Living In The Eighties

Assalamualaikum w.b.t,

This blog I made as a personal use to keep my memories back in the old good time especially in the 80's when I live in Ipoh. Friends, families and others who are interest and grown in the 80's are welcome to surf on in this site.

The era of the 80's was the most memorable moments of my life. There's happy and sad moment that I could'n forget. It's not because I'm not happy with my life currently. It's different cause that time when we are still kids, didn't have any heavy obligations, just plays, studies, getting fun and live with my loveble families. Besides, I still have my parents which I miss so much.

Here, most of the stories or article are around the 80's that I include a stories and history of that era along with the photo's or video clips. I also include several songs from the 60's and 70's with world wide history.There are also a photo's of my hometown, school's, places, family and friends that are related with me in the 80's.

Besides loving listening to music and watching films, I'm also an active sports person specially in football and badminton. I'm a biggest fan of old time articles or stories whether on event, persons, a legends or whatever related with history.

It's been since 1990 that I left Green Town, Ipoh and working in Kuala Lumpur. I can't imagine that i will live, stay and grown a family here in Kuala Lumpur, the biggest and a capital city in Malaysia. Still, the old fond memories of past days is still in my heart.
Hopefully it's will call our memories in the 80's which so wonderful and awesome.























Showing posts with label Badminton Legends. Show all posts
Showing posts with label Badminton Legends. Show all posts

Saturday, September 21, 2024

Tale Of 'What Is The 'If' Ceritera Apa Berlaku Jika Dikalau - Sayonara King Kento

Lagenda Samurai Badminton

Tanggal 18 Mei 2024, Kento Momota, bekas pemain no.1 dunia dan Juara Dunia 2 kali dan di war-warkan sebagai pengikut jejak langkah wira legenda Lin Dan mengumumkan persaraan dari dunia badminton antarabangsa pada seawal usia 29 tahun. Ketika pada usia ini, lagenda badminton seniornya Lin Dan, Lee Chong Wei, Chen Long mencapai kemuncak kerjaya, dan rakan seangkatan Viktor Axelsen, Shi Yuqi sedang menikmati kejayaan, Momota dengan berat hati terpaksa melepaskan hasrat untuk meneruskan karier badminton nya.

Apa sebenarnya yang berlaku..?

Penglibatan Awal

Kento Momota lahir pada 1 September 1994 di Kagawa, Jepun. Ketika berumur 12 tahun, Momota telah menjuarai kejohanan badminton sekolah-sekolah seluruh Jepun dan semasa tahun ketiga dia telah menjuarai kejohanan badminton Junior Jepun.

2012 - Juara Remaja Dunia                     

Kehadiran Momota mula dirasai oleh peminat badminton apabila beliau mengambil bahagian di Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Taiwan pada 2011. Walaupun tidak berjaya ke final apabila tewas kepada pemain Malaysia, Zulfadli Zulkifli di separuh akhir. Belajar dari kekalahan, Momota menjuarai kejohanan Remaja Badminton Dunia pada 2012 apabila menewaskan wakil China Xue Song di final.

Momota menjuarai Badminton Remaja Dunia 2012

Kejayaan Momota menjuarai Remaja Dunia menarik perhatian syarikat telekomunikasi terbesar Jepun Nippon Telegraph Telephone East Corporation (NTT East). NTT menawarkan Momota pekerjaan disamping menyediakan perbelanjaan untuk latihan dengan club dan negara,  Beliau mula menyesuaikan diri dalam mengagihkan masa dalam pekerjaan, latihan di peringkat kebangsaan di samping aktif dalam club, iaitu majikannya.

2013 - Peringkat Senior Antarabangsa          
Ketika berusia 19 tahun, Momota dihantar ke kejohanan-kejohanan peringkat International Challenge di Eropah dan berjaya menghasilkan keputusan memberangsangkan dengan menjuarai beberapa pertandingan. Momota kemudiannya dihantar ke pertandingan yang lebih besar diperingkat Grand Prix/Gold bahkan di Super Series.

2014 - Jepun Juara Piala Thomas!!!!                Sebelum ini hanya 3 negara sahaja yang mencetak nama bergelar Juara Piala Thomas sejak diperkenalkan pada 1949, Malaysia, Indonesia dan China.
Piala Thomas 2014 adalah penyertaan sulung Momota. Bermain sebagai single kedua di belakang Kenichi Tago, beliau memenangi kesemua perlawanannya dan buat kali pertama dalam sejarah, Jepun menjuarai Piala Thomas dengan menewaskan Malaysia 3-2 dalam perlawanan akhir. Kemenangan Jepun membuka lembaran baru Piala Thomas dari dimonopoli oleh China-Indonesia, apabila Denmark dan India turut menjuarainya pada tahun-tahun yang berikut.

Jepun - Juara tebaru Piala Thomas 2014

2015 - Pemain Pertama Jepun Juarai Super Series
Bintang Momota semakin menyerlah apabila pada 2015 beliau menjadi pemain pertama Jepun menjuarai Super Series dengan merangkul Kejuaraan Terbuka Singapura yang disertai oleh pemain-pemain ternama dunia seperti Chen Long, Jan O Jorgensen, Srikanth, Victor Axelsen dan Hou Tien Chien. Momota juga memegang rekod sebagai pemain termuda dalam sejarah badminton yang menjuarai Super Series pada usia 21 tahun. Beliau juga memegang rekod apabila muncul pemain termuda yang memenangi pingat gangsa pada Kejohanan Dunia WBF 2015.

2016 - Skandal Perjudian
Ketika beliau dalam usia yang muda ini dan dalam pembikinan sebagai pemain utama dunia, Kento Momota bersama rakan seniornya Kenichi Tago terlibat dalam skandal perjudian haram di sebuah kasino di Tokyo. Lembaga mesyuarat mendedahkan Momota berjudi sebanyak 0.5 juta yuan dalam 6 kali lawatannya ke kasino tersebut manakala Tago dalam 60 lawatan ke pelbagai kasino telah memperjudikan10 juta yen ( 1 juta yen = RM28,500).
Persatuan Badminton Jepun menggantung Momota sehingga penghujung tahun 2017, dan Momota terlepas untuk menyertai Sukan Olimpik Rio De Jeneiro 2016. Jikalah perkara ini tidak berlaku...

Kenichi Tago (kiri) didenda Dan digantung 3 tahun, manakala Momota digantung 10 bulan akibat skandal perjudian haram.
Kredit google image

2018 - Kembali Ke Skuad Kebangsaan dan Menjadi Juara Dunia
Setelah tamat penggantungan, Momota kembali menyertai skuad bandminton Jepun. Namun akibat kekurangan pertandingan dan mata, beliau tidak layak menyertai kejohanan All England yang elit. Momota memadamkan kegagalan itu dengan menjuarai Kejohanan Badminton Asia di Wuhan pada April dengan menewaskan jaguh China dan Juara Olimpik dan Dunia, Chen Long 21-17,21-13 di final. Momota mneruskan kecemerlangan dengan menjuarai gelaran dunia apbila menewaskan wakil China, Shi Yuqi 21-11, 21-13 pada Kejohanan Dunia BWF. Beliau juga menjuarai 4 kejuaraan World Tour; Terbuka Indonesia, Terbuka Jepun, Terbuka Denmark dan Terbuka China. Momota menjadi pemain pertama Jepun menduduki ranking no.1 BWF pada 27 September 2018. Begitu pantasnya Momota kembali sebagai pemain utama dunia walaupun baru setahun aktif setelah penggantungan akibat skandal perjudian.

Juara Dunia 2018 dan 2019
Kredit google image

2019 - Mempertahankan Kejuaraan Dunia Dan Memadam Rekod Lee Chong Wei
Momota megekalkan prestasi cemerlang pada tahun berikutnya apabila menjuarai All England dengan mengalahkan Viktor Axelsen dan menjadi pemain pertama Jepun melakukannya. Pada April, Momota menjuarai Kejohanan Asia keduanya di Wuhan, menewaskan Shi Yuqi di final dan menjuarai Terbuka Singapura dan Jepun. Pada Ogos, beliau mempertahankan Kejuaraan Dunia BWF menewaskan Anders Antonssen di final dan menjadi hanya pemain keempat melakukannya selepas Yang Yang (1987-89) Lin Dan (2006-07) dan Chen Long (2014-15).
Momota menutup kalendar badminton BWF tahun ini dengan amat cemerlang menjuarai World Tour Finals dengan menewaskan Sinsuka Ginting di final. Keseluruhannya Momota telah mencipta rekod berjaya merangkul 11 kejuaraan utama badminton sekaligus memadam rekod yang dipegang oleh Lee Chong Wei dengan 10 Kejuaraan pada 2010. Beliau dianugerahkan sebagai BWF Pemain Single Lelaki Terbaik Dunia 2019.

Kemuncak karier Momota pada 2019 - 11 Kejuaraan.
Kredit maxbad_888 instagram

2020- Kemalangan Hampir Meragut Nyawa dan Penundaan Sukan Olimpik Tokyo  
Momota memulakan tahun baru sebagai pemain ranking no.1 dunia. Menyertai Malaysian Masters pada awal Januari sebagai pilihan utama, beliau menepati ramalan apabila muncul sebagai juara apabila menewaskan Juara Dunia 2017, Victor Axelsen straigth set 24-22,21-11 dalam perlawanan akhir dan melebarkan kemenangan individu ke atas Axelsen 14-1.
Malang yang tidak dijangka menimpa Momota. Selepas menyertai pertandingan dan ketika dalam perjalanan ke KLIA, berlaku kemalangan jalanraya yang mengorbankan pemandu van persiaran. Momota diberitakan mengalami patah hidung, keretakan soket mata, di samping kecederaan bibir dan muka. Momota terpaksa berehat buat seketika dalam aktiviti badminton dan hanya dijangka menyertai skuad kebangsaan pada bulan Jun. Impiannya untuk menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020 seakan-akan terkubur akibat dari kemalangan tersebut. Namun Momota sedikit lega apabila Majlis Mesyuarat Olimpik dan Jawatankuasa Olimpik Jepun memutuskan untuk menunda Sukan Olimpik Tokyo pada tahun 2021 akibat penularan wabak Covid19 di peringkat global. Jikalah ini tidak berlaku.....


Momota terlibat kemalangan Jalan raya di Mex Highway
Kredit google image

2021 - Positif Covid19 dan Kegagalan Dalam Sukan Olimpik
Nasib malang pada awal tahun baru seakan-akan memburu Kento Momota apabila ketika berangkat menyertai Terbuka Thailand pada Januari apabila beliau disahkan dijangkiti Covid19. Akibatnya, seluruh anggota pasukan badminton Jepun terpaksa menarik diri dari menyertai Yonex terbuka Thailand dan Toyota Terbuka Thailand pada bulan itu. Di samping itu Momota juga terlepas untuk menyertai World Tour Finals di Bali, Indonesia.
Momota membuat kemunculan semula pada All England pada Mac sebagai pilihan utama tapi tewas mengejut kepada Lee Zi Jia di peringkat suku akhir dengan straight set.
Pingat pada Sukan Olimpik adalah impian utama Momota, apatah lagi beliau merupakan antara pemain dijangka menggondol emas. Namun semua itu hancur apabila beliau tersingkir seawal peringkat kumpulan apabila tewas mengejut kepada Heo Hwang hee dari Korea Selatan.

Momota tewas kepada Heo Kwang hee dari Korea dan tersingkir awal di Olimpik Tokyo 2021
Kredit Planetbadminton.com

Pada bulan September, Momota menyertai skuad Jepun menyertai Piala Sudirman dan membantu Jepun mara ke final sebelum tewas kepada China 3-1. Pada Piala Thomas di Aarhus, Denmark, Jepun juga tewas kepada China di separuh akhir juga dengan 3-1.
Pada Oktober, Momota menyertai Terbuka Denmark namun tewas rubber set kepada Victor Axelsen. November, Momota memenangi gelaran pertamanya sejak kemalangan di Kuala Lumpur apabila menewaskan Anders Antonsen dalam final Indonesia Master yang berat sebelah 21-17,21-11. Keseluruhannya 2021 adalah tahun yang mengecewakan buat Kento Momota dengan hanya memenangi satu gelaran dan gagal di Sukan Olimpik.

Dari saat kemalangan jalan raya di Kuala Lumpur pada awal 2020 sehingga 2023, Kento Momota hanya mencapai 2 Kejuaraan dari keseluruhan 22 Kejuaraan yang dicapai sepanjang karier senior dari 2013-2024.

Prestasi Momota jelas terjejas selepas kemalangan di Kuala Lumpur. Dalam satu temubual, beliau menyatakan vision matanya agak kabur apabila menerima hantaran shuttle tinggi dari lawan, seakan-akan ada 2 butir shuttle tergantung. Ini adalah kesan dari kecederaan soket mata akibat kemalangan 2020 di Kuala Lumpur.

Pada 18 April 2024, Kento Momota dengan rasminya mengumumkan persaraan dalam badminton antarabangsa pada usia 29 tahun. Momota menyatakan kesan dari kemalangan jalanraya yang dihadapi, termasuk kecederaan dan kemerosotan dalam ranking dunia adalah faktor persaraannya.

Dunia badminton kehilangan seorang pemain yang boleh dikategorikan sebagai lagenda, sebaris dengan Taufik Hidayat, Lin Dan, Lee Chong Wei, Chen Long. Momota juga merupakan pemain yang paling sukar ditewaskan oleh pemain tersohor no.1 Dunia Sekarang Viktor Axelsen, dengan Momota memengang rekod pertemuan 2 jagoan ini 14-3.

Rekod Pencapaian Kento Momota
Pemain pertama Jepun menjuarai Kejohanan Badminton Remaja Dunia (2012)
Pemain Pertama Jepun menjuarai Super Series (2015)
Pemain Termuda Menjuarai Super Series (2015)
Pemain Pertama Jepun menjuarai gelaran Juara Dunia (2018)
Pemain Pertama Jepun menjuarai Kejohanan Asia (2018)
Pemain Keempat sepanjang zaman mempertahankan Kejuaraan Dunia (2018-2019)
Pemenang rekod terbanyak Kejuaraan Semusim dengan 11 gelaran (2019)





Credit : Ben Beckman Badminton - Youtube

Sayonara arigato Kento Momota






Wednesday, April 8, 2020

10 PEMAIN BADMINTON GRAND SLAM

GRAND SLAM DALAM DUNIA BADMINTON

Pertandingan badminton dunia mengalami perubahan ketara sejak empat dekad yang lalu. Dari pertandingan Terbuka disamping kejuaraan utama, berubah kepada Super Series, World Tour, Masters, Open dan sebagainya. Kali ini saya akan menulis tentang pertandingan-pertandingan yang terdapat dalam dunia badminton. Pertandingan badminton yang pertama ialah Kejohanan Badminton All England pada 1899. Itulah mengapa kejohanan All England begitu prestij kerana merupakan kejohanan tertua badminton tertua di dunia. Pun begitu badminton tidaklah sepopular sukan yang seakan sama dengannya iaitu tenis. Kejohanan tenis yang pertama ialah Kejohanan Tenis Wimbledon diadakan pada 1877.
Antara faktor mengapa sukan tennis lebih popular dari badminton di negara-negara Eropah, Amerika Syarikat, Australia dan Latin Amerika ialah kerana tennis boleh dilakukan permainan di luar rumah atau outdoor. Juga sikap dan sosial masyarakat barat lebih suka mengadakan aktiviti sosial secara outdoor.
Sukan badminton dinaungi oleh pertubuhan yang dulunya disebut World Badminton Federation (WBF) dan kemudian bertukar nama kepada International Badminton Federation (IBF)
Apa ni?? Badminton pun ada Grand Slam ke? Tak ada. Dalam badminton tidak ada kejohanan Grand Slam seperti permainan tenis. Cuma sedikit perbandingan antara Kejohanan utama tenis dan badminton. Terdapat 4 kejohanan tennis yang dikategorikan pemungutan Grand Slam, iaitu Wimbledon Championship, French Open, US Open dan Australian Open.  Pemain yang hebat dan dianggap lagenda ialah pemain yang mampu menjuarai keempat-keempat kejohanan tersebut untuk mengutip Kejuaraan Grand Slam. Namun kalau dinilai tahap kejohanan, terdapat empat  pertandingan badminton boleh dianggap sebagai Grand Slam dalam badminton. Kejohanan-kejohanan yang boleh disebut sebagai Grand Slam dalam badminton ialah seperti berikut:
Empat Kejohanan Grand Slam:

1. ALL ENGLAND
All England  Kejohanan badminton tertua di dunia. Diperkenalkan pada tahun 1899. Setiap pemain akan mencuba untuk sekurang-kurangnya sekali mengucup piala kemegahan ini. Sebelum Kejohanan Dunia diperkenalkan pada 1977, All England dianggap sebagai pentas untuk menobatkan seseorang pemain atau beregu sebagai juara dunia yang sah. Lagenda Indonesia, Rudy Hartono merupakan pemain yang paling banyak menggondol kejuaraan All England sebanyak 8 kali antara tahun 1968 hingga 1976 manakala pasangan beregu Indonesi, Tjun Tjun/Johan Wahyudi adalah pasangan bergu paling banyak menjuarainya dengan enam kali antara tahun 1974 hingga 1980.

All England

2.  SUKAN ASIA ( ASIAN GAMES )  
Badminton dipertandingan secara rasmi di Sukan Asia Tokyo pada 1962. Tan Joe Hock dari Indonesia adalah juara pertama badminton Sukan Asia dan Punch Gunalan adalah satu-satunya pemain Malaysia yang pernah memperoleh pingat emas single pada 1970 ( Chong Wei tak pernah dapat ya..😂 )Pentingnya pingat emas Sukan Asia ialah kerana ia hanya dipertandingkan empat tahun sekali, disertai oleh jaguh-jaguh badminton dunia yang kebanyakannya dari negara Asia, dan ia menyumbang pungutan pingat emas kepada negara peserta.
Sukan Asia


3. KEJOHANAN DUNIA  
 World Championships
Namanya pun Kejohanan dunia. Diperkenalkan pada tahun 1977. Ia menggantikan Kejohanan All England sebagai pertandingan yang sah menobatkan seseorang pemain sebagai juara dunia. Awalnya ia dipertandingkan 3 tahun sekali. Kemudian mulai 1983 dimainkan dua tahun sekali. Pada 2005 ia dipertandingkan setiap tahun kecuali pada tahun berlangsungnya Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia tidak diadakan untuk memberi peluang kepada pemain-pemain untuk fokus menghadapi Sukan Olimpik.
Kejohanan Dunia

4. SUKAN OLIMPIK
Badminton mula dimasukkan dalam acara Sukan Olimpik pada 1992 di Barcelona. Juara Pertama Olimpik ialah Alan Budi Kusuma dari Indonesia dan emas beregu dimenangi oleh Park Joo Bong/Kim Moon Soo dari Korea Selatan. Pengenalan permainan badminton dalam Sukan Olimpik menyebabkan semua pemain badminton di seluruh dunia mengidam dan mengujakan pingat emas sukan tersebut. Pingat emas olimpik lebih bernilai dari ketiga-tiga kejohanan yang sebelumnya, kerana Sukan Olimpik adalah temasya yang terbesar di dunia, dipertandingkan empat tahun sekali dan disertai oleh seluruh atlit terhandal dari pelbagai acara dan permainan dari seluruh dunia, Hanya empat pemain sahaja yang berjaya memungut pingat emas lebih dari dua kali, iaitu Kim Dong Moon ( Korea) dalam beregu lelaki dan campuran 1996, 2004, Lin Dan secara berturut 2008, 2012, Zhang Nan emas mixed double 2012 dan beregu lelaki 2016 dan Viktor Axelsen emas 2021, 2024.


Sukan Olimpik
                       

Dengan jumlah pemain yang hebat daripada setiap negara peserta gabungan IBF, tidak mudah untuk seseorang pemain mencapai gelaran Grand Slam yang diidamkan. Dengan jadual kalendar pertandingan yang banyak sehingga menjangkau dalam 12 pertandingan super series setahun, adalah sukar untuk pemain-pemain mengekalkan persembahan dalam setiap kejohanan.
Hanya mereka yang terbaik sahaja yang dapat melakar sejarah sebagai pemain unik yang diiktiraf  di seluruh dunia sebagai " The Greatest Of The Greats'.
Berikut ialah senarai pemain-pemain yang berjaya mencapai Grand Slam.


JAGUH GRAND SLAM

1. Park Joo Bong / Kim Moon Soo
Park Joo-bong dan Kim Moon-Soo adalah dua pemain badminton pertama yang memungut Grand Slam. Pingat Emas Olimpik Barcelona 92' melengkapkan gelaran Grand Slam mereka.
Park Joo Bong menunjukkan beliau adalah pemain yang versatile boleh berpasangan dengan mana-mana pemain dan secara keseluruhan Park Joo Bong telah mengumpul 64 Kejuaraan badminton dalam acara beregu lelaki dan campuran


All England         -  1985, 1986, 1989, 1990
Sukan Asia          -  1986, 1990
Kejohanan Dunia-  1985, 1991
Olimpik               -  1992
Park Joo Bong = Juara 64 kali

2. Rexy Mainaky / Ricky Subagja


Rexy Mainaky,dan Ricky Subagja meskipun meningkat agak lambat dibandingkan dengan pakar beregu negara Cheah Soon Kit dan Soo Beng Kiang, tapi kegigihan pasangan ini membuahkan hasil menakjubkan. Memperolehi Grand Slam setelah memungut emas Olimpik Atlanta 96'
All England         -  1995, 1996
Sukan Asia          -  1994, 1998
Kejohanan Dunia-  1995
Olimpik               -  1996
Jumlah Kejuaraan = 36

3. Kim Dong Moon



Kim Dong-moon adalah pakar beregu serba boleh Korea Selatan. Menjuarai pelbagai kejuaraan dalam beregu lelaki bersama Ha Tae Kwon dan beregu c ampuran bersama Rya Kyung Ming. Mencapai Grand Slam apabila menjuarai All England 2000
All England         -  2000, 2002, 2004
Sukan Asia          -  2002
Kejohanan Dunia-  1999, 2003
Olimpik               -  1996, 2004
Jumlah Kejuaraan = 74

4. Lin Dan
Apalagi boleh dikatakan. Pemain single pertama mencapai Grand Slam . Pemain yang paling banyak meraih kejuaraan utama dunia Lin Dan juga mencapai 'Super Grand Slam'. Super Dan memulakan pencarian Grand Slam dengan menjuarai All England 2004, Juara Dunia 2006, emas Olimpik 2008 dan melengkapkannya dengan emas Sukan Asia 2010



All England          - 2004, 2006, 2007, 2009, 2012, 2016
Sukan Asia           - 2010, 2014
Kejohanan Dunia - 2006, 2007, 2009, 2011, 2013
Olimpik                - 2008, 2012
Jumlah Kejuaraan = 66

5. Hendra Setiawan
Hendra Setiawan mempunyai dua pemain yang berpasangan dengannya, iaitu Markis Kido dan Muhammad Ahsan. 
Muncul sebagai Juara Dunia bersama Markis Kido pada 2007, Hendra dan Markis meneruskan kecemerlangan menjuarai Olimpik Beijing 2008 Dan Pingat Emas Sukan Asia 2010.
Hendra kemudian berpasangan bersama Mohammad Ahsan dan mereka menjuarai Kejohanan Dunia sebanyak empat kali.
Kejuaraan tunggal All England 2019 bersama Ahsan melengkapkan Hendra Setiawan
dalam elit anugerah Grand Slam.
All England         -  2019
Sukan Asia          -  2010, 2014
Kejohanan Dunia-  2007, 2013, 2015, 2019
Emas Olimpik         - 2008
Jumlah Kejuaraan = 40

Hendra Setiawan dan Mohammad Ahsan

6. ZHANG NAN

Zhang Nan dan Zhao Yunlei
Bersama pasangannya Zhao Junlei, Zhang Nan muncul Juara Dunia Beregu Campuran pada 2011 dan meneruskan kecemerlangan muncul Juara Olimpik London 2012. Zhang Nan juga muncul Juara Beregu Lelaki Olimpik 2016 bersama Fu Haifeng Dan sekali lagi bergelar Juara Beregu Lelaki Dunia bersama pasangan berbeza bersama Liu Cheng pada 2017.
Olimpik Mixed Double 2012
Olimpik Bergu Lelaki 2016
Juara Dunia Mixed Double 2011, 2014, 2015
Juara Dunia Beregu Lelaki 2017
Jumlah Kejuaraan : 50

7. Viktor Axelsen  
Denmark sering melahirkan jaguh badminton dunia seperti Erlands Kop, Svend Pri, Morten Frost, Peter Grade. Namun Viktor Axelsen berjaya muncul jagoan antara lagenda badminton Denmark yang lain apabila menjadi satu-satunya pemain Eropah yang meraih status Grand Slam apabila menjuarai emas Olimpik Tokyo 2020.
Axelsen juga menjadi pemain kedua selepas Lin Dan mengekalkan Kejuaraan Olimpik dua Kali berturut dalam acara single lelaki. 
  

Juara All England 2020, 2022
Juara Eropah - 2016, 2018, 2020
Juara Dunia - 2017, 2022
Juara Olimpik - Tokyo 2021, Paris 2024
Jumlah Kejuaraan = 31

8.ZHENG SIWEI ( CHINA)
Pakar beregu campuran China ini tidak menunggu lama untuk meraih Grand Slam. Mula muncul Juara Bergu Remaja Dunia pada 2014, bersama Huang Yaqiong, mereka muncul Juara Dunia Beregu Campuran  2018, Emas Sukan Asia 2018, All England 2019 dan Emas Sukan Olimpik 2024.
Pencapaian Siwei menempatkan dirinya di tempat keempat sebagai pakar bergu Campuran di belakang Kim Dong Moon, Park Joo Bong dan Zhang Nan. 
Pada 2024, seawal usia 27 tahun, Zheng Siwei mengumumkan persaraan dari dunia badminton. Mungkin kerana telah mencapai segala Kejuaraan utama dunia....
Olimpik Paris Mixed Double 2024
Juara Dunia Mixed Double 2018,2019,2022
Sukan Asia Mixed Double 2018, 2022
All England Mixed Double 2019, 2023, 2024
Jumlah Kejuaraan : 49


NEAR MISS GRAND SLAM
Terdapat juga beberapa pemain handalan dunia yang hampir-hampir mencapai Grand Slam namun gagal di saat-saat genting. Berikut ialah pemain-pemain tersebut.

1. Zhao Jianhua
Jika tidak kerana kerana kegagalan meraih emas Olimpik 92', sudah pasti Zhao Jianhua, bukan Lin Dan yang menjadi pemain single pertama meraih Grand Slam. Jianhua pilihan utama ketika itu, dengan tidak disangka tewas kepada pemain no.5 Indonesia, Hermawan Susanto dan gagal meraih emas Olimpik
Juara Dunia - 1991
Juara All England - 1985, 1990
Juara Sukan Asia - 1986, 1990
Olimpik - Suku Akhir 1992
Jumlah Kejuaraan = 15

Zhao Jianhua

2. Taufik Hidayat 
Salah seorang pemain terhebat sepanjang zaman. Namun kegagalan Taufik Hidayat  dalam dua kali percubaan di pentas final All England tewas kepada Peter Gade 1999, dan Xia Xuanze 2000, menidakkan peluangnya untuk meraih Grand Slam dan berada sama taraf dengan Lin Dan.
Juara Dunia - 2005
Juara Sukan Asia - 2002, 2006
Juara Olimpik -2004
All England - Final - 1999, 2000
Jumlah Kejuaraan = 25

Taufik Hidayat

Namun, terdapat seorang lagi pemain terbaik sepanjang zaman yang hampir mencapai semua gelaran Grand Slam tetapi gagal pada halangan terakhir.

So near yet so far ( Macam sangat dekat, tapi terlalu jauh 😂)

Lee Chong Wei 
Pemain terbaik pernah dilahirkan oleh Malaysia, dianggap sebagai 'King Of Super Series'. Lee Chong Wei  adalah antara pemain terbaik sepanjang zaman dengan hampir 70 gelaran juara badminton antarabangsa, paling banyak mara ke final Olimpik, antara terbanyak layak ke final Kejohanan Dunia, tapi gagal meraih sebarang gelaran Grand Slam, kecuali All England.

Juara All England - 2010, 2011, 2014
Naib Juara Dunia - 2011, 2013, 2014
Naib Juara Olimpik - 2008, 2012, 2016
Naib Juara Sukan Asia - 2010
Jumlah Kejuaraan : 68

Lee Chong Wei

Digarap oleh Li Lenjen

Sumber : Wikipedia
Kredit foto : Google Image

Dikemaskini Jan 2025

Sunday, May 15, 2016

Piala Thomas 1982 - Naga Dari Tembok Besar

Han Jian (China)
Liem Swee King (Indonesia)

Tuan Rumah: London, England

Selepas kekalahan yang mengemparkan Indonesia di laman sendiri kepada Malaysia, Indonesia kembali mendominasi Piala Thomas. Dengan pemain-pemain hebat seperti Rudy Hartono, Ilie Sumirat, beregeu terampuh Tjun-Tjun/Yohan Wahyudi dan Ade Chandra/Christian Hadinata serta pemain-pemain lain, Indonesia menjuarai Piala Thomas 4 kali berturut-turut dari 1970,73,76 dan 1979.

Edisi ke-12 Piala Thomas yang berlangsung di London ini amat menarik. Ini adalah format terakhir 9 perlawanan dan ia akan ditukar format 5 perlawanan pada edisi akan datang. China bertanding buat kali pertama dalam Piala Thomas setelah menyertai IBF pada tahun tersebut. China dikatakan mempunyai ramai pemain yang hebat. Pada kejohanan All England yang diadakan pada awal tahun, 5 pemain perseorangannya layak ke suku akhir walaupun pada perlawanan akhir, pemain utamanya Luan Jin tewas kepada 'Mr Cool' Morten Frost Hansen. Indonesia pula menaruh harapan kepada heronya iaitu Liem Swee King, pemenang dua kali All England dan dianggap pemain terhebat di dunia ketika itu dan mereka juga masih mempunyai lagendanya Rudy Hartono, tapi dalam usianya 34 tahun, Hartono tidak seperti dulu lagi. Indonesia juga kehilangan beregu lagendanya Tjun-Tjun/Yohan Wahyudi yang telah bersara.

Malaysia, setelah terkandas di pusingan awal Piala Thomas 1979 kepada India, menampilkan pemain-pemain baru. Razif/Jalani Sidek baru sahaja dimahkotakan gelaran All England pada tahun tersebut menjadi sandaran utama disamping abang mereka Misbun Sidek 'The Giant Killer' yang boleh membenam sesiapa sahaja jika kena pada harinya.

Namun Malaysia kalah mengejut kepada England 4-5 pada suku akhir. Misbun yang diharap boleh membawa kejayaan kepada Malaysia bermain dalam keadaan tekanan yang tinggi dan tewas teruk kepada pemain utama England, Steve Baddeley 15-7, 15-0.

Keputusan:

Suku Akhir:
England 5 - Malaysia 4
Denmark 5 - Jepun 4

Separuh Akhir :

Indonesia 8 - England 1
China 8 - Denmark 1

Perlawanan akhir antara Indonesia menentang China amatlah dinanti-nantikan. Selama ini Indonesia mendominasi Piala Thomas dengan meratah mangsa-mangsanya umpama Sang Geroda yang mengganas. Sekarang ibarat buku bertemu ruas. Di atas kertas, China mempunyai 3 pemain perseorangan yang ampuh, yang boleh menewaskan mana-mana sahaja pemain utama Indonesia. Manakala Indonesia mempertaruhkan harapan mereka kepada 'Kingnya' Liem Swee King untuk menyekat jagoan perseorang China. China mengharapkan pemain perseorangan mereka dapat menyapu bersih 5 mata yang dikehendaki kerana kekuatan beregu memihak kepada Indonesia.
Seperti dijangkakan , China menyapu 4 dari 5 permainan single dengan Swee King mencuri satu mata menewaskan perseorangan kedua China. Namun China menjuarai Piala Thomas dalam perlawanan hebat ini apabila bergunya menewaskan pasangan Kartono dan Heryanto yang berada di hujung karier mereka.

Selepas ini, kejuaraan Piala Thomas saling berganti antara dua kuasa besar ini dengan Indonesia memenanginya dua tahun kemudian di Kuala Lumpur 1984, dan China merebutnya kembali pada 1986, 88 dan 1990 sehingga Malaysia mencelah dengan membuat kejutan di Kuala Lumpur pada 1992


1984

1986

1990