Living In The Eighties

Assalamualaikum w.b.t,

This blog I made as a personal use to keep my memories back in the old good time especially in the 80's when I live in Ipoh. Friends, families and others who are interest and grown in the 80's are welcome to surf on in this site.

The era of the 80's was the most memorable moments of my life. There's happy and sad moment that I could'n forget. It's not because I'm not happy with my life currently. It's different cause that time when we are still kids, didn't have any heavy obligations, just plays, studies, getting fun and live with my loveble families. Besides, I still have my parents which I miss so much.

Here, most of the stories or article are around the 80's that I include a stories and history of that era along with the photo's or video clips. I also include several songs from the 60's and 70's with world wide history.There are also a photo's of my hometown, school's, places, family and friends that are related with me in the 80's.

Besides loving listening to music and watching films, I'm also an active sports person specially in football and badminton. I'm a biggest fan of old time articles or stories whether on event, persons, a legends or whatever related with history.

It's been since 1990 that I left Green Town, Ipoh and working in Kuala Lumpur. I can't imagine that i will live, stay and grown a family here in Kuala Lumpur, the biggest and a capital city in Malaysia. Still, the old fond memories of past days is still in my heart.
Hopefully it's will call our memories in the 80's which so wonderful and awesome.























Saturday, June 1, 2019

SEJARAH LAGU RAYA



Lagu Raya Penyeri Aidilfitri


Hari Raya Aidilfitri ialah saat yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Tidak kira tua, muda, miskin, kaya semua menantikan hari raya kerana masa inilah anak-anak, keluarga sanak saudara akan berkumpul. Inilah hikmah hari raya, yang dekat dan yang jauh akan bersama untuk mengeratkan silaturrahim.

Tapi tahukah anda bahawa hari raya itu akan bertambah meriah dengan diringi oleh lagu-lagu raya. Terdapat berbagai-bagai tema lagu hari raya, ada tema gembira, sedih, keinsafan, lawak jenaka dan sebagainya.

Mengikut sumber yang diperolehi lagu raya pertama berkemundang pada tahun 1936 ( sebelum Perang Dunia Ke2 tuuu ) dendangan Miss Aminah bertajuk Selamat Hari Raya.

Kemudian lagu-lagu hari raya bermula dengan dimensi baru pada akhir tahun 1950'an apabila Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Allayarhamah Saloma membawakan lagu yang popular sehingga sekarang iaitu Dendang Perantau dan Selamat Hari Raya.

Aminah Nani penyanyi lagu raya pertama 1936 bersama seniwati Normadiah

Bagi saya lagu raya memainkan peranan penting dalam menambah mood hari raya. Bagi yang seusia saya 50'an ni tentulah lagu-lagu raya zaman P.Ramlee sehingga lagu 90'an yang menjadi ingatan dan kenangan. Bagi gen y,z yang berusia 40 tahun ke bawah maka lagu-lagu raya baru tahun 2000 ke atas dendangan artis-artis seperti Siti Nurhaliza dan yang segenerasi dengannya akan menjadi siulan.

Kini lagu-lagu baru hari raya begitu banyak diterbitkan tetapi lagu-lagu raya tersebut tidak dapat menandingi lagu-lagu raya lama yang masih segar dan evergreen sehingga kini. Namun terdapat juga lagu-lagu raya baru yang berkualiti yang saya suka dengan melodi kemelayuannya seperti beberapa lagu raya dari , Nana/Achik Spin ( Bersyukur  Di Hari Raya -2001), Siti Nurhaliza (Lebaran-2003), M.Nasir/Sepahtu (Raya Sedondon 2017).

Album lagu raya tahun 1975
Album hari raya tahun 1977. Menampilkan D.J.Dave, Sharifah Aini, Hail Amir, Uji Rashid- paling banyak lagu raya yang dimainkan di radio

Album Hari Raya tahun 1981 - Sharifah aini, Gaya Zakri, Noor Kumalasari, D.J Dave. Rosemaria Abd Hamid dan Sudirman dengan lagu raya terpopularnya Dari Jauh ku Mohon Maaf


Album Raya tahun 1989 dengan lagu popular Jamal Abdillah 'Salam Aidilfitri' dan Azlina Aziz' Pulanglah Beraya Di Desa' M.Nasir juga membuat remake lagunya 1981 "Suatu Hari Di Hari raya' 

Aishah lagu "Pulanglah' 1991 menjadi lagu wajib setiap kali musim raya


Artis-artis Sony Music - Album tahun 1998 lagu paling popular "Warna-Warna Aidilfitri.

Lagu Raya Dahulu dan Sekarang




























                                       
Berikut saya senaraikan lagu-lagu hari raya popular yang mengikut zaman saya dari tahun 1960'an hingga akhir 90'an yang setiap lagu itu mengimbau kenangan saya bersama kedua arwah ibu bapa, adik-beradik dan rakan-rakan taulan.

Apakah top 10 lagu hari raya yang mengimbau kenangan anda di masa lalu?

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2019 M / 1440 H
Maaf Zahir Batin dari d'Lenjen

BIL
TAHUN
TAJUK LAGU
ARTIS
1
1955
Selamat Hari Raya (Versi Asal)
Saloma
2
1955
Dendang Perantau (Versi Asal)
P.Ramlee
3
1955
Suara Takbir (Versi Asal)
P.Ramlee
4
1956
Manusia Miskin Kaya (Versi asal)
Nona Asiah
5
1969
Selamat Hari Raya
Fazidah Joned
6
196?
Dendang Perantau  (Versi 60’an)
P.Ramlee
7
1969
Selamat Hari Raya
Ahmad Jais
8
1971
Manusia Miskin Kaya (Versi 70’an)
Eddy Nor Ali
9
1972
Bila Takbir Bergema
Rafeah Buang
10
197?
Selamat Hari Raya (Versi 70’an)
Saloma
11
1972
Musafir Di Aidilfitri
S.Jibeng
12
1972
Bersabarlah Sayang
Sanisah Huri
13
1973
Aidilfitri
Sanisah Huri
14
1973
Suasana Riang Di Hari raya
Junainah M.Amin
15
1973
Fajar Lebaran Yang Kudus
Rashidah Baharudin
16
1975
Suara Takbir
A.Ramlie
17
1975
Malam Tujuh Likur
A.Ramlie/Maria Bachok
18
1977
Bisikan Hati Di Pagi Raya
Sharifah Aini/Hail Amir
19
1977
Seloka Hari Raya
Uji Rashid/Hail Amir
20
1977
Doa Di Hari Raya
Uji Rashid
21
1977
Suasana Hari Raya
Sharifah Aini
22
1977
Menjelang Hari Raya
D.J Dave
23
1978
Lenggang Mak Minah
Halil Chik
24
1980
Bingkisan Untuk Perwira
Khadijah Ibrahim
25
1980
Sampaikan Salam Di Aidilfitri
Jamal Abdillah
26
1980
Gembira Bersama Di Hari Raya
Othman Hamzah
27
1981
Dari Jauh Ku Mohon Maaf
Sudirman Haji Arshad
28
1981
Pulang Di Hari Raya
Noor Kumalasari
29
1981
Kepulangan Yang Di Nanti
Aman Shah
30
1981
Cahaya Di Aidilfitri
Black Dog Bone
31
1981
Abang Pulang
Malek Ridzuan
32
1981
Suatu Hari Di Hari Raya
M.Nasir
33
1981
Ku Pohon Restu Ayah Bonda (Versi Asal)
Al-Jawaheer
34
1984
Inang Di Aidilfitri
Sudirman/Zaleha Hamid
35
1985
Suasana Di Hari Raya
Annuar/Ellina
36
1985
Sepasang Kurung Kuning
Khairil Johari Johar
37
1988
Hari Mulia
Sheila Majid
38
1988
Selamat Hari Raya
Sudirman Hj Arshad
39
1989
Indahnya Beraya Di Desa
Azlina Aziz
40
1989
Salam Iidilfitri
Jamal Abdillah
41
1989
Gurindam Di Pagi Syawal
Jay Jay
42
1989
Senandung Hari Raya Untukmu
Dayangku Intan
43
1991
Pulanglah
Aisyah
44
1994
Lambaian Aidilfitri
Jamal Abdillah/Saleem
45
1994
Ku Pohon Restu Ayah Ibu
Mamat Exist
46
1997
Nostalgia Hari Raya
Sharifah Aini
47
1998
Warna-Warna Aidilfitri
Artis artis Sony Music

             

1 comment:

Unknown said...

Bang Li..Satu usaha yang baik...Mengimbas kembali zaman kecik kecik hingga sekarang...Tiada tandingan seperti lagu lagu raya seperti ni