This blog I made as a personal use to keep my memories back in the old good time especially in the 80's when I live in Ipoh. Friends, families and others who are interest and grown in the 80's are welcome to surf on in this site.
The era of the 80's was the most memorable moments of my life. There's happy and sad moment that I could'n forget. It's not because I'm not happy with my life currently. It's different cause that time when we are still kids, didn't have any heavy obligations, just plays, studies, getting fun and live with my loveble families. Besides, I still have my parents which I miss so much.
Here, most of the stories or article are around the 80's that I include a stories and history of that era along with the photo's or video clips. I also include several songs from the 60's and 70's with world wide history.There are also a photo's of my hometown, school's, places, family and friends that are related with me in the 80's.
Besides loving listening to music and watching films, I'm also an active sports person specially in football and badminton. I'm a biggest fan of old time articles or stories whether on event, persons, a legends or whatever related with history.
It's been since 1990 that I left Green Town, Ipoh and working in Kuala Lumpur. I can't imagine that i will live, stay and grown a family here in Kuala Lumpur, the biggest and a capital city in Malaysia. Still, the old fond memories of past days is still in my heart. Hopefully it's will call our memories in the 80's which so wonderful and awesome.
Tahun 1969 merupakan tahun gelap dalam kalendar sejarah negara apabila berlakunya rusuhan kaum di Kuala Lumpur rentetan dari pilihan raya umum yang baru berlalu. Kuasa besar dunia Amerika Syarikat menerima presiden baru, Richard Nixon dan kemelut Perang Vietnam yang berlarutan hampit kepada penghujungnya apabila rakyat US mahukan tentera mereka dikeluarkan dari medan perang di medan tempur yang mengorbankan tentera US dan rakyat tempatan. Ini juga merupakan tahun terakhir era penuh peristiwa 60'an dan akan disusuli dengan zaman 70'an yang kemudian akan dianggap zaman 'boring 70's ( namun pada saya tahun 70'an juga ada keunikannya )
Tahun ini saya menerima kelahiran adik ke 3 saya dan masa ini masih tinggal di kampung di Gopenghagen 😜😜. Berikut ialah peristiwa-peristiwa tahun 1969 dan selamat hari lahir kepada adik-adik dan rakan-rakan yang menyambut hari lahir pada tahun ini.
POLITIK
20 Jan - Richard Nixon mengangkat sumpah sebagai Presiden US ke-37.
03 Mac - Sirhan Sirhan mengaku membunuh calon presiden US, Robert F.Kennedy - Robert F.Kennedy ialah adik kepada Presiden US ke-35 John F.Kennedy yang juga mati ditembak.
17 Mac - Golda Meir menjadi Presiden Wanita Pertama Israel.
08 Jul - Perang Vietnam ( 1955 -1975 )
Troop pertama tentera US berundur dari Vietnam.
02 Sept - Rampasan kuasa berlaku di Libya. Kolonel Muammar Gaddafi menyingkan Raja Idris dan mengambil alih pemerintahan Libya
Muammar Gaddafi
2 Sept - Automatic Teller Machine (ATM) di pasang buat pertama kali di US.
Mesin ATM pertama di US
05 Sept - Leftenan William Calley didakwa atas lima kesalahan atas pembunuhan berama-ramai 1968 My Lai Massacre mengakibatkan kematian 109 orang awam semasa Perang Vietnam.
Pembunuhan beramai-ramai My Lai di Vietnam
02 Sept - Ho Chi Minh, Presiden Vietnam Utara meninggal dunia pada usia 79 tahun.
Ho Chi Minh - Presiden Vietnam Utara
29 Okt - Penghanataran mesej pertama dilakukan oleh APARNET, dianggap sebagai pencetus rekaan internet.
03 Nov - Suleyman Demirel dari parti AP menubuhkan kerajaan baru Turki yang ke 31.
SENI HIBURAN
12 Jan - Led Zappelin, kumpulan rock British, mengeluarkan album pertama, 'Led Zappelin"
Kulit album pertama Led Zappelin
30 Jan - The Beatles membuat penampilan terakhir di Roof Apple Records, London.
22 Jun - Judy Garland, palakon utama filem klasik 'Wizard Of Oz' meningal dunia akibat mengambil pil drugs yang berlebihan di rumahnya di London.
Judy Garland dalam filem klasik "The Wizard Of Oz'
Judy Garland dalam 'The Wizard Of Oz' - Somewhere Over The Ranibow
03 Jul - Brian Jones, pemuzik dan pengasas kumpulan rock Rolling Stoneslemas di dalam kolam renang di rumahnya di Sussex, London
08 Ogos - Ian McMillan mengambil foto The Beattles di Abbey Road, London. Menjadi foto ikon muzik yang terkenal di dunia.
The Beattles di Abbey Road, London.
15 Sept - Siri kartun Scooby Doo ke udara buat pertama kali di Stesen CBS, US
20 Sept - John Lennon, ketua kumpulan The Beatles mengumumkan hasrat untuk keluar dari Kumpulan The Beatles. The Beatles berpecah pada Disember 1970.
10 Nov - Siri kanak-kanak Sesame Street mula ke udara di tv melalui rangkaian NET.
Filem Paling Laris
Butch Cassidy and The Sundance Kid
Lagu Paling Popular
The Archies 'Sugar Sugar
'
Lagu Hindustan 1969
Filem Aradhana
SUKAN
Mei - Leeds United muncul Juara Liga Inggeris mengatasi Liverpool
Manchester City juarai Piala FA England
AC Milan juarai Piala Eropah tewaskan Ajax Amsterdam 1-0
Selangor menjuarai Piala Malaysia
Leeds United juara Liga Inggeris 1969
BORN
Jennifer Lopez. Jennifer Anniston, Ice Cube, Oliver Kahn, Steffi Graf
PERISTIWA DI MALAYSIA
10 Mei - Pilihan Raya Umum diadakan
13 Mei - Rusuhan kaum berlaku di Kuala Lumpur. 196 orang terbunuh dalam rusuhan tersebut yang berlaku dari 13 Mei - 31 Julai 1969.
Peristiwa 13 Mei
16 Mei - YDPA sultan Ismail Nassiruddin Shah mengisytihar darurat dan membubarkan parlimen.
17 Mei - MAGERAN ditubuhkan oleh kerajaan sebagai badan perundangan sementara untuk menghapuskan rusuhan kaum.
18 Mei - Pusat petempatan pelarian untuk mangsa rusuhan kaum ditempatkan di Stadium Merdeka, Stadium TPCA, Stadium Chin Woo dan Sekolah Jalan Shaw.
17 Sept - RTM2 dilancarkan dari Angkasapuri, Kuala Lumpur
10 Dis - Pengganas komunis melancarkan operasi sabotaj pertama apabila meletupkan jambatan di Kok Mah berhampiran sempadan Malaysia - Thailand di Padang Besar, Perlis.
26 Dis - Pahlawan Pahang, Mat Kilau ( 1847-1970 ) memunculkan diri dan mendedahkan identiti di Masjid Pulau, Jerantut, Pahang.
Mat Kilau muncul di Jerantut, Pahang
Hiburan Seni dan Sukan
Filem Popular 1969
LAHIR
Saiful Apek Senario,
KEMATIAN
Dwight Eisenhower ( 1890-1969 ) Presiden US ke 34
Burhanuddin Al-Helmy ( 1911-1969 ), Presiden PAS dan tokoh kemerdekaan negara
1979 adalah merupakan tahun terakhir untuk dekad 70'an. Beberapa peristiwa penting berlaku dalam tahun ini antaranya dalam politik berakhirnya zaman kerajaan Shah Iran. Perang Dingin antara Amerika Syarikat dan Russia masih belum mencapai penyelesaian, manakala perubahan baru berlaku di Britain apabila parti Konservatif pimpinan Margaret Thatcher menamatkan penguasaan Parti Buruh (Labour Party) yang sudah sekian lama menguasai Britain (1964-1979).
Dalam dunia hiburan, era hippies, seluar baggy kaki lebar dan rambut 'Afro Look' sudah hampir berakhir dan kemudiannya akan diganti dengan fesyen seluar sendat dan era muzik 'New Wave'. Lagenda pop dunia Michael Jackson mula mencipta nama sebagai penyanyi solo meninggalkan kumpulan adik-beradik 'Jackson 5' yang dianggotai abang-abangnya.
Di Malaysia, RTM memulakan siaran tv berwarna yang pertama di Malaysia (Memang RTM merupakan satu-satunya siaran tv di Malaysia dengan dua saluran sahaja), manakala YDPA Sultan Yahya Petra (Kelantan) mangkat, dan digantikan oleh Sultan Ahmad Shah Pahang.
Dalam hiburan di Malaysia, Jamal Abdillah menjuarai pertandingan Bintang RTM 1979 dan seterusnya mencipta nama sebagai lagenda pop Melayu hingga sekarang.
Berikut ialah sedikit paparan peristiwa-peristiwa yang berlaku sekitar tahun 1979, dan buat rakan-rakan sahabat taulan dan adik-adik menyambut hari lahir pada tahun ini, saya ucapkan 'Selamat Hari Lahir'..may the best be with you.
16 Jan - Setelah setahun berlaku kekacauan, Shah Muhamad Reza Pahlavi meninggalkan Iran dan berakhirnya kerajaan beraja Iran.
2 Feb - Ayatollah Rohullah Khomeini kembali ke Iran setelah 15 tahun hidup dalam buangan.
Nota : Khomeini berada dalam buangan di Najaf, Iraq dan kemudian Bursa, Turki
Ayatollah Khomeni kembali ke Iran setelah 15 tahun dalam buangan
17 Feb - PR China menyerang utara Vietnam, memulakan Perang Sino- Vietnam.
Nota : China menyerang Vietnam atas pendudukan Vietnam di Cambodia. Perang berlaku selama 3 minggu. Kedua-dua negara kehilangan ribuan tentera yang terkorban. China dan Vietnam mendakwa mencapai kemenangan. Ekonomi Vietnam terbantut akibat peperangan.Tentera China berundur dari Vietnam, namun Vietnam terus menduduki Cambodia sehingga 1989
8 Mac - Syarikat konglomerat Belanda, Philips memperkenalkan Compact Disc (CD) buat pertama kali.
Syarikat Philips memperkenalkan CD
26 Mac - Presiden Mesir, Anwar Sadat dan Perdana Menteri Israel, Menachem Begin menandatangani Perjanjian Damai Mesir-Israel di White House, Amerika Syarikat.
Nota: Anwar Sadat dibunuh oleh militan Arab,diketuai Khalil Islambouli bekas pegawai tentera Mesir pada 1981 yang tidak bersetuju dengan perjanjian damai itu.
PM MesirAnwar Sadat bersama PM Israel Menachem Begin diperhatikan oleh Presiden US Jimmy Carter di Perjanjian Damai Mesir -Israel
31 Mac - Malta memperolehi kemerdekaan dari Britain
01 Apr - Iran menjadi kerajaan Republik Islam. Menghapuskan kerajaan Shah Iran.
Nota : Shah Iran adalah dari Dinasti Pahlavi memerintah Iran dari 1925-1979. Diasaskan oleh Reza Shah Pahlavi (1925-41) dan kemudian diganti oleh anaknya Mohammad Reza Pahlavi
04 Apr - Presiden Pakistan, Zulfikar Ali Bhutto digantung sampai mati kerana dakwaan membunuh seteru politiknya.
17 Apr - Kanak- kanak sekolah ditahan dan dianggarkan 100 terbunuh dalam demonstrasi terhadap pemakaian uniform sekolah di Republik Afrika Tengah. Maharaja Jean Bedel Bakassa dikatakan terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai itu.
04 Mei - Margaret Thatcher dari Parti Konservatif menjadi Perdana Menteri Pertama Britain, menandakan tamatnya pemerintahan yang panjang kerajaan terdahulu, James Callaghan dari Parti Buruh.
Margaret Thatcher - Perdana Menteri wanita pertama Britain
25 Apr - John Spenkenlink dihukum mati di kerusi elektrik di Florida, US, menjadi penjenayah pertama menerima hukuman mati kerusi eletrik selepas pengenalan semula hukuman mati pada 1976.
mangsa pertama hukuman mati kerusi elektrik
April - Arsenal menjuarai Piala FA England apabila menewaskan manchester United 3-2 dalam perlawanan akhir yang mendebarkan.
Arsenal Juara Piala FA 1979
Mei - Liverpool menjuarai Liga Div 1 England dengan mengatasi pencabar terdekat Manchester United dengan dua mata
Skuad Liverpool 1978/79 juara Liga Div 1
Mei - Nottingham Forest menjuarai Piala Eropah apabila mengalahkan Malmoe FC dari Sweden 1-0 pada perlawanan akhir di Munich, Jerman
Jun - Mc Donald memperkenalkan Happy Meal buat kali pertama.
Happy Meal pertama dari Mc Donald
4 Jun - Joe Clark menjadi Perdana Menteri Kanada yang ke-16 dan yang termuda.
Nota: Clark menjadi Perdana Menteri ketika usia 40 tahun. Pemerintahannya cuma bertahan setahun apabila ditewaskan dengan undi tidak percaya.
1 Jul - Sony Walkman dipasarkan buat kali pertama di Jepun.
Nota : Dicipta oleh pengasas Sony, Masaru Ibuka dan Akio Morata. Jangkamasa di pasaran 1979-2010 dan terjual sebanyak 385 juta unit.
