Lagenda Samurai Badminton
Tanggal 18 Mei 2024, Kento Momota, bekas pemain no.1 dunia dan Juara Dunia 2 kali dan di war-warkan sebagai pengikut jejak langkah wira legenda Lin Dan mengumumkan persaraan dari dunia badminton antarabangsa pada awal usia 29 tahun. Ketika pada usia ini, lagenda badminton seniornya Lin Dan, Lee Chong Wei, Chen Long mencapai kemuncak kerjaya, dan rakan seangkatan Viktor Axelsen, Shi Yuqi sedang menikmati kejayaan, Momota dengan berat hati terpaksa melepaskan hasrat untuk meneruskan karier badminton nya.
Apa sebenarnya yang berlaku..?
Kento Momota lahir pada 1 September 1994 di Kagawa, Jepun. Ketika berumur 12 tahun, Momota telah menjuarai kejohanan badminton sekolah-sekolah seluruh Jepun dan semasa tahun ketiga dia telah menjuarai kejohanan badminton Junior Jepun.
Kehadiran Momota mula dirasai oleh peminat badminton apabila beliau mengambil bahagian di Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Taiwan pada 2011. Walaupun tidak berjaya ke final apabila tewas kepada pemain Malaysia, Zulfadli Zulkifli di separuh akhir. Belajar dari kekalahan, Momota menjuarai kejohanan Remaja Badminton Dunia pada 2012 apabila menewaskan wakil China Xue Song di final.
Momota menjuarai Badminton Remaja Dunia 2012 |
No comments:
Post a Comment