Setelah memenangi edisi ke4, ke5 dan ke6 secara berturut-turut, pada 1967 Indonesia menjadi tuan rumah kejohanan untuk mempertahankan Piala Thomas buat kali ke4.
Edisi Piala Thomas kali ke-7 ini mempunyai nilai tersendiri atas beberapa sebab: Orang lama bertemu orang baru. Belum pun berusia 18 tahun, Rudy Hartono muncul di pentas badminton seperti juga bintang baru yang lain seperti Svend Pri (Denmark) dan Ipei Kojima (Jepun). Ia juga menandakan berakhirnya era rakan kepada Hartono,iatu Ferry Sonneville yang umurnya dua kali ganda Hartono dan pertandingan terakhir Piala Thomas bagi lagenda Denmark, Erland Kops. Juga ia akan menjadi kejohanan terakhir untuk pemain veteran Malaysia seperti Teh Kew San.
Keputusan:
Suku Akhir :
Malaysia 7 - Denmaark 2
Jepun 7 - USA 2
Separuh Akhir :
Malaysia 6 - Jepun 3
Perlawanan akhir mempertemukan dua musuh berjiran iaitu Indonesia menentang Malaysia. Malaysia-Indonesia baru sahaja menamatkan konfrontasi 1965 yang melibatkan pembentukan malaysia yang ditentang oleh kerajan Indonesia pimpinan Sukarno dan ini menyebabkan berlaku ketegangan semasa perlawanan di dalam stadium.
Pada hari pertama Malaysia mendahului Indonesia 3-1 dengan kemenangan tunggal Indon diperolehi melalui pemain sensasinya, Rudy Hartono. Rudy meneruskan kehebatan pada hari kedua dengan memungut mata kedua Indon dengan membelasah jaguh Malaysia, Tan Yee Khan 15-6, 15-8. Malaysia memenangi double dan mendahului Indon dengan 4-3. dalam kedudukan ini Malaysia menurunkan beregu terbaik dunia ketika itu Tan Yee Khan dan Ng Boon Bee untuk meraih mata kemenangan. Beregu malaysia memenangi set pertama dengan mudah 15-2, dan mendahului set kedua dengan 10-2. Pada ketika ini penyokong Indonesia mula membuat pelbagai gangguan dan provokasi seperti menggunakan flash camera untuk menyilaukan pemain Malaysia dan membuat bising bangat dengan melontar kata kejian terhadap pemain Malaysia sehingga beregu Malaysia hilang fokus dan tewas set kedua 13-18.
Malaysia membuat bantahan kepada pengadil, perlawanan ditangguh 5 minit dan IBF mengarahkan pihak berkuasa Indonesia mengeluarkan semua penonton dan pertandingan dijalankan secara tertutup tanpa penonton. Pihak Indonesia enggan dan pengadil memberhentikan perlawanan dan mengarahkan perlawanan disambung di negara berkecuali iaitu New Zealand. indonesia enggan menurut peraturan IBF dan akhirnya IBF menanugerahkan Malaysia kemenangan 6-3.
Rudy Hartono DOB : 1948 - Negara ; Indonesia Pencapaian : Juara All England 8 kali dan Juara Piala Thomas 4 kali, memenangi semua perlawanan Piala Thomas 1967 tanpa melepaskan satu set pun |
Malaysia 6 | Jakarta, Indonesia June 9 & June 10, 1967 | Indonesia 3 | [hide] | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
No comments:
Post a Comment