Living In The Eighties

Assalamualaikum w.b.t,

This blog I made as a personal use to keep my memories back in the old good time especially in the 80's when I live in Ipoh. Friends, families and others who are interest and grown in the 80's are welcome to surf on in this site.

The era of the 80's was the most memorable moments of my life. There's happy and sad moment that I could'n forget. It's not because I'm not happy with my life currently. It's different cause that time when we are still kids, didn't have any heavy obligations, just plays, studies, getting fun and live with my loveble families. Besides, I still have my parents which I miss so much.

Here, most of the stories or article are around the 80's that I include a stories and history of that era along with the photo's or video clips. I also include several songs from the 60's and 70's with world wide history.There are also a photo's of my hometown, school's, places, family and friends that are related with me in the 80's.

Besides loving listening to music and watching films, I'm also an active sports person specially in football and badminton. I'm a biggest fan of old time articles or stories whether on event, persons, a legends or whatever related with history.

It's been since 1990 that I left Green Town, Ipoh and working in Kuala Lumpur. I can't imagine that i will live, stay and grown a family here in Kuala Lumpur, the biggest and a capital city in Malaysia. Still, the old fond memories of past days is still in my heart.
Hopefully it's will call our memories in the 80's which so wonderful and awesome.























Tuesday, December 6, 2016

10 PANGLIMA TERAGUNG ISLAM




Sejak zaman Nabi Muhammad SAW di Makkah sehinggalah kegemilangan era empayar Bani Uthmaniyah Turki, umat Islam tidak putus-putus mempunyai berpuluh, beratus malahan  ribuan pahlawan yang rela berkorban dan berjihad menentang musuh semata ingin mempertahan dan mengembangkan agama Islam di bumi Allah ini sehingga tidak terbilang oleh kita berapa ramai yang telah gugur syahid demi agama tercinta ini.
Berikut saya tuliskan sedikit segelintir antara panglima Islam terhebat yang pernah dilahirkan dan nukilan ini lenjen kutip, edit dari beberapa sumber seperti wikipedia, bloggers, buku ilimiah dan sebagainya. Harap dapat memberi manafaat kepada kalian semua.


1.KHALID BIN AL-WALID ( 592 -642M )




Khalid Al- Walid dilahirkan pada 592M kota Makkah. Beliau adalah sepupu kepada Saidina Umar al-Khattab. Khalid pernah menentang Islam dan pernah terlibat bersama tentera Quraisy ketika Perang Uhud. Khalid memeluk agama Islam ketika tempoh perdamaian selepas Perjanjian Hudaibiyah 628M.
Beliau digelar sebagai Saifullah al-Maslul  (Pedang Allah Yang Terhunus) dan terkenal dengan kebijaksanaan dalam peperangan dan mengepalai tentera Islam ketika zaman Nabi Muhammad SAW dan juga zaman khalifah-khalifah Abu Bakar as-Sidik dan Umar al-Khatta] Pencapaian terulung ialah dimana beliau berjaya mengalahkan pasukan Rom dan Parsi dalam masa tiga tahun sahaja. Khalid ialah antara panglima utama Islam yang tidak pernah tewas di sepanjang medan pertempuran yang beliau terlibat.

2 SALAHUDDIN AL-AYUBI ( 1138 - 1193M)


Salahuddin al-Ayyubi atau nama sebenar Yusuf bin Ayyub  mengasaskan dinasti Ayyubi bangsa Kurdis di Mesir dan Syria. Di Barat beliau dikenali sebagai Saladin. Salahudin lahir ketika era Perang Salib 1096-1487
Salahuddin bertanggungjawab menakluk semula kotaJerusalem(Baitulmaqdis) dari tentera kristian dalam Perang Salib II.Salahuddin terkenal di dunia Muslim dan Kristen karena kepemimpinan, kekuatan militer, dan sifatnya yang kesatria dan pengampun pada saat ia berperang melawan tentera salib. Beliau berjaya mempertahankan kota Jerusalem dari ditakluki semula oleh tentera salib yang diketuai King Richard 'The Lion Heart' sehingga Richard terpaksa membuat perdamaian dengan Saladin. Sultan Salahuddin Al Ayyubi juga adalah seorang ulama.

3 MUHAMMAD AL-FATIH ( 1423 - 1481m)



Dilahirkan pada 29 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah  dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople ( Sekarang Istanbul, Turki ) pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.
Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraansainsmatematik dan menguasai enam bahasa (bahasa TurkiGreekHebrewArabParsidan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi(pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:
Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera.



4 ABU UBAIDAH AL JARRAH ( 582 - 640M )



Abu Ubaidah bin al-Jarrah adalah Muhajirin dari kaum Quraisy Mekkah yang termasuk paling awal untuk memeluk agama Islam. Ia ikut berhijrah ke Habasyah (sekarang ini Ethiopia) dan kemudian, Ia hijrah ke Madinah. Ia mengikuti setiap pertempuran dalam membela Islam. Setelah wafatnya Nabi Muhammad, Ia merupakan salah satu calon Khalifah bersama dengan Abu Bakar dan Umar bin Khattab.
Abu Ubaidah bin al-Jarrah memiliki beberapa keutamaan dalam Islam, di antaranya adalah apa yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya setiap umat memiliki amin (orang yang paling amanah/kepercayaan), dan amin umat ini adalah Abu Ubaidah."
Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, Setelah terpilihnya Abu Bakar sebagai Khalifah, beliau dilantik menjadi panglima perang memimpin pasukan Muslim untuk berperang melawan Kekaisaran Romawi di Syria. Angkatan tenteranya adalah yang terhebat dengan kehandalan dan perkakasan ketenteraan di kalangan tentera Muslim sehingga menakluki wilayah Parsi yang sebelumnya berada dibawah empayar Roman. 

5  SAAD BIN ABI WAQAS (595 -674M)




Lahir di Makkah,Saad merupakan salah seorang yang awal masuk Islam dan salah satu sahabat penting Nabi Muhammad SAW.

kepahlawanan Sa'ad bin Abi Waqqas tertulis dengan tinta emas saat memimpin pasukan Islam melawan melawan tentara Persia di Qadissyah. Peperangan ini merupakan salah satu peperangan terbesar umat Islam.

Penolakan kaisar Persia untuk mengiktiraf Islam membuat air mata Sa'ad bercucuran. Berat baginya melakukan peperangan yang harus mengorbankan banyak nyawa kaum Muslim dan bukan  Muslim.
Untuk beberapa hari ia terbaring sakit karena tidak kuat menanggung kepedihan jika perang harus terjadi. Sa'ad tahu pasti, bahwa peperangan ini akan menjadi peperangan yang sangat keras yang akan menumpahkan darah dan mengorbankan banyak nyawa.
Meskipun terbaring sakit, Sa'ad  bangkit dan menghadapi pasukannya. Di depan pasukan Muslim, Saad mengutip Alquran Surah Al-Anbiya' ayat 105 tentang bumi yang akan dipusakai oleh orang-orang shaleh seperti yang tertulis dalam kitab Zabur.
Setelah itu, Sa'ad berganti pakaian kemudian menunaikan salat Dzuhur bersama pasukannya. Setelah itu dengan membaca takbir, Sa'ad bersama pasukan Muslim memulai peperangan. Selama empat hari, peperangan berlangsung tanpa henti dan menimbulkan korban dua ribu Muslim dan sepuluh ribu orang Persia. Peperangan Qadisiyyah merupakan salah satu peperangan terbesar dalam sejarah dunia. Pasukan Muslim memenangi peperangan itu.

6  THARIQ BIN ZIYAD ( 670-720M ) - Penakluk Andalusia
Sejarawan ada yang berpendapat Thariq berasal dari Bani Hamadan Persia dan berketurunan bangsa Berber (suku Maroko/Maghribi).
Thariq adalah seorang jendral dari dinasti Umayyah yang memimpin penaklukan Muslim atas wilayah Al-Andalus (Spanyol, Portugal, Andorra, Gibraltar dan sekitarnya) pada tahun 711 M. Dikenali dalam sejarah Sepanyol sebagai legenda dengan sebutan Taric el Tuerto[2] (Taric yang memiliki satu mata)
Pada musim panas tahun 711 M (92 H), Thariq bin Ziyad berangkat menuju Al-Andalus. Pada tanggal 29 April 711, pasukan Thariq mendarat di Gibraltar (nama Gibraltar berasal dari bahasa Arab, Jabal Tariq yang artinya Gunung Thariq). Setelah pendaratan, ia memerintahkan untuk membakar semua kapal dan berpidato di depan anak buahnya untuk membangkitkan semangat mereka.
Pasukan Tariq menyerbu wilayah Andalusia dan di musim panas tahun 711 berhasil meraih kemenangan yang menentukan atas kerajaan Visigoth, di mana rajanya, Roderick terbunuh pada tanggal 19 Juli 711 dalam pertempuran Guadalete. Setelah itu, Thariq menjadi gubernur wilayah Andalusia sebelum akhirnya dipanggil pulang ke Damaskus (Damsyik, Syria) oleh Khalifah Walid I dan wafat di sana.

7 SYHURAHBIL BIN HASANAH

Syurahbil bin Hasanah (583-639) adalah sahabat Muhammad. Dia merupakan salah satu komandan yang berjaya dalam pasukan Rasyidin, bertugas di bawah Khalifah Rasyidin Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Dia merupakan salah satu komandan lapangan utama selama penaklukan Muslim di Suriah, terlibat dalam beberapa peperangan penting sejak 634M  seperti ar-Riddah (menentang golongan murtad) dan Perang Yarmuk, Syria menentang kekaisaran Romawi  hingga kematiannya pada tahun 639 akibat wabak penyakit.

8  ABDULLAH BIN AAMIR ( 622 -678M )

Abdullah bin Aamir lahir di Makkah adalah antara sahabat yang kerap mendampingi Nabi Muhammad SAW. Beliau terlibat menyertai nabi dalam Perang Badar dan Perang Uhud.
Semasa Perang Uhud 625H, Abdullah bin Amir termasuk dalam 50 orang pemanah pimpinan Abdullah bin Zubair yang diamanahkan oleh nabi untuk menjaga garis pertahanan di atas Bukit Uhud. Setelah bertempur dengan sengit, tentera Quraisy berjaya ditewaskan dan akibatnya mereka mundur dan meninggalkan harta ghanimah (perang).
Akibat ketamakan akan harta peperangan, ramai pemanah Islam keluar dari garis pertahanan dan tinggallah sekitar 10 orang pemanah termasuk Abdullah bin Aamir. Tidak lama kemudian sekelompok pasukan berkuda Quraisy di bawah pimpinan Khalid bin Walid (belum masuk Islam ), menaiki bukit pertahanan Islam, dan dalam pertempuran yang tidak seimbang, Abdullah bin Aamir dan pemanah yang lain gugur syahid di medan pertempuran.

9  AMRU AL-ASH






Pada awalnya Beliau pernah mengambil bagian dalam peperangan menetang Nabi Muhammad SAW dan kaum Muslim. Ia masuk Islam bersama Khalid bin Walid. Enam bulan setelah masuk Islam, beliau bersama Rasulullah SAW menaklukan Mekkah dalam peristiwa Fathul Mekkah. Ia adalah panglima perang yang bijak dalam mengatur strategi perang.Beliau adalah panglima perang yang menaklukan Baitul Maqdis dan Mesir dari cengkraman Romawi. Ia kemudian dilantik sebagai gubernur Mesir oleh Umar bin Khattab, tetapi kemudian dipecat oleh Khalifah Usman bin Affan. Selanjutnya Muawiyah bin Abu Sufyan melantik kembali beliau menjadi gubernur Mesir. Panglima Amru mengerahkan tentara yang al-Quran menjujung diujung tombak, ia menggunakan cara ini dalam pertempuran dengan Ali bin Abi Thalib agar Ali bin Abi Thalib menghentikan serangan.

10 USAMAH BIN ZIYAD ( 615 - 673M )


Oleh kerana status bapanya sebagai anak angkat kepada Rasulullah, Usamah dilayan dengan kasih sayang yang sama dengan cucu nabi yang lain , Hasan dan al- Husayn.la berkulit hitam dan memiliki nama lengkap Usamah bin Zaid bin Haritsah bin Syurahbil bin Ka'ab bin Abd Al-Uzza Al-Kalbi.
Semasa berusia 15 tahun, Usamah telah meminta Rasulullah membenarkannya untuk menyertai tentera Islam di Perang Uhud, namun Rasul tidak membenarkannya. Namun atas desakan Usamah, akhirnya beliau dibenarkan terlibat dalam Perang Khandaq. 
Usamah r.a di usianya yang 18 tahun sudah diamanahi untuk memimpin pasukan perang muslimin melawan tentara Romawi dan selepas kewafatan nabi, Usamah telah memimpin ekspedisi ketenteraan dan berjaya menghalang kekacauan berlaku di wilayah Islam.

De'Lenjen Disember 2016


Kredit : Wikipedia
              Google image

3 comments:

Unknown said...

Jaafar bin Abi thalib?

Unknown said...

Umm..hamzah bin Abdul Muthalib?

Unknown said...

Ikramah bin abbu jahal?