Living In The Eighties

Assalamualaikum w.b.t,

This blog I made as a personal use to keep my memories back in the old good time especially in the 80's when I live in Ipoh. Friends, families and others who are interest and grown in the 80's are welcome to surf on in this site.

The era of the 80's was the most memorable moments of my life. There's happy and sad moment that I could'n forget. It's not because I'm not happy with my life currently. It's different cause that time when we are still kids, didn't have any heavy obligations, just plays, studies, getting fun and live with my loveble families. Besides, I still have my parents which I miss so much.

Here, most of the stories or article are around the 80's that I include a stories and history of that era along with the photo's or video clips. I also include several songs from the 60's and 70's with world wide history.There are also a photo's of my hometown, school's, places, family and friends that are related with me in the 80's.

Besides loving listening to music and watching films, I'm also an active sports person specially in football and badminton. I'm a biggest fan of old time articles or stories whether on event, persons, a legends or whatever related with history.

It's been since 1990 that I left Green Town, Ipoh and working in Kuala Lumpur. I can't imagine that i will live, stay and grown a family here in Kuala Lumpur, the biggest and a capital city in Malaysia. Still, the old fond memories of past days is still in my heart.
Hopefully it's will call our memories in the 80's which so wonderful and awesome.























Wednesday, November 9, 2022

10 KEJUTAN TERBESAR PASUKAN PEBRET GAGAL LAYAK KE PIALA DUNIA

Bola sepak Piala Dunia FIFA adalah merupakan kejohanan sukan yang terbesar di dunia. Dengan penambahan penyertaan daripada 16 negara (1930-78), 24 negara (1982-94) dan seterusnya 32 negara (1998-2022). Ia kemudian akan bertambah menjadi 48 negara pada Piala Dunia 2026, kegagalan negara berstatus elit untuk layak ke Piala Dunia semakin kurang berlaku. Walaupun begitu, sejarah pertandingan menunjukkan banyak pasukan-pasukan jaguh bola sepak dunia mengalami kegagalan untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia.  Hanya Brazil sahaja yang tidak pernah pernah terlepas dari 21 penyertaan Piala Dunia yang diadakan.

Berikut melalui kajian dan pembacaan yang diperolehi saya akan senaraikan 10 pasukan atau negara yang dianggap elit untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia, namun atas berapa beberapa kesilapan dan kelemahan dan antaranya kekalahan atau gol  pada saat-saat akhir permainan, pasukan ini gagal untuk layak ke Piala Dunia.

10. CHILE 2018

Hanya ada dua nama lejen dalam bolas sepak Amerika Selatan, kerana Brazil dan Argentina mempunyai kelas tersendiri dalam bola sepak dunia. Pasukan-pasukan lain adalah seimbang dalam kumpulan kelayakan yang dianggap paling sukar di dunia. Hanya 4 pasukan sahaja yang akan layak secara automatik ke Piala Dunia dan tempat ke-5 berpeluang untuk bermain secara play-off.

Namun Chile adalah salah sebuah pasukan yang dijangka akan mendapat 4 slot automatik untuk layak ke WC 2018. Chile menjuarai kejuaraan terunggul Amerika Selatan Copa America 'back to back' pada 2015 dan 2017. Dipimpin oleh generasi emas Alexis Sanchez dan Arturo Vidal, Chile tewas 3 daripada 4 game terakhir dan hanya menduduki tangga ke-6 kumpulan, dan kegagalan mereka ke Piala Dunia mengecewakan peminat bola sepak dunia.

Chile 2018
PosTeamPldWDLGFGAGDPtsQualification
1 Brazil1812514111+3041Qualification to 2018 FIFA World Cup
2 Uruguay189453220+1231
3 Argentina187741916+328
4 Colombia187652119+227
5 Peru187562726+126Advance to inter-confederation play-offs
6 Chile188282627−126
7 Paraguay187381925−624
8 Ecuador1862102629−320
9 Bolivia1842121638−2214
10 Venezuela1826101935−1612


9. ITALI 2018


Ini Itali, 'The Azzuri' empat kali juara Piala Dunia. Negara yang menganggap bola sepak sebagai satu tradisi ibarat geng 'Mafia'. Itali sepatutnya tiada masalah untuk layak ke Piala Dunia yang mengandungi 32 pasukan. Begitupun, Itali 2018 bukanlah Itali Juara Dunia 2006. Itali tersingkir di peringkat kumpulan Piala Dunia 2010 dan 2014. Di kumpulan kelayakan Piala Dunia 2018, Itali tidak bernasib baik diundi satu kumpulan bersama gergasi dunia, Spain. Hanya juara kumpulan layak secara automatik dan Itali hanya tewas sekali kepada Spain, menjadi naib juara kumpulan dan menentang Sweden di paly-off, Itali tewas. Tapi ini bukanlah alasan atas kekalahan yang dialami.  Di kalangan pasukan berprofil tinggi pada peringkat kelayakan, kegagalan Itali ke Piala Dunia 2018 selepas 14 kali berturut-turut layak ke Piala Dunia adalah mengejutkan.


