Siapa tidak kenal Paolo Rossi, penjaring terbanyak Piala Dunia 1982 dan membawa Itali menjuarai Kejohanan tersebut. Roberto Baggio adalah salah seorang Pemain Terbaik Dunia Sepanjang Zaman di samping Paolo Maldini, salah seorang lagenda bek terbaik dunia. Fabio Cannavarro, FrancescoTotti, Andreas Pirlo pernah membawa Itali menjulang piala kemegahan dunia itu.
![]() |
| Itali - Juara Piala Dunia 1934 |
Bersama Brazil dan Jerman, Itali merupakan pasukan dominan dalam sejarah Piala Dunia. Memegang rekod bersama German yg menjuarai Piala Dunia sebanyak 4 kali, di belakang Brazil 5 kali. Tetapi Itali mungkin akan gagal ke Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut pada tahun 2026 nanti.
![]() |
| Itali - Juara Piala Dunia 1938, sebelum berlaku Perang Dunia Kedua |
Dengan undian peringkat kumpulan Piala Duni1a berlangsung pada hari Jumaat, 5 Disember 2026, 42 negara dari 48 negara telah layak ke Piala Dunia tahun depan, dengan Itali Salah satu dari 6 negara yang akan bermain dalam play-off. Kita melihat apa yang diperlukan oleh Itali dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada tahun depan.
![]() |
| Squad Itali menjuarai Piala Dunia 1982 |
Azzurri sekali lagi menamatkan saingan sebagai naib juara dalam kumpulan kelayakan Piala Dunia mereka, jadi mereka terpaksa melalui play-off untuk layak ke kejohanan.
![]() |
| Juara Piala Dunia 2006 buat kali keempat |
Itali memperoleh 18 mata dalam Kumpulan I, memenangi enam perlawanan dan tewas dua kali kepada Norway, melepaskan tujuh gol dan hanya menjaringkan sekali dalam dua pertemuan dengan Scandinavia.
Dengan negara-negara kecil seperti Cape Verde dan Curacao layak ke Piala Dunia buat kali pertama, Itali masih buntu untuk menempah slot untuk Kejohanan teragung dunia ini.
Itali telah pun terlepas kelayakan Piala Dunia pada 2018 dan 2022, masing-masing tewas dalam play-off kepada Sweden dan Macedonia Utara.
Kali ini, mereka akan menentang Ireland Utara dalam separuh akhir play-off Piala Dunia pada 26 Mac 2026. Pada hari Khamis, FIGC mengesahkan bahawa perlawanan itu akan dimainkan di Bergamo.
![]() |
| Squad Itali 2025 |
Jika Azzurri mara ke final, mereka akan melawat Wales atau Bosnia dan Herzegovina dalam perlawanan akhir yang dimainkan di tempat lawan pada 31 Mac.
Secara teknikalnya, Itali hanya tinggal dua kemenangan lagi untuk kelayakan Piala Dunia 2026, tetapi ini tidak bermakna Gattuso mempunyai tugas yang mudah, memandangkan jangkaan untuk melihat Azzurri kembali ke pentas dunia selepas 12 tahun tidak beraksi.







No comments:
Post a Comment