Kemenangan Terbijak Mourinho Ke Atas Alex Ferguson
Jose Mourinho mempunyai habit kerap menewaskan Alex Ferguson di padang bolasepak. dalam 19 pertemuan dengan Man Utd di bawah kendalian Sir Alex, Mourinho menang 9 kali dan hanya kalah dua kali.Tetapi perlantikan Mourinho sebagai pengurus Man Utd yang baru adalah kemenangan yang paling manis buat Mourinho ke atas Sir Alex.
Sir Alex pernah menganggap Mourinho sebagai penembak berbakat setahun jagung yang datang ke bandar untuk menentang 'sheriff tua' yang penuh pengalaman merujuk kepada pertembungan beliau dengan Mourinho yang dilantik menjadi pengurus Chelsea pada 2004. Sir Alex mengalami kejutan kekalahan awal kepada Mourinho tetapi dengat cepat menyingkir Mourinho keluar dari EPL apabila Chelsea memecat Mourinho sebagai pengurus pada 2007. Mourinho berazam untuk kembali ke England suatu hari kelak dan berhasrat untuk menggantikan Sheriff Tua yang dijangka akan bersara sebagai pengurus MU apabila tiba masanya.
Ejen pemain, Jorge Mendes berjaya menyakinkan Man Utd untuk mendapatkan Bebe tanpa menyaksikan sebarang aksi pemain berusia 20 tahun bermain bola sepak tetapi beliau gagal untuk menjual Mourinho kepada MU. Tiga tahun lalu Mendes dikatakan memujuk MU pada saat-saat akhir untuk mendapatkan khidmat Mourinho daripada melantik David Moyes.
Dengan pengaruh yang kuat ada pada Ferguson, peminat United agak keliru mengapa beliau memilih seorang yang hanya pernah memenangi gelaran Div 2 dalam CVnya (Moyes), berbanding seorang lagi (Mourinho) yang pernah menjuarai dua Champion League. Tiada ruang diberikan kepada Mourinho, dan Moyes yang masih di paras sederhan di Everton dan tanpa memenangi apa pun dalam tempoh 11 tahun, disambut dengan baik dan menerima banner di Old Trafford. Mourinho, dengan maruah yang tercalar, kembali ke Chelsea.
Dalam press conference nya ketika disahkan sebagai pengurus Chelsea di Stamford Bridge pada 2013, Mourinho mendedahkan bahawa Ferguson pernah memberitahunya 'beberapa bulan yang lepas bahawa beliau akan bersara sebagai pengurus MU. Bagaimana saya tahu? Sebab kami adalah kawan. Jika saya sebagai kawannya tahu beliau akan bersara, beliau sebagai kawan saya berhak diberitahu bahawa kelab yang ingin saya kendalikan di England ialah Chelsea".
Jika Ferguson adalah seorang kawan kepada Mourinho, mengapa beliau tanpa rasa malu mendakwa pada April lalu bahawa MU perlu bersabar dengan prestasi Louis Van Gaal yang hambar. Seorang VIP mendedahkan Ferguson merasakan bahawa Mauricio Pochettino adalah pengurus terbaik di England, apabila perbincangan antara ketua Eksekutif MU, Ed Woodward dan wakil Mourinho, Jorge Mendes sedang berlangsung. Mengapa juga, Ferguson dan duta bolasepak MU mengarak Ryan Giggs, yang lagi kurang layak dari Moyes, bakal menggantikan Van Gaal. Mudah dijangka kerana Ferguson tidak mahu Mourinho berada dalam hirarki Man Utd.
Mourinho memang selalu mengalahkan Ferguson, dan perlantikan beliau sebagai pengurus MU yang baru menambahkan derita kekalahan Sir Alex. Mungkin kekalahan ini tidak seteruk ketika pasukan kerdil kendalian Mourinho, Porto menyingkirkan MU di UCL pada 2003, atau Real Madrid Mourinho mengatasi Sir Alex 9 tahun kemudian, tetapi ia adalah sesuatu yang hebat. Ferguson mungkin sedang berada di Perancis, menikmati cutinya dan menjauhkan diri dari riuh rendah tentang cerita Mourinho. Tetapi apabila beliau kembali ke Old Trafford kelak, mukanya akan menjadi merah apadam bak udang dibakar apabila mendapati Mourinho berada di kerusi nombor satu Man Utd.
Ferguson dan seorang lagi lagenda United, Sir Bobby Charlton telah melakukan kesilapan apabila sering mempertahankan David Moyes sehingga MU gagal ke saingan UCL, sehingga Woodward mengabaikan tentangan dua pasangan lagenda tersebut terhadap perlantikan Mourinho menggantikan Van Gaal. Woodward tidak menerima nasihat Ferguson berkaitan Van Gaal apalagi yang bersangkutan dengan Mourinho.
Mourinho telah ditakdirkan jodohnya dengan MU semenjak 2009 apabila beliau sering mengambil perhatian tentang perkembangan di Old Trafford. Beliau sering membuat muka kesian apabila diminta membuat ulasan tentang MU sejak usahanya mendapatkan jawatan di OldTrafford ditewaskan oleh David Moyes tiga tahun lalu.
'Kami mempunyai hubungan yang baik, sama seperti hubungan antara saya dengan Sir Alex,"Mourinho berkata mengenai Moyes selepas mereka berpelukan di Old Trafford selepas perlawanan yang berakhir seri tanpa tanpa jaringan.
Ferguson membantu keadaan yang semakin kendur itu. Dengan merasakan Mourinho bukan lagi ancaman Ferguson mula memuji Mourinho sebagai seorang contoh pemimpin yang hebat. Mourinho terus merujuk Ferguson sebagai ' The Boss' untuk menyenangkan dan menghormati ' Sheriff Tua'itu.
'Apabila kita mulakan proses mencari calon yang sesuai menggantikan saya, kita telah mengenalpasti beberapa calon yang dikehendaki' Tulis Ferguson dalam bukunya.
'Adalah jelas Mourinho telah menyatakan persetujuannya kepada Abramovich untuk kembali ke Chelsea dan Ancelotti akan menggantikan beliau di Real Madrid. Kita juga maklum Jurgen Klopp gembira di Dortmund dan Van Gaal menunjukkan kredibeliti dengan membawa Belanda ke separuh akhir Piala Dunia' Kata Ferguson.
Beberapa kejutan berlaku ketika Mourinho mula membimbing Chelsea kembali pada 2014 apabila Mourinho yang terkenal dengan sikap panas dan mulut yang celupar mula berdiplomasi terhadap United yang terlepas pandang terhadapnya tiga tahun lepas.
Mourinho sejuk mendiamkan diri ketika kemenangan mudah 3-0 terhadap team Moyes pada 2014 dan menunjukkan simpati terhadap Nemanja Vidic yang dikenakan kad merah pada perlawanan tersebut. Pada awal musim Mourinho mengelongsor ke arah penonton di Stamford Bridge sejurus Torres menjaringkan gol kemenangan Chelsea pada minit terakhir ke atas Man City dan Mourinho juga mengepalai kumpulan sorak apabila Chelsea mengalahkan Liverpool. Dua kerekter yang berbeza ditunjukkan oleh Mourinho ketila menentang United, City dan Liverpool. Itulah yang dimaksudkan ' hubungan intim dan mistik' bersama Man Utd.
Hubungan baik antara Ferguson-Mourinho berterusan apabila Ferguson mengkritik Chelsea kerana memecat Mourinho pada Disember 2015 dan dalam temuramah dengan tv Ferguson seolah mengendurkan suasana tanpa menyedari bahawa Mourinho mempunyai misi untuk mengetuk pintu Old Trafford sebagai pengurus yang bakal menggantikan Van Gaal yang semakin hilang sokongan peminat MU dengan melancarkan ' hubungan mistik dan intimnya' dengan United yang tidak pernah pudar.
Apabila Louis Van Gaal dipecat dari Mu walaupun berjaya membawa Piala FA, pemerhati mula mendapati bahawa MU memang mempunyai perjanjian yang selama ini cuba ditutup oleh kedua dua belah pihak untuk menjaga hati Van Gaal dan Alex Ferguson. Akhirnya pada Jumaat 21 Mei, setelah perbincangan selama 3 hari, Pengerusi Eksekutif Man Ud, mengesahkan bahawa Mourinho dilantik sebagai pengurus Man Utd yang baru.
Tidak seperti Moyes, Mourinho berhak menerima banner di Stretford End dan Mourinho, dulu menggelar diri sebagai 'The Special One' kini diganti dengan 'The Choosen One' sepatuttnya awal lagi menjadi milik Man Utd jika tidak kerana pemilihan kepentingan diri sendiri Alex Ferguson ke atas David Moyes tiga tahun lalu
Kuasa dan pengaruh Ferguson sekarang semakin pudar di United semenjak beliau beralih dari kerusi pengurus di tepi padang kepada jawatan pengarah di tempat duduk VIP dan Mendes dan Mourinho telah menggantikan 'Sheriff Tua' Old Trafford itu sebagai raja dalam membuat keputusan.Maruah Ferguson mungkian agak tercalar kini, tapi sebagai 'Sheriff Tua', Ferguson tahu bagaimana akan menangani Mendes suatu masa nanti.
Tapi buat masa ini Man Utd mempunyai sheriif baru yang akan menguasai Old Trafford, dan orang itu ialah Jose Mourinho' The Choosen One' yang mempunyai hubungan 'Mistik dan Intim' bersama Manchester United.
Digarap oleh Li Lenjen
No comments:
Post a Comment