Living In The Eighties

Assalamualaikum w.b.t,

This blog I made as a personal use to keep my memories back in the old good time especially in the 80's when I live in Ipoh. Friends, families and others who are interest and grown in the 80's are welcome to surf on in this site.

The era of the 80's was the most memorable moments of my life. There's happy and sad moment that I could'n forget. It's not because I'm not happy with my life currently. It's different cause that time when we are still kids, didn't have any heavy obligations, just plays, studies, getting fun and live with my loveble families. Besides, I still have my parents which I miss so much.

Here, most of the stories or article are around the 80's that I include a stories and history of that era along with the photo's or video clips. I also include several songs from the 60's and 70's with world wide history.There are also a photo's of my hometown, school's, places, family and friends that are related with me in the 80's.

Besides loving listening to music and watching films, I'm also an active sports person specially in football and badminton. I'm a biggest fan of old time articles or stories whether on event, persons, a legends or whatever related with history.

It's been since 1990 that I left Green Town, Ipoh and working in Kuala Lumpur. I can't imagine that i will live, stay and grown a family here in Kuala Lumpur, the biggest and a capital city in Malaysia. Still, the old fond memories of past days is still in my heart.
Hopefully it's will call our memories in the 80's which so wonderful and awesome.























Sunday, December 4, 2016

KUMPULAN MUZIK ROCK TERAWAL DI MALAYSIA - ROCK KAPAK

Awal 70'an dunia muzik mula beralih dari irama rock n' roll Inggeris yang dipopularkan oleh Elvis Presley, The Beatles kepada irama pop dan disco. Di Malaysia muzik pop yeh-yeh juga sudah pudar bintangnya bersama arus. Saya mendengar lagu-lagu pop dan asli Melayu dari bintang-bintang penyanyi ketika itu seperti A.Ramlie, Ahmad Jais, Sharifah Aini, Rafeah Buang sanisah Huri dan seterusnya ke era D.J Dave, Uji Rashid, Hail Amir, Dhalan Zainuddin, Latiff Ibrahim dan ke era 80'an seperti Jamal Abdillah, Sudirman, Dato' Shake, Francesca Peters, Ramlah Ram, Zaiton Sameon dan sebagainya.
Dalam masa yang sama muncullah irama rock dalam dunia muzik yang dipelopori oleh kumpulan muzik barat seperti Rolling Stone, The Eagles, Deep Purple, Queen, Aerosmith, ACDC,Led Zeppelin dan sebagainya. Seiringan dengan itu munculllah sedikit demi sedikit band rock Melayu di Malaysia dan Singapura.
Apa itu Rock Kapak? Rockers-rockers dulu kata ia berasal dari perkataan 'rock ke apa?' dan disingkatkan menjadi 'rock kapak', itu pendapat sesetengah rockers. Saya pun tak pasti.
Saya bukanlah peminat rock tegar, sekadar ikut-ikut kawan dan kalau rock pun saya suka yang slow rock atau pop rock. Muzik hard rock dan heavy metal head banging tak masuk dengan saya. Saya lebih suka kepada irama pop dan muzik base new wave. Pun begitu kerana member ramai yang kaki rockers saya pun terkena tempias sekali..walaupun nampak macam rock kampung..ha..ha..

Berikut ialah secara ringkas kumpulan- kumpulan rock Melayu yang terawal di Malaysia dan Singapapura.

SWEET CHARITY


Kumpulan ini adalah perintis kepada penubuhan kumpulan-kumpulan rock yang seterusnya di Malaysia/Singapura.
Sweet Charity berasal dari Singapura ditubuhkan pada 1967. Ahli terdiri dari Ramli Sarip, Rosli Mualim, Joe Sabirin, Wahid Warren dan Rahman Sarbini. Kumpulan ini mirip kepada muzik kumpulan rock barata popular ketika itu Deep Purple dan Santana. Kumpulan Search, Lefthanded dan Wings menjadikan lagu-lagu Sweet Charity sebagai lagu awal mereka sebelum bertapak kukuh di arena rock Melayu.
Sweet Charity merakamkan album pertama pada 1979. Pada album kedua 1980 Sweet Charity menampilkan lagu hit 'Zakiah' tapi album yang yang menjadi ingatan saya dan peminat seni aialah album ke3 tahun 1981 yang mengandungi lagu-lagu hitseperti 'Sejuta Wajah', 'Batu' dan 'Jangan Tunggu Lama-lama'


KINGDOM OF ROCK
      

Antara band rock Melayu yang terawal. Berasal
dari Singapura. Diberitakan tertubuh seawal 1967. Saya tidak mengenali dan tidak pernah mendengar lagu dari band ini di corong radio (RTM). Terima kasih yang memberi makluman akan kumpulan rock yang terawal ini.

THE UNWANTED


The Unwanted sebuah band rock yang ditubukan di Singapura pada tahun 1970'an. Menampilkan Hanafie Warren (vokal), Adnan (Drum), Ismail Sukar, Syed (Bass) dan Ramli Katyo (K/board)
The Unwanted memainkan muzik rock berkonsepkan kumpulan Deep Purple dan melodi lebih kepada slow rock. Antara lagu-lagu popular mereka ialah Masih Ada Rindu, Penyesalan, Terperangkap Dalam Sinaran.


KUMPULAN THE BLUES GANG ( 1979-1998)



Blues Gang bukanlah dalam kategori muzik rock, namun kerana ia satunyalah kumpulan bukan kategori muzik rock tapi besaing dengan kumpulan rock kapak lain, maka saya isikan juga kisah dan lagu kumpulan ini.

Nama kumpulan ini diambil dari nama penyaynyi rock Amerika James Gang. Menyampaikan lagu-lagu Melayu dan mengenengahkan irama blues dan rock yang segar dengan memasukkan unsur-unsur Melayu seperti 'Apo nak Di Kato' yang menggunakan loghat Negeri Sembilan.

Blues Gang merakam kan album Melayu pertama berjudul 'Blues Gang' pada 1981 dan menghasilkan jumlah 10 album sehingga 1998 sebelum berpecah.

Ahli kumpulan terdiri daripada Ito Mohd (Vokal,harmonika), Julian Mokhtar (gitar utama), Ghani Abu Talib (gitar, keyboard), Ian Anderson (gitar), Shaik Karim (drum,vokal), Jim Madasamy(bass).



      
kkk
KUMPULAN SEARCH 1985




Ditubuhkan pada 1981 di Johor, Search ialah kumpulan rock terunggul di Malaysia pada tahun 80'an. Menghasilkan lebih 20 album dan berpuluh lagu hits, di samping puluhan konsert yang sering terjual habis tiketnya. Aura dan populariti Search melangkau hingga ke Indonesia.
Dianggotai oleh penyanyi Amy dsamping Yazid Ahmad, Hamzah Mohd Taib, Nordin Taib dan Nasir Daud. Tiga buah album terawal mereka ialah Cinta Buatan Malaysia 1985 dengan membawa pemuzik Yan dan Man Kidal. Langit dan Bumi (1986) menampilkan Hilarry Ang sebagai guitarist utama.

                                     
                                             
LEFTHANDED 1985




Ditubuhkan pada 1979 di Johor Bharu dan merupakan Juara Rock 1985. Nama diambil sempena guitaris utamanya Man Kidal dan pada awalnya ialah penyanyi Rahim Maarof dan Roy sebelum mengambil Nash sebagai penyanyi tetap. Ahli lain ialah Samad (arwah)), Yan dan Man Dayak (arwah).
Lefthanded mengeluarkan 5 album kesemuanya iaitu Keadilan 1986, Seruan 1987, Qabul 1988, Evolusi 1989 dan Fanatisme 1991.
Album pertama 1986 bertajuk 'Keadilan' yang mengandungi lagu hits seperti Tiada Lagi Kidungmu, Cinta Tiga Dimensi dan Debunga Wangi. Album kedua bertajuk 'Seruan' mengandungi lagu hit 'Ku Di Halaman Rindu'.
Lefthanded bersama Search dan Wings dianggap 'The Big Three Rockers Group' di Malaysia pada tahun 80'an





WINGS




Ditubuhkan pada 1985 oleh sekumpulan pelajar dari Sekolah Menengah Ampang, Kuala Lumpur. Empat ahli kumpulan asal yang menubuhkan Wings ialah Awie (vokal), Syam (gitar), Eddie (bass), Jojet (dram). Wings juga pernah bertukar ahli seperti Mel (vokal), Joe (gitar) dan Black (dram).
Album pertama Wings berjudul Belenggu Irama(1987) dan Wings seterusnya menghasilkan 19 buah album kesemuanya. Wings banyak menghasilkan lagu-lagu hits dan antara yang terpopular ialah 'Intanku Kesepian', 'Misteri Mimpi Syakila', "Taman Rashidah Utama', 'Sejati' dan banyak lagi.
Wings bersama Search dianggap dua kumpulan rock Melayu yang terungguldi Malaysia hingga kini.



RUSTY BLADES
Rusty Blades yang ditubuhkan pada 1985 merupakan sebuah kumpulan Heavy Metal berasal dari Singapura.  Konsep muzik mereka berteras kepada heavy rock dan dianggap sebagai kumpulan Iron Maiden Singapura.Rusty Blades pada asalnya dianggotai oleh Yantzen (vokal), Khalid Mubin (gitar), Razak (bass), dan Zam (dram).
Album pertama mereka 1986 berjudul 'Ikran Perwira 786' dan sehingga 1989 mereka telah menghasilkan lapan album.
Antara lagu terbaik Rusty Blade ialah 'Penantian' dan 'Kehilangan'




MAY 1986


May ialah sebuah kumpulan rock yang ditubuhkan pada 1986 oleh 4 anak muda daripada Kampung Manjoi, Ipoh, Perak. Nama MAY diambil sempena pangkal huruf nama keempat-empat mereka Mus (vokal), Man Sarip (dram), Abu Nasir (gitar ) dan Yus Mokhtar (bass).
May telah menyertai pertandingan Battle Of The band 1987 dan mendapat tempat ke3. Mus pula meraih hadiah vokal terbaik. Kejayaan tersebut menarik perhatian Warnada Records menawarkan kontrak kepada mereka. Album pertama MAY 1988 berjudul "Dilema"
Album kedua MAY 1989 berjudul 'Hakikat' menaikkan nama MAY. Album ini terjual 200,000 unit dengan lagu popular 'Sendiri' dan 'Cintamu Mekar Di Hati'.


BUMIPUTERA ROCKERS (1985 -1999 ) 



Ditubuhkan di Johor Bharu, BPR diilhamkan oleh Papa Rock Ramli Sarip dan diuruskan oleh Wan Redzmann, seorang pelumba kereta terkenal dan bekas pengurus kumpulan Sweet Charity. Dianggotai oleh lima orang ahli yang merupakan pecahan dari kumpulan seperti Titanic, Hurricane, Purple Grass dan Split Times. Mereka adalah Joey (vokal), Awang (gitar), Harun (gitar), Enai (drum), Yem Bai (bass)
Album pertama BPR diterbitkan tahun 1987 dan antara lagu popular mereka ialah Seribu Tahun Takkan Mungkin, Dari Sinar Mata, Aku Hanya Serangga, Silaturrahim dan banyak lagi.

BLOODSHED 1986 



Kumpulan Bloodshed muncul dari pertandingan 'Battle Of The Bands' tahun 1986. Ahli asalnya terdiri daripada Roshdan Baharom (vokal), Azman (vokal), Mohd Farid (vokal), Zaharudin Ujang (k/board), Saufi Ghazali @Opie (gitar), Hamdan Ahmad (dram) dan Rawita Shah ( bass).
Album pertama Bloodshed bertajuk 'Illusi Sebuah Mimpi' diterbitkan tahun 1987 dengan tema lagu berentak heavy metal.
Pada 1988, menerusi album 'Samarkand' yang diterbitkan oleh M.Nasir, nama Bloodshed mula melonjak melalui lagu hit mereka 'Srikandi Cintaku' ciptaan M.Nasir yang menduduki takhta Lagu Pujaan 10 Nescafe selama beberapa minggu.





ELLA AND THE BOYS 1985



Kumpulan Ella and The Boys ditubuhkan pada 1981terdiri daripada Ella (vokal), Lord (gitar), Ayie (bass) dan Mie (dram). Ia mula dikenali semenjak menyertai 'Battle Of The Bands' pada 1986 di Pulau Pinang.
Ella and The Boys berjaya meletakkan nama mereka sebaris dengan band-band popular ketika dan nama Ella begitu popular kerana beliau merupakan satu-satu penyanyi wanita yang memperjuangkan muzik rock.
Kumpulan ini mula merakam album pada 1987 dengan lagu hit 'Dua Insan Bercinta' dan album ke4 yang terakhir pada 1989 sebelum Ella membawa diri sebagai solo rock diva.




HEADWIND 1986


Headwind bukanlah boleh dikategorikan dalam kumpulan 'pure rock' kerana ia lebih kepada pop genre, tapi kumpulan ini bersaing dengan band-band rock lain untuk mengecap populariti band muzik tahun 80'an.
Ditubuhkan pada 1981, Headwind dianggotai oleh Zainal Abidin (vokal), Zulkifli Kassim (Gitar), Abd Razak Salleh (dram) , Nicky Oii (Bass), Man Senoi (k/board), Mohd Rashid (saxophone) mereka menghasilkan album pertama bertajuk 'Headwind' pada 1983.
Antara tahun 1986-1989 Headwind telah menghasilkan 6 album dan antara lagu hit mereka ialah
Pelangi, Hanya Di Radio, Berakhir Satu Percintaan.
Mulai 1990, Zainal menyanyi solo meskipun masih bersama Headwind untuk konsert dan pertunjukan.




GERSANG 1988




Kumpulan Gersang ditubuhkan di Johor Bharu oleh komposer Rahim Othman dan meningkat popular dengan lagu 'Masih Aku Terasa' yang memasuki pertandingan akhir Juara Lagu 1988. Dianggotai oleh Man Bai (vokal), Acis, Man Greng, Kid, Jojet dan Ajib. Menampilkan penampilan kumpulan rockers smart yang kemudian menjadi ikutan pada kumpulan rock lain pada tahun 1990'an.

                                          
Courtesy of : Youtube, Wikipedia


19 comments:

Arifah said...

Salam Uncle Li,

Discovered your blog since I'm doing a bit of research about fashion, music & life in the 1980s. Just wanted to thank you for creating this blog - love how passionate you are about writing! I'm sure your kids & grandkids will appreciate your posts.

Kind regards
A

Group 5 said...

Salam Arifah,
Terma kasih kerana menghargai penulisan saya. Ini hanyalah hobi yang tak seberapa dari saya ketika kelapangan masa. Semoga berjaya di lapangan yang diceburi.

RRK said...

rugi tidak ada info tentang pioneer rock tanah melayu KINGDOM IN ROCK.

Sang Mekanikal 0.5mm said...

apa pun. rock kat Malaysia ni bagi saya bercampur aduk sub-genre rock/metal nya jika nak di bandingkan dengan istilah sebenar peringkat antarabangsa. kita boleh dengar ada lagu band-band rock 80'an dulu iras-iras lagu Deep Purple (hardrock), ada lagu yang kedengaran pengaruh Iron Maiden (heavy metal) dan ada lagu-lagu jiwang leleh ala-ala Bon Jovi, Scorpions etc. yang terarah kepada genre glamb rock/metal/hair metal sebenarnya. kat negara barat itu semua ada beza dan mengumpul peminat yang tersendiri. tapi kat Malaysia ianya hanya ROCK. tak ada beza. dan sebab tu lagu leleh 90'an dimomokkan oleh orang-orang industri muzik yang mementingkan keuntungan sebagai Rock. sebab kita sendiri tak kenal Rock yang sebenarnya sebab Rock kita 80'an dulu pun bercampur aduk. sudahnya timbul istilah Rock ka apa? yang mempersoalkan kesahihan genre band-band 90'an yang sebenarnya lebih pada pop dan balada saja. erk?

Sang Mekanikal 0.5mm said...

band Singapore ke Kingdom tu?

eimzar said...

At least seseorang tau sejarah rock di Malaysia..
All the best brother..
Tq

Rozainal said...

Anda terlupa tentang band Split Times. Band rock Malaysia pertama yang rakam album pada tahun 1981 sebelum album pertama Search dirakam. Joey BPR dan Zahid Ahmad termasuk dalam line up band ini . Band ini sempat rakam dua album.

Rozainal said...

Anda terlupa tentang band Split Times. Band rock Malaysia pertama yang rakam album pada tahun 1981 sebelum album pertama Search dirakam. Joey BPR dan Zahid Ahmad termasuk dalam line up band ini . Band ini sempat rakam dua album.

Apin said...

Rock dulu power

Saya shahrir said...

Saya rasa anda tertinggal lagi satu lagi band era 70an iaitu band sons of adam

Syafiq Azri said...

SYJ mana Dia antara paling lama Tahun 1977

Mohd Khaidzir said...

Kenapa dilupakan band seangkatan Sweet Charity? Kingdom In Rock dan Split Times juga ada beberap album mereka sendiri. Split times juga memperkenalkan penyanyi seperti Agensy Agus dan Joey Bumipuyra Rockers.

Mohd Khaidzir said...

Ralat - 'Afendy Agus'.

De'Lenjen said...

Terima kasih atas informasi encik

De'Lenjen said...

Ya, tak semua band rock saya nyatakan, ada yang tettinggal. Tkasih encik, akan diupdate kemudian.

De'Lenjen said...

Ya, Sons Of Adam. Tapi mungkin dalam kategori Pop band, seperti Revolvers, Gingerbread etc..tkasih atas informasi

De'Lenjen said...

Ya pernah dengar Split Times, mungkin saya tak familiar dgn band ini sama ada rock atau pop. Tkasih atas informasi.

De'Lenjen said...

Mungkin band rock terawal dan saya masih kecil dan tidak mengikutinya. Tkasih atas informasi encik.

De'Lenjen said...

Tq Arifah, now with all the gadget and meda social saya dah kurang membloger. Anyway tq for the appreciation