dua kali berturut-turut di samping mengekalkan kejuaran League Cup. Betapa menakjubkan pasukan kendalian Brian Clough ini
Nottm Forest dari kelab div2 muncul sebagai Juara England dan Juara Eropah |
Forest juara Eropah dua kali berturut-turut 1978/79 dan 1979/80 |
Forest bersama pengurus lagenda, mendiang Brian Clough (tengah, kanan sekali) |
Jika skuad Arsenal kendalian Arsene Wenger yang muncul juara EPL musim 2003/04 tanpa sebarang kekalahan digelar 'The Invicible'(Yang Kebal), maka pasukan kendalian Claudio Ranieri yang mengguguli EPL 2015/16 bolehlah digelar sebagai 'The Imposibble'( Yang Mustahil).
Leicester City tidak pernah memenangi EPL, atau Liga Inggeris yang telah ujud sejak 130 tahun dahulu. bahkan mereka juga tidak pernah berada di carta 5 pasukan terbaik EPL. Pecapaian terbaik mereka di kelompok 10 pasukan teratas EPL ialah pada tahun 1999/2000. Lebih teruk lagi mereka tersingkir ke level 2 bolasepak Inggeris iaitu Championship League pada 2004. Mereka juga kelihatan punah di level 2 dan tersingkir ke level 3 liga pada 2008. Dalam 10 tahun lepas Leicester tidak pun berada dalam senarai 44 pasukan terbaik di England
Setelah bergelut di division bawahan, akhirnya mereka berjaya kembali ke EPL pada tahun 2014/15 dan hampir kembali ke level 2 apabila mereka bergelut di EPL pada musim itu menduduki tempat ke-14, 6 mata selamat dari zon penyingkiran. Mereka memecat pengurus pasukan Nigel Pearson dan digantikan dengan Claudio Ranieri yang baru dipecat dari pasukan kebangsaan Greece berikutan kekalahan di halaman sendiri kepada Faroe Island (saing-saing Timor Leste di sini ).
Ranieri 63 tahun,dianggap oleh sesetengah pemerhati sukan sebagai terlalu tua umtuk jawatan tersebut. Mereka berpendapat skuad The Foxes akan bergelut untuk menyelamatkan diri di EPL. Walaupun seorang jurulatih yag dihormati, Ranieri mempunyai pengalaman yang tidak menggembirakan; hanya menjadi naib johan kepada 4 pasukan yang berbeza di 3 buah negara.
Kejayaan Leicester menjuarai EPL hampir sama dengan kejayaan Nottingham Forest yang muncul juara sejurus sahaja layak ke EPL dari liga level 2. Beza ialah Forest dari division 2 dan nak ke Div1 terus menjadi juara manakala Leicester berada pada tahun kedua di EPL kemudian menjadi johan. Cuma pemain Leicester tidak sehebat pemain Forest ketika itu yang mempunyai beberapa pemain kebangsaan England dan Scotland. Purata umur pemain Leicester ialah 28 tahun. hanya dua pemain sahaja yang pernah merasai kejuaraan, iaitu Shinji Okazaki juara bersama Jepun di Piala Asia 2011 dan Robert Huth dengan dua kejuaraan EPL bersama Chelsea sedekad lalu itupun sebagai pemain simpanan. Kebanyakan daripada pemain adalah gabungan pemain yang gagal, Danny Simpsons dan Danny Drinkwater dilepaskan oleh Man Utd semasa mereka di akademi remaja,Christian Fuchs dan Mark Albrighton dibawa secara percuma dari Schalke dan Aston Villa. Penjaga gol Kasper Schmeichel diberitahu beliau tidak ada masa depan di Man City dan terpaksa berhijrah ke pasukan level3 Brighton untuk merasai permainan. Ketua pasukan Wes Morgan tidak pernah bermain di liga utama England sehingga berusia 30 tahun. Jamie Vardy, penjaring utama pasukan, hanyalah seorang pemain semi-pro 4 tahun lalu. Riyad Mahrez sering tidak mendapat perhatian sepanjang karier remajanya di setiap akademi bola sepak di France, dan N'Golo Kante setahun lalu hanya bermain di division 2 Liga France. Nilai keseluruhan skuad The Foxes hanyalah berjumlah 30 juta pound berbanding pasukan temahal Man City 490 juta pound.
Dengan menjuarai trofi EPL, Lecester telah mencipta satu sejarah. Kelab mustahil ini telah menjadi hanya pasukan ke6 yang telah menjuarai EPL semenjak kapten Man Utd, Bryan Robson menjulangnya buat kali pertama pada 1992.
Dihasilkan oleh : De' Lenjen
No comments:
Post a Comment