Living In The Eighties

Assalamualaikum w.b.t,

This blog I made as a personal use to keep my memories back in the old good time especially in the 80's when I live in Ipoh. Friends, families and others who are interest and grown in the 80's are welcome to surf on in this site.

The era of the 80's was the most memorable moments of my life. There's happy and sad moment that I could'n forget. It's not because I'm not happy with my life currently. It's different cause that time when we are still kids, didn't have any heavy obligations, just plays, studies, getting fun and live with my loveble families. Besides, I still have my parents which I miss so much.

Here, most of the stories or article are around the 80's that I include a stories and history of that era along with the photo's or video clips. I also include several songs from the 60's and 70's with world wide history.There are also a photo's of my hometown, school's, places, family and friends that are related with me in the 80's.

Besides loving listening to music and watching films, I'm also an active sports person specially in football and badminton. I'm a biggest fan of old time articles or stories whether on event, persons, a legends or whatever related with history.

It's been since 1990 that I left Green Town, Ipoh and working in Kuala Lumpur. I can't imagine that i will live, stay and grown a family here in Kuala Lumpur, the biggest and a capital city in Malaysia. Still, the old fond memories of past days is still in my heart.
Hopefully it's will call our memories in the 80's which so wonderful and awesome.























Saturday, June 6, 2026

SPAIN LA ROJA - GREATEST INTERNATIONAL TEAM ON EARTH

PASUKAN NEGARA TERHEBAT SEPANJANG ZAMAN

Pada artikel yang lepas "Greatest Team Never Win World Cup" memaparkan pasukan-pasukan yang hebat tapi atas sesuatu kejadian dan pada hampir saat kemuncak akhirnya gagal menepati ramalan. Kini saya akan menulis sebuah pasukan yang memang hebat, dengan permainan dominan, dan menepati ramalan seluruh pemerhati dan peminat bola sepak muncul sebagai Juara Piala Dunia.

Tapi ini bukanlah sebuah pasukan yang biasa. Ia adalah sebuah pasukan kebangsaan yang dianggap terbaik sepanjang zaman dalam era bola sepak moden. Lebih hebat dari pasukan Brazil Pele 1970 dan juga lebih hebat dari pasukan samba Brazil 1982 yang dikepalai oleh Socrates dan juga lebih bagus dari pasukan total football Belanda yang di bawa oleh Johan Cruyff 1974. Kehebatan Spain tiki taka ini bukan kerana style game mereka lebih cantik atau menawan dari Brazil 50', Hungary 54', Brazil 70', Belanda 74' atau Brazil 82'. Kehebatan Spain ini ialah mereka mendominasi bola sepak dunia dalam tempoh yang agak panjang dan menjuarai tiga pertandingan utama dunia, Euro 2008, World Cup 2010 dan Euro 2012. Menakjubkan!

Itulah Sepanyol atau Spain La Roja atau team 'Tiki Taka' yang menakluk dunia bola sepak selama empat tahun dari 2008-2012.

"Pasukan antarabangsa terbaik sepanjang zaman."

Begitulah pakar televisyen BBC dan bekas penyerang England, Alan Shearer - penjaring terbanyak di Kejohanan Eropah 16 tahun lalu - menggambarkan Sepanyol hanya beberapa minit selepas mereka mencipta sejarah dengan membelasah Itali 4-0 di Kiev untuk menjadi juara Euro 2012.

Gagah di peringkat kelab, gagal di arena antarabangsa

Sepanyol mempunyai dua kelab terkemuka yang menguasai pesada bola sepak antarabangsa. Real Madrid sahaja menjuarai Piala Eropah/Champion League 15 Kali dan Barcelona 5 Kali. Spain juga mempunyai ramai pemain berbakat. Namun satu-satunya gelaran yang boleh dibanggakan oleh negara Sepanyol ialah menjuarai Euro 1964. (Itupun dengan hanya 4 negara peserta). Spain bolehlah dianggap sebagai 'pelakon tambahan' dalam bola sepak dunia dan Eropah. Tidak standing hero-hero dunia seperti Brazil, Argentina, Germany. Itali, Perancis atau Belanda.

Apa terjadi

Dua faktor utama yang membawa perubahan kepada Sepanyol. Pertama perlantikan Luis Aragones sebagai pengurus pasukan pada 2004 dan kedua kemunculan Barcelona sebagai salah sebuah kuasa bola sepak Eropah. Barcelona di bawah Frank Rijkaard menjuarai La Liga dua tahun berturut-turut 2004/05, 2005/06.

Tewas kepada Perancis di Piala Dunia 2006 di peringkat 16 terakhir, Aragones membina dan membawa kebanyakan pemain muda tersebut untuk persediaan Euro 2008, kecuali Raul Gonzalez lagenda Real Madrid yang diketepikan, kebanyakan pemain-pemain muda dikekalkan dan dikumpul kerana Aragones inginkan pemain-pemain yang lebih bertenaga seperti Fernando Torres dan David Villa dan mengubah sistem permainan dari pemusatan individu kepada corak berpasukan yang mengamalkan 'possesion football' (dominasi permainan) di samping hantaran dan serangan balas yang pantas.

Luis Aragones - pengasas ball possesion La Roja

Barcelona menyediakan tiga pemain midfield iaitu Xavi, Iniesta dan Pedro untuk menggerakkan bahagian tengah yang merupakan nadi pasukan Sepanyol Euro 2008 ini.

Kepercayaan kepada pemain muda dan perubahan sistem permainan membawa Sepanyol menjuarai Euro 2008 di Vienna dengan menewaskan Jerman 1-0 di final. Ia adalah kejuaraan pertama La Roja selepas 44 tahun!

Skuad Sepanyol juara Euro 2008

Aragones meninggalkan Sepanyol selepas Euro 2008 dan digantikan oleh Vincente Del Bosque yang meneruskan asas sistem permainan short passing dan tiki taka yang diamalkan oleh Aragones.

Vincente Del Bosque - Meneruskan amalan sistem dari Aragones dan memperkemaskan possesion football. Membawa Sepanyol menjuarai Piala Dunia 2010 dan Euro 2012

Keyakinan di kalangan pemain dan peminat Sepanyol meningkat selepas kejayaan Euro 2008. Barcelona di bawah Pep Guardiola menjuarai Champion League 2008/09, 2010/11 menewaskan Manchester United 2-0 dan 3-1 di final. Pengurus United Alex Ferguson berkata Man Utd di didominasi dan dibuli teruk dari segenap sudut dan mengaku team Barca ini adalah yang terbaik beliau pernah temui sepanjang beliau menjadi pengurus Man Utd. Sepanyol dan Barcelona berada di kemuncak prestasi bola sepak dunia dan 8 pemain Barcelona dipilih mengganggotai skuad Piala Dunia Sepanyol 2010 dengan Xavi, Iniesta dan Busquet ialah nadi dan jentera penggerak La Roja. Ditambah dengan pemain-pemain yang mempunyai kawalan bola yang baik,  seperti Puyol, Piquet, Ramos, David Silva, Fabregas, Pedro, di samping ketajaman serangan dari penyerang Fernando Torres dan David Villa, Bosque meneruskan amalan permainan ball possesion dan short passing tiki taka yang diamalkan oleh Barcelona ke dalam pasukan Sepanyol.

Di Piala Dunia 2010, ramalan Spain sebagai favourite juara dunia menjadi kenyataan. Sepanyol  menewaskan pasukan 'ganas' Belanda 1-0 di final untuk bergelar juara dunia  buat kali pertama selepas 80 tahun!






Kecemerlangan Sepanyol diteruskan pada Euro 2012 di Ukraine dengan menggunakan pemain yang sama kecuali ketiadaan striker utama David Villa yang mengalami kecederaan. Tanpa striker utama dan menggunakan Cecs Fabregas sebagai 'false 9' mereka masih mampu membelasah Itali 4-0  di final dan mengumpul gelaran utama ketiga dalam tempoh 4 tahun. Ini adalah suatu pencapaian yang amat menakjubkan.

Juara Euro 2012

Pasca Kejayaan Rangkuman 3 Kejuaraan

Sistem permainan ball possesion, short passing, tiki-taka, high pressing menjadi perhatian dunia. Banyak pasukan yang ingin meniru gaya permainan tersebut. Nampak mudah dan santai tapi sukar untuk diamalkan. Maestro tika taka Sepanyol, Xavi Hernandez bersama 'partner in crime'nya Anders Iniesta telah bersama di akademi La Masia Barcelona seawal peringkat sekolah rendah dan disertai oleh si 'pivot' Sergei Busquet kemudiannya dan masa dan latihan yang diperlukan tidak membuahkan hasil dalam masa yang singkat. Mereka bertiga menjalankan gerakan keseluruhan pasukan Sepanyol dan Barcelona sehingga membawa kejayaan yang cemerlang.

Tidak kurang juga ramai pengurus jurulatih cuba merungkai bagaimana untuk mengganggu sistem permainan ball possesion Sepanyol dan ia terhasil apabila pihak lawan menggunakan cara high pressing yang sama terutama di bahagian midfield supaya La Roja tidak dapat membuat hantaran dan memulakan serangan.

Kemerosotan Barcelona seiring dengan apa yang berlaku terhadap Sepanyol. Playmaker Xavi yang berumur 33 tahun tidak lagi berfungsi seperti dahulu. Hantaran-hantarannya tidak setepat dan sepantas masa kemuncaknya. Di benteng pertahanan kapten Carlos Puyol 35, juga sudah di penghujung karier dan Gerard Pique tidak mempunyai gandingan untuk memantapkan pertahanan. Sepanyol tewas 3-0 kepada Brazil dalam Piala Konfederasi dan bayangan kepada kemerosotan tiki-taka semakin jelas.
Pada Piala Dunia 2014 Sepanyol dibelasah Belanda 5-1 melalui serangan balas yang pantas dan kalah kepada kelasakan Chile, pasukan yang tidak pernah menewaskan mereka 11 perlawanan yang lalu. Del Bosque menyatakan ia adalah hari-hari yang menyedihkannya sebagai jurulatih Sepanyol.

Del Bosque meninggalkan Sepanyol pada 2016, General tiki-taka Xavi juga bersara dari La Roja  pada 2014 dan Iniesta menyusul pada 2018. Tiki taka mulai lenyap kerana ramai pengkritik menyatakan corak permainan tersebut sudah mula membosankan penonton dan sudah mudah dibaca gerakannya oleh pemain lawan.

La Roja di EURO 2020

Luis Enrique, bekas pemain Barcelona sezaman Pep Guardiola dilantik sebagai pengurus Sepanyol pada 2018 untuk mengembalikan legasi La Roja yang mula merudum untuk menghadapi Euro 2020. Enrique mengumpul pemain-pemain generasi baru dengan hanya Sergei Busquet kekal dan dilantik sebagai kaptennya, Enrique yang juga taksub dengan sistem permainan dominasi dan possesion football, menguasai permainan ke atas semua pasukan yang ditemui, namun sukar untuk mencapai kemenangan akibat kurang ketajaman di hadapan gawang gol. Sepanyol tewas di separuh akhir kepada bakal juara Euro 2020, Itali melalui sepakan penalti, setelah menguasai hampir 80% permainan. Pengurus Itali Roberto Mancini berkata pasukannya 'menderita' ketika melayan Sepanyol dan mengakui Sepanyol adalah sebuah pasukan yang hebat.

Namun pujian bukan apa yang dunia bola sepak sekarang utamakan. Hebat tapi gagal merangkul kejuaraan adalah suatu kegagalan. Corak permainan bawaan Enrique memang menguasai 70-80% permainan namun sukar menjaringkan gol dan tewas kepada counter attack lawan. Pada Piala Dunia 2022 d Qatar, Sepanyol di bawah Enrique sekali lagi di label sebagai pilihan, membalasah Coata Rica 7-0 dalam perlawanan pertama dengan prestasi separuh masa sahaja mencatat rekod passing ball paling banyak dalam semua perlawanan penuh Piala Dunia semenjak 1966. Namun mereka hanya mampu mencatat seri 1-1 dengan Germany dan tewas kepada Jepun 2-1 walaupun mendahului setelah melepaskan dua gol dramatik dalam masa 6 minit. Bertemu Morocco di pusingan 16 akhir, Sepanyol menguasai 77% prerlawanan dan melakukan 1,063 hantaran bola Namun hanya berupaya melakukan satu percubaan yang menguji penjaga gol lawan. Akhirnya Sepanyol tewas melalui penentuan penalti 3-0. Luis Enrique meninggalkan Sepanyol selepas Piala Dunia 2022 dan pengurus baru membawa La Roja dengan corak permainan yang jauh berbeza iaitu keutamaan menjaringkan gol walaupun tidak menguasai permainan. (Enrique meyertai PSG sebagai pengurus pada 2023 dan membawa PSG menjuarai Champion League buat Kali Pertama dan berturut 2024/25 dan 202/26 tanpa Kylan Mbbape dan tetap menggunakan possession football dengan pengubahsuaian kepada vertical tiki-taka)

Luis Enrique - Pengurus Sepanyol di Euro 2020 dan Piala Dunia 2022

Sepanyol mempunyai ramai pemain-pemain yang berbakat dan mampu untik menewakan siapa sahaja lawan di peringkat dunia. Namun kita tidak akan dapat melihat lagi Sepanyol zaman emas yg menguasai dunia dengan permainan menarik tiki taka menerusi hantaran-hantaran pantas, gerakan piramid dan total football selepas ini seperti mana kita telah kehilangan corak permainan samba asli yang dipamerkan oleh Brazil 1970 dan Brazil 1982, kerana kemenangan walau dengan gaya yang buruk sekalipun adalah lebih penting dari permainan cantik seperti mana yang kita perhatikan kepada pasukan-pasukan modern sekarang.


Digarap oleh De' Lenjen

Peminat Tika taka taka teki main passing dekat-dekat

Kredit to : Google Images, Youtube


Saturday, December 6, 2025

The AZZURRI - Kejatuhan Sebuah Pasukan Lagenda


Siapa tidak kenal Paolo Rossi, penjaring terbanyak Piala Dunia 1982 dan membawa Itali menjuarai Kejohanan tersebut. Roberto Baggio adalah salah seorang Pemain Terbaik Dunia Sepanjang Zaman di samping Paolo Maldini, salah seorang lagenda bek terbaik dunia. Fabio Cannavarro, FrancescoTotti, Andreas Pirlo dan rai lagi pemain hebat yang pernah membawa Itali menjulang piala kemegahan dunia itu.

Itali - Juara Piala Dunia 1934

Bersama Brazil dan Jerman, Itali merupakan pasukan dominan dalam sejarah Piala Dunia. Memegang rekod bersama German yg menjuarai Piala Dunia sebanyak 4 kali, di belakang Brazil 5 kali. Tetapi Itali mungkin akan gagal ke Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut pada tahun 2026 nanti.

Itali - Juara Piala Dunia 1938, sebelum berlaku Perang Dunia Kedua

Dengan undian peringkat kumpulan Piala Dunia akan berlangsung pada Jumaat 5 Disember 2026, 42 negara dari 48 negara telah layak ke Piala Dunia tahun depan, dengan Itali salah satu dari 6 negara yang akan bermain dalam play-off. Kita melihat apa yang diperlukan oleh Itali dalam pertandingan yang akan dianjurkan oleh Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada tahun depan.

Squad Itali menjuarai Piala Dunia 1982

Azzurri sekali lagi menamatkan saingan sebagai naib juara dalam kumpulan kelayakan Piala Dunia mereka, jadi mereka terpaksa melalui play-off untuk layak ke kejohanan.

Juara Piala Dunia 2006 buat kali keempat

Itali memperoleh 18 mata dalam Kumpulan I, memenangi enam perlawanan dan tewas dua kali kepada Norway, melepaskan tujuh gol dan hanya menjaringkan sekali dalam dua pertemuan dengan negara Scandinavia itu.

Dengan negara-negara kecil seperti Cape Verde dan Curacao layak ke Piala Dunia buat kali pertama, Itali masih buntu untuk menempah slot untuk Kejohanan teragung dunia ini.

Itali telah pun terlepas kelayakan Piala Dunia pada 2018 dan 2022, masing-masing tewas dalam play-off kepada Sweden dan Macedonia Utara.

Kali ini, mereka akan menentang Ireland Utara dalam separuh akhir play-off Piala Dunia pada 26 Mac 2026. Pada hari Khamis, FIGC mengesahkan bahawa perlawanan itu akan dimainkan di Bergamo.

Squad Itali 2025

Jika Azzurri mara ke final, mereka akan melawat Wales atau Bosnia Herzegovina dalam perlawanan akhir yang dimainkan di tempat lawan pada 31 Mac.

Secara teknikalnya, Itali hanya tinggal dua kemenangan lagi untuk kelayakan Piala Dunia 2026, tetapi ini tidak bermakna Gattuso mempunyai tugas yang mudah, memandangkan jangkaan untuk melihat Azzurri kembali ke pentas dunia selepas 12 tahun tidak beraksi.

Update 1 Mac 2026

Itali gagal ke Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut apabila tewas 1-4 kepada Bosnia Herzegovina di play off

Adios de'Azzurri

Thursday, October 2, 2025

10 Masjid Tertua Di Malaysia

Sejarah Perkembangan Masjid Di Malaysia

Semenjak kedatangan Agama Islam ke Tanah Melayu seawal abad ke-7, negara kita mempunyai begitu banyak masjid daripada pelbagai saiz dan binaan. Seni bina masjid di Malaysia bermula dengan kedatangan pengaruh Islam dari Arab, India dan Nusantara. Awalnya ia terbina daripada gaya asli traditional bawaan dari hasil tempatan. Kemudiaan pada kurun ke-16, 17 terdapat unsur-unsur binaan dari Sumatera dan Arab. Pada zaman colonial masjid di Malaysia dipengaruhi oleh gaya Moor (Afrika Utara dan Arab), Mughal (India) dan Eropah klasik zaman penjajah dengan menara kubah sebagai unsur utama bermula dengan Masjid Jamek Kuala Lumpur, Masjid Negara dan Masjid Sultan Abdul Aziz Shah Alam sebagai puncak utama. 

Berikut adalah pencarian yang diperolehi dari pelbagai laman ringkasan 10 Masjid Tertua Di Malaysia. Mungkin artikel ini tidak seratus peratus tepat tapi ia boleh dijadikan pengetahuan am tentang kewujudan masjid tua di Malaysia.



 


1. Masjid Kampung Laut Kelantan 1349 

Foto ihsan : Wikipedia

Lokasi :

Terletak di Kampung Laut, sebuah petempatan kira-kira 11 kilometer (6.8 batu) dari Kota Bharu, ibu negeri Kelantan, Malaysia. Masjid ini dibina pada abad ke-13 Masihi dan merupakan masjid yang tertua di Malaysia. 

Foto kredit : Bernama

Sejarah pembinaan :

Menurut Dr. Abdul Rahman Al -Ahmadi, beliau dikatakan mengumpul sejarah lisan penduduk bersama kajiannya dan menyimpulkan bahawa masjid tersebut dibina 500 tahun dahulu oleh pendakwah-pendakwah dari Champa. Mereka dikatakan berasal dari pulau Jawa yang membawa bersama pelan prototaip binaan masjid dengan tujuan membina tiga pusat Islam di negeri Kelantan.

Ihsan foto : Yadim

Unsur binaan:

Masjid ini dibina dengan unsur seni bina Nusantara. Ia merupakan sebuah struktur asas dengan hanya empat tiang yang menyangga tiang tiga tingkat yang diperbuat daripada daun rumbia. Keluasannya hanya 400 kaki persegi.Masjid Kampung Laut dibina tanpa menggunakan sebarang paku. Pada abad ke 19, masjid ini menjadi pusat agama yang penting dan diperbesar. 20 batang tiang dibina menyangga binaan tambahan ini. Pembinaan ini menggunakan teknik 'Tebuk-Pasak' tanpa menggunakan sebatang paku.

Foto kredit : Canal_181

Binaan tanpa sebarang paku
Foto kredit : NSTP

2. Masjid Peringgit Melaka 1726 

Masjid Peringgit, Melaka
Foto ihsan : Jabatan Muzium Antikuiti, Kuala Lumpur

Lokasi

Merupakan sebuah masjid yang terletak di Melaka Tengah, Melaka.

Sejarah Dan unsur pembinaan

Masjid asal Peringgit yang dibina pada tahun 1726 telah musnah akibat sebuah kebakaran. Masjid baharu dibina pada tahun 1868 dengan cara seni bina traditional Melaka berbentuk empat segi dengan bahan binaan terdiri daripada batu laterit dan batu pada zaman Belanda sebagai asas dinding.  Lantai masjid diperbuat daripada susunan terracotta. Loteng, perabung, kekisi tingkap dan pintu diperbuat dari kayu. Tiga lapisan bumbung adalah ciri utama masjid di Melaka. Gentingnya terdiri daripada genting China pada Bahagian berganda dan genting Belanda pada bumbung Tengah utama. Bahagian kubah atau puncak dibuat dari batu karang berukir seperti yang dapat dilihat sekarang.

Interior Masjid Peringgit: Tiada kubah
Foto ihsan : FB Melaka Negeriku

Sekarang

Apabila Masjid Negeri siap dibina pada tahun 1988, Masjid Peringgit tidak lagi digunakan untuk solat Jumaat kerana kedudukannya yang berhampiran dan kariah masjid berpindah ke Masjid Negeri. Masjid Peringgit digunakan oleh penduduk setempat untuk solat harian sahaja. Lama-kelamaan, banyak dari kerja kayunya yang rosak disebabkan anai-anai dan air hujan sehingga tidak lagi selamat untuk digunakan. 

Pada tahun 2002, Jabatan Muzium Antikuiti melaksanakan konservasi mengembalikan bentuk asal Masjid Peringgit.

Bahagian luar masjid
Foto ihsan : FB Melaka Negeriku

 3. Masjid Kampung Hulu Melaka 1728 

Foto kredit : Arkib Negara

Lokasi

Merupakan sebuah masjid yang terletak di Bandar Hilir Melaka, Kota Melaka.

Sejarah pembinaan

Dibina pada tahun 1728, ia masih digunakan dan berada di tapaknya yang asal. Masjid ini terletak di persimpangan Jalan Kampung Hulu dan Jalan Masjid di Melaka, dalam kawasan yang kini dipenuhi kedai-kedai yang diusahakan oleh peniaga Cina.

Foto kredit : DenaiSaujana Blogspot

Unsur binaan

Masjid ini dibina oleh penduduk-penduduk tempatan dengan pembiayaan Belanda. Masjid ini dibina kesan daripada peubahan dasar oleh pemerintah Belanda yang mengutarakan dasar kepelbagaian pegangan agama. Sebelum kedatangan kaum Belanda pada 1624, penjajah Portugis telah memusnahkan peninggalan rumah-rumah ibadat bukan Kristian di Melaka. 

Foto kredit :
Google map

Ruang wudhu 
Foto kredit : Hikayat wordpress

Ruang solat Masjid Kampung Hulu
Foto kredit : Hikayat wordpress

4. Masjid Tengkera Melaka 1728 

Foto kredit : Wikipedia

Lokasi

Merupakan sebuah masjid yang terletak d Tengkera dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Nama Tengkera berasal daripada perkataan Portugis iaitu tranquerah bermaksud benteng pertahanan.  Dibina pada tahun 1728 oleh seorang pedagang dan ulama dari India, Muhammad Salleh dan dibina pada zaman pemerintahan Belanda. 

Ruang utama solat
Foto kredit : 123FR

Unsur binaan

Pada asalnya, masjid ini diperbuat daripada kayu dengan atapnya daripada daun nipah dan tiangnya daripada  kayu belian atau ulin yang dimport dari Kalimantan, Indonesia. Masjid ini diperbaharui Dua Kali pada tahun 1890 dan 1910

Pintu utama
Foto kredit : Helen Gray

Di dalam kawasan masjid ini terdapat makam Sultan Hussein Muazzam Shah dari Johor yang telah mengiktiraf perjanjian awal penyerahan Singapura kepada Stamford Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman pada 6 Februari 1819.

Makam DiRaja
Foto kredit : Helen Gray

5. Masjid Kampung Keling Melaka 1748

Masjid Kampung Keling Melaka
Foto kredit : Wikipedia

Lokasi

Terletak di Jalan Hang Lekiu, di persimpangan Jalan Tukang Emas, Jonker Walk sekarang. Kawasan in dipenuhi dengan kedai-kedai perniagaan Cina.

Sejarah pembinaan

Pada masa masjid in dibangunkan, kawasan sekitar masjid in di diami oleh penduduk dari kawasan selatan negeri India, dan penduduk-penduduk ini di panggil "Keling" (daripada perkataan Kalinga)

Foto kredit : PavelSarwar

Unsur binaan

Gaya berganda dalam senireka masjid melambangkan perkembanagan pesat ilmu senibina di Melaka pada masa itu, dengan kedatangan pengaruh-pengaruh binaan yang dibawa orang Belanda dari Eropah.

Foto kredit : alarmy

6. Masjid Melayu Lebuh Acheh P.Pinang 1808

Masjid Melayu Lebih Acheh
Foto kredit : Yadim

Lokasi

Terletak di Lebuh Acheh (Acheen Street). Masjid Melayu Lebuh Acheh terletak dalam lingkungan Tapak Warisan Dunia Bandaraya Geogetown. Terletak berdekatan Rumah Syed Al-Attas dan Tokong Khoo Kongsi, Masjid Kapitan Keling, Kuil India dan Tokong Cina. Warisan sejarah dan seni bina Islam di Pulau Pinang pada awal abad ke-19.

Gerbang masuk utama 
Foto kredit : Nexis Inn

Masjid ini diasaskan oleh Tengku Syed Hussain Al-Aidid yang berasal dari Acheh, Sumatera, Indonesia. Tengku Syed Hussain merupakan Putera Acheh Sumatera datang ke George Town dengan rombongan Diraja, atas jemputan Kapten Francis Light, tidak lama selepas pendudukan British pada tahun 1786. Makam Tengku Syed Hussain terletak di bahagian belakang masjid. Nama jalannya sebelum ini dirujuk sebagai “Jalan Melayu’ atau ‘Lebuh Melayu’ oleh masyarakat tempatan. Kemudiannya dinamakan semula dengan nama ‘Acheen Street’ apabila orang Aceh menetap di sini.

Ruang utama solat
Foto kredit : jalan makan sedap

Masjid ini suatu masa dahulu telahpun diberi jolokan “Jeddah Kedua”. Ratusan bakal haji Malaysia, Indonesia dan Thailand berkumpul sebelum berlepas ke tanah suci Mekah menaiki kapal laut yang telah disewakan dari syarikat swasta Inggeris, Mansfield & Co. Seterusnya, Masjid Melayu Lebuh Acheh dilengkapi menara bersegi lapan, kolah wuduk, tandas, perigi, anjung dan kawasan makam yang telahpun mencerminkan gabungan pengaruh seni bina Moorish (dari utara India), Cina dan klasikal.

7. Masjid Jamek Kuala Lumpur 1909

Masjid Jamek Kuala Lumpur
Foto kredit : Wikipedia

Atau nama rasmi Masjid Jamek Sultan Abdul Samad ialah sebuah masjid jamik di Kuala Lumpur. Pada asalnya terdapat Masjid Kg Rawa (dibina sekitar tahun 1873) bersebelahan tapak Masjid Jamek ini, tetapi ia terletak di seberang sungai Kelang. Tapak Masjid Jamek sebenarnya ialah sebuah tanah perkuburan. Kubur-kubur lama itu telah dipindahkan dan Masjid Jamek dibina diatasnya. Usai pembinaan Masjid Jamek, Masjid lama Kg Rawa dirobohkan. Masjid Jamek terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, dan Stesen LRT Masjid Jamek merupakan stesen untuk LRT Laluan Seri Petaling dan LRT Laluan Kelana Jaya. Ia menjadi sebahagian daripada mercu tanda Kuala Lumpur sebagai Kota Kebudayaan Islam.

Gerbang masuk utama Masjed Jamek
Foto Kredit : KL Travel

Masjid ini dibina pada tahun 1909 dan ia merupakan salah satu di antara masjid yang tertua di Kuala Lumpur. Pembinaannya direkabentuk dan diselia oleh Pemangku Arkitek Kuala Lumpur, Arthur Benison Hubback, yang sebelum ini bertugas di Jabatan Kerja Awam di India. Pihak British membina Masjid Jamek berhampiran dengan pusat pentadbiran iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad di seberang Sungai Gombak.Masjid ini memudahkan kakitangan kerajaan beragama Islam mengerjakan solat lima waktu dan solat Jumaat.

Masjid Jamek di persimpangan sungai Klang-Gombak
Foto kredit : alamy

8. Masjid Zahir Kedah 1912

Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah
Foto kredit : Wikipedia

Lokasi

Juga dikenali sebagai Masjid Zahrah, ia merupakan Masjid Negeri Kedah. Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin.

Sejarah binaan

Mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, tapak masjid ini pada asalnya ialah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah daripada serangan Siam (1821)

Foto kredit
Sunahsakura

Seramai 1019 orang mati syahid di Kuala Kedah semasa Siam melanggar Kedah pada tahun 1821 termasuklah juga syuhada yang mempertahankan Balai Besar yang berjumlah seramai 470 orang kesemuanya.

Keseluruhannya yang mati adalah sebanyak 1,489 orang syuhada kebumikan di tapak masjid Zahir ini.

Pintu masuk kayu
Foto kredit : alamy

Reka bentuk masjid ini diilhamkan daripada Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Ia dihiasi lima kubah utama sebagai lambang lima Rukun Islam.Ia dibina di atas Tapak Masjid Lama (Masjid Kayu) yang ketika itu boleh memuatkan 600 orang jemaah dalam pada satu-satu masa dengan berbumbungkan atap nipah.

Ruang solat
Foto kredit : 123fr

Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat.

9.  Masjid Kapitan Keling Pulau Pinang 1916

Masjid Kapitan Keling Pulau Pinamg
Foto kredit : Penang State Muzium Art Gallery

Terletak di Lebuh Pitt, Georgetown dibina oleh tentera Syarikat Hindia Timir British apabila mereka tiba di Pulau Pinang pada abad ke-18

Ruang solat
Foto kredit : Zain Abdullah

Caudeer Mohudeen,seorang ketua kaum Muslim India yang juga dikenali sebagai Kapitan Kling  telah memohon tanah dan mendapat kelulusan seluas 18 ekar pada 1801 bagi pembangunan binaan masjid. Selepas kematian Caudeer Mohudeen pada 1834, tanah itu tidak diiktiraf lagi sebagai pemberian asal. Jalan dan rumah awam di sekeliling masjid mengurangkan keluasan tanah kepada hanya 8 ekar menjelang 1916.

Pintu gerbang
Foto kredit : The Road To Anywhere

Foto kredit : mylovelybluesky.com

Masjid yang ada sekarang telah dibina pada 1916 bagi menggantikan bangunan sebelumnya.


10. Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Perak 1917

Masjid Ubudiah Kuala Kangsar
Foto kredit : Pejabat DYMM Sultan Perak

Kadang kala dikenali sebagai Masjid Diraja Ubudiah ialah sebuah masjid negeri di Bukit Chandan, Mukim Sayung, Daerah Kuala Kangsar, Perak dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917.

Ruang utama solat
Kredit foto : Getty Image

Dari segi latar belakang sejarahnya Masjid Ubudiah yang terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah ini, adalah merupakan masjid nazar. Ia diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya. Semasa beristirahat dalam rawatan di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I (1887-1916) telah bernazar untuk membina sebuah masjid di Bukit Chandan sekiranya kesihatan baginda pulih.

Setelah berangkat balik ke Kuala Kangsar, baginda telah menitah Kolonel Huxley dari Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur, untuk mereka bentuk sebuah masjid yang hendak didirikan. 

Ruang dalam masjid
Foto kredit : Muhammad M.T

Masjid ini telah siap dibina dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (1916-1918.), Sultan Perak yang ke-29, pada tahun 1917.

Demikianlah ringkasan Masjid Tertua Di Malaysia. Moga artikel berikutnya berkaitan masjid Dan Keindahan Rumah Allah akan menyusul.


https://liipohmali.blogspot.com/2019/12/10-masjid-terbesar-di-malaysia.html