Living In The Eighties

Assalamualaikum w.b.t,

This blog I made as a personal use to keep my memories back in the old good time especially in the 80's when I live in Ipoh. Friends, families and others who are interest and grown in the 80's are welcome to surf on in this site.

The era of the 80's was the most memorable moments of my life. There's happy and sad moment that I could'n forget. It's not because I'm not happy with my life currently. It's different cause that time when we are still kids, didn't have any heavy obligations, just plays, studies, getting fun and live with my loveble families. Besides, I still have my parents which I miss so much.

Here, most of the stories or article are around the 80's that I include a stories and history of that era along with the photo's or video clips. I also include several songs from the 60's and 70's with world wide history.There are also a photo's of my hometown, school's, places, family and friends that are related with me in the 80's.

Besides loving listening to music and watching films, I'm also an active sports person specially in football and badminton. I'm a biggest fan of old time articles or stories whether on event, persons, a legends or whatever related with history.

It's been since 1990 that I left Green Town, Ipoh and working in Kuala Lumpur. I can't imagine that i will live, stay and grown a family here in Kuala Lumpur, the biggest and a capital city in Malaysia. Still, the old fond memories of past days is still in my heart.
Hopefully it's will call our memories in the 80's which so wonderful and awesome.























Showing posts with label English Soccer. Show all posts
Showing posts with label English Soccer. Show all posts

Friday, May 15, 2020

ENGLAND FOOTBALL WRITER AWARD

ENGLAND FOOTBALL WRITER AWARD (FWA)
Anugerah tahunan ini diberi kepada pemain oleh Penulis-penulis bola sepak di seluruh England untuk mengiktiraf sumbangan pemain kepada pasukan masing-masing. Terdapat dua anugerah utama kepada pemain iaitu FWA yang diperkenalkan pada tahun 1947-48 dan yang kedua ialah Players Player Of The Year (PPFA) yang diperkenal pada 1973. Saya menganggap anugerah FWA lebih prestige kerana ia dinilai oleh semua penulis-penulis sukan bola sepak di England manakala anugrah PPFA pemain terbaik dipilih oleh pemain-pemain lain dari seluruh liga England. Pemain pertama yang mendapat anugerah ini ialah lagenda England Stanley Mathews pada 1947 manakala yang teakhir ialah Raheem Sterling pada 2019. Sejak tahun 1965 ( my born year la..) Thierry Henry dari Arsenal ialah pemain paling banyak menerima anugerah ini sebanyak 3 kali manakala Kenny Dalglish, Gary Lineker, John Barnes dan Cristiano Ronaldo pernah memenanginya sebanyak dua kali. Berikut ialah pemain-pemain yang pernah menerima anugerah FWA sejak tahun 1965.

Monday, May 11, 2020

English 1st Division Football Champs

The Champion Of English Football
Liga utama bola sepak Inggeris adalah yang tertua di dunia. Bermula pada tahun 1888 dijuarai oleh kelab Preston North End. Liga utama ini dinamakan Liga Division 1 England. Pada permulaan musim 1992, Liga Division 1 England ditukar nama kepada English Premier League (Liga Perdana Inggeris) dengan juara pertamanya ialah Manchester United. Pada keseluruhan musim sehingga sekarang, Manchester United paling banyak menggondol kejuaraan liga utama England ini dengan 20 kali, diikuti rapat dengan Liverpool 18 kali dan Arsenal 13 kali. Berikut saya hasilkan sedikit slide photo juara-juara liga Inggeris Div 1 sejak tahun 1965(My year born la..) sehingga 1992 sebelum di tukar kepada Premiership

Monday, June 3, 2019

MANCHESTER CITY 2018/19 THE BEST EVER ENGLAND TEAM


Team Terbaik England Sepanjang Zaman

Sebelum kedatangan dan pengambilalihan kelab bolasepak Manchester City oleh pak Arab, kelab ini hanyalah sebuah kelab yang biasa-biasa sahaja dalam EPL. Man City memang peserta tetap dalam EPL dan sebelumnya disebut Division 1, tetapi kehadiran mereka dalam liga utama itu seakan -akan sebagai pelengkap liga sahaja. Tetap apabila Pak Arab ini Sheikh Mansour membeli kelab ini pada tahun....... nasib kelab ini mula berubah. Ramai peminat sukan berkata kecemerlangan Man City kebelakangan ini disebabkan pelaburan dan kekayaan pak arab ini. Memang ada betulnya, tetapi kelab-kelab EPL yang lain juga tidak kurang mewahnya, jiran stempat Manchester United umpamanya dimiliki oleh jutawan Amerika tetapi gagal menyaingi kehebatan dan struktur pentadbiran dan pengurusan Man City dalam mendapatkan pemain berwibawa.

Begitu juga Pep Guardiola juga adalah faktor utama mengapa Man City dapat mencipta team yang dianggap paling hebat sepanjang zaman ini. Kehebatan Guardiola memang tidak harus dipertikaikan. Membawa taktik passing-passing tiki taka dan hingh pressing,  Barcelona menguasai La Liga selama 6 tahun beliau di Nou Camp. Begitu juga semasa di Bayern Munich, belaiau telah menadaptasi taktik berkenaan walaupun kegagalan menjuarai Champion League merupakan kegagalan terbesar dalam karier pengurusannya.

Di Ettihad, Guardiola mewarisi ramai pemain-pemain berbakat dari era Mancini dan Pellegrini. Namun Guardiola menambahbaik saduran itu dengan membawa masuk beberapa pemain untuk diadunkan dengan taktik dan dan gaya permainannya ynag menguasai bola dan high intensity. Dalam Musim ini sahaja dalam 38 game EPL, Man City menguasai hampir semua permainan dengan dominasi 70% permainan.

Saturday, May 4, 2019

Juara Paling Dramatik Bola Sepak Liga Inggeris

Persaingan Paling Sengit Penentuan Juara Liga England

Terdapat beberapa musim bola sepak Liga England di mana persaingan untuk merebut kejuaraan hanya ditentukan dari perlawanan, minit atau saat yang terakhir. Berikut saya paparkan bebarapa musim yang sengit untuk menentukan kejuaraan liga sehingga ke titisah peluh trakhir. Artikel ini lebih kepada semasa saya mula mengenali bola sepak tahun 1970'an hingga kini. Zaman-zaman Pakmaon sebelum Perang Dunia tak dapek la den nak menulihnya, he...he..

5. Season 1998-99
    Champion - Manchester United 79 mata
    2nd Place  - Arsenal                   78 mata


Musim ketujuh FA Premier League (EPL) menyaksikan Man Utd menjuarai liga buat kali ke tujuh, mengatasi Arsenal dengan hanya satu mata. Alex Ferguson menunjukkan beliau bersungguh untuk menjuarai liga musim itu dengan mendapatkan khidmat Jaap Stam, Dwight Yorke dan Jasper Blomqvist. Pada Satu ketika, dengan baki dua perlawanan Arsenal dilihat  akan mempertahankan kejuaraan dengan pintu golnya hanya bolos 17 gol, berbanding Man Utd bolos 37, walaupun dengan mata yag sama. Tapi keadaan berlaku sebaliknya apabila Arsenal tewas 0-1 kepada Leeds pada game ke-37 dan Man Utd mendapat satu mata seri dengan Blackburn. Dengan berbaki satu game, Man Utd berjaya menewaskan Tottenham, manakala kemenangan terakhir Arsenal 1-0 tidak mempunyai sebarang makna.







4.  Season 1994-95
     Champion  - Blackburn Rovers   89 mata
     2nd Place   - Manchester United 88 mata


Kenny Dalglish telah membeli pemain-pemain termahal di England untuk memenuhi impian Pengerusi jutawan Jack Walker untuk menjuarai Liga Inggeris sejak 1913. Alan Shearer menjaringkan 34 gol musim itu. Game terakhir adalah adalah satu perkara yang memeningkan buat Alex Ferguson. Man Utd ketinggalan dua  mata dan perlu menang menentang West Ham di tempat lawan sambil berharap Blackburn tewas di perlawanan menentang Liverpool di Anfield. Blackburn tewas 1-2 kepada Liverpool tetapi Man Utd gagal memanfaatkan peluang itu apabila sekadar seri dengan West Ham 1-1.







3. Season 1971-72
    Champion  - Derby County 58 mata
    2nd place  - Leeds United  57 mata
    3rd place   - Liverpool        57 mata
    4 th place  - Man City         57 mata
 

Ia adalah perlumbaan sengit antara 4 pasukan. Tidak pernah dalam sejarah Liga Inggeris 4 pasukan bersaing hebat hingga ke perlawanan terakhir untuk menentukan kejuaraan. Man City selepas menamatkan 42 perlawanan, mendahului kedudukan dengan 57 mata. Liverpool menduduki tempat kedua dengan 56 mata tetapi berbaki dua game. Derby County yang tewas kepada Man City pada game ke-41 menduduki tempat ketiga sama mata dengan Liverpool tetapi pebezaan jaringan, juga mempunyai satu lagi game. Manakala Leeds United menduduki tempat keempat dengan 55 mata, berbaki dua game dan mempunyai gol average yang lebih baik. Penghujung musim yang memeningkan kepala!
Derby menewaskan Liverpool 1-0 pada perlawanan terakhir untuk mencapai 58 mata, dengan Leeds juga menang untuk mencapai 57 mata berbaki satu perlawanan, Liverpool juga berbaki satu game dengan 56 mata. Hebat! Nasib Derby yang menerajui liga bukan di tangan mereka sendiri. Pengurus Derby County, Brian Clough keluar dari England bercuti ke Sicily untuk menghilangkan stress.
Leeds hanya memerlukan seri dan Liverpool perlu menang untuk masing-masing mengatasi Derby.
Apa kesudahannya?
Leeds tewas 1-2 kepada Wolverhampton dan Liverpool hanya sekadar seri 0-0 dengan Arsenal. kejuaraan adalah milik Derby County yang mana pengurusnya telah melarikan diri ke luar negara akibat stress!




2.  Season 1988-89 
                                      P    W   D   L GF  GA  GD  Points
Champion  Arsenal -    38   22  10  6  73   36    37     76
2nd place   Liverpool - 38   22  10  6  65   28    37     76


Arsenal memenangi kejuaraan liga pertama dalam 18 tahun dalam cara yang amat dramatik. Ketinggalan 3 mata dan juga ketinggalan 2 gol kepada Liverpool, Arsenal boleh menukar kemurungan kepada keajaiban jika menang dengan 2 gol menentang Liverpool di Andfield. Phuiii...ini satu misi yang amat berat dan merbahaya.
Alan Smith mengejutkan Liverpool di Anfield dengan gol pertama Arsenal di awal masa kedua. Liverpool hold on kerana masih boleh bergelar juara dengan kelebihan jaringan. Selepas defend Arsenal merampas bola dari kaki England winger John Barnes di kotak penalti Arsenal, The Gunners melancarkan serangan terakhir pada masa kecederaan dan  menjaringkan gol menerusi Michael Thomas yang membawa keajaiban kepada Arsenal! Liverpool 0- Arsenal 2. Era gemilang Kenny Dalglish bersama Liverpool berakhir. Arsenal juara liga meskipun mata sama, perbezaan jaringan pun sama 37!








1. Season 2011-2012
   Champion Manchester City     - 89 mata
   2nd place  Manchester United - 89 mata


Top dalam persaingan sengit hingga ke tetesan saat yang terakhir ialah musim ini. Menuju ke perlawanan terakhir Man City tempat pertama dengan 86 mata dan perbezaan jaringan yang besar, terutama mereka menewaskan Man Utd di Old Trafford 6-1 di awal musim. Man Utd kedua dengan mata yang sama. City hanya perlu benang sebiji mengatasi pasukan pertengahan QPR. Man Utd perlu menang mengatasi Sunderland dan berharap City tidak menang dengan QPR.

Jaringan Wayne Rooney memberikan Man Utd advantage. Pablo Zabaleta meletakkan semula City di depan dengan gol menentang QPR.
Dalam keadaan yang amat tegang dan menghairahkan dan tidak boleh di lupakan oleh sesiapa sahaja di separuh masa kedua, Djibril Cisse menyamakan kedudukan City 1- QPR 1. Tidak lama kemudian Joey Barton dilayangkan kad merah kerana menyiku Carlos Tevez Man City. Walaupun kekurangan seorang pemain, QPR menambah satu lagi gol pada minit ke66. City 1-QPR 2. Dengan detik masa berlalu, Man Utd seakan muncul juara dengan kemenangan ke atas Sunderland, dan City gagal menang dengan QPR.
Apa Kesudahannya?
Edin Dzeko menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-92. Pemain-pemain Man Utd menunggu di Stdm Sunderland untuk upacara penyampaian trofi juara.Tetapi Sergio Aguero mempunyai idea yang lain, menjaringkan gol pada minit 94 untuk membawa Man City merampas EPL dari Man Utd dengan hanya perbezaan jaringan gol. Frustnya penyokong Man Utd malam itu, termasuk saya, Ahjen, ha..ha..
    



Courtesy of YouTube 

Wednesday, April 24, 2019

Lagenda Permusuhan Liverpool dengan Manchester

The Legend Rivalry



Permusuhan antara Liverpool dengan Manchester adalah satu kisah yang telah lama berlaku sebelum zaman bola lagi, iaitu pada Zaman Victorian sekitar 200 tahun dahulu.Kedua-dua bandar ini yang terletak di bahagian utara barat England,kawasan paling kependudukan padat selepas bandaraya London, mempunyai persamaan dan perbezaan, yang menambahkan lagi sengketa permusuhan antara mereka.

Peta bandar Liverpool dan Manchester di bahagian Utara, barat England
Konflik bermula apabila kedua-dua buah bandar mengalami pertumbuhan dalam perindustrian kilang. Pembinaan Liverpool and Manchester Railway pada 1830 adalah kunci kepada perkembangan perindustrian dam ia merupakan landasan keretapi antara bandar yang pertama di dunia.

Liverpool-Manchester Railway siap dibina 1830. Landasan antara bandar pertama di dunia dengan jarak 50km
Permusuhan tercetus apabila bermulanya pembinaan Manchester Ship Canal. Para pedagang Manchester merasa dianiayai apabila terpaksa membayar cukai yang tinggi untuk bahan impot dan eksport kepada pentadbiran Liverpool. Pedagang-pedagang Mancunian Manchester mengambil keputusan untuk membina Terusan Kapal Manchester untuk mengelakkan cukai yang tinggi yang kemudiannya menjadi terusan yang terbesar di dunia semasa pembukaannya pada 1894.

Manchester Ship Canal- Siap dibina tahun 1894 sepanjang 58km


 
Kini
Kedua-dua bandar sehingga 2010 masih merupakan musuh sejiran, tetapi hubungan antara kedua bandar ini bertambah baik  demi untuk mencapai peningkatan ekonomi sosial di North West' . Menurut majalah Financial Times, pembangunan ekonomi Liverpool-Manchester di North West akan menjadikan wilayah tersebut kepada Kota London yang semakin 'overheated'.
Dalam perkembangan terbaru, Manchester secara terbuka menyokong untuk membida Liverpool sebagai Pusat Kebudayaan Eropah yang akhirnya dimenangi oleh Liverpool pada 2008.
Demikianlah secara ringkas latar belakang perseteruan dan lagenda permusuhan antara Liverpool dengan Mancheter sehingga terbawa-bawa dalam kancah persaingan bola sepak.
Jadi adakah MyMU fan akan bertolak ansur dan bermurah hati untuk memberikan title EPL Champion hang hampir 30 tidak dinikmati oleh The Reds Who Always Walk Alone. Tak tauuuu la, kita lihat saja bila musim berakhir tidak lama lagi

Monday, October 24, 2016

Adakah 'The Special One' Sudah Kehilangan Sentuhannya?


Jose Mourinho sudah kelihatan letih.  Orang yang tiba di Chelsea 12 tahun lalu dengan senyuman dan keinginan untuk melakukan keajaiban dan huru hara sudah pergi, digantikan dengan versi yang lebih tua yang seolah-olah sudah lupa bahawa bola sepak adalah sesuatu yang menyeronokkan. Ia tidak muncul ketika Man Utd di besah 4-0 oleh Chelsea di Stamford Bridge atau ketika beliau mengecewakan Liverpool dengan menutup jaringan di Anfield atau mendera Leicester 4-1 sebelumnya.

Menang, kalah atau seri, permainan ini telah menjadi seolah-olah satu pengalaman sedih kepada The Special One. Berbeza dengan Jurgen Klopp selepas seri 0-0 dengan MU adalah jelas. Orang Jerman ini kecewa tetapi bersemangat untuk membincangkan di mana kesilapan pasukannya. Semangat beliau tetap membara untuk mencapai impiannya.  Sedangkan Mourinho yang lebih berjaya dalam perlawanan taktikal itu, memberi ulasan dalam nada yang suram mendatar tentang kesilapan penganalisis bahawa MU mempunyai penguasaan permainan sebanyak 42 peratus bukan 35 peratus seperti anggapan mereka. Mourinho berada dalam keadaan suram jika dibandingkan dengan Klopp yang lebih bertenaga.

Pengurus paling menarik di dunia berkumpul di EPL dan Mourinho seolah-olah menjadi seakan tua daripada umur yang berbeza.  Pep Guardiola, Mauricio Pochettino dan Klopp berada dalam permainan di garisan tepi, mengunjurkan tenaga kepada pasukan mereka.  Man City, Spurs dan Liverpool telah mengambil watak pengurus yang aggresif manakala United tidak tidak tergoncang dengan situasi tersebut dengan Louis Van Gaal berada di bangku malasnya semasa permainan. Mourinho mengambil pendekatan tersendiri dengan lebih mirip kepada style pengurus Belanda itu berbanding dengan pendatang baru yang mula menikan era baru liga Inggeris itu.

Pada usia 53 tahun, Mourinho tidak lebih terlalu tua dari Klopp 49 dan Conte 47, namun ia terasa seperti dia mempunyai lebih banyak batu di bahunya. politik yang tidak henti-henti bersama Real Madrid dan perkahwinan semula yang tidak menjadi dengan Chelsea memakan banyak tenaganya. Terdapat teori popular di Barnebeu akan perbalahan Mourinho dengan pemain bintang. Sudah tentu kembalinya beliau ke Stamford Bridge yang agak lemah dengan skuad yang tidak seimbang ketika itu dengan memenangi kejuaraan EPL membuktikan bahawa beliau masih lagi seorang pengurus yang disegani. Tetapi krisis berikutnya di Chelsea meletakkan Mourinho dalam imej yang tercalar.

Dalam tempoh pertama beliau di Chelsea, persidangan berita 'The Special One' adalah acara mingguan yang mesti dilihat. Dengan kecerdasan dan daya tarikan beliau, Mourinho memenuhi bilik dengan wartawan yang sinis terpesona.  Sekarang wartawan yang sama beratur untuk melihat Pchettino, yang mulai fasih berbahasa Inggeris dan mendedahkan sejumlah besar jenaka dan pengertian bola sepak. Atau Klopp, yang membangunkan satu watak yang lebih tersendiri di sepanjang tahun di Liga Perdana Inggeris ini.

Aapabila pengurus hilang fous, maka pemain adalah yang pertama menerima kesannya.  Ia melemahkan kuasa orang yang bertanggungjawab dan sekali ia terjadi maka ia kana melonggarkan cengkaman dan adalah sukar untuk kembali. Selepas Mourinho hilang kuasa di bilik persalinan Stamford Bridge, dia berada dalam kesusahan. Dia tidak mengalami detik kesusahan yang sama di Old Trafford, tetapi beliau perlu menegaskan kekuasaannya dan mengembalikan identitinya di kelab.  
Antara gelombang baru pengurus Liga Perdana Inggeris, Mourinho kelihatan seperti hippies 70'an di stadium berhadapan dengan dengan generasi punk 80'an. Beliau masih boleh menarik perhatian ramai dan menjadikan dirinya pesona apabila beliau melangkah di atas pentas, tetapi beliau tampak keletihan.  Beliau juga telah menegur peneraju muda atas keterujaan melampau mereka, menegur Conte yang meraikan kemenangan membelasan United 4-0 secara berlebihan pada hujung minggu lalu.  Tidak lama dahulu, Mourinho lah pemberontak, orang ramai dipertontonkan oleh susuk lelaki yang semua orang mahu melihatnya.






Adalah salah untuk menulis Mourinho sudah berada di luar tumpuan ramai, tetapi dia tidak lagi berada di bahagian hadapan dalam Liga Perdana yang penuh dengan bakat pengurusan yang menonjol.  Jika beliau boleh mendapatkan semula bara lama yang pernah dimilikinya, ia akan menjadi kemunculan semula yang menakjubkan sepanjang kariernya sehingga di gelar 'The Special One' 

Digarap oleh
Li Lenjen

Friday, February 12, 2016

Juara EPL Yang Tidak Disangka


Sebagai pemain dan peminat sukan, saya telah mengikuti bola sepak Liga Inggeris semenjak pertengahan tahun 1970'an, ketika di sekolah rendah lagi. Sebagai bekas tanah jajahan British, Malaysia memang banyak mengikuti perkembangan politik dan sukan negara tersebut. Liga Inggeris (hingga sekarang) masih menjadi tumpuan di Malaysia.

 EPL atau English Premier League, dahulu dkenali sebagai English 1st Division sehinggalah ditukar kepada EPL pada 1992. Umum memang mengetahui juara terbanyak EPL ini ialah Man Utd dengan 20 kejuaraan dengan Liverpool yang dahulunya 'King Of Europe' dengan 19 kejuaraan, yang terakhir pada 1990 dan Arsenal dengan 13 kejuaraan di samping terdapat pasukan lain yang pernah mengungguli EPL seperti Everton 9 kali, Aston Villa 7, Chelsea 5 kali, Man City 4 kali.

EPL tidak seperti La Liga  yang dikuasai oleh dua gergasi Sepanyol sahaja iaitu Real Madrid 32 kejuaraan dan Barcelona 23 kejuaraan dengan yang paling hampir ialah Athletico Madrid 10 kali. Saban tahun kita akan menyaksikan perlumbaan hanya antara Real Madrid dan Barca dengan sesekali sahaja dijuarai oleh kelab lain seperti Deportivo Coruna tahun 2000, Valencia 2002,04 dan terbaru Athletico Madrid pada 2014. Selainnya ia dimonopoli oleh Real dan Barca akibat kekakayaan dua kelab tersebut

Berbeza dengan EPL, setiap tahun 3 atau 4 pasukan akan bersaing sengit untuk merebut kejuaraan hingga ke akhir musim. Memang tahun 1980'an, Liverpool menguasai EPL dengan 6 kejuaraan dalam tempoh 10 tahun,Liverpool juga menjurai Eropah sebanyak 3 kali dalam tempoh tersebut. Man Utd kelab handalan England menyaingi Liverpool pada era itu tanpa memperolehi sebarang kejuaran dengan saingan hebat dari Everton, Aston Villa, Forest, Arsenal, Tottenham dan lain-lain sehinggalah Man Utd berjaya mendakap EPL pada 1992 ketika era Alex Ferguson. kini terdapat 5 atau 6 pasukan yang bersaing rapat untuk merebut EPL tidak termasuk penyandang juara Chelsea yang berada tempat 13 atau 14.

Sekarang saya nak cerita tajuk di atas, 'Kelab Yang Tidak Disangka Menjuarai EPL'. Sebagai peminat EPL memang secara memori saya boleh menyebut pasukan-pasukan yang menjuarai EPL tanpa diduga. Pun begitu saya mencari juga melalui internet ada tak pasukan lain tanpa pengetahuan saya yang menjuarai EPL tanpa disangka. Ya, memang ada tanpa ketahuan saya, satu team, itupun pada era 1950'an.Yang lain berlaku ketika era saya mengikuti EPL iaitu  penghujung 70'an hinggalah sekarang.

Berikut ialah 5 yang 'Tidak Disangka Menjuarai EPL' ( Mengikut tahun )


Ipswich Town (1962-63)

Ini sahaja pasukan yang di luar pengetahuan saya, kerana berlaku pada tahun 60'an.
Sir Alf Ramsey membawa Ipswich sebagai juara Division 4 pada 1957 dan terus ke liga utama division 1 hanya dalam beberapa tahun. Selepas menjuarai Div2 pada 1961, Ipswich meraikan satu pencapaian yang tidak terduga pada 1962, iaitu Juara Div1 England,mengatasi juara 1960, Burnley dan lagenda juara berganda 1961, Tottenham Hotspur. Dengan Spurs mengejar kejayaan Piala Eropah dan FA Cup, anak buah Sir Alf Ramsey yang digelar 'Tractors Boys' mengambil kesempatan dan tanpa diduga mencatat sejarah sebagai juara Div1 1962.
Ipswich berada dalam ambang kemerosotan pada tahun berikutnya dan tersingkir ke Div2 pada tahun 1964, dengan Sir Alf Ramsey dalam perancangan untuk membawa England sebagai juara Piala Dunia 1966.



Nottingham Forest 1978/79
Dari tempat ketiga liga Div2 ke Juara England dan Eropah.
Dalam tahun 1977, Nottm Forest berjaya naik ke Div1 secara otomatik  setelah mendapat tempat ke3 di Div2.  Setahun kemudian pada 1978, Ramai yang menjangkakan Forest akan bergelut untuk terus kekal di Div1. Namun Forest yang di bawah pengurus Brian Clough merayakan kemenangan menjuarai Div1 begitu  menyakinkan dengan berkelebihan tujuh mata.Mereka hanya tewas 3 kali pada musim 1978 dan mengenepikan cabaran juara 2 kali berturut-turut liga Inggeris dan Piala Eropah iaitu Liverpool bahkan mereka juga menewaskan Liverpool untuk menjuarai League Cup pada tahun tersebut.
Kemudian pada 1979 dan 80, Forest menjuarai Piala Eropah dua kali berturut-turut di samping mengekalkan kejuaran League Cup. Betapa menakjubkan pasukan kendalian Brian Clough ini

Nottm Forest dari kelab div2 muncul sebagai Juara England dan Juara Eropah
Forest juara Eropah dua kali berturut-turut 1978/79 dan 1979/80
Forest bersama pengurus lagenda, mendiang Brian Clough (tengah, kanan sekali)
Forest juara England 1978

ASTON VILLA  1980-81 


Skuad bimbingan Ron Saunders ini tidak dijangka akan menyaingi jagoan kelab Inggeris lain seperti Liverpool, Forest, Ipswich, Man Utd ataupun Spurs. Dengan hanya 2 orang pemain antarabangsa dengan 1 caps seorang, Aston Villa mengejutkan ramai peminat apabila menjuarai liga Div1 menggunakan 14 pemain sahaja sepanjang musim. Ianya merupakan gelaran pertama Villa selepas 71 tahun dan dengan Liverpool menjuarai Piala Eropah dan Ipswich mengungguli Piala Cup Winners Cup, Aston Villa meneruskan penguasaan England  dengan menjuarai pula Piala Eropah 1982


                                                                            Aston Villa -Juara Div1 1980/81

                                                      Pengurus Aston Villa, Ron Saunders dan kapten Dennis Mortimer
                                                      berarak membawa trofi liga Inggeris di Birmingham Square

          Dennis Mortimer bersama Piala Eropah selepas Aston Villa  menewaskan Bayern Munich 1-0

 Skuad Aston Villa 1982 bersama Piala Eropah yang dimenangi

Note:
Dahulu                          -           Sekarang
English 1st Division                  English Premier League                     
English 2nd Division                 English Championship League
Piala Eropah                              UEFA Champion Laegue
Cup Winners Cup                      Europa Cup

LEEDS UNITED 1991/92

Dengan mempunyai bekas midfield Man Utd, Gordon Strachan dan penyerang Lee Chapman, Leeds Utd mengungguli Div2 pada 1990 dan kembali ke Div1 setelah 8 tahun tersisih. Skuad bimbingan Howard Wilkinson menamatkan cabaran Div 1 1991 dengan agak cemerlang tempat ke4, 19 mata dibelakang juara Arsenal, tetapi dengan rangkaian pemain seperti Strachan, Gary Mc Allister, David Batty, Gary Speed dan penyerang Chapman serta Rodney Wallace, Leeds berjaya memintas skuad Man Utd bimbingan Alex Ferguson pada saat terakhir untuk menjuarai liga Div1. Kejayaan kelab Yorkshire ini sebahagiannya juga ialah kerana berjaya mendapatkan khidmat Eric Cantona pada pertengahan musim akibat kegagalan Sheffield Wednesday membuat perjanjian pembelian dengan Cantona.
Howard Wilkinson kekal hingga sekarang sebagai pengurus berbangsa Inggeris yang terakhir menjuarai liga Perdana Inggeris, tetapi sebarang harapan untuk menyaksikan beliau membina skuad Leeds yang lebih ampuh menjadi lebur, apabila beliau menjual Eric Cantona kepada saingan utama, Man Utd beberapa bulan kemudian. Dengan Cantona mencipta nama memenangi 4 gelaran liga dari 5 musim bersama MU, Leeds Utd terus hanyut dalam saingan EPL menduduki tempat ke17 dalam liga dengan 2 mata sebagai penyelamat dari penyingkiran ke Div2. Namun Leeds Utd masih boleh berbangga kerana merupakan pasukan terakhir yang menjuarai liga lama England iaitu Div1 sebelum munculnya era English Premier League (EPL).







