Monday, March 10, 2025

UMRAH MH18

 Tetamu Tanah Suci


Orang lain ramai dah menjejak kaki Mekah. Bukan sekali, ada yang dah dua tiga kali bahkan lebih dari itu. Ramai juga rakan-rakan yang dah menunaikan haji. Saya belum lagi, tak tau bila. Macam susah aje nak pergi. Maklum tak pernah fly keluar Malaysia. Pernah fly ke Penang dan Kuching Sarawak. 
Latar belakang famili pun boleh dikira sebelah tangan siapa yang pernah pergi ke Tanah Haram. Belah ayah, atok memang bergelar Haji dan ustaz mengajar ngaji. Belah emak, tak ada yg rasanya pernah ke Tanah Suci. Belah isteri ada yang telah pergi umrah. Jadi pengalaman dan cerita sedara mara kat Mekah kurang. Dengar Dan baca cerita dari media aje.
Dah pencen mula tergerak hati nak pergi ziarah ke Mekah. Mula berangan. Bila isteri dan adik-adik ada yang nak turut serta, nampak angan-angan akan jadi kenyataan.
Kami mula merancang, dan akhirnya selepas berbincang kami bermuafakat untuk membuat Umrah dalam masa 3 bulan selepas berbincang, iaitu pada bulan Februari 2025.
Masa yang ditunggu sudah tiba. 18 Februari 2025 kami bertujuh sekeluarga berangkat ke KLIA untuk menaiki penerbangan MAS 3.30 petang untuk ke Madinah. Penerbangan dijangka mengambil masa 8 jam. Anak-anak dan sebilangan ahli keluarga ada yang menghantar ke KLIA.





Penerbangan kami ialah dari Kuala Lumpur ke Madinah dan kemudian baru ke Mekah. Perjalanan ke Madinah mengambil masa 8 jam. Waktu di Arab Saudi tolak 5 jam dari masa Malaysia.
Kami sampai di Madinah pada jam 6 petang ketika hampir tiba masuk maghrib dan kami menginap di sebuah hotel kira-kira 200 meter dari Masjid Nabawi.

Berhampiran hotel di Madinah

Berlatarkan Masjid Nabawi, Madinah

Keadaan di Kota Madinah ketika awal tahun ini agak sejuk, kira-kira 16-20% celcius. Kawasan persekitaran Masjid Nabawi dipenuhi dengan orang ramai dari seluruh pelusuk dunia yang melakukan Umrah.

Bersambung....





No comments:

Post a Comment