Jose Mourinho sudah kelihatan letih. Orang yang tiba di Chelsea 12 tahun lalu dengan senyuman dan keinginan untuk melakukan keajaiban dan huru hara sudah pergi, digantikan dengan versi yang lebih tua yang seolah-olah sudah lupa bahawa bola sepak adalah sesuatu yang menyeronokkan. Ia tidak muncul ketika Man Utd di besah 4-0 oleh Chelsea di Stamford Bridge atau ketika beliau mengecewakan Liverpool dengan menutup jaringan di Anfield atau mendera Leicester 4-1 sebelumnya.
Menang, kalah atau seri, permainan ini telah menjadi seolah-olah satu pengalaman sedih kepada The Special One. Berbeza dengan Jurgen Klopp selepas seri 0-0 dengan MU adalah jelas. Orang Jerman ini kecewa tetapi bersemangat untuk membincangkan di mana kesilapan pasukannya. Semangat beliau tetap membara untuk mencapai impiannya. Sedangkan Mourinho yang lebih berjaya dalam perlawanan taktikal itu, memberi ulasan dalam nada yang suram mendatar tentang kesilapan penganalisis bahawa MU mempunyai penguasaan permainan sebanyak 42 peratus bukan 35 peratus seperti anggapan mereka. Mourinho berada dalam keadaan suram jika dibandingkan dengan Klopp yang lebih bertenaga.
Pengurus paling menarik di dunia berkumpul di EPL dan Mourinho seolah-olah menjadi seakan tua daripada umur yang berbeza. Pep Guardiola, Mauricio Pochettino dan Klopp berada dalam permainan di garisan tepi, mengunjurkan tenaga kepada pasukan mereka. Man City, Spurs dan Liverpool telah mengambil watak pengurus yang aggresif manakala United tidak tidak tergoncang dengan situasi tersebut dengan Louis Van Gaal berada di bangku malasnya semasa permainan. Mourinho mengambil pendekatan tersendiri dengan lebih mirip kepada style pengurus Belanda itu berbanding dengan pendatang baru yang mula menikan era baru liga Inggeris itu.
Pada usia 53 tahun, Mourinho tidak lebih terlalu tua dari Klopp 49 dan Conte 47, namun ia terasa seperti dia mempunyai lebih banyak batu di bahunya. politik yang tidak henti-henti bersama Real Madrid dan perkahwinan semula yang tidak menjadi dengan Chelsea memakan banyak tenaganya. Terdapat teori popular di Barnebeu akan perbalahan Mourinho dengan pemain bintang. Sudah tentu kembalinya beliau ke Stamford Bridge yang agak lemah dengan skuad yang tidak seimbang ketika itu dengan memenangi kejuaraan EPL membuktikan bahawa beliau masih lagi seorang pengurus yang disegani. Tetapi krisis berikutnya di Chelsea meletakkan Mourinho dalam imej yang tercalar.
Dalam tempoh pertama beliau di Chelsea, persidangan berita 'The Special One' adalah acara mingguan yang mesti dilihat. Dengan kecerdasan dan daya tarikan beliau, Mourinho memenuhi bilik dengan wartawan yang sinis terpesona. Sekarang wartawan yang sama beratur untuk melihat Pchettino, yang mulai fasih berbahasa Inggeris dan mendedahkan sejumlah besar jenaka dan pengertian bola sepak. Atau Klopp, yang membangunkan satu watak yang lebih tersendiri di sepanjang tahun di Liga Perdana Inggeris ini.
Aapabila pengurus hilang fous, maka pemain adalah yang pertama menerima kesannya. Ia melemahkan kuasa orang yang bertanggungjawab dan sekali ia terjadi maka ia kana melonggarkan cengkaman dan adalah sukar untuk kembali. Selepas Mourinho hilang kuasa di bilik persalinan Stamford Bridge, dia berada dalam kesusahan. Dia tidak mengalami detik kesusahan yang sama di Old Trafford, tetapi beliau perlu menegaskan kekuasaannya dan mengembalikan identitinya di kelab.
Antara gelombang baru pengurus Liga Perdana Inggeris, Mourinho kelihatan seperti hippies 70'an di stadium berhadapan dengan dengan generasi punk 80'an. Beliau masih boleh menarik perhatian ramai dan menjadikan dirinya pesona apabila beliau melangkah di atas pentas, tetapi beliau tampak keletihan. Beliau juga telah menegur peneraju muda atas keterujaan melampau mereka, menegur Conte yang meraikan kemenangan membelasan United 4-0 secara berlebihan pada hujung minggu lalu. Tidak lama dahulu, Mourinho lah pemberontak, orang ramai dipertontonkan oleh susuk lelaki yang semua orang mahu melihatnya.
Adalah salah untuk menulis Mourinho sudah berada di luar tumpuan ramai, tetapi dia tidak lagi berada di bahagian hadapan dalam Liga Perdana yang penuh dengan bakat pengurusan yang menonjol. Jika beliau boleh mendapatkan semula bara lama yang pernah dimilikinya, ia akan menjadi kemunculan semula yang menakjubkan sepanjang kariernya sehingga di gelar 'The Special One'
Digarap oleh
Li Lenjen
No comments:
Post a Comment