Living In The Eighties

Assalamualaikum w.b.t,

This blog I made as a personal use to keep my memories back in the old good time especially in the 80's when I live in Ipoh. Friends, families and others who are interest and grown in the 80's are welcome to surf on in this site.

The era of the 80's was the most memorable moments of my life. There's happy and sad moment that I could'n forget. It's not because I'm not happy with my life currently. It's different cause that time when we are still kids, didn't have any heavy obligations, just plays, studies, getting fun and live with my loveble families. Besides, I still have my parents which I miss so much.

Here, most of the stories or article are around the 80's that I include a stories and history of that era along with the photo's or video clips. I also include several songs from the 60's and 70's with world wide history.There are also a photo's of my hometown, school's, places, family and friends that are related with me in the 80's.

Besides loving listening to music and watching films, I'm also an active sports person specially in football and badminton. I'm a biggest fan of old time articles or stories whether on event, persons, a legends or whatever related with history.

It's been since 1990 that I left Green Town, Ipoh and working in Kuala Lumpur. I can't imagine that i will live, stay and grown a family here in Kuala Lumpur, the biggest and a capital city in Malaysia. Still, the old fond memories of past days is still in my heart.
Hopefully it's will call our memories in the 80's which so wonderful and awesome.























Wednesday, July 15, 2026

LA ROJA - ROAD TO WORLD CUP 2026 FINAL

SPAIN ROAD TO THE FINAL WORLD CUP 2026

Ini bukan lah sebuah pasukan seperti Spain yang kita lihat mendominasi dunia bola sepak antarabangsa era Xavi- Iniesta 2008-2012. Namun Spain ini masih mengekalkan falsafah permainan yang sama, penguasaan bola dan 'team work' serta hantaran bola 'short passing' yang melemahkan pasukan lawan.

Pengurus Sepanyol, Luis de La Fuente telah meng 'upgraded' tiki taka zaman emas dengan hantaran-hantaran bola yang lebih pantas yang lebih vertical menjurus ke arah kawasan merbahaya pihak lawan.

Semenjak de La Fuenta mengambil alih dari Luis Henrique pada Disember 2022, skuad La Roja mencipta rekod tidak pernah tewas dalam 37 perlawanan ( 28 kemenangan ) semenjak Mac 2024 dan boleh dianggap sebagai salah sebuah pasukan favourites untuk menjuarai Piala Dunia 2026.

Mari kita teliti bagaimana perjalanan Sepanyol sehingga berjaya ke perlawanan akhir Piala Dunia ini.

Match 1: Spain 0 - Cape Verde 0

Ramai peminat menyatakan Spain akan menang mudah ke atas pasukan kecil yang membuat kemunculan pertama di Piala Dunia ini. Tapi itu bukan ceritanya. Cape Verde meletakkan hampir seluruh pemainnya di pinggir kotak penalti mereka. Taktik bertahan 'low block' Cape Verde berhasil. Walaupun Spain menguasai penuh permainan namun mereka gagal membocori benteng pertahananan Cape Verde. Kalau adapun peluang ia dipersiakan dengan penyudahan yang tidak tajam. Oyarzabal bukan striker yang mampu untuk membuat jaringan dalam Keadaan kritikal seperti Messi, Kane atau Mbappe. Ditambah pula dengan kecemerlangan keeper Verde, Vozinha, Spain buntu untuk mencari gol. Pemerhati bola sepak mula mempertikai kemampuan Spain untuk pergi jauh dalam Piala Dunia ini.


Match 2: Spain 4 - Arab Saudi 0

Spain mula menunjukkan taringnya. Kehadiran Lamine Yamal nyata membawa perubahan untuk membuka ruang dan idea menjaringkan gol. Arab Saudi tidak seperti Cape Verde. Pertahanan mereka rapuh dan tidak fokus terhadap serangan Spain.

Match 3: Spain 1 - Uruguay 0

Bertemu pasukan dari Amerika Selatan yang me.ang terkenal dengan kelasakan dan fizikal, Spain menguasai penuh permainan. Uruguay memerlukan kemenangan, namun mereka tidak berani menyerang dan kekurangan kualiti dibandingkan dengan Spain. Jaring oleh Alex Baiena minit ke-42 mematikan harapan Uruguay dan Spain hanya bermain seperti biasa umpama pekerja kerajaan menunggu masa untuk pulang ke rumah. 1-0 adalah kemenangan tipis namun statistik menunjukkan ia game yang agak mudah untuk Spain

Round 32: Spain 3 - Austria 0

Kemenangan mudah untuk Spain. Austria cuba mencabar dan membuka permainan. Namun mereka bukan lawan Spain. Spain menguasai penuh bola dan permainan. Bek kiri dan kanan Spain ibarat seperti penyerang dengan Cucurella melakukan asist dan Porro menjaringkan gol.

Round 16: Spain 1- Portugal 0

Dianggap sebagai pertemuan antara Spain sebuah pasukan berdisiplin dan teamwork yang tinggi bertemu dengan Portugal yang mempunyai ramai pemain bintang dan berkualiti. Jika dinilai man to man, Portugal lebih unggul. Namun ini bukanlah permainan individu, dan di sini Spain menunjukkan kerjasama, bersaling hantaran bola pendek dan kebolehan teknikal yang tinggi secara berpasukan mengatasi kemahiran individu.

Suku Akhir : Spain 2- Belgium 1

Selepas mengatasi cabaran dari bintang-bintang Portugal, Spain dilihat bakal menang mudah menentang Belgium yang ketiadaan Tielemans dan Onana. Jikapun ada dua pemain ini, mereka tidak akan dapat menghampiri midfield Spain yang diketuai maestronya Rodri. Spain. La Roja menguasai penuh permainan, namun kehadiran winger Belgium Jeremy Doku yang dianggap oleh Pep Guardiola sebagai pemaina antara terbaik dunia dalam situasi 1 vs 1 agak mengganggu Spain. Cucurella yang sering membuat overlap dan serangan dari arah kiri dan melakukan hantaran lintang gagal memainkan peranannya. Dengan hanya mendapat sedikit peluang serangan balas, Belgium berjaya menjaringkan gol penyamaan. Satu-satu kalinya pintu gawang Spain bocor! Namun kekal sabar dengan sistem hantaran pendek yang kemas, Spain sering mengancam kubu Belgium dan akhirnya berjaya menewaskan Belgium dengan gol lewat oleh Merino.

Separuh Akhir : Spain 2 - Perancis 0

Dianggap ibarat pertemuan buku dengan ruas. Perancis memenangi semua 6 perlawanan mereka dengan menjaringkan 16 gol dan bolos hanya 2. Mereka mempunyai barisan serangan yang hebat dengan Mbbape telah menjaringkan 8 gol, Dembele 5 gol dibantu oleh Olise dan Barcola. Empat rangkaian penyerang ini telah merobek pertahanan lawan dengan gerakan-gerakan yang pantas. Namun Spain ada jawapannya. Dengan mengekalkan permainan hantaran-hantaran pendek yang kemas, bertukar-tukar posisi dan pressing yang tinggi dan pantas, bantuan kepada Mbappe, Dembele dicantas. Akibatnya Perancis gagal mengancam gawang Sepanyol. Gol pertama Spain melalui penalti akibat kesilapan Digne memberi tekanan kepada Perancis dan Sepanyol melalukan routine permainan mereka melalui gerakan dan hantaran yang kemas sehingga gol kedua diperolehi melalui pemain pertahanan Pedro Porro. La Roja layak ke final Piala Dunia buat kali kedua dan Les Blues suram menggigit jari.


FINAL : SPAIN VS ARGENTINA

Sepanyol mempunyai kelebihan ke atas Argentina berdasarkan prestasi menewaskan lawan-lawan mereka di peringkat kalah mati. Sedangkan Argentina bergelut untuk mara ke akhir dengan gol-gol minit akhir sepanjang peringkat tersebut.

Bahagian tengah akan memainkan peranan penting untuk menentukan kemenangan Spain. Spain dijangka akan menguasai bahagian midfield yang diterajui Rodri kecuali Argentina melakukan sesuatu untuk menghalangnya. Lamine Yamal perlu beraksi baik untuk membolosi bahagian kanan samada untuk menjaringkan gol atau memberi ruang kepada rakan lain mencetak gol.
Namun Argentina tidak boleh dipandang ringan. Dengan kehadiran Lionel Messi mereka mampu membuat benteng pertahanan lawan kucar kacir dengan bantuan pemain berkualiti tinggi seperti Julian Alvarez, Enzo Fernandez dan Alexis McAllister. 

Kelemahan Sepanyol
Spain memang akan menguasai bola dan permainan. Tapi mereka mempunyai masalah dalam menjaringkan gol kerana ketiadaan 'pure striker' dalam pasukan. Spain memainkan seorang foward, Mikel Oyarzabal dan dia bukan seperti Mbappe, Harry Kane, Bellingham atau Julian Alvarez apatah lagi dibandingkan dengan Lionel Messi. Pertahanan Spain tidak bocor bukan kerana kekebalan penjaga gol Unai Simon atau kehebatan bek tengah Emeryc Laporte atau Pau Cubarsi, tapi kerana ianya dilindungi oleh bahagian tengah Rodri, Pedri, Fabian Luiz atau Dani Olmo yang membuat pressing awal sehingga pihak lawan tidak dapat mengawal bola dan membuat hantaran kepada striker. Jika bahagian tengah Argentina dapat menghalang asakan Rodri dan rakan-rakan, Messi, Alvarez akan dapat menewaskan Laporte dan Cubarsi dan seteruskan membolosi gawang Spain.
Dengan segala hantaran-hantaran bola dan penguasaan permainannya, Spain perlu menjaring gol terlebih dahulu, dan seterusnya akan melakukan penguasaan seperti yang dilakukan ke atas Perancis. Jika tidak Messi anda Co. akan mengambil kesempatan dan menghukum Rodri and the gang kerana Argentina kerap ghairah dan bangkit pada mint-minit akhir permainan seperti yang dilakukan pada Cabo Verde, Mesir, Switzerland dan England.

Prediction:  Sepanyol 55/45

FINAL UPDATED : SEPANYOL 1 - ARGENTINA 0

Sepanyol terpaksa menunggu hingga ke minit 107 masa tambahan untuk membenam kedegilan Argentina dalam antara final yang paling berat sebelah dalam sejarah Piala Dunia. Ia ibarat perlawanan antara serangan dan pertahanan ( attack vs defence)
Sepanjang tempoh 90 minit permainan, Spain menguasai permainan dengan trio midfield Rodri, Dani Olmo, Fabian Luis mengerakkan bahagian tengah dan cuba memecahkan pertahanan Argentina. Beberapa hantaran berjaya memasuki benteng Argentina, namun ketumpulan serangan Spain dengan striker tunggalnya Mikel Oyarzabal gagal menguji sepenuhnya penjaga gol Argentina, Emilio Martinez. Dari 20 percubaan yang dilakukan, 12 daripadanya berjaya dihalang oleh Martinez termasuk dari Oyarzabal, Lamine Jamal atau Buena. Manakala Argentina langsung tidak dapat membuat hantaran ke dalam penalti Spain dan tidak juga dapat melakukan sebarang percubaan. Lionel Messi tidak dapat membantu jentera serangan Argentina Dan tiada langsung sentuhan bola dalam kawasan penalti Sepanyol sepanjang 90 minit permainan. Albiceleste seakan menanti untuk permainan tamat dan membawa La Roja ke masa tambahan dan seterusnya ke penentuan sepakan penalti.
De la Fuentes menukar pemain termasuk kaptennya Rodri, Fabian Luis, Dani Olmo, Alex Buena, Oyarzabal dan Emeryc Laporte untuk digantikan dengan Pedri, Nico Williams, Zubimendi, Mikel Merino, Ferran Torres dan Eric Garcia bagi memberi lebih tekanan kepada Argentina.
Pada lewat masa penuh permainan, Enzo Fernandez dikenakan kad kuning kedua atas kekasaran terhadap Pau Cubarsi dan Argentina semakin terdesak bertahan dengan baki 10 pemain. Penyerang Julian Alvarez dikeluarkan dengan membawa pemain pertahanan berkubu di kawasan sendiri, dan Argentina sudah ketiadaan penyerang dengan Messi juga tyrun membantu pertahanan Argentina.
Setelah mensesiakan banyak peluang terutama dari Merino, Williams. Torres dan Yamal, akhirnya pada minit 107 masa tambahan satu hantaran dari Pedro Porro ke hujung pintu gol Argentina disambut dengan tandukan ke belakang oleh Williams dan Torres tidak mensesiakan peluang dengan membuat rembatan kaki kiri kencang  yang yang gagal diselamatkan oleh Martinez dan barisan pertahanan Argentina yang lain.
Argentina terdesak untuk mencari gol penyamaan dan melakukan tiga percubaan namun tidak menemui sasaran. Sepanyol memperlahankan permainan sehingga wisel penamat dibunyikan dengan akhirnya Sepanyol menang 1-0 dan bergelar Juara Dunia buat kali ke-2 selepas 2010.
Tahniah Espana La Roja Tiki taka 2.0!





Game yang paling sukar dari lapan permainan yang dilalui Sepanyol.

Perlawanan paling sukar bagi Sepanyol dalam Piala Dunia FIFA 2026 ialah perlawanan akhir menentang Argentina. 'La Roja' akhirnya menang 1-0 pada masa tambahan, namun kapten Rodri menyifatkan kejohanan itu—dan khususnya pertemuan dengan skuad yang diketuai Lionel Messi di peringkat akhir—sebagai cabaran paling hebat yang pernah ditempuhinya. Perlawanan akhir itu sangat sengit dan meletihkan kerana Argentina memberikan tentangan pertahanan yang ampuh, sekali gus menyekat serangan Sepanyol walaupun Sepanyol mendominasi permainan dengan 65% penguasaan bola dan melakukan sejumlah 20 percubaan. Tekanan serta organisasi pertahanan 'Albiceleste' memaksa Sepanyol berhempas-pulas sehingga jauh ke masa tambahan sebelum akhirnya berjaya memecah kebuntuan.
Namun begitu, berdasarkan statistik, perlawanan antara Sepanyol vs Portugal adalah lebih getir. Spain juga menang 1-0 ke atas Portugal dengan gol minit 92 oleh Mikel Merino, namun Portugal mempunyai beberapa serangan dan xG  0.56 (expected goal) ke atas Sepanyol, yang paling tinggi direkodkan oleh pasukan lawan.

Digarap oleh : de' Lenjen

Foto : Fifa official, Google image dan Wikipedia image














No comments: