Living In The Eighties

Assalamualaikum w.b.t,

This blog I made as a personal use to keep my memories back in the old good time especially in the 80's when I live in Ipoh. Friends, families and others who are interest and grown in the 80's are welcome to surf on in this site.

The era of the 80's was the most memorable moments of my life. There's happy and sad moment that I could'n forget. It's not because I'm not happy with my life currently. It's different cause that time when we are still kids, didn't have any heavy obligations, just plays, studies, getting fun and live with my loveble families. Besides, I still have my parents which I miss so much.

Here, most of the stories or article are around the 80's that I include a stories and history of that era along with the photo's or video clips. I also include several songs from the 60's and 70's with world wide history.There are also a photo's of my hometown, school's, places, family and friends that are related with me in the 80's.

Besides loving listening to music and watching films, I'm also an active sports person specially in football and badminton. I'm a biggest fan of old time articles or stories whether on event, persons, a legends or whatever related with history.

It's been since 1990 that I left Green Town, Ipoh and working in Kuala Lumpur. I can't imagine that i will live, stay and grown a family here in Kuala Lumpur, the biggest and a capital city in Malaysia. Still, the old fond memories of past days is still in my heart.
Hopefully it's will call our memories in the 80's which so wonderful and awesome.























Showing posts with label 31 Years In The Profesion. Show all posts
Showing posts with label 31 Years In The Profesion. Show all posts

Saturday, June 6, 2026

SPAIN LA ROJA - GREATEST INTERNATIONAL TEAM ON EARTH

PASUKAN ANTARABANGSA TERHEBAT SEPANJANG ZAMAN

Pada artikel yang lepas "Greatest Team Never Win World Cup" memaparkan pasukan-pasukan yang hebat tapi atas sesuatu kejadian dan pada hampir saat kemuncak akhirnya gagal menepati ramalan. Kini saya akan menulis sebuah pasukan yang memang hebat, dengan permainan dominan, dan menepati ramalan seluruh pemerhati dan peminat bola sepak muncul sebagai Juara Piala Dunia.

Tapi ini bukanlah sebuah pasukan yang biasa. Ia adalah sebuah pasukan kebangsaan yang dianggap terbaik sepanjang zaman dalam era bola sepak moden. Lebih hebat dari pasukan Brazil Pele 1970 dan juga lebih hebat dari pasukan samba Brazil 1982 yang dikepalai oleh Socrates dan juga lebih bagus dari pasukan total football Belanda yang di bawa oleh Johan Cruyff 1974. Kehebatan Spain tiki taka ini bukan kerana style game mereka lebih cantik atau menawan dari Brazil 50', Hungary 54', Brazil 70', Belanda 74' atau Brazil 82'. Kehebatan Spain ini ialah mereka mendominasi bola sepak dunia dalam tempoh yang agak panjang dan menjuarai tiga pertandingan utama dunia, Euro 2008, World Cup 2010 dan Euro 2012. Menakjubkan!

Itulah Sepanyol atau Spain La Roja atau team 'Tiki Taka' yang menakluk dunia bola sepak selama empat tahun dari 2008-2012.

"Pasukan antarabangsa terbaik sepanjang zaman."

Begitulah pakar televisyen BBC dan bekas penyerang England, Alan Shearer - penjaring terbanyak di Kejohanan Eropah 1996 - menggambarkan Sepanyol hanya beberapa minit selepas mereka mencipta sejarah dengan membelasah Itali 4-0 di Kiev untuk menjadi juara Euro 2012.

Gagah di peringkat kelab, gagal di arena antarabangsa

Sepanyol mempunyai dua kelab terkemuka yang menguasai pesada bola sepak antarabangsa. Real Madrid sahaja menjuarai Piala Eropah/Champion League 15 Kali dan Barcelona 5 Kali. Spain juga mempunyai ramai pemain berbakat. Namun satu-satunya gelaran yang boleh dibanggakan oleh negara Sepanyol ialah menjuarai Euro 1964. (Itupun dengan hanya 4 negara peserta). Spain bolehlah dianggap sebagai 'pelakon tambahan' dalam bola sepak dunia dan Eropah. Tidak standing hero-hero dunia seperti Brazil, Argentina, Germany. Itali, Perancis atau Belanda.

Apa terjadi

Dua faktor utama yang membawa perubahan kepada Sepanyol. Pertama perlantikan Luis Aragones sebagai pengurus pasukan pada 2004 dan kedua kemunculan Barcelona sebagai salah sebuah kuasa bola sepak Eropah. Barcelona di bawah Frank Rijkaard menjuarai La Liga dua tahun berturut-turut 2004/05, 2005/06.

Tewas kepada Perancis di Piala Dunia 2006 di peringkat 16 terakhir, Aragones membina dan membawa kebanyakan pemain muda tersebut untuk persediaan Euro 2008, kecuali Raul Gonzalez lagenda Real Madrid yang diketepikan, kebanyakan pemain-pemain muda dikekalkan dan dikumpul kerana Aragones inginkan pemain-pemain yang lebih bertenaga seperti Fernando Torres dan David Villa dan mengubah sistem permainan dari pemusatan individu kepada corak berpasukan yang mengamalkan 'possesion football' (dominasi permainan) di samping hantaran dan serangan balas yang pantas.

Luis Aragones - pengasas ball possesion La Roja

Barcelona menyediakan tiga pemain utama untuk skuad Euro Sepanyol ini  iaitu Carlos Puyol, Xavi, dan Iniesta yang merupakan nadi pasukan Sepanyol Euro 2008 ini.

Kepercayaan kepada pemain muda dan perubahan sistem permainan membawa Sepanyol menjuarai Euro 2008 di Vienna dengan menewaskan Jerman 1-0 di final. Ia adalah kejuaraan pertama La Roja selepas 44 tahun!

Skuad Sepanyol juara Euro 2008

Aragones meninggalkan Sepanyol selepas Euro 2008 dan digantikan oleh Vincente Del Bosque yang meneruskan asas sistem permainan short passing dan tiki taka yang diamalkan oleh Aragones.

Vincente Del Bosque - Meneruskan amalan sistem dari Aragones dan memperkemaskan possesion football. Membawa Sepanyol menjuarai Piala Dunia 2010 dan Euro 2012

Keyakinan di kalangan pemain dan peminat Sepanyol meningkat selepas kejayaan Euro 2008. Barcelona di bawah Pep Guardiola menjuarai Champion League 2008/09, 2010/11 menewaskan Manchester United 2-0 dan 3-1 di final. Pengurus United Alex Ferguson berkata Man Utd di didominasi dan dibuli teruk dari segenap sudut dan mengaku team Barca ini adalah yang terbaik beliau pernah temui sepanjang beliau menjadi pengurus Man Utd. Sepanyol dan Barcelona berada di kemuncak prestasi bola sepak dunia dan 8 pemain Barcelona dipilih mengganggotai skuad Piala Dunia Sepanyol 2010 dengan Xavi, Iniesta dan Busquet ialah nadi dan jentera penggerak La Roja. Ditambah dengan pemain-pemain yang mempunyai kawalan bola yang baik,  seperti Puyol, Piquet, Ramos, David Silva, Fabregas, Pedro, di samping ketajaman serangan dari penyerang Fernando Torres dan David Villa, Bosque meneruskan amalan permainan ball possesion dan short passing tiki taka yang diamalkan oleh Barcelona ke dalam pasukan Sepanyol.

Di Piala Dunia 2010, ramalan Spain sebagai favourite juara dunia menjadi kenyataan. Sepanyol  menewaskan pasukan 'ganas' Belanda 1-0 di final untuk bergelar juara dunia  buat kali pertama selepas 80 tahun!






Kecemerlangan Sepanyol diteruskan pada Euro 2012 di Ukraine dengan menggunakan pemain yang sama kecuali ketiadaan striker utama David Villa yang mengalami kecederaan. Tanpa striker utama dan menggunakan Cecs Fabregas sebagai 'false 9' mereka masih mampu membelasah Itali 4-0  di final dan mengumpul gelaran utama ketiga dalam tempoh 4 tahun. Ini adalah suatu pencapaian yang amat menakjubkan.

Juara Euro 2012

Pasca Kejayaan Rangkuman 3 Kejuaraan

Sistem permainan ball possesion, short passing, tiki-taka, high pressing menjadi perhatian dunia. Banyak pasukan yang ingin meniru gaya permainan tersebut. Nampak mudah dan santai tapi sukar untuk diamalkan. Maestro tika taka Sepanyol, Xavi Hernandez bersama 'partner in crime'nya Anders Iniesta telah bersama di akademi La Masia Barcelona seawal peringkat sekolah rendah dan disertai oleh si 'pivot' Sergei Busquet kemudiannya dan masa dan latihan yang diperlukan tidak membuahkan hasil dalam masa yang singkat. Mereka bertiga menjalankan gerakan keseluruhan pasukan Sepanyol dan Barcelona sehingga membawa kejayaan yang cemerlang.

Tidak kurang juga ramai pengurus jurulatih cuba merungkai bagaimana untuk mengganggu sistem permainan ball possesion Sepanyol dan ia terhasil apabila pihak lawan menggunakan cara high pressing yang sama terutama di bahagian midfield supaya La Roja tidak dapat membuat hantaran dan memulakan serangan.

