Saturday, September 21, 2024

Tale Of 'What Is The 'If' Ceritera Apa Berlaku Jika Dikalau - Sayonara King Kento

Lagenda Samurai Badminton

Tanggal 18 Mei 2024, Kento Momota, bekas pemain no.1 dunia dan Juara Dunia 2 kali dan di war-warkan sebagai pengikut jejak langkah wira legenda Lin Dan mengumumkan persaraan dari dunia badminton antarabangsa pada seawal usia 29 tahun. Ketika pada usia ini, lagenda badminton seniornya Lin Dan, Lee Chong Wei, Chen Long mencapai kemuncak kerjaya, dan rakan seangkatan Viktor Axelsen, Shi Yuqi sedang menikmati kejayaan, Momota dengan berat hati terpaksa melepaskan hasrat untuk meneruskan karier badminton nya.

Apa sebenarnya yang berlaku..?

Penglibatan Awal

Kento Momota lahir pada 1 September 1994 di Kagawa, Jepun. Ketika berumur 12 tahun, Momota telah menjuarai kejohanan badminton sekolah-sekolah seluruh Jepun dan semasa tahun ketiga dia telah menjuarai kejohanan badminton Junior Jepun.

2012 - Juara Remaja Dunia                     Kehadiran Momota mula dirasai oleh peminat badminton apabila beliau mengambil bahagian di Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Taiwan pada 2011. Walaupun tidak berjaya ke final apabila tewas kepada pemain Malaysia, Zulfadli Zulkifli di separuh akhir. Belajar dari kekalahan, Momota menjuarai kejohanan Remaja Badminton Dunia pada 2012 apabila menewaskan wakil China Xue Song di final.

Momota menjuarai Badminton Remaja Dunia 2012

Kejayaan Momota menjuarai Remaja Dunia menarik perhatian syarikat telekomunikasi terbesar Jepun Nippon Telegraph Telephone East Corporation (NTT East). NTT menawarkan Momota pekerjaan disamping menyediakan perbelanjaan untuk latihan dengan club dan negara,  Beliau mula menyesuaikan diri dalam mengagihkan masa dalam pekerjaan, latihan di peringkat kebangsaan di samping aktif dalam club, iaitu majikannya.

2013 - Peringkat Senior Antarabangsa          Ketika berusia 19 tahun, Momota dihantar ke kejohanan-kejohanan peringkat International Challenge di Eropah dan berjaya menghasilkan keputusan memberangsangkan dengan menjuarai beberapa pertandingan. Momota kemudiannya dihantar ke pertandingan yang lebih besar diperingkat Grand Prix/Gold bahkan di Super Series.

2014 - Jepun Juara Piala Thomas!!!!                Sebelum ini hanya 3 negara sahaja yang mencetak nama bergelar Juara Piala Thomas sejak diperkenalkan pada 1949, Malaysia, Indonesia dan China.
Piala Thomas 2014 adalah penyertaan sulung Momota. Bermain sebagai single kedua di belakang Kenichi Tago, beliau memenangi kesemua perlawanannya dan buat kali pertama dalam sejarah, Jepun menjuarai Piala Thomas dengan menewaskan Malaysia 3-2 dalam perlawanan akhir. Kemenangan Jepun membuka lembaran baru Piala Thomas dari dimonopoli oleh China-Indonesia, apabila Denmark Dan India turut menjuarainya pada tahun-tahunnyang berikut.

Jepun - Juara tebaru Piala Thomas 2014

2015 - Pemain Pertama Jepun Juarai Super Series
Bintang Momota semakin menyerlah apabila pada 2015 beliau menjadi pemain pertama Jepun menjuarai Super Series apabila merangkul Kejuaraan Terbuka Singapura yang disertai oleh pemain-pemain ternama dunia seperti Chen Long, Jan O Jorgensen, Srikanth, Victor axelsen dan Hou Tien Chien. Momota juga memegang rekod sebagai pemain termuda dalam sejarah badminton yang menjuarai Super Series pada usia 21 tahun. Beliau juga memegang rekod apabila muncul pemain termuda yang memenangi pingat gangsa pada Kejohanan Dunia WBF 2015.

2016 - Skandal Perjudian
Ketika beliau dalam usia yang muda ini dan dalam pembikinan sebagai pemain utama dunia, Kento Momota bersama rakan seniornya Kenichi Tago terlibat dalam skandal perjudian haram di sebuah kasino di Tokyo. Lembaga mesyuarat mendedahkan Momota berjudi sebanyak 0.5 juta yuan dalam 6 kali lawatannya ke kasino tersebut manakala Tago dalam 60 lawatan ke pelbagai kasino telah memperjudikan10 juta yen ( 1 juta yen = RM28,500).
Persatuan Badminton Jepun menggantung Momota sehingga penghujung tahun 2017, dan Momota terlepas untuk menyertai Sukan Olimpik Rio De Jeneiro 2016.

Kenichi Tago (kiri) didenda Dan digantung 3 tahun, manakala Momota digantung 10 bulan akibat skandal perjudian haram.
Kredit google image

2018 - Kembali Ke Skuad Kebangsaan dan Menjadi Juara Dunia
Setelah tamat penggantungan, Momota kembali menyertai skuad bandminton Jepun. Namun akibat kekurangan pertandingan dan mata, beliau tidak layak menyertai kejohanan All England yang elit. Momota memadamkan kegagalan itu dengan menjuarai Kejohanan Badminton Asia di Wuhan pada April dengan menewaskan jaguh China dan Juara Olimpik dan Dunia, Chen Long 21-17,21-13 di final. Momota mneruskan kecemerlangan dengan menjuarai gelaran dunia apbila menewaskan wakil China, Shi Yuqi 21-11, 21-13 pada Kejohan Dunia BWF. Beliau juga menjuarai 4 kejuaraan World Tour; Terbuka Indonesia, Terbuka Jepun, Terbuka Denmark dan Terbuka China. Momota menjadi pemain pertama Jepun menduduki ranking no.1 BWF pada 27 September 2018. Begitu pantasnya Momota kembali sebagai pemain utama dunia walaupun baru setahun aktif setelah penggantungan akibat skandal perjudian.

Juara Dunia 2018 dan 2019
Kredit google image

2019 - Mempertahankan Kejuaraan Dunia Dan Memadam Rekod Lee Chong Wei
Momota megekalkan prestasi cemerlang pada tahun berikutnya apabila menjuarai All England dengan mengalahkan Viktor Axelsen dan menjadi pemain pertama Jepun melakukannya. Pada April, Momota menjuarai Kejohanan Asia keduanya di Wuhan, menewaskan Shi Yuqi di final dan menjuarai Terbuka Singapura dan Jepun. Pada Ogos, beliau mempertahankan Kejuaraan Dunia BWF menewaskan Anders Antonssen di final dan menjadi hanya pemain keempat melakukannya selepas Yang Yang (1987-89) Lin Dan (2006-07) dan Chen Long (2014-15).
Momota menutup kalendar badminton BWF tahun ini dengan amat cemerlang menjuarai World Tour Finals dengan menewaskan Sinsuka Ginting di final. Keseluruhannya Momota telah mencipta rekod berjaya merangkul 11 kejuaraan utama badminton sekaligus memadam rekod yang dipegang oleh Lee Chong Wei dengan 10 Kejuaraan pada 2010. Beliau dianugerahkan sebagai BWF Pemain Single Lelaki Terbaik Dunia 2019.

Kemuncak karier Momota pada 2019 - 11 Kejuaraan.
Kredit maxbad_888 instagram

2020- Kemalangan Hampir Meragut Nyawa dan Penundaan Sukan Olimpik Tokyo  
Momota memulakan tahun baru sebagai pemain ranking no.1 dunia. Menyertai Malaysian Masters pada awal Januari sebagai pilihan utama, beliau menepati ramalan apabila muncul sebagai juara apabila menewaskan Juara Dunia 2017, Victor Axelsen straigth set 24-22,21-11 dalam perlawanan akhir dan melebarkan kemenangan individu ke atas Axelsen 14-1.
Malang yang tidak dijangka menimpa Momota. Selepas menyertai pertandingan dan ketika dalam perjalanan ke KLIA, berlaku kemalangan jalanraya yang mengorbankan pemandu van persiaran. Momota diberitakan mengalami patah hidung, keretakan soket mata, di samping kecederaan bibir dan muka. Momota terpaksa berehat buat seketika dalam aktiviti badminton dan hanya dijangka menyertai skuad kebangsaan pada bulan Jun. Impiannya untuk menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020 seakan-akan terkubur akibat dari kemalangan tersebut. Namun Momota sedikit lega apabila Majlis Mesyuarat Olimpik dan Jawatankuasa Olimpik Jepun memutuskan untuk menunda Sukan Olimpik Tokyo pada tahun 2021 akibat penularan wabak Covid19 di peringkat global.


Momota terlibat kemalangan Jalan raya di Mex Highway
Kredit google image

2021 - Positif Covid19 dan Kegagalan Dalam Sukan Olimpik
Nasib malang pada awal tahun baru seakan-akan memburu Kento Momota apabila ketika berangkat menyertai Terbuka Thailand pada Januari apabila beliau disahkan dijangkiti Covid19. Akibatnya, seluruh anggota pasukan badminton Jepun terpaksa menarik diri dari menyertai Yonex terbuka Thailand dan Toyota Terbuka Thailand pada bulan itu. Di samping itu Momota juga terlepas untuk menyertai World Tour Finals di Bali, Indonesia.
Momota membuat kemunculan semula pada All England pada Mac sebagai pilihan utama tapi tewas mengejut kepada Lee Zi Jia di peringkat suku akhir dengan straight set.
Pingat pada Sukan Olimpik adalah impian utama Momota, apatah lagi beliau merupakan antara pemain dijangkan menggondol emas. Namun semua itu hancur apabila beliau tersingkir seawal peringkat kumpulan apabila tewas mengejut kepada Heo Hwang hee dari Korea Selatan.

Momota tewas kepada Heo Kwang hee dari Korea dan tersingkir awal di Olimpik Tokyo 2021
Kredit Planetbadminton.com

Pada bulan September, Momota menyertai skuad Jepun menyertai Piala Sudirman dan membantu Jepun mara ke final sebelum tewas kepada China 3-1. Pada Piala Thomas di Aarhus, Denmark, Jepun juga tewas kepada China di separuh akhir juga dengan 3-1.
Pada Oktober, Momota menyertai Terbuka Denmark namun tewas rubber set kepada Victor Axelsen. November, Momota memenangi gelaran pertamanya sejak kemalangan di Kuala Lumpur apabila menewaskan Anders Antonsen dalam final Indonesia Master yang berat sebelah 21-17,21-11. Keseluruhannya 2021 adalah tahun yang mengecewakan buat Kento Momota dengan hanya memenangi satu gelaran dan gagal di Sukan Olimpik.

Dari saat kemalangan jalan raya di Kuala Lumpur pada awal 2020 sehingga 2023, Kento Momota hanya mencapai 2 Kejuaraan dari keseluruhan 22 Kejuaraan yang dicapai sepanjang karier senior dari 2013-2024.

Prestasi Momota jelas terjejas selepas kemalangan di Kuala Lumpur. Dalam satu temubual, beliau menyatakan vision matanya agak kabur apabila menerima hantaran shuttle tinggi dari lawan, seakan-akan ada 2 butir shuttle tergantung. Ini adalah kesan dari kecederaan soket mata akibat kemalangan 2020 di Kuala Lumpur.

Pada 18 April 2024, Kento Momota dengan rasminya mengumumkan persaraan dalam badminton antarabangsa pada usia 29 tahun. Momota menyatakan kesan dari kemalangan jalanraya yang dihadapi, termasuk kecederaan dan kemerosotan dalam ranking dunia adalah faktor persaraannya.

Dunia badminton kehilangan seorang pemain yang boleh dikategorikan sebagai lagenda, sebaris dengan Taufik Hidayat, Lin Dan, Lee Chong Wei, Chen Long. Momota juga merupakan pemain yang paling sukar ditewaskan oleh pemain tersohor no.1 Dunia Sekarang Viktor Axelsen, dengan Momota memengang rekod pertemuan 2 jagoan ini 14-3.

Rekod Pencapaian Kento Momota
Pemain pertama Jepun menjuarai Kejohanan Badminton Remaja Dunia (2012)
Pemain Pertama Jepun menjuarai Super Series (2015)
Pemain Termuda Menjuarai Super Series (2015)
Pemain Pertama Jepun menjuarai gelaran Juara Dunia (2018)
Pemain Pertama Jepun menjuarai Kejohanan Asia (2018)
Pemain Keempat sepanjang zaman mempertahankan Kejuaraan Dunia (2018-2019)
Pemenang rekod terbanyak Kejuaraan Semusim dengan 11 gelaran (2019)





Credit : Ben Beckman Badminton - Youtube







No comments:

Post a Comment