Terdapat beberapa musim bola sepak Liga England di mana persaingan untuk merebut kejuaraan hanya ditentukan dari perlawanan, minit atau saat yang terakhir. Berikut saya paparkan bebarapa musim yang sengit untuk menentukan kejuaraan liga sehingga ke titisah peluh trakhir. Artikel ini lebih kepada semasa saya mula mengenali bola sepak tahun 1970'an hingga kini. Zaman-zaman Pakmaon sebelum Perang Dunia tak dapek la den nak menulihnya, he...he..
5. Season 1998-99
Champion - Manchester United 79 mata
2nd Place - Arsenal 78 mata
Musim ketujuh FA Premier League (EPL) menyaksikan Man Utd menjuarai liga buat kali ke tujuh, mengatasi Arsenal dengan hanya satu mata. Alex Ferguson menunjukkan beliau bersungguh untuk menjuarai liga musim itu dengan mendapatkan khidmat Jaap Stam, Dwight Yorke dan Jasper Blomqvist. Pada Satu ketika, dengan baki dua perlawanan Arsenal dilihat akan mempertahankan kejuaraan dengan pintu golnya hanya bolos 17 gol, berbanding Man Utd bolos 37, walaupun dengan mata yag sama. Tapi keadaan berlaku sebaliknya apabila Arsenal tewas 0-1 kepada Leeds pada game ke-37 dan Man Utd mendapat satu mata seri dengan Blackburn. Dengan berbaki satu game, Man Utd berjaya menewaskan Tottenham, manakala kemenangan terakhir Arsenal 1-0 tidak mempunyai sebarang makna.
4. Season 1994-95
Champion - Blackburn Rovers 89 mata
2nd Place - Manchester United 88 mata
Kenny Dalglish telah membeli pemain-pemain termahal di England untuk memenuhi impian Pengerusi jutawan Jack Walker untuk menjuarai Liga Inggeris sejak 1913. Alan Shearer menjaringkan 34 gol musim itu. Game terakhir adalah adalah satu perkara yang memeningkan buat Alex Ferguson. Man Utd ketinggalan dua mata dan perlu menang menentang West Ham di tempat lawan sambil berharap Blackburn tewas di perlawanan menentang Liverpool di Anfield. Blackburn tewas 1-2 kepada Liverpool tetapi Man Utd gagal memanfaatkan peluang itu apabila sekadar seri dengan West Ham 1-1.
3. Season 1971-72
Champion - Derby County 58 mata
2nd place - Leeds United 57 mata
3rd place - Liverpool 57 mata
4 th place - Man City 57 mata
Ia adalah perlumbaan sengit antara 4 pasukan. Tidak pernah dalam sejarah Liga Inggeris 4 pasukan bersaing hebat hingga ke perlawanan terakhir untuk menentukan kejuaraan. Man City selepas menamatkan 42 perlawanan, mendahului kedudukan dengan 57 mata. Liverpool menduduki tempat kedua dengan 56 mata tetapi berbaki dua game. Derby County yang tewas kepada Man City pada game ke-41 menduduki tempat ketiga sama mata dengan Liverpool tetapi pebezaan jaringan, juga mempunyai satu lagi game. Manakala Leeds United menduduki tempat keempat dengan 55 mata, berbaki dua game dan mempunyai gol average yang lebih baik. Penghujung musim yang memeningkan kepala!
Derby menewaskan Liverpool 1-0 pada perlawanan terakhir untuk mencapai 58 mata, dengan Leeds juga menang untuk mencapai 57 mata berbaki satu perlawanan, Liverpool juga berbaki satu game dengan 56 mata. Hebat! Nasib Derby yang menerajui liga bukan di tangan mereka sendiri. Pengurus Derby County, Brian Clough keluar dari England bercuti ke Sicily untuk menghilangkan stress.
Leeds hanya memerlukan seri dan Liverpool perlu menang untuk masing-masing mengatasi Derby.
Apa kesudahannya?
Leeds tewas 1-2 kepada Wolverhampton dan Liverpool hanya sekadar seri 0-0 dengan Arsenal. kejuaraan adalah milik Derby County yang mana pengurusnya telah melarikan diri ke luar negara akibat stress!
Apa kesudahannya?
Leeds tewas 1-2 kepada Wolverhampton dan Liverpool hanya sekadar seri 0-0 dengan Arsenal. kejuaraan adalah milik Derby County yang mana pengurusnya telah melarikan diri ke luar negara akibat stress!
2. Season 1988-89
P W D L GF GA GD Points
Champion Arsenal - 38 22 10 6 73 36 37 76
2nd place Liverpool - 38 22 10 6 65 28 37 76
Arsenal memenangi kejuaraan liga pertama dalam 18 tahun dalam cara yang amat dramatik. Ketinggalan 3 mata dan juga ketinggalan 2 gol kepada Liverpool, Arsenal boleh menukar kemurungan kepada keajaiban jika menang dengan 2 gol menentang Liverpool di Andfield. Phuiii...ini satu misi yang amat berat dan merbahaya.
Alan Smith mengejutkan Liverpool di Anfield dengan gol pertama Arsenal di awal masa kedua. Liverpool hold on kerana masih boleh bergelar juara dengan kelebihan jaringan. Selepas defend Arsenal merampas bola dari kaki England winger John Barnes di kotak penalti Arsenal, The Gunners melancarkan serangan terakhir pada masa kecederaan dan menjaringkan gol menerusi Michael Thomas yang membawa keajaiban kepada Arsenal! Liverpool 0- Arsenal 2. Era gemilang Kenny Dalglish bersama Liverpool berakhir. Arsenal juara liga meskipun mata sama, perbezaan jaringan pun sama 37!
1. Season 2011-2012
Champion Manchester City - 89 mata
2nd place Manchester United - 89 mata
Top dalam persaingan sengit hingga ke tetesan saat yang terakhir ialah musim ini. Menuju ke perlawanan terakhir Man City tempat pertama dengan 86 mata dan perbezaan jaringan yang besar, terutama mereka menewaskan Man Utd di Old Trafford 6-1 di awal musim. Man Utd kedua dengan mata yang sama. City hanya perlu benang sebiji mengatasi pasukan pertengahan QPR. Man Utd perlu menang mengatasi Sunderland dan berharap City tidak menang dengan QPR.
Jaringan Wayne Rooney memberikan Man Utd advantage. Pablo Zabaleta meletakkan semula City di depan dengan gol menentang QPR.
Dalam keadaan yang amat tegang dan menghairahkan dan tidak boleh di lupakan oleh sesiapa sahaja di separuh masa kedua, Djibril Cisse menyamakan kedudukan City 1- QPR 1. Tidak lama kemudian Joey Barton dilayangkan kad merah kerana menyiku Carlos Tevez Man City. Walaupun kekurangan seorang pemain, QPR menambah satu lagi gol pada minit ke66. City 1-QPR 2. Dengan detik masa berlalu, Man Utd seakan muncul juara dengan kemenangan ke atas Sunderland, dan City gagal menang dengan QPR.
Apa Kesudahannya?
Edin Dzeko menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-92. Pemain-pemain Man Utd menunggu di Stdm Sunderland untuk upacara penyampaian trofi juara.Tetapi Sergio Aguero mempunyai idea yang lain, menjaringkan gol pada minit 94 untuk membawa Man City merampas EPL dari Man Utd dengan hanya perbezaan jaringan gol. Frustnya penyokong Man Utd malam itu, termasuk saya, Ahjen, ha..ha..
Courtesy of YouTube
No comments:
Post a Comment