Kemerosotan Barcelona seiring dengan apa yang berlaku terhadap Sepanyol. Playmaker Xavi yang berumur 33 tahun tidak lagi berfungsi seperti dahulu. Hantaran-hantarannya tidak setepat dan sepantas masa kemuncaknya. Di benteng pertahanan kapten Carlos Puyol 35, juga sudah di penghujung karier dan Gerard Pique tidak mempunyai gandingan untuk memantapkan pertahanan. Sepanyol tewas 3-0 kepada Brazil dalam Piala Konfederasi dan bayangan kepada kemerosotan tiki-taka semakin jelas.
Pada Piala Dunia 2014 Sepanyol dibelasah Belanda 5-1 melalui serangan balas yang pantas dan kalah kepada kelasakan Chile, pasukan yang tidak pernah menewaskan mereka 11 perlawanan yang lalu. Del Bosque menyatakan ia adalah hari-hari yang menyedihkannya sebagai jurulatih Sepanyol.

Del Bosque meninggalkan Sepanyol pada 2016, General tiki-taka Xavi juga bersara dari La Roja  pada 2014 dan Iniesta menyusul pada 2018. Tiki taka mulai lenyap kerana ramai pengkritik menyatakan corak permainan tersebut sudah mula membosankan penonton dan sudah mudah dibaca gerakannya oleh pemain lawan.

La Roja dan Luis Enrique di EURO 2020

Luis Enrique, bekas pemain Barcelona sezaman Pep Guardiola dilantik sebagai pengurus Sepanyol pada 2018 untuk mengembalikan legasi La Roja yang mula merudum untuk menghadapi Euro 2020. Enrique mengumpul pemain-pemain generasi baru dengan hanya Sergei Busquet kekal dan dilantik sebagai kaptennya, Enrique yang juga taksub dengan sistem permainan dominasi dan possesion football. Sepanyol menguasai permainan ke atas semua pasukan yang ditemui, namun sukar untuk mencapai kemenangan akibat kurang ketajaman di hadapan gawang gol. Sepanyol tewas di separuh akhir kepada bakal juara Euro 2020, Itali melalui sepakan penalti, setelah menguasai hampir 80% permainan. Pengurus Itali Roberto Mancini berkata pasukannya 'menderita' ketika melayan Sepanyol dan mengakui Sepanyol adalah sebuah pasukan yang hebat.

Piala Dunia 2022 'Passing' pecah rekod dunia tapi tetap kalah

Namun pujian bukan apa yang dunia bola sepak sekarang utamakan. Hebat tapi gagal merangkul kejuaraan adalah suatu kegagalan. Corak falsafah permainan Enrique memang menguasai 70-80% permainan namun sukar menjaringkan gol dan tewas kepada counter attack lawan. Pada Piala Dunia 2022 di Qatar, Sepanyol di bawah Enrique sekali lagi di label sebagai pilihan, membelasah Costa Rica 7-0 dalam perlawanan pertama dengan prestasi separuh masa sahaja mencatat rekod passing ball paling banyak dalam semua perlawanan penuh Piala Dunia semenjak 1966. Namun mereka hanya mampu mencatat seri 1-1 dengan Germany dan tewas kepada Jepun 2-1 walaupun mendahului setelah melepaskan dua gol dramatik dalam masa 6 minit. Bertemu Morocco di pusingan 16 akhir, Sepanyol menguasai 77% prerlawanan dan melakukan 1,063 hantaran bola namun hanya berupaya melakukan satu percubaan yang menguji penjaga gol lawan. Akhirnya Sepanyol tewas melalui penentuan penalti 3-0. Luis Enrique meninggalkan Sepanyol selepas Piala Dunia 2022 dan pengurus baru membawa La Roja dengan corak permainan yang jauh berbeza iaitu keutamaan menjaringkan gol walaupun tidak menguasai permainan. (Enrique meyertai PSG sebagai pengurus pada 2023 dan membawa PSG menjuarai Champion League buat Kali Pertama dan berturut pada 2024/25, 202/26 tanpa Kylan Mbbape dan tetap menggunakan possession football dengan pengubahsuaian kepada vertical tiki-taka)

Luis Enrique - Pengurus Sepanyol di Euro 2020 dan Piala Dunia 2022

Sepanyol mempunyai ramai pemain-pemain yang berbakat dan mampu untik menewaskan siapa sahaja lawan di peringkat dunia. Pada Piala Dunia 2026 ini juga Sepanyol adalah antara pasukan pilihan dijangka merangkul kejuaraan. Namun kita tidak akan dapat melihat lagi Sepanyol zaman emas yang menguasai dunia dengan permainan menarik tiki taka menerusi hantaran-hantaran pantas, gerakan piramid dan total football selepas ini seperti mana kita telah kehilangan corak permainan samba asli yang dipamerkan oleh Brazil 1970 dan Brazil 1982, kerana kemenangan walau dengan gaya yang buruk sekalipun adalah lebih penting dari permainan cantik seperti mana yang kita perhatikan kepada pasukan-pasukan modern sekarang.


Digarap dan diceriterakan oleh de' Lenjen

Peminat Tika taka teka teki main passing-passing dekat-dekat

Credit to : Google Images, Youtube, Wikepedia


Tuesday, July 22, 2025

Negara Palestine

 Bumi Yang Dijajah

Foto: Google Image

Palestin, secara rasmi Negara Palestin, ialah sebuah negara di Asia Barat. Ia merangkumi Tebing Barat yang diduduki Israel, termasuk Baitulmaqdis Timur, dan Semenanjung Gaza, secara kolektif dikenali sebagai wilayah Palestin yang diduduki. Wilayah-wilayah itu berkongsi sebahagian besar sempadan mereka dengan Israel, dengan Tebing Barat bersempadan dengan Jordan di timur dan Semenanjung Gaza bersempadan dengan Mesir di barat daya. Ia mempunyai jumlah keluasan tanah 6,020 kilometer persegi (2,320 batu persegi) manakala penduduknya melebihi 5 juta. Ibu kotanya yang diisytiharkan ialah Baitulmaqdis, manakala Ramallah berfungsi sebagai pusat pentadbiran de factonya. Bandar Gaza ialah bandar terbesarnya sebelum pemindahan pada 2023. 

(Sumber Wikipedia)

Kumpulan (Group) Negara

Terdapat beberapa kumpulan negara seperti Group 7, Group 10, Group 20 di samping negara kuasa besar yang mempunyai kuasa nuklear dan kuasa veto. 

5 Negara Kuasa Veto Dan Nuklear

Amerika Syarikat, Russia, China, United Kingdom, Perancis

Kuasa Veto:

Lima ahli tetap ini memegang kuasa untuk memveto sebarang resolusi atau keputusan yang tidak mengikut prosedur. 

Kesan Veto:

Veto oleh mana-mana daripada lima ahli tetap berkesan menghalang resolusi daripada diluluskan, tanpa mengira undi 14 ahli yang lain. 

Konteks Sejarah:

Kuasa veto telah diberikan kepada negara-negara ini kerana peranan mereka dalam menubuhkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 

India, Israel, Korea Utara dan Pakistan membangunkan senjata nuklear sendiri di luar perjanjian

G7 (Kumpulan Tujuh):

Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat, serta Kesatuan Eropah. 

Fokus: Menyelaras dasar ekonomi global, menangani isu transnasional lain dan menggalakkan nilai bersama. 

G10 (Kumpulan Sepuluh):

Belgium, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Belanda, Sweden, Switzerland, United Kingdom dan Amerika Syarikat. 

Tujuan: Merujuk kepada sekumpulan sebelas negara yang mengambil bahagian dalam Bank untuk Penyelesaian Antarabangsa (BIS). 

Mesyuarat: Gabenor bank pusat dari negara-negara ini bermesyuarat secara berkala

G20 (Kumpulan Dua Puluh):

Termasuk negara G7 serta Argentina, Australia, Brazil, China, India, Indonesia, Mexico, Rusia, Arab Saudi, Afrika Selatan, Korea Selatan dan Turki, serta Kesatuan Eropah. 

Tujuan:

Memberi tumpuan kepada menangani isu-isu ekonomi dan kewangan global, bertujuan untuk perwakilan yang lebih luas bagi kedua-dua negara maju dan membangun. 

Forum untuk menteri kewangan dan gabenor bank pusat, dengan sidang kemuncak pemimpin diadakan setiap tahun. 

Perkaitan:

Dilihat sebagai forum yang lebih inklusif berbanding G7, terutamanya dalam menangani ekonomi global.

Negara-Negara Yang Mengikhtiraf Palestine sebagai Sebuah Negara

Sehingga Mac 2025, Negara Palestin diiktiraf sebagai negara berdaulat oleh 147 daripada 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, atau hanya lebih 75% daripada semua anggota PBB. Ia telah menjadi negara pemerhati bukan ahli Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak November 2012. Status terhad ini sebahagian besarnya disebabkan oleh fakta bahawa Amerika Syarikat, ahli tetap Majlis Keselamatan PBB yang mempunyai kuasa veto, secara konsisten menggunakan vetonya atau mengancam untuk berbuat demikian untuk menyekat keahlian penuh PBB Palestin.

Negara Palestin telah diisytiharkan secara rasmi oleh Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pada 15 November 1988, menuntut kedaulatan ke atas wilayah Palestin yang diiktiraf antarabangsa: Tebing Barat, yang merangkumi Baitulmaqdis Timur, dan Semenanjung Gaza. Menjelang akhir tahun 1988, negara Palestin telah diiktiraf oleh 78 negara. Sebilangan negara Arab, Afrika dan muslim Asia termasuk Malaysia adalah yang pertama Mengikhtiraf Negara Palestine berdaulat. 

Semenjak peristiwa 7 Oktober 2023, 10 negara terbaru turut menyokong Negara Palestine antaranya negara Eropah iaitu Ireland, Sepanyol dan Norway yang lantang menentang genocide oleh Israel.

Dalam usaha untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin selama beberapa dekad, Perjanjian Oslo telah ditandatangani antara Israel dan PLO pada tahun 1993 dan 1995, mewujudkan Pihak Berkuasa Palestin (PA) sebagai pentadbiran sementara yang memerintah sendiri di Semenanjung Gaza dan sekitar 40% Tebing Barat. Selepas pembunuhan Yitzhak Rabin dan Benjamin Netanyahu naik ke tampuk kuasa, rundingan antara Israel dan PA terhenti, yang menyebabkan rakyat Palestin mengejar pengiktirafan antarabangsa terhadap Negara Palestin tanpa persetujuan Israel.

Pada tahun 2011, Negara Palestin telah dimasukkan ke dalam UNESCO; pada tahun 2012, selepas ia diterima sebagai negara pemerhati Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan undian 138 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PA mula secara rasmi menggunakan nama "Negeri Palestin" untuk semua tujuan. Pada Disember 2014, Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengiktiraf Palestin sebagai "Negara" tanpa prejudis kepada sebarang penentuan kehakiman masa depan mengenai isu ini.

Sumber : Wikipedia with edited


Akan Bebaskah Akhirnya Rakyat Palestine? https://liipohmali.blogspot.com/2025/07/akan-bebaskah-rakyat-palestine-akhirnya.html


Sunday, January 10, 2021

MEMOIR SEORANG GURU KECIL

 Cukup Sudah, Full Stop, Alhamdulillah

Circa 1994. Bersama murid-murid darjah 1 diapit dengan 2 guru praktikum

'Hang besar nanti nak jadi apa' Tanya seorang rakan. 'Posmen, boleh bawa basikal, hantar surat rumah orang, hantar kad raya masa hari raya'. Begitulah lebih kurang jawapan saya ketika berumur 9 tahun. Hidup di kawasan kampung pinggir pekan Ipoh, dalam masyarakat yang kebanyakannya macam golongan B40 sekarang ( termasuk saya sendiri ), memang tak nampak lagi apa kerja yang sesuai yang dapat saya fikirkan pada masa itu.
Masuk sekolah menengah, masa itu sedang minat sangat dalam sukan terutama bola sepak dan badminton, tengok bagaimana seronoknya cikgu PJ mengajar murid-murid bersukan, minat saya beralih. 'Nak jadi cikgu PJ lah, boleh ajar budak-budak bersukan, dapat gaji 300 ringgit sebulan pun bagus, janji kerja seronok' kata saya dalam hati.
Dari situ saya mula memasang angan-angan@cita-cita untuk menjadi seorang guru. Saya bukanlah pelajar yang brilliant macam budak-budak sains matematik, lebih kepada otak kanan kesusasteraan. Nak catch up subjek pun agak lambat. Selalu kena ulang dan buat dua tiga kali kerja baru menjadi. Tapi saya tidak berputus asa, cuba juga hingga boleh walaupun lewat.
Azam saya menjadi guru didorong juga oleh pakcik sedara yang merupakan bekas guru besar di Batu Gajah, Perak (Al-Fatihah di baca untuk arwah)

                                                      Kecenderongan saya lebih kepada otak kanan....

Menjadi Guru Sementara
Apabila habis SPM, saya mula memohon jadi Guru Sementara. Pada usia 20 tahun (1985), saya dapat tawaran di sebuah sekolah rendah di Chemor, Perak. Berdebar rasanya. Maklum pengalaman baru pertama. Jauh jugak jaraknya berulang dari rumah di Ipoh kira-kira 25km. Jadi Guru ganti guru bersalin. Naik bas hari-hari ulang-alik. Seronok sekolah tu, sekolah lama dengan bangunan rumah batu dan papan macam rumah quarters pegawai British,  becampur jantina dan majoriti kaum Melayu dengan 3-4 orang kaum Cina dan India. Kebanyakan golongan B40, dengan latar belakang keluarga bekerja sendiri seperti penoreh getah, pertukangan, peruncit dan kilang. Saya mengajar kelas darjah 6. Seronok mengajar, budak-budak kampung ni patuh, hormat dengan cikgu-cikgunya.

Sekolah pertama mengajar sebagai guru ganti di Chemor, Perak. Foto dari google. Tak ada dah bangunan sekolah darjah 6 ini

Selepas habis tempoh selama sebulan setengah, saya dapat tawaran di sekolah rendah di pekan Ipoh pulak. Budak lelaki semuanya, darjah satu pulak. Mak aiiii..., hypernya budak, tungging terbalik dibuatnya kelas. Berbeza dengan sekolah kampung yang terdahulu. First time pengalaman dengan budak-budak kecil. Pastu asik kena check in dengan penyelia petang pasal kelas selalu bising. Seminggu ajela dapat bertahan dan ambil keputusan untuk sambung belajar ambil STPM.
Dengan sijil yang ada dan kebolehan dalam bidang sukan, selepas STPM saya memohon masuk maktab perguruan. Pergila interview segala...

Masuk Maktab Perguruan
Setelah lama menunggu sehingga ada rakan-rakan sudah mendapat tawaran, akhirnya surat tawaran yang ditunggu-tunggu tiba juga. Gembira bukan kepalang, cita-cita saya akhirnya tercapai. Saya mendapat tawaran ke Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Terengganu dalam jurusan Pengajian Melayu Sekolah Rendah. 
First time keluar Ipoh dan Perak. Cuak jugak. Sebelum ni paling jauh pun ikut rombongan cik kiah ke Pulau Pinang aje. Tak pernah pun tinggalkan mak bapak keluarga dan Ipoh lebih dari 3 hari. Udahla jauh ke Terengganu, negeri yang asing bagi saya.
Julai 1987, saya mendaftar sebagai pelatih di maktab. Memang asing dan rasa sunyi pada awalnya. Home sick jugak dibuatnya. Maklumlah saya ni agak pemalu, penyegan, pendiam dan hencem pulokπŸ˜….
Lama kelamaan saya mula menyesuaikan diri tapi dengan sikap saya yang sosial introvert ( baru tahu rupanya saya mempunyai kriteria sikap ini πŸ˜€), pergaulan saya agak terhad. Cuma dengan sedikit bakat saya dalam bola sepak, saya terpilih mewakili pasukan bola sepak maktab dan dapatlah meluaskan pergaulan dengan rakan-rakan lain. Kadang-kadang hujung minggu pergi bandar KT berjalang-jalan. Pernah jugak ke Stadium Nasiruddin Syah menonton bola Piala Malaysia dan mengekalkan tabiat lama menonton movie di panggung wayang sebelah stesen bas KT πŸ˜‰.

Circa 1987 - Pengajian Melayu Maktab Perguruan Kuala Terengganu. Kredit foto dari group whattaps

Kelas Pengajian Melayu Sesi 1987/89 - circa 1989. Kredit foto group whattaps 
                                        
Mula menjadi guru
Disember 1989, selepas habis pengajian dapat posting mengajar di Kuala Lumpur. Halamak...best ke tak? Memang saya mohon posting KL sebagai pilihan kedua selepas Perak, tapi tak sangka pulak begitu mudah mendapatnya. Tapi tak apa, saya memang town boy, lagipun saya pernah singgah di KL pada 1988 ketika ke Stadium Negara menonton kejohanan badminton Piala Thomas. Tambahan pula saya mempunyai dua adik perempuan yang bekerja di sebuah mall di Subang Jaya. Ada jugakla yang boleh membantu nanti.
4 Disember 1989, saya mendaftar dan mengajar di sekolah rendah di Salak Selatan,dalam area Pudu dan Sungai Besi. Tidak seperti yang dijangka, ingatkan kotaraya KL ini orang senang-senang, rupanya ada yang hidup lebih susah lagi dari orang kampung halaman di Ipoh. Kebanyakan murid-murid dari area setinggan dan flat kos rendah. Ada jugak anak-anak polis dari balai polis yang berhampiran.  
Mula-mula saya menumpang dome sewa adik di berhampiran Subang Jaya. Berulanglah naik bas dari Subang Jaya ke Salak Selatan. Dari Subang Jaya kena naik dua bas, pertama berhenti di Stesen Bas Klang berhampiran Central Market, kemudian berjalan ke Puduraya mengambil bas ke Salak Selatan. 
Begitulah seterusnya selama lebih kurang 3 minggu sehingga abang Jxxxx mampos! πŸ˜† 


Bus stand Klang. Transit berulang alik dari Subang ke KL


Puduraya- transit sebelum pergi ke sekolah
                                               
Walaupun penat bertukar bas, dan berjalan kaki, tapi seronok jugak bila ingat pengalaman ini. Laluan sekitar Central Market, Daya Bumi, Kotaraya, Petaling Street menjadi teman menyusuri kota Kuala Lumpur. Tidak lama kemudian saya bersama rakan sekolah ( rakan semaktab juga) mendapat rumah sewa di kawasan setinggan di area sekolah. Dekat aje. Naik motor 5 mint, jalan kaki kalu 10 minit untuk ke sekolah. Bermulalah kehidupan di kampung setingarden di KL.

Bersama rakan serumah dan maktab, Cikgu Yahya 'Pokya' di rumah bujang - circa 1990

Dengan gaji dan elaun tak sampai RM500 sebulan, kehidupan di KL agak sukar walaupun hidup bujang. Tolak dengan makan minum, sewa rumah dan sedikit hantaran ke kampung, kemudian masuk tahun kedua ambil motor ar et jet hutang,  hujung-hujung bulan semedang aje negatif. Nasib baik ada adik yang dekat, boleh jugakla meminjam-minjam..(terima kasih dekk )

             Kenderaan pertama...diberhutang 1991

Sekolah rendah - Circa 1992

Tahun pertama sehingga tahun ketiga jadi guru kelas mengajar budak-budak darjah satu.  Seronok mula-mula mengajar, cikgu-cikgu lain kata saya ngam dengan budak-budak pasal saya sabar dan boleh layan kerenah budak. Budak- budak nak terberak atau muntah kena bawa sendiri ke toilet. Ada yang manja, ada yang nakal. Kadang-kadang hangin naik darah jugak dibuatnya, tapi kena sabar hadap. 3 tahun berturutan jugak layan budak-budak derajah 1.
Berkahwin pada 1995 dengan jiran 'oii orang sebelah!" di area rumah bujang, dan lima tahun kemudian, saya mula bosan dengan persekitaran di sekolah, macam tiada peningkatan kerjaya. Tambahan pula, guru-guru junior yang lebih muda dari saya telah ada yang keluar menyambung pelajaran. Memanglah dari awal kerjaya saya tidak berminat untuk berada dalam barisan pentadbiran, tapi ada terasa untuk membuat sedikit perubahan.

Circa1991 bersama murid-murid darjah 1

Circa 1993 bersama murid-murid darjah 1

Circa 1994 - Bujang lagi....
                                                                    
Foto Bersama Rakan Sekolah Rendah

Bersama rakan-rakan guru muda, 3 orang dah jadi gubeso...
                                                     

Dengan team sekolah solin soccer
                                                    

Team badminton sekolah - circa 1994
                                                     

Bersama rakan rombongan sekolah ke Melaka- circa 1993
                                             

Bersama guru 2 generasi. Orang lama Dan orang baru. Circa 1996

Bersama rakan-rakan 1 generasi. Circa 1998
                                      
Melanjutkan Pelajaran
1999, saya melihat satu tawaran yang amat sesuai dengan jiwa saya, iaitu berkaitan sukan. Universiti Malaya menawarkan pengajaian sepenuh masa dalam bidang Sains Sukan. Saya pun memohon dan permohonan saya diterima. Mei 2000 saya menyambung pelajaran ke UM setelah 10 tahun di sekolah rendah.  Dalam usia 35 tahun, saya adalah antara pelajar yang tertua, hencem dan sado di Pusat Sukan Universiti Malaya πŸ˜†.  Lain-lain kebanyakan freshies yang baru habis SPM atau STPM. Tidak seperti rakan lain di UM, saya berulang alik dari rumah ke pusat pengajian kerana rumah tidak jauh dan mempunyai keluarga. Cikgu-cikgu ramai dari negeri-negeri lain, saya antara yang beruntung kerana univesiti tidak jauh dari rumah.

2000- Hari terakhir di sekolah rendah sebelum menyambung pelajaran. Al-fatihah untuk sahabat arwah Hj Cikgu Ayob yang banyak membantu
                                               
                  
2000 - Hari terakhir di sekolah rendah bersama rakan-rakan 
                                          
Namun bukan mudah untuk menamatkan pengajian di universiti. Bagi saya lebih banyak peristiwa sedih dan perit dari detik yang menggembirakan. Ibu bapa yang berpindah tinggal di Petaling Jaya sejak 1997 meninggal dunia ketika saya dalam pengajian. Kedua-dua meninggal di Pusat Perubatan Universiti Malaya ( sebelah tempat pengajian saya) akibat sakit kanser. Terkilan saya kerana arwah ayah dan ibu tidak sempat melihat satu-satunya anak mereka yang belajar di universiti tamat konvokesyen.  

Arwah ayah dan ibu minggu suaikenal UM - Circa 2000
                                                                   
Sepanjang masa kedua orang tua ditimpa penyakit, pelajaran saya agak terganggu dan terpaksa sambung belajar dari 3 kepada 4 tahun. Satu kerugian bagi saya. Pada satu ketika, gaji separuh gaji belajar di tolak dengan pinjaman perumahan kerajaan, baki bulanan tidak sampai pun RM200. Dengan anak sudah berjumlah empat orang, walaupun isteri bekerja, tidak dapat menampung kehidupan dengan selesa. Saya terpaksa menjual kereta yang telah 5 tahun saya beli dengan kereta 2nd hand. Di samping itu saya membuat sedikit kerja part time untuk mengurangkan kos sara hidup.

2000- Minggu suaikenal di UM
                                                          
Minggu suaikenal bersama freshies dan guru sejawatan 

2004, alhamdulillah akhirnya dapat posting mengajar semula, dengan gaji permulaan ditambah elaun, bolehlah bernafas sedikit dengan anak-anak yang mula bersekolah. Kehidupan kami tidak susah dan tidak juga mewah. Mampu-mampu aje..bolehla...
Duduk di rumah pangsa DBKL hasil pampasan rumah setinggan arwah pak mentua yang diambil alih oleh kerajaan, sewa rumah adalah murah. 
Ditempatkan di sekolah menengah, berbeza dengan sekolah rendah. Sekolah yang besar, dengan jumlah pelajar pagi petang dalam dua ribu orang,  murid-murid pun besar dan agak  sukar untuk dikawal, suka menjawab dan ada yang melawan guru. Bilangan guru pun ramai yang sehingga sekarang pun saya tidak mengingati semua nama-nama mereka.Tidak seperti budak-budak sekolah rendah. Awal-awal memang sukar, hingga selalu terfikir nak tukar balik Ipoh, tapi banyak perkara perlu diambil kira. Lama kelamaan masa berganti masa, melalui pengalaman, banyak yang dapat diatasi. Saya kekal di sekolah posting selepas graduate ini sehinggalah detik persaraan. Sepanjang kerjaya sebagai pendidik hanya dua buah sekolah sahaja saya berkhidmat, sekolah rendah dan sekolah menengah.
Di sekolah, saya seorang guru yang kecil dan comel😜, tiada sebarang jawatan besar, sekadar guru biasa. Tapi saya merasai pengalaman yang saya minat dalam sukan, menjadi jurulatih bola sepak MSSKL. Dari seorang guru BM dan Matematik di  sekolah rendah, di samping guru PJK saya beralih menjadi guru Sejarah di sekolah menengah. Saya bersyukur dengan keadaan saya. Tiada masalah besar dalam pekerjaan. Rakan rakan yang kebanyakan guru-guru yang jauh lebih muda ramai membantu, terutama dalam bidang IT yang semakin melonjak dalam dunia pendidikan. Saya cuba menunjukkan gaya 'happy go lucky' untuk menghiburkan diri dan rakan-rakan jika persekitaran agak tertekan.

Bersama pasukan bola sepak PLD Zon Sentul KL

Sebelum hari-hari akhir persaraan di mana dunia dan negara dilanda gelombang Covid 19, saya merasai pengalaman bagaimana untuk memberikan pedidikan dan pengajaran kepada pelajar secara dalam talian di rumah. Memang bagi saya yang veteran yang pengetahuan IT tidak berapa tinggi, mengalami kesukaran pada awalnya. Namun saya beransur-ansur belajar meningkatkan pengetahuan dan Alhamdulillah saya telah boleh mengendali  PdP dalam talian secara konsisten. PdP di rumah secara online di rumah memang memberi manfaat kepada pelajar-pelajar dalam pembelajaran dengan pelbagai teknik yang telah tersedia.

Akhirnya detik yang ditentukan sudahpun tiba. 10 Januari 2021 dan setelah 31 tahun, saya berada di titik noktah kerjaya saya sebagai guru yang kecil dan power rangers πŸ˜†πŸ˜†. Tidak seperti guru-guru lain yang bersara sebelum ini, majlis perpisahan yang diadakan adalah agak besar dengan kehadiran semua guru dan murid, bersama beberapa persembahan yang akan menghiburkan hadirin. Namun majlis persaraan dan perpisahan saya bersama sorang lagi guru yang bersara sekadar kecil-kecilan dengan dihadiri oleh beberapa orang pentadbir dan guru kerana mematuhi SOP Covid 19 yang melanda negara. Namun saya tidak terkilan kerana itu telah ditentukan dan saya juga bukan person yang gemar disambut dan diberi perhatian. 








Kepada yang membantu saya, samada dari pensyarah-pensyarah, rakan-rakan maktab /universiti yang banyak memberi ilmu, rakan-rakan sekolah baik yang lebih tua, sebaya atau pangkat adik-adik yang baru akil baligh 😎😁😏 dalam profesion ini, terima kasih banyak-banyak diucapkan. Kepada murid-murid dan pelajar yang pernah saya asuh, didik dan bimbing, minta maaf kalau cikgu pernah merotan, mencubit atau smackdown awak semua πŸ˜‚. Teruskan usaha hingga menjadi insan yang dapat membantu kelurga, membangunkan negara dan menjadikan masyarakat kita lebih penyayang, bertolak ansur dan bertanggungjawab.  Pengalaman bersama anda semua akan saya ingati dan semat di sanubari pada hari-hari persaraan dan masa jadi YB ini...πŸ‘΄πŸ‘΄πŸ‘΄

Foto bersama rakan di sekolah menengah

                                                         Guru- guru SMKKB sesi pagi 2019

Hari Guru 2017

Hari Guru 2018
                                       

Bersama guru-guru sama usia

Bersama budak-budak bola dan kokoros bola yang melatih pasukan sekolah

                                                         Mentekedarah lepas main biton πŸ˜†

                                                             Bersama ahli Kelab 3K 2020

                                                      Bersama mush tradisi jumping semeh 2019

                                                            Dikawal oleh bodyguard sado
                                                                     Geng 'pulikat'

          Rakan muda mudi yang lama sejak 2009

                                  Breakfast sebelum Hari Draduasi di hotel sebelah kedai mamak 2019

                      Bersama rakan  meneskope

                          Bersama hang kubun πŸ˜†

Selamat tinggal
Bye- bye
Zaijian
Varukiren
Hasta la vista



De' Lenjen