Living In The Eighties

Assalamualaikum w.b.t,

This blog I made as a personal use to keep my memories back in the old good time especially in the 80's when I live in Ipoh. Friends, families and others who are interest and grown in the 80's are welcome to surf on in this site.

The era of the 80's was the most memorable moments of my life. There's happy and sad moment that I could'n forget. It's not because I'm not happy with my life currently. It's different cause that time when we are still kids, didn't have any heavy obligations, just plays, studies, getting fun and live with my loveble families. Besides, I still have my parents which I miss so much.

Here, most of the stories or article are around the 80's that I include a stories and history of that era along with the photo's or video clips. I also include several songs from the 60's and 70's with world wide history.There are also a photo's of my hometown, school's, places, family and friends that are related with me in the 80's.

Besides loving listening to music and watching films, I'm also an active sports person specially in football and badminton. I'm a biggest fan of old time articles or stories whether on event, persons, a legends or whatever related with history.

It's been since 1990 that I left Green Town, Ipoh and working in Kuala Lumpur. I can't imagine that i will live, stay and grown a family here in Kuala Lumpur, the biggest and a capital city in Malaysia. Still, the old fond memories of past days is still in my heart.
Hopefully it's will call our memories in the 80's which so wonderful and awesome.























Wednesday, April 8, 2020

10 PEMAIN BADMINTON GRAND SLAM

GRAND SLAM DALAM DUNIA BADMINTON

Pertandingan badminton dunia mengalami perubahan ketara sejak empat dekad yang lalu. Dari pertandingan Terbuka disamping kejuaraan utama, berubah kepada Super Series, World Tour, Masters, Open dan sebagainya. Kali ini saya akan menulis tentang pertandingan-pertandingan yang terdapat dalam dunia badminton. Pertandingan badminton yang pertama ialah Kejohanan Badminton All England pada 1899. Itulah mengapa kejohanan All England begitu prestij kerana merupakan kejohanan tertua badminton tertua di dunia. Pun begitu badminton tidaklah sepopular sukan yang seakan sama dengannya iaitu tenis. Kejohanan tenis yang pertama ialah Kejohanan Tenis Wimbledon diadakan pada 1877.
Antara faktor mengapa sukan tennis lebih popular dari badminton di negara-negara Eropah, Amerika Syarikat, Australia dan Latin Amerika ialah kerana tennis boleh dilakukan permainan di luar rumah atau outdoor. Juga sikap dan sosial masyarakat barat lebih suka mengadakan aktiviti sosial secara outdoor.
Sukan badminton dinaungi oleh pertubuhan yang dulunya disebut World Badminton Federation (WBF) dan kemudian bertukar nama kepada International Badminton Federation (IBF)
Apa ni?? Badminton pun ada Grand Slam ke? Tak ada. Dalam badminton tidak ada kejohanan Grand Slam seperti permainan tenis. Cuma sedikit perbandingan antara Kejohanan utama tenis dan badminton. Terdapat 4 kejohanan tennis yang dikategorikan pemungutan Grand Slam, iaitu Wimbledon Championship, French Open, US Open dan Australian Open.  Pemain yang hebat dan dianggap lagenda ialah pemain yang mampu menjuarai keempat-keempat kejohanan tersebut untuk mengutip Kejuaraan Grand Slam. Namun kalau dinilai tahap kejohanan, terdapat empat  pertandingan badminton boleh dianggap sebagai Grand Slam dalam badminton. Kejohanan-kejohanan yang boleh disebut sebagai Grand Slam dalam badminton ialah seperti berikut:
Empat Kejohanan Grand Slam:

1. ALL ENGLAND
All England  Kejohanan badminton tertua di dunia. Diperkenalkan pada tahun 1899. Setiap pemain akan mencuba untuk sekurang-kurangnya sekali mengucup piala kemegahan ini. Sebelum Kejohanan Dunia diperkenalkan pada 1977, All England dianggap sebagai pentas untuk menobatkan seseorang pemain atau beregu sebagai juara dunia yang sah. Lagenda Indonesia, Rudy Hartono merupakan pemain yang paling banyak menggondol kejuaraan All England sebanyak 8 kali antara tahun 1968 hingga 1976 manakala pasangan beregu Indonesi, Tjun Tjun/Johan Wahyudi adalah pasangan bergu paling banyak menjuarainya dengan enam kali antara tahun 1974 hingga 1980.

All England

2.  SUKAN ASIA ( ASIAN GAMES )  
Badminton dipertandingan secara rasmi di Sukan Asia Tokyo pada 1962. Tan Joe Hock dari Indonesia adalah juara pertama badminton Sukan Asia dan Punch Gunalan adalah satu-satunya pemain Malaysia yang pernah memperoleh pingat emas single pada 1970 ( Chong Wei tak pernah dapat ya..😂 )Pentingnya pingat emas Sukan Asia ialah kerana ia hanya dipertandingkan empat tahun sekali, disertai oleh jaguh-jaguh badminton dunia yang kebanyakannya dari negara Asia, dan ia menyumbang pungutan pingat emas kepada negara peserta.
Sukan Asia


3. KEJOHANAN DUNIA  
 World Championships
Namanya pun Kejohanan dunia. Diperkenalkan pada tahun 1977. Ia menggantikan Kejohanan All England sebagai pertandingan yang sah menobatkan seseorang pemain sebagai juara dunia. Awalnya ia dipertandingkan 3 tahun sekali. Kemudian mulai 1983 dimainkan dua tahun sekali. Pada 2005 ia dipertandingkan setiap tahun kecuali pada tahun berlangsungnya Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia tidak diadakan untuk memberi peluang kepada pemain-pemain untuk fokus menghadapi Sukan Olimpik.
Kejohanan Dunia

4. SUKAN OLIMPIK
Badminton mula dimasukkan dalam acara Sukan Olimpik pada 1992 di Barcelona. Juara Pertama Olimpik ialah Alan Budi Kusuma dari Indonesia dan emas beregu dimenangi oleh Park Joo Bong/Kim Moon Soo dari Korea Selatan. Pengenalan permainan badminton dalam Sukan Olimpik menyebabkan semua pemain badminton di seluruh dunia mengidam dan mengujakan pingat emas sukan tersebut. Pingat emas olimpik lebih bernilai dari ketiga-tiga kejohanan yang sebelumnya, kerana Sukan Olimpik adalah temasya yang terbesar di dunia, dipertandingkan empat tahun sekali dan disertai oleh seluruh atlit terhandal dari pelbagai acara dan permainan dari seluruh dunia, Hanya empat pemain sahaja yang berjaya memungut pingat emas lebih dari dua kali, iaitu Kim Dong Moon ( Korea) dalam beregu lelaki dan campuran 1996, 2004, Lin Dan secara berturut 2008, 2012, Zhang Nan emas mixed double 2012 dan beregu lelaki 2016 dan Viktor Axelsen emas 2021, 2024.


Sukan Olimpik
                       

Dengan jumlah pemain yang hebat daripada setiap negara peserta gabungan IBF, tidak mudah untuk seseorang pemain mencapai gelaran Grand Slam yang diidamkan. Dengan jadual kalendar pertandingan yang banyak sehingga menjangkau dalam 12 pertandingan super series setahun, adalah sukar untuk pemain-pemain mengekalkan persembahan dalam setiap kejohanan.
Hanya mereka yang terbaik sahaja yang dapat melakar sejarah sebagai pemain unik yang diiktiraf  di seluruh dunia sebagai " The Greatest Of The Greats'.
Berikut ialah senarai pemain-pemain yang berjaya mencapai Grand Slam.


JAGUH GRAND SLAM

1. Park Joo Bong / Kim Moon Soo
Park Joo-bong dan Kim Moon-Soo adalah dua pemain badminton pertama yang memungut Grand Slam. Pingat Emas Olimpik Barcelona 92' melengkapkan gelaran Grand Slam mereka.
Park Joo Bong menunjukkan beliau adalah pemain yang versatile boleh berpasangan dengan mana-mana pemain dan secara keseluruhan Park Joo Bong telah mengumpul 64 Kejuaraan badminton dalam acara beregu lelaki dan campuran


All England         -  1985, 1986, 1989, 1990
Sukan Asia          -  1986, 1990
Kejohanan Dunia-  1985, 1991
Olimpik               -  1992
Park Joo Bong = Juara 64 kali

2. Rexy Mainaky / Ricky Subagja


Rexy Mainaky,dan Ricky Subagja meskipun meningkat agak lambat dibandingkan dengan pakar beregu negara Cheah Soon Kit dan Soo Beng Kiang, tapi kegigihan pasangan ini membuahkan hasil menakjubkan. Memperolehi Grand Slam setelah memungut emas Olimpik Atlanta 96'
All England         -  1995, 1996
Sukan Asia          -  1994, 1998
Kejohanan Dunia-  1995
Olimpik               -  1996
Jumlah Kejuaraan = 36

3. Kim Dong Moon



Kim Dong-moon adalah pakar beregu serba boleh Korea Selatan. Menjuarai pelbagai kejuaraan dalam beregu lelaki bersama Ha Tae Kwon dan beregu c ampuran bersama Rya Kyung Ming. Mencapai Grand Slam apabila menjuarai All England 2000
All England         -  2000, 2002, 2004
Sukan Asia          -  2002
Kejohanan Dunia-  1999, 2003
Olimpik               -  1996, 2004
Jumlah Kejuaraan = 74

4. Lin Dan
Apalagi boleh dikatakan. Pemain single pertama mencapai Grand Slam . Pemain yang paling banyak meraih kejuaraan utama dunia Lin Dan juga mencapai 'Super Grand Slam'. Super Dan memulakan pencarian Grand Slam dengan menjuarai All England 2004, Juara Dunia 2006, emas Olimpik 2008 dan melengkapkannya dengan emas Sukan Asia 2010



All England          - 2004, 2006, 2007, 2009, 2012, 2016
Sukan Asia           - 2010, 2014
Kejohanan Dunia - 2006, 2007, 2009, 2011, 2013
Olimpik                - 2008, 2012
Jumlah Kejuaraan = 66

5. Hendra Setiawan
Hendra Setiawan mempunyai dua pemain yang berpasangan dengannya, iaitu Markis Kido dan Muhammad Ahsan. 
Muncul sebagai Juara Dunia bersama Markis Kido pada 2007, Hendra dan Markis meneruskan kecemerlangan menjuarai Olimpik Beijing 2008 Dan Pingat Emas Sukan Asia 2010.
Hendra kemudian berpasangan bersama Mohammad Ahsan dan mereka menjuarai Kejohanan Dunia sebanyak empat kali.
Kejuaraan tunggal All England 2019 bersama Ahsan melengkapkan Hendra Setiawan
dalam elit anugerah Grand Slam.
All England         -  2019
Sukan Asia          -  2010, 2014
Kejohanan Dunia-  2007, 2013, 2015, 2019
Emas Olimpik         - 2008
Jumlah Kejuaraan = 40

Hendra Setiawan dan Mohammad Ahsan

6. ZHANG NAN

Zhang Nan dan Zhao Yunlei
Bersama pasangannya Zhao Junlei, Zhang Nan muncul Juara Dunia Beregu Campuran pada 2011 dan meneruskan kecemerlangan muncul Juara Olimpik London 2012. Zhang Nan juga muncul Juara Beregu Lelaki Olimpik 2016 bersama Fu Haifeng Dan sekali lagi bergelar Juara Beregu Lelaki Dunia bersama pasangan berbeza bersama Liu Cheng pada 2017.
Olimpik Mixed Double 2012
Olimpik Bergu Lelaki 2016
Juara Dunia Mixed Double 2011, 2014, 2015
Juara Dunia Beregu Lelaki 2017
Jumlah Kejuaraan : 50

7. Viktor Axelsen  
Denmark sering melahirkan jaguh badminton dunia seperti Erlands Kop, Svend Pri, Morten Frost, Peter Grade. Namun Viktor Axelsen berjaya muncul jagoan antara lagenda badminton Denmark yang lain apabila menjadi satu-satunya pemain Eropah yang meraih status Grand Slam apabila menjuarai emas Olimpik Tokyo 2020.
Axelsen juga menjadi pemain kedua selepas Lin Dan mengekalkan Kejuaraan Olimpik dua Kali berturut dalam acara single lelaki. 
  

Juara All England 2020, 2022
Juara Eropah - 2016, 2018, 2020
Juara Dunia - 2017, 2022
Juara Olimpik - Tokyo 2021, Paris 2024
Jumlah Kejuaraan = 31

8.ZHENG SIWEI ( CHINA)
Pakar beregu campuran China ini tidak menunggu lama untuk meraih Grand Slam. Mula muncul Juara Bergu Remaja Dunia pada 2014, bersama Huang Yaqiong, mereka muncul Juara Dunia Beregu Campuran  2018, Emas Sukan Asia 2018, All England 2019 dan Emas Sukan Olimpik 2024.
Pencapaian Siwei menempatkan dirinya di tempat keempat sebagai pakar bergu Campuran di belakang Kim Dong Moon, Park Joo Bong dan Zhang Nan. 
Pada 2024, seawal usia 27 tahun, Zheng Siwei mengumumkan persaraan dari dunia badminton. Mungkin kerana telah mencapai segala Kejuaraan utama dunia....
Olimpik Paris Mixed Double 2024
Juara Dunia Mixed Double 2018,2019,2022
Sukan Asia Mixed Double 2018, 2022
All England Mixed Double 2019, 2023, 2024
Jumlah Kejuaraan : 49


NEAR MISS GRAND SLAM
Terdapat juga beberapa pemain handalan dunia yang hampir-hampir mencapai Grand Slam namun gagal di saat-saat genting. Berikut ialah pemain-pemain tersebut.

1. Zhao Jianhua
Jika tidak kerana kerana kegagalan meraih emas Olimpik 92', sudah pasti Zhao Jianhua, bukan Lin Dan yang menjadi pemain single pertama meraih Grand Slam. Jianhua pilihan utama ketika itu, dengan tidak disangka tewas kepada pemain no.5 Indonesia, Hermawan Susanto dan gagal meraih emas Olimpik
Juara Dunia - 1991
Juara All England - 1985, 1990
Juara Sukan Asia - 1986, 1990
Olimpik - Suku Akhir 1992
Jumlah Kejuaraan = 15

Zhao Jianhua

2. Taufik Hidayat 
Salah seorang pemain terhebat sepanjang zaman. Namun kegagalan Taufik Hidayat  dalam dua kali percubaan di pentas final All England tewas kepada Peter Gade 1999, dan Xia Xuanze 2000, menidakkan peluangnya untuk meraih Grand Slam dan berada sama taraf dengan Lin Dan.
Juara Dunia - 2005
Juara Sukan Asia - 2002, 2006
Juara Olimpik -2004
All England - Final - 1999, 2000
Jumlah Kejuaraan = 25

Taufik Hidayat

Namun, terdapat seorang lagi pemain terbaik sepanjang zaman yang hampir mencapai semua gelaran Grand Slam tetapi gagal pada halangan terakhir.

So near yet so far ( Macam sangat dekat, tapi terlalu jauh 😂)

Lee Chong Wei 
Pemain terbaik pernah dilahirkan oleh Malaysia, dianggap sebagai 'King Of Super Series'. Lee Chong Wei  adalah antara pemain terbaik sepanjang zaman dengan hampir 70 gelaran juara badminton antarabangsa, paling banyak mara ke final Olimpik, antara terbanyak layak ke final Kejohanan Dunia, tapi gagal meraih sebarang gelaran Grand Slam, kecuali All England.

Juara All England - 2010, 2011, 2014
Naib Juara Dunia - 2011, 2013, 2014
Naib Juara Olimpik - 2008, 2012, 2016
Naib Juara Sukan Asia - 2010
Jumlah Kejuaraan : 68

Lee Chong Wei

Digarap oleh Li Lenjen

Sumber : Wikipedia
Kredit foto : Google Image

Dikemaskini Jan 2025

No comments: