Presiden Sukarno bersama pemain Indonesia yang memenangi Piala Thomas buat kali pertama |
Berakhirnya Penguasaan Malaya
Sukan badminton mulai mendapat populariti dari negara timur dan pasukan baru menyertai Piala Thomas seperti Thailand dan Indonesia berjaya mengatasi lawan yang lebih terkenal dari Eropah dan Amerika Syarikat di bawah suhu iklim Asia yang panas lembab.Thailand mewenewaskan pasukan Amerika Syarikat yang lebih berpengalaman dengan 7-2 , dan pendatang baru, Indonesia mengalahkan pasukan yang berprestij tinggi, Denmark dengan 6-3, yang menimbulkan keresahan juara bertahan, Malaya. Lagenda Denmark, Erland Kops ditewaskan oleh pemainantarabangsa yang mula dikenali, Ferry Sonneville dan sensasi muda Indonesia, tan Joe Hok.
Pasukan yang layak ke pusingan akhir ialah Denmark (Eropah), Amerika Syarikat 9pan Amerika ), Thailand (Asia) dan Indonesia (Australasia). Malaya sebagai juara bertahan layak secara automatik ke perlawanan akhir
Indonesia mara ke final dengan selesa apabila mengalahkan Thailand dengan 8-1 di separuh akhir, yang menambahkan kerisauan kepada kontinjen Malaya. Dua pemain utama Thailand, Charoen Wattanasin dan Thanoo Khajadbhye yang disegani di peringkat antarabangsa mudah ditewaskan oleh Sonneville dan Joe Hok. Indonesia mara ke final buat kali pertama bertemu penyandang juara tiga kali berturut-turut, Malaya.
keputusan pusingan akhir;
Indonesia 6- Denmark 3
Thailand 7 - Amerika Syarikat 2
Separuh Akhir:
Indonesia 8 - Thailand 1
keputusan pusingan akhir;
Indonesia 6- Denmark 3
Thailand 7 - Amerika Syarikat 2
Separuh Akhir:
Indonesia 8 - Thailand 1
Perlawanan akhir yang berlangsung pada Jun 1958 menandakan berakhirnya penguasaan Malaya d dalam Piala Thomas kepada pendatang baru, Indonesia. Dengan lagenda Wong Peng Soon telah bersara, Eddy Choong juga mula menunjukkan kemerosotan. Malaya, juara tiga kali berturut Piala Thomas gagal memenangi sebarang perlawanan single dan tewas kepada Indonesia 3-6. Eddy Choong tewas kedua-dua perlawanan singlenya dengan straight set.Pemain single Indon,Tan Joe Hok mengharungi kempen Piala Thomas tanpa melepaskan satu set pun, manakala Ferry Sonneville hanya melepaskan satu set sahaja ketika menentang Finn kobbero. Tan Joe Hock kemudiannya muncul sebagai juara All England tahun berikutnya dan dianggap sebagai pemain terhandal di dunia. untuk satu jangka masa yang lama selepas Piala Thomas ini Indonesia menjadi satu kuasa baru badminton dunia yang ampuh dan sukar untuk ditewaskan.
Perlawanan Akhir :
Indonesia 6 - Malaya 3
Perlawanan Akhir :
Indonesia 6 - Malaya 3
Tan Joe Hock Lahir : 1937 - Negara: Indonesia Pencapaian:Juara All england 1959, Juara Sukan Asia 1962 Juara Piala Thomas 2 kali |
|
1 comment:
Bang, aku izin save foto team Thomas cupnya ya, terimakasih
Post a Comment