Sony Walkman pertama di Jepun
16 Jul - Sadam Al-Tikriti ( Saddam Hussen ) menjadi Presiden Iraq menggantikan Ahmad Hassan al-Bakr.
Saddam Hussein dilantik sebagai Presiden Iraq
10 Aug - Michael Jackson mengeluarkan album 'Off The Wall' yang terjual sebanyak 7 juta unit di US sahaja.
27 Aug - Wira Kerajaan British dalam Perang Dunia ke-2 dan pegawai tertinggi British di Asia Tenggara, Lord Mountbatten, mati terbunuh dalam serangan bom oleh pengganas Irish Republic Army (IRA) ketika bercuti di rumah desanya di Mulaghmore, barat Ireland.
Lord Mountbatten memeriksa perbarisan tentera Tanah Melayu selepas tamatnya pemerintahan Tentera British
7 Sept - Kabel saluran sukan , ESPN dilancarkan di US.
16 Sept - Dua keluarga melarikan diri dari Jerman Timur ke Barat menaiki belon udara.
2 keluarga melarikan diri dari Jerman Timur dengan belon udara
26 Okt - Presiden Korea Selatan, Park Chung Hee dibunuh oleh Pengarah Korean Central Intelligent Agency (KCIA), Kim Jae-Gyu di kediaman rasmi Presiden, Blue House, Seoul.
Nota : Kim Jae-Gyu dan 5 rakan konspirasi dihukum gantung sampai mati. Setiausaha KCIA, Park Heung-ju, di hukum mati oleh pasukan penembak tentera. Presiden baru, Chun Doo-hwan menyiasat dan menyelia KCIA secara langsung.
Park Chung-hee, Presiden Korea Selatan 1963-79
Presiden Park Chung Hee ditembak mati oleh Pengarah KCIA
12 Nov - Suleyman Demirel dari Parti Keadilan (AK Party ) menubuhkan kerajaan Turki yang baru.
20 Nov - 200 ahli Juhoyman al-Otaybi menduduki Masjidil Haram, Makkah. Militan ini diserbu dan dihalau keluar oleh Komando Perancis yang dibenarkan memasuki Kota Makkah selepas pertempuran berdarah yang mengorbankan 250 nyawa, dan 600 cedera.
Komando Perancis memasuki Kota Makkah untuk menyerbu dan membunuh ahli militan Juhoyman al-Qutaiby
3 Dis - Ayatollah Khomeini menjadi Pemerintah Tertinggi Kerajaan Islam Iran.
6 Dis - Filem 'Star Trek' ditayangkan
24 Dis - Soviet Union menyerang Afghanistan. Babrak kamal dilantik menjadi Presiden Boneka menggantikan Presiden Hafizullah Azizi yang dihukum mati.
Nota : Bermulanya pendudukan Rusia dan Perang Rusia-Afghanistan yang tamat pada 1989.
TOP MOVIE 1979
1. Apocalypse Now
2. Alien
3. Escape From Alcatraz
Dhalan Zainuddin pelakon utama 'Kisah Seorang Baduan '
A.R Badol dalam 'Prebet Lapok'
Top Songs 1979
Bee Gees 'Too Much Heaven'
Chic 'Le Freak '
Jamal abdillah menjuarai Bintang RTM 79' dengan lagu 'Senandung Semalam'
PERISTIWA DI MALAYSIA 1979
29 Mac - Sultan Yahya Petra Kelantan mangkat
29 Mac - Sultan Ahmad Shah Pahang diangkat sebagai Yang Di Pertuan Agong ke
Apr - Matsushita Electric Industrial Co. Ltd dari Jepun membuka kilang pertamanya di shah Alam, Selangor.
7 Mei - RTM2 menyiarkan siaran tv berwarna untuk pertama kalinya.
22 May - Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) diterbitkan.
Sept - Karak Highway dan Terowong Genting sempah dibuka.
KELAHIRAN 1979
Valentino Rossi
Heath Ledger 'The Joker'
Siti Norhaliza
Maya Karin
Que Haidar
KEMATIAN
Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu
Dr Dato Ibrahim Yaacob
Sir Gerald Templer bekas Pesuruhjaya Tinggi British di tanah Melayu digelar 'Harimau Malaya'
Templer Bersama Sultan sultan Tanah Melayu
EEC Thuraisingam Pengerusi Jawatankuasa Antara Kaum untuk membentuk membentuk kabinet sementara Tanah Melayu