LEICESTER CITY 2015/16


Jika skuad Arsenal kendalian Arsene Wenger yang muncul juara EPL musim 2003/04 tanpa sebarang kekalahan digelar 'The Invicible'(Yang Kebal), maka pasukan kendalian Claudio Ranieri yang mengguguli EPL 2015/16 bolehlah digelar sebagai 'The Imposibble'( Yang Mustahil).
Leicester City tidak pernah memenangi EPL, atau Liga Inggeris yang telah ujud sejak 130 tahun dahulu. bahkan mereka juga tidak pernah berada di carta 5 pasukan terbaik EPL. Pecapaian terbaik mereka di kelompok 10 pasukan teratas EPL ialah pada tahun 1999/2000.  Lebih teruk lagi mereka tersingkir ke level 2 bolasepak Inggeris iaitu Championship League pada 2004. Mereka juga kelihatan punah di level 2 dan tersingkir ke level 3 liga pada 2008. Dalam 10 tahun lepas Leicester tidak pun berada dalam senarai 44 pasukan terbaik di England

Setelah bergelut di division bawahan, akhirnya mereka berjaya kembali ke EPL pada tahun 2014/15 dan hampir kembali ke level 2 apabila mereka bergelut di EPL pada musim itu menduduki tempat ke-14, 6 mata selamat dari zon penyingkiran. Mereka memecat pengurus pasukan Nigel Pearson dan digantikan dengan Claudio Ranieri yang baru dipecat dari pasukan kebangsaan Greece berikutan kekalahan di halaman sendiri kepada Faroe Island (saing-saing Timor Leste di sini ).

Ranieri 63 tahun,dianggap oleh sesetengah pemerhati sukan sebagai terlalu tua umtuk jawatan tersebut. Mereka berpendapat skuad The Foxes akan bergelut untuk menyelamatkan diri di EPL. Walaupun seorang jurulatih yag dihormati, Ranieri mempunyai pengalaman yang tidak menggembirakan; hanya menjadi naib johan kepada 4 pasukan yang berbeza di 3 buah negara.

Kejayaan Leicester menjuarai EPL hampir sama dengan kejayaan Nottingham Forest yang muncul juara sejurus sahaja layak ke EPL dari liga level 2. Beza ialah Forest dari division 2 dan nak ke Div1 terus menjadi juara manakala Leicester berada pada tahun kedua di EPL kemudian menjadi johan. Cuma pemain Leicester tidak sehebat pemain Forest ketika itu yang mempunyai beberapa pemain kebangsaan England dan Scotland. Purata umur pemain Leicester ialah 28 tahun. hanya dua pemain sahaja yang pernah merasai kejuaraan, iaitu Shinji Okazaki juara bersama Jepun di Piala Asia 2011 dan Robert Huth dengan dua kejuaraan EPL bersama Chelsea sedekad lalu itupun sebagai pemain simpanan.  Kebanyakan daripada pemain adalah gabungan pemain yang gagal, Danny Simpsons dan Danny Drinkwater dilepaskan oleh Man Utd semasa mereka di akademi remaja,Christian Fuchs dan Mark Albrighton dibawa secara percuma dari Schalke dan Aston Villa. Penjaga gol Kasper Schmeichel diberitahu beliau tidak ada masa depan di Man City dan terpaksa berhijrah ke pasukan level3 Brighton untuk merasai permainan. Ketua pasukan Wes Morgan tidak pernah bermain di liga utama England sehingga berusia 30 tahun. Jamie Vardy, penjaring utama pasukan, hanyalah seorang pemain semi-pro 4 tahun lalu. Riyad Mahrez sering tidak mendapat perhatian sepanjang karier remajanya di setiap akademi bola sepak di France, dan N'Golo Kante setahun lalu hanya bermain di division 2 Liga France. Nilai keseluruhan skuad The Foxes hanyalah berjumlah 30 juta pound berbanding pasukan temahal Man City 490 juta pound.

Dengan menjuarai trofi EPL, Lecester telah mencipta satu sejarah. Kelab mustahil ini telah menjadi hanya pasukan  ke6 yang telah menjuarai  EPL semenjak kapten Man Utd, Bryan Robson menjulangnya buat kali pertama pada 1992.

Dihasilkan oleh : De' Lenjen