Itulah zaman kemegahan bola sepak negara, dan bermulanya era kegemilangan Korea Selatan.
Ini yang saya boleh ungkapkan apabila bercerita tentang filem yang hangat di pawagam ketika ini, Ola Bola yang diarahkan oleh Chiu Keng Guan. Filem Malaysian Malaysia ini mirip gaya filem Hafsham(terkenal dalam sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu..) tahun 1980'an yang memaparkan kehidupan masyarakat majmuk Malaysia.
Filem 'Ola Bola' berlatarbelakangkan kisah bola sepak negara tahun 1980 ketika Malaysia bermain dalam pusingan kelayakan Olimpik Moscow 1980. Saya adalah antara jutaan rakyat Malaysia yang menonton siaran langsung tersebut di kaca tv dan yang terlompat lompat gembira apabila Malaysia berjaya mengalahkan musuh ketat Korea Selatan 2-1 hasil jaringan Bakri Ibni dan James Wong( dalam Ola Bola Malaysia menang 3-2).
Ola Bola! Filem Melayu pelbagai kaum berlatarkan bola sepak negara tahun 80'an. 60% adalah dalam bahasa Melayu yang lain B.Cina dan Tamil |
Memang tidak dinafikan era 70-80'an bola sepak negara agak membanggakan (walaupun tidak pernah layak ke Piala Dunia - ketika itu 16 pasukan sahaja layak ke WC -1 dari Asia ). Berdasarkan ranking Asia ketika itu, hanya Iran, Kuwait, Iraq,Korea Selatan, Korea Utara sahaja yaang berada di atas kita. Iran baru sahaja mewakili Asia di Piala Dunia 1978 dan giliran Kuwait sebagai wakil Asia di Piala Dunia 1982. Jepun juga berada di bawah kita dah kerap kena pukul dengan Malaysia ketika itu. ( sekarang Malaysia ranking 31 Asia). Bahkan saya pernah menonton satu perlawanan persahabatan ketika itu malaysia membelasah satu lagi gergasi Asia sekarang, Arab Saudi dengan 3-0. Pemain-pemain Malaysia pada masa itu hebat-hebat belaka.Nama mereka sentiasa meniti di bibir peminat. Mudah untuk menyebut kesebelasan utama negara..Arumugam,Chin Aun, Santokh Singh, Jamal Nasir, Shukor Salleh, Dollah Ali, Hassan Sani, Mokhtar dahari, Bakri Ibni, James Wong, Isa Bakar, Wong Hung Nung, Khan Hung Meng, Ong Yu Tiang...ramai lagi. (sekarang nak nyebut 3 -4 orang pun x ingat...)
Skuad bola sepak Olimpik 1980 Malaysia bersama jurulatih Karl HeinzWeigang |
James Wong, penjaring gol kemenangan Malaysia mengalahkan Korea Selatan di kelayakan Olimpik 1980 |
Korea Selatan dengan star legendnya Cha Bum Keun memang pasukan yang handal di Asia ketika itu, tapi seperti juga dengan Malaysia, Korea Selatan tidak pernah layak ke Piala Dunia (kecuali 1954 atas ihsan FIFA). Korea masih belum dapat mencabar Iran,Kuwait,Iraq,Australia atau Israel untuk bertanding ke Piala Dunia. Tapi tahukah anda, Ola Bola! adalah saat kemegahan negara tetapi ia juga menjadi detik bermulanya kegemilangan bola sepak Korea Selatan di Asia dan dunia! Ramai yang tidak tahu akan perkara yang berlaku akibat Ola Bola! tahun 1980'an, kecuali li lenjan.
Kekalahan 1-2 Korea kepada Malaysia pada kelayakan Olimpik 1980 itu telah mengubah landskap bola sepak Korea. Kerajaan telah merombak secara total struktur pentadbiran persatuan bola sepak Korea. Kekalahan tersebut telah mengundang perasaan marah, malu dan kecewa rakyat dan pemerintah.Persatuan bola sepak Korea mula mengenalpasti kelemahan terdahulu, Skuad kebangsaan mula dibahagikan kepada dua kumpulan, Seramai 50 pemain paling berkualiti dicari dari seluruh pelusuk Korea, samada yang bertugas sebagai tentera atau pelajar Universiti. Pasukan A dihantar menjalani latihan di Eropah dan pasukan B dihantar menyertai pertandingan di Asia seperti Pestabola Merdeka dan Piala Raja Thai. Liga tempatan K League Classic diperkenalkan dengan 5 pasukan profesional ( Liga Malaysia masih dalam peringkat amatur) Kejohanan tahunan bola sepak Piala Presiden Park yang dihoskan oleh Korea juga diupgradekan, dengan menjemput pasukan antarabangsa seperti Poland, Denmark, Bulgaria dan lain-lain. Impian layak ke Piala Dunia Mexico adalah matlamat utma Korea Selatan selepas ini. Pestabola Merdeka juga bukan kejohanan utama buat Korea. Meskipun menghantar hanya pasukan B ke Pestabola Merdeka kita dapat lihat mereka masih boleh memberi saingan kepada pasukan A Malaysia ketika itu. Hanya dalam tempoh 6 tahun selepas Ola Bola! Korea Selatan telah mencapai impian mereka iaitu layak ke Piala Dunia 1986 di Mexico dan bertemua dengan jagoan dunia seperti Argentina, Itali dan Bulgaria. Walaupun tewas semua perlawanan di Piala Dunia tetapi ia menjadi satu pendedahan yang berguna kepada Korea Selatan. Kalau sebelum ini Bum Keun, Park sang Inn, Choi Soon Ho atau Park Chang Sun dapat kita lihat beraksi di Pestabola Merdeka tetapi kini mereka sudah bermain di Piala Dunia.
Korea Selatan beraksi dalam Piala Dunia 1986 dan menentang jaguh dunia Diego Maradona |
Selepas penyertaan di Piala Dunia 1986, Korea Selatan tidak menoleh ke belakang lagi, Mereka adalah negara Asia yang paling berjaya layak ke Piala Dunia sebanyak 8 kali berturut-turut ( 1986 - 2014 ). pada 1998 K League ditubuhkan dengan 16 pasukan profesional dan target mereka bukan sekadar pasukan pelengkap Piala Dunia tetapi mencapai keputusan membanggakan apabila mereka menjadi co-host bersama Jepun di Piala Dunia 2002. Hasilnya Korea Selatan selain menjadi tuan rumah Piala Dunia 2002 yang berjaya mereka juga merupakan negara Asia pertama yang layak ke separuh akhir Piala Dunia ( sebelum ini pencapaian terbaik Korea Utara Piala Dunia 1966)
Korea Selatan meraikan kejayaan melayakkan diri ke separuh akhir Piala Dunia 2002 |
No comments:
Post a Comment