8.  SPAIN 1958

Spain gagal ke Piala Dunia 1954.  Namun Spain 1958 ini mempunyai nama-nama besar bola sepak Eropah seperti Alfredo Di Stefano, lagenda bola sepak yang tidak pernah bermain di Piala Dunia dan beberapa pemain Real Madrid yang menguasai Eropah dari 1956-60. Namun skuad ini gagal mengulangi kecemerlangan di peringkat Piala Dunia. Spain menduduki tempat kedua di belakang pasukan average Scotland dalam kumpulan tiga pasukan dan merupakan kekecewaan terbesar the lagendary Di Stefano.


7.  CZECHOSLOVAKIA 1978

Czech menjuarai EURO 1976 dengan gol penalti legend 'Panenka Penalty' menewaskan Jerman Barat di final.  Dengan pemain legend  Antonín Panenka, , Zdenek Nehoda yang dianggap antara yang terbaik di Eropah, entah bagaimana, mereka gagal untuk ke Piala Dunia dan menjadi pasukan tunggal menjuarai EURO dan layak ke semi final Euro 'back to back'. Diundi dalam satu kumpulan dengan wakil British Scotland dan Wales, kekalahan di Glassgow Kepada Scotland dan tewas mengejut kepada Wales 3-0 di Cardiff menyebabkan Czhech hanya mampu menduduki tempat kedua dari tiga pasukan di belakang Scotland dan gagal layak ke Piala Dunia 1978

PosTeamPldWDLGFGAGDPts
1 Scotland430163+36
2 Czechoslovakia420246−24
3 Wales410334−12




6.  ENGLAND 1974

Dianggap 'Ibu Bola Sepak Moden', England tidak pernah gagal ke Piala Dunia kecuali dalam tiga edisi awal yang mana mereka enggan mengambil bahagian kerana faktor Perang Dunia. 1974 England masih dipimpin oleh pengurus lagendnya, Sir Alf Ramsey yang membawa England sebagai Juara Dunia 1966. Begitupun idea Ramsey mula dianggap 'beku'. Namun tiada sesiapa yang menjangka England akan gagal layak ke Piala Dunia 74'.  Menang perlawanan pembukaan 2-0 menentang Wales di Cardiff, tetapi seri 1-1 dengan Wales di Wembley dan kekalahan 2-0 kepada pendatang baru bola sepak, Poland di Warsaw menyulitkan keadaan. England perlu menang perlawanan terakhir menentang Poland di Wembley, namun mereka hanya mampu sekadar seri 1-1 dan England gagal layak buat kali pertama ke Piala Dunia sejak edisi 1950.


 RankTeamPldWDLGFGAGDPts
1 Poland421163+35
2 England412134−14
3 Wales411235−23


5.  BELANDA 1986


Selepas berakhir era emas 1974 dan 1978 di mana Belanda menjadi naib juara Piala Dunia dua kali berturut-turut, Belanda mengalami proses pembentukan semula pasukan. Di Piala Dunia 1982, Belanda dengan skuad baru dan muda gagal layak.  Namun dengan kemunculan bintang baru yang kian meningkat seperti Ruud Gullit, Ronald Koeman, Frank Rijkaard, Marco Van Basten, Belanda dijangka akan layak ke Piala Dunia. 
Diundi dalam kumpulan 5 bersama 5 negara lain, Belanda dijangka akan muncul sebagai juara kumpulan. Namun permulaan yang tidak memberangsangkan tewas kepada pencabar utama Hungary di tempat sendiri dan Austria di Vienna menyukarkan keadaan. Walaupun Belanda berjaya meningkatkan prestasi dan menewaskan lawannya pada pertemuan seterusnya namun Hungary kekal menerajui kumpulan.  The Oranje layak ke play-off bertemu Belgium. Tewas 0-1 di Brussels namun Belanda bangkit pada perlawanan di Amsterdam dan mendahului Belgium 2-0 hingga minit ke-85 apabila Georges Grun menjaringkan gol untuk Belgium dan Belanda tersingkir dari layak ke Piala Dunia melalui gol tempat lawan.  Namun skuad yang sama ini selang dua tahun akan bergelar Juara Euro 88'.

PosTeamPldWDLGFGAGDPtsQualification
1 Hungary6501124+810Qualification to 1986 FIFA World Cup0–13–12–0
2 Netherlands6312115+67Advance to UEFA play-off1–21–17–1
3 Austria631298+170–31–04–0
4 Cyprus6006318−1501–20–11–2



4.  BELANDA 2002


Lain pula cerita dengan skuad Belanda yang ini. Layak ke separuh akhir Piala Dunia 1998 dan separuh akhir Euro 1996, skuad ini cukup matang untuk menentang mana-mana pasukan.  Dengan pemain-pemain hebat seperti Ruud Van Nilstelrooy, Frank De Boer, Clarence Seedorf, Patrick Kluivert, Marc Overmars, Van Der Sar, Van Bronckhorst dan lain-lain, 'The Oranje' dijangka akan layak ke Piala Dunia sebagai juara kumpulan atau setidak-tidaknya kedudukan kedua untuk ke play-off. Namun dengan hanya dapat mengutip satu mata dari 2  pertemuan dengan pencabar utama Portugal dan Rep Ireland menyebabkan Belanda berputih mata, gagal ke perlawanan play-off dan gagal ke Piala Dunia.


PosTeamPldWDLGFGAGDPtsQualification
1 Portugal10730337+2624Qualification to 2002 FIFA World Cup1–12–25–06–03–0
2 Republic of Ireland10730235+1824Advance to inter-confederation play-offs1–11–02–04–03–1
3 Netherlands10622309+21200–22–25–04–04–0
4 Estonia102261026−1681–30–22–42–21–0
5 Cyprus102261331−1881–30–40–42–25–0
6 Andorra100010536−3101–70–30–51–22–3


3. ENGLAND 1994




England hampir layak ke final Piala Dunia 1990, tewas kepada juara sebenar Germany melalui penentuan sepakan penalti. England telah gagal dua kali sebelum ini untuk ke Piala Dunia 1974 dan 1978.  Namun kegagalan untuk layak ke Piala Dunia dalam edisi baru yang dibesarkan kepada 24 pasukan buat pertama kali amatlah 'melemahkan'. Mereka hanya perlu berada dalm 'Top 2' untuk layak. Pemain-pemain seperti Paul Gascoigne, David Platt, Paul Ince, Alan Shearer, David Batty, Les Ferdinand sepatutnya boleh membawa England layak ke Piala Dunia, namun mereka hanya mampu mendapat 2 mata dari 6 mata ketika menentang Norway dan Belanda dan England tersingkir dari layak ke Piala Dunia.

PosTeamPldWDLGFGAGDPtsQualification
1 Norway10721255+2016Qualification to 1994 FIFA World Cup2–12–01–03–110–0
2 Netherlands10631299+20150–02–02–23–16–0
3 England10532269+17131–12–23–04–06–0
4 Poland103251015−580–31–31–11–01–0
5 Turkey103161119−872–11–30–22–14–1
6 San Marino10019246−4410–20–71–70–30–0


2.  PERANCIS 1994


Dalam generasi emas era Michel Platini, France layak ke separuh akhir Piala Dunia berturut-turut pada 1982 dan 1986. Pemerhati bola sepak mengetahui France kemudiannya berada dalam transisi peralihan dan gagal ke Piala Dunia 1990. Tapi dekad 90'an ialah detik kegemilangan bola sepak France. Kelab Marseilles menjuarai Piala Eropah pada 1993, France layak ke separuh akhir Euro 1996 dan kemuncaknya France menjuarai Piala Dunia 1998 dan Juara Euro 2000.
Namun skuad 1994 ini adalah detik hitam dalam bola sepak France. Dengan pemain-pemain hebat seperti Laurent Blanc, Jean Pierre Papin ( Pemain Terbaik Dunia 1993), lagenda Man Utd Eric Cantona, Didier Deschamp, Basille Boli, Marcel Desailly, David Ginola dan lain-lain, France sepatutnya tidak mempunyai sebarang masalah untuk layak ke Piala Dunia. Mengungguli tempat teratas dalam kumpulan kelayakan berbaki dua perlawanan, France cuma memerlukan dua mata lagi dengan game di tempat sendiri menentang Israel yang telah mereka belasah 4-0 sebelum ini dan Bulgaria untuk bergelar juara kumpulan atau satu mata saja untuk layak secara automatik ke Piala Dunia.  Namun sesuatu yang tidak dijangka berlaku. France tewas kepada Israel yang tidak pernah satu game pun menang dalam kumpulan ini dengan 2-3 di Paris, melepaskan gol pada minit ke 92.


Namun France masih mempunyai baki satu perlawanan dan hanya perlu seri menentang Bulgaria di Paris. France mendahului melalui Eric Cantona tapi disamakan oleh Konstadinov. France 1 Bulgaria 1. Jika keputusan kekal, France still akan layak ke Piala Dunia. Namun sesuatu yang tidak terfikirkan berlaku. France menyerang dan mendapat sepakan percuma di sudut kawasan lawan pada minit-minit akhir masa perlawanan. David Ginola membuat cross ke dalam box lawan namun dikutip pertahanan Bulgaria. Dalam serangan counter yang pantas Konstadinov menjaringkan gol kemenangan Bulgaria pada minit ke-90, sama seperti mereka tewas kepada Israel sebelum ini. France sebagai pasukan favourite juara kumpulan gagal ke piala dunia dengan kekalahan mengejutkan pada 2 gol minit ke-90, dan ia merupakan tragedi buat France.


1. ITALY 2022

You know what happened...the article delayed.... 

Oleh : De' Lenjen
Kredit : Wikipedia
               Youtube
                Google image


No comments: