Living In The Eighties

Assalamualaikum w.b.t,

This blog I made as a personal use to keep my memories back in the old good time especially in the 80's when I live in Ipoh. Friends, families and others who are interest and grown in the 80's are welcome to surf on in this site.

The era of the 80's was the most memorable moments of my life. There's happy and sad moment that I could'n forget. It's not because I'm not happy with my life currently. It's different cause that time when we are still kids, didn't have any heavy obligations, just plays, studies, getting fun and live with my loveble families. Besides, I still have my parents which I miss so much.

Here, most of the stories or article are around the 80's that I include a stories and history of that era along with the photo's or video clips. I also include several songs from the 60's and 70's with world wide history.There are also a photo's of my hometown, school's, places, family and friends that are related with me in the 80's.

Besides loving listening to music and watching films, I'm also an active sports person specially in football and badminton. I'm a biggest fan of old time articles or stories whether on event, persons, a legends or whatever related with history.

It's been since 1990 that I left Green Town, Ipoh and working in Kuala Lumpur. I can't imagine that i will live, stay and grown a family here in Kuala Lumpur, the biggest and a capital city in Malaysia. Still, the old fond memories of past days is still in my heart.
Hopefully it's will call our memories in the 80's which so wonderful and awesome.























Saturday, June 6, 2026

SPAIN LA ROJA - GREATEST INTERNATIONAL TEAM ON EARTH

PASUKAN NEGARA TERHEBAT SEPANJANG ZAMAN

Pada artikel yang lepas "Greatest Team Never Win World Cup" memaparkan pasukan-pasukan yang hebat tapi atas sesuatu kejadian dan pada hampir saat kemuncak akhirnya gagal menepati ramalan. Kini saya akan menulis sebuah pasukan yang memang hebat, dengan permainan dominan, dan menepati ramalan seluruh pemerhati dan peminat bola sepak muncul sebagai Juara Piala Dunia.

Tapi ini bukanlah sebuah pasukan yang biasa. Ia adalah sebuah pasukan kebangsaan yang dinggap terbaik sepanjang zaman dalam era bola sepak moden. Lebih hebat dari pasukan Brazil Pele 1970 dan juga lebih hebat dari pasukan samba Brazil 1982 yang dikepalai oleh Socrates dan juga lebih bagus dari pasukan total football Belanda yang di bawa oleh Johan Cruyff 1974. Kehebatan Spain tiki taka ini bukan kerana style game mereka lebih cantik atau menawan dari Brazil 50', Hungary 54', Brazil 70', Belanda 74' atau Brazil 82'. Kehebatan Spain ini ialah mereka mendominasi bola sepak dunia dalam tempoh yang agak panjang dan menjuarai tiga pertandingan utama dunia, Euro 2008, World Cup 2010 dan Euro 2012. Menakjubkan!

Bukan sekali atau dua, pasukan ini membuat hatrik kejuaraan berturut-turut pada tiga kejohanan besar dunia, Euro 2008, Piala Dunia 2010 dan Euro 2012.

Itulah Sepanyol atau Spain La Roja atau team 'Tiki Taka' yang menakluk dunia bola sepak selama empat tahun dari 2008-2012.

"Pasukan antarabangsa terbaik sepanjang zaman."

Begitulah pakar televisyen BBC dan bekas penyerang England, Alan Shearer - penjaring terbanyak di Kejohanan Eropah 16 tahun lalu - menggambarkan Sepanyol hanya beberapa minit selepas mereka mencipta sejarah dengan membelasah Itali 4-0 di Kiev untuk menjadi juara Euro 2012.

Gagah di peringkat kelab, gagal di arena negara

Spain mempunyai dua kelab terkemuka yang menguasai pesada bola sepak antarabangsa. Real Madrid sahaja menjuarai Piala Eropah/Champion League 15 Kali dan Barcelona 5 Kali. Spain juga mempunyai ramai pemain berbakat. Namun satu-satunya gelaran yang boleh dibanggakan oleh negara Sepanyol ialah menjuarai Euro 1964. (Itupun dengan hanya 4 negara peserta). Spain bolehlah dianggap sebagai 'pelakon tambahan' dalam bola sepak dunia dan Eropah. Tidak standing hero-hero dunia seperti Brazil, Argentina, Itali, Perancis atau Belanda.

Apa terjadi

Dua faktor utama yang membawa perubahan kepada Sepanyol. Pertama perlantikan Luis Aragones sebagai pengurus pasukan pada 2004 dan kedua kemunculan Barcelona sebagai salah sebuah kuasa bola sepak Eropah. Barcelona di bawah Frank Rijkaard menjuarai La Liga dua tahun berturut-turut 2004/05, 2005/06.

Tewas kepada Perancis di Piala Dunia 2006 di peringkat 16 terakhir, Aragones membina dan membawa kebanyakan pemain muda tersebut untuk persediaan Euro 2008, kecuali Raul Gonzalez lagenda Real Madrid yang diketepikan, kebanyakan pemain-pemain muda dikekalkan dan dikumpul kerana Aragones inginkan pemain-pemain yang lebih bertenaga seperti Fernando Torres dan David Villa dan mengubah sistem permainan dari pemusatan individu kepada corak berpasukan yang mengamalkan 'possesion football' (dominasi permainan) di samping hantaran dan serangan balas yang pantas.

Barcelona menyediakan tiga pemain midfield Xavi, Iniesta dan Pedro untuk menggerakkan bahagian tengah yang merupakan nadi pasukan Sepanyol Euro 2008 ini.

Kepercayaan kepada pemain muda dan perubahan sistem permainan membawa Sepanyol menjuarai Euro 2008 di Vienna dengan menewaskan Jerman 1-0 di final. Ia adalah kejuaraan pertama La Roja selepas 44 tahun!

Skuad Sepanyol juara Euro 2008

Aragones meninggalkan Sepanyol selepas Euro 2008 dan digantikan oleh Vincente Del Bosque yang meneruskan asas sistem permainan short passing dan tiki taka yang diamalkan oleh Aragones.

Keyakinan di kalangan pemain dan peminat Sepanyol meningkat selepas kejayaan Euro 2008. Barcelona di bawah Pep Guardiola menjuarai Champion League 2008/09, 2010/11 menewaskan Manchester United 2-0 dan 3-1 di final. Pengurus United Alex Ferguson berkata Man Utd di didominasi dan dibuli teruk dari segenap sudut dan mengaku team Barca ini adalah yang terbaik beliau pernah temui sepanjang beliau menjadi pengurus Man Utd. Sepanyol dan Barcelona berada di kemuncak prestasi bola sepak dunia dan 8 pemain Barcelona dipilih mengganggotai skuad Piala Dunia Sepanyol 2010 dengan Xavi, Iniesta dan Busquet ialah nadi dan jentera penggerak La Roja. Ditambah dengan pemain-pemain yang mempunyai kawalan bola yang baik,  seperti Puyol, Piquet, Ramos, David Silva, Fabregas, Pedro, Bosque meneruskan amalan permainan ball possesion dan short passing tiki taka yang diamalkan oleh Barcelona ke dalam pasukan Sepanyol.

Di Piala Dunia 2010, ramalan Spain sebagai favourite menjadi juara dunia menjadi kenyataan. Sepanyol  menewaskan pasukan 'ganas' Belanda 1-0 di final untuk bergelar juara dunia  buat kali pertama selepas 80 tahun!

Juara Piala Dunia 2010

Kecemerlangan Sepanyol diteruskan pada Euro 2012 di Ukraine dengan menggunakan pemain yang sama kecuali ketiadaan striker utama David Villa yang mengalami kecederaan. Tanpa striker utama dan menggunakan Cecs Fabregas sebagai 'false 9' mereka masih mampu membelasah Itali 4-0  di final dan mengumpul gelaran utama ketiga dalam tempoh 4 tahun. Ini adalah suatu pencapaian yang amat menakjubkan.

Juara Euro 2012

Pasca Kejayaan Rangkuman 3 Kejuaraan

Sistem permainan ball possesion, short passing, tiki-taka, high pressing menjadi perhatian dunia. Banyak pasukan yang ingin meniru gaya permainan tersebut. Nampak mudah dan santai tapi sukar untuk diamalkan. Maestro tika taka Sepanyol, Xavi Hernandez bersama 'partner in crime'nya Anders Iniesta telah bersama di akademi La Masia Barcelona seawal peringkat sekolah rendah dan disertai oleh si 'pivot' Sergei Busquet kemudiannya dan masa dan latihan yang diperlukan tidak membuahkan hasil dalam masa yang singkat. Mereka bertiga menjalankan gerakan keseluruhan pasukan Sepanyol dan Barcelona sehingga membawa kejayaan yang cemerlang.

Kemerosotan Barcelona seiring dengan apa yang berlaku terhadap Sepanyol. Playmaker Xavi yang berumur 33 tahun tidak lagi berfungsi seperti dahulu. Hantaran-hantarannya tidak setepat dan sepantas masa kemuncaknya. Di benteng pertahanan kapten Carlos Puyol 35, juga sudah di penghujung karier dan Gerard Pique tidak mempunyai gandingan untuk memantapkan pertahanan. Sepanyol tewas 3-0 kepada Brazil dalam Piala Konfederasi dan bayangan kepada kemerosotan tiki-taka semakin jelas.
Pada Piala Dunia 2014 Sepanyol dibelasah Belanda 5-1 melalui serangan balas yang pantas dan kalah kepada kelasakan Chile, pasukan yang tidak pernah menewaskan mereka 11 perlawanan yang lalu. Del Bosque menyatakan ia adalah hari-hari yang menyedihkannya sebagai jurulatih Sepanyol.

Del Bosque meninggalkan Sepanyol pada 2016, General tiki-taka Xavi juga bersara dari La Roja  pada 2014 dan Iniesta menyusul pada 2018. Tiki taka mulai lenyap kerana ramai pengkritik menyatakan corak permainan tersebut sudah mula membosankan penonton dan sudah mudah dibaca gerakannya oleh pemain lawan.

La Roja di EURO 2020

Luis Enrique, bekas pemain Barcelona sezaman Pep Guardiola dilantik sebagai pengurus Sepanyol pada 2018 untuk mengembalikan legasi La Roja yang mula merudum untuk menghadapi Euro 2020. Enrique mengumpul pemain-pemain generasi baru dengan hanya Sergei Busquet kekal dan dilantik sebagai kaptennya, Enrique yang juga taksub dengan sistem permainan dominasi dan possesion football menguasai permainan ke atas semua pasukan yang ditemui, namun sukar untuk mencapai kemenangan akibat kurang ketajaman di hadapan gawang gol. Sepanyol tewas di separuh akhir kepada bakal juara Euro 2020, Itali melalui sepakan penalti, setelah menguasai hampir 80% permainan. Pengurus Itali Roberto Mancini berkata pasukannya 'menderita' ketika melayan Sepanyol dan mengakui Sepanyol adalah sebuah pasukan yang hebat.

Namun pujian bukan apa yang dunia bola sepak sekarang utamakan. Hebat tapi gagal merangkul kejuaraan adalah suatu kegagalan. Corak permainan bawaan Enrique memang menguasai 70-80% permainan namun sukar menjaringkan gol dan tewas kepada counter attack lawan. Luis Enrique meninggalkan Sepanyol selepas Piala Dunia 2022 dan pengurus baru membawa La Roja dengan corak permainan yang jauh berbeza iaitu keutamaan menjaringkan gol walaupun tidak menguasai permainan. (Enrique meyertai PSG sebagai pengurus pada 2023 dan membawa PSG menjuarai Champion League buat Kali Pertama dan berturut 2024/25 dan 202/26 tanpa Kylan Mbbape dan tetap menggunakan possession football dengan pengubahsuaian kepada vertical tiki-taka)

Sepanyol mempunyai ramai pemain-pemain yang berbakat dan mampu untik menewakan siapa sahaja lawan di peringkat dunia. Namun kita tidak akan dapat melihat lagi Sepanyol zaman emas yg menguasai dunia dengan permainan menarik tiki taka menerusi hantaran-hantaran pantas, gerakan piramid dan total football selepas ini seperti mana kita telah kehilangan corak permainan samba asli yang dipamerkan oleh Brazil 1970 dan Brazil 1982, kerana kemenangan walau dengan gaya yang buruk sekalipun adalah lebih penting dari permainan cantik seperti mana yang kita perhatikan kepada pasukan-pasukan modern sekarang.

Digarap oleh De' Lenjen

Peminat Tika taka taka teki main passing-passing


No comments: