Lagi- lagi JDT meluaskan kuasa. Kelmarin JDT menewaskan pasukan Kedah DA 3-1 di Stadium Darulaman untuk bergelar juara Liga Super buat sekian kalinya lagi. Bukan kemenangan hatrik seperti tripple hatrick gol sensasi Man City Erlind Haaland sekarang, bukan...Si Harimau Selatan ini bukan setakat melakukan kejuaraan hatrick, tapi triple trick, 9 kali berturut-turut JDT menjuarai Liga Super Malaysia, liga utama bolasepak kebangsaan. Wow!! Belum pernah terjadi mana- mana pasukan di Malaya yg pernah meluaskan kuasa seperti ini. Team legend Selangor zaman M.Chandran 70'an tidak, bukan juga team kebangsaan Singapura yg digeruni oleh pasukan negeri di Malaysia zaman Samad Ali Pitchay, tidak juga team tersohor Selangor dianggotai Soh Chin Aun, Mokhtar Dahari dan legend-legend yang lain pada era 80'an, bahkan tidak juga pasukan Ibukota Kuala Lumpur yang diterajui lagenda Singapura Fandi Ahmad pada hujung 80'an.
Sekarang dengan berbaki satu lagi piala, iaitu Piala Malaysia, JDT berpeluang untuk melakar sejarah sebagai pasukan ketiga yang akan meraih 'Treble ' ( Juara Piala Liga, Juara Piala Malaysia, Juara Piala FA ) dalam satu musim. Dengan pengurusan kelab yang profesional diterajui oleh Tengku Mahkota Johor (TNJ), dan jika tiada upset, JDT dijangka akan menjuarai Piala Malaysia tahun ini dan seterusnya bergelar 'Juara Treble'
Namun, di sebalik 'perluasan kuasa' dan dominasi pasukan JDT ini, ada beberapa rekod yang telah dimiliki oleh beberapa pasukan sepanjang bola sepak domestik Malaysia dipertandingkan yang akan kita ketahui dalam artikel ini
Untuk makluman, Liga Super atau liga utama kebangsaan yang telah dijuarai oleh JDT selama 9 tahun berturut-turut ini (2014-2022) hanyalah bermula pada tahun 1982 dan telah berubah penjenamaan sebanyak 5 kali iaitu Piala Liga (1982-1988), Liga Semi Pro Div1 (1989-1993), Liga Perdana (1994-1997), Liga Perdana 1 (1998-2003) dan terkini Liga Super bermula 2004.
Kejuaraan Liga tidak mempunyai sejarah yang panjang seperti Kejuaraan Piala Malaysia yang telah berusia 100 tahun (1921). Piala Malaysia ialah piala lagenda bola sepak Malaysia dan ia adalah piala utama yang menjadi rebutan pasukan-pasukan yang bertanding. Piala Malaysia boleh diibaratkan sama seperti Piala FA Inggeris yang telah berusia hampir 150 tahun dan lebih tua dari umur Perjanjian Pangkor dan lebih lama dari Sejarah Pakmaon 😁. Mungkin ramai yang tidak tahu, Pulau Pinang, pasukan yang tidak mempunyai bintang selepas era Shukor Salleh ( cuma ingat nama Chen Wooi Haw - striker yang pernah mewakili Malaysia ) ialah juara pertama Liga Malaysia mengatasi pasukan yang lebih elit, Selangor, Pahang dan lain-lain. Setahun kemudian Melaka yang sebelum itu merupakan pasukan ikan bilis, menjuarai Piala Liga setelah membawa pulang legend Selangor dan Malaysia, Soh Chin Aun dan keeper Lim Chuan Chin serta peningkatan pemain-pemain tempatan seperti Ramli Junit, Akop Itam, G.Torairaju, Hashim Marman dan lain-lain.
Melaka, Juara Liga 1983 |
Satu lagi kejuaraan yang diadakan ialah Piala FA yang diperkenalkan pada tahun 1990 dengan Perak muncul sebagai juara pertama. Piala FA dianggap ketiga penting selepas Liga Super dan Piala Malaysia. Walaupun tidak selegend Piala Malaysia, namun Liga Super dianggap piala utama bola sepak Malaysia kerana seperti juga EPL, Liga Super adalah kejuaraan yang lebih sukar untuk dicapai kerana bilangan permainan yang banyak. Setiap pasukan perlu konsisten sepanjang tempoh musim bagi mencapai gelaran juara. Sekarang, Liga Super juga menawarkan hadiah kemenangan yang besar dari kejuaraan lain yang berjumlah RM1 juta untuk pasukan bergelar Juara.
Era Piala Liga dan Piala Malaysia (1982-1989) Juara Berganda ( Double Winner )
Selepas pengenalan Piala Liga pada 1982, kini terdapat 2 piala yang menjadi rebutan setiap pasukan. Namun ketika ini Piala Malaysia adalah impian dan idaman setiap pasukan untuk mendakapnya kerana sejarahnya. Selangor merupakan pasukan pertama yang meraih 'Double' apabila menjuarai Piala Malaysia dan Piala Liga serentak pada 1984.
Trio Singapura- K.Kannan, Fandi Ahmad, Malek Awab adalah tunjang kekuatan Kuala Lumpur |
Era ala bolasepak Inggeris 3 Piala rebutan ( Treble Winner )
Bermula 1990, Piala FA diperkenalkan menjadikan sekarang 3 piala yang dipertandingkan. Pasukan-pasukan yang bertanding sekarang boleh mengejar 'Treble' - Juara Piala Liga, Piala Malaysia dan Piala FA. Perak menjadi pasukan pertama menjuarai Piala FA 1990 dengan menumpaskan Selangor 4-2 dalam final yang dramatik. Dari pengenalan Liga Malaysia hingga saat ini semua negeri di Malaysia telah berjaya menjuarai Piala Liga, kecuali Terengganu. Sebelum Liga Super diperkenalkan pada 2004, beberapa pasukan telah bergelar Juara 'Big Double' - iaitu juara Piala Liga dan Piala Malaysia. Johor yang mempunyai pemain import Allistair Edwards, Abbas Saad (Australia) dan Ervin Boban di samping pemain tempatan Khalid Shahdan, Nasir Yusuf, Salehan Md. Som dan lain-lain berjaya menjuarai 'Big Double' pada 1991, namun tidak bergelar Juara 'Treble' apabila gagal dalam Piala FA
Johor - Juara Berganda 1991 |
Pada 1992,Pahang yang dianggota bintang-bintang seperti Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh, Ahmad Yusof, Borhan Abu Samah, Shahdan Zahari di samping pemain import Alan Davidson menjuarai 'Big Double' tetapi gagal juga bergelar Juara 'Treble kerana kecundang di Piala FA.
Pahang - Juara Berganda 1992 Tahun berikutnya giliran Negeri Jelapang Padi, Kedah pula menunjukkan kegagahannya apabila menjuarai gelaran ' Big Double'. Dengan dua pemain import Nigeria, Peter Nieketien dan Adigun Olumbummi dan Tibor Szaban dibantu oleh pemain tempatan seperti kapten Radhi Mat Din, Amad Sobri Ismail, pasangan kembar (dah lupa nama ), Kedah mendominasi bola sepak Malaysia 1993, walaupun turut gagal memperolehi 'Treble'- tewas di Piala FA Singapura, yang sebelum ini merupakan pasukan yang digeruni, dan sering bertukar kejuaraan Piala Malaysia bersama Selangor, tapi mula merudum apabila bintang-bintangnya ramai yang berhijrah ke Malaysia, akhirnya berjaya mengumpulkan pemain asalnya termasuk Malek Awab, dan lagendanya Fandi Ahmad - walaupun sudah bergelar veteran serta bekas pemain import Perak, Jang Jung dari Korea Selatan, berjaya meraih gelaran berganda pada 1994, dan ini adalah 'The Last Hurrah' dan penyertaan terakhir pasukan Singapura dalam bola sepak Malaysia. ( FAM kemudian menjemput Lions XII dalam Liga Super 2013) Johor Darul Ta'zim (JDT) dijenamakan pada 2013 menggantikan pasukan asal Johor FA. Ia dimiliki oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ). Dengan pengurusan yang profesional, kemudahan struktur yang dianggap antara terbaik di Asia, dalam masa satu tahun sahaja JDT menjuarai Liga Super. Dengan sumber kewangan yang mantap, JDT berjaya menarik ramai pemain-pemain bintang untuk menyertai kelab tersebut. Pada tahun 2017 dan 2019 JDT meletakkan mereka antara pasukan-pasukan elit yang pernah mencapai kejuaraan berganda dengan memenangi Liga Super dan Piala Malaysia serentak dalam satu musim. JUARA TREBLE Sehingga berakhir Liga Perdana 1 pada 2003, tiada satu pasukan pun yang berjaya merangkul gelaran 'Treble' iaitu juara Piala Liga, Piala Malaysia dan Piala FA sekaligus dalam satu musim. Namun bermulanya Liga Super atau Malaysia Super League pada 2004, dua pasukan telah mencipta rekod dengan menggondol ketiga-tiga kejuaraan dan sterusnya bergelar Juara Treble. Mari kita lihat siapakah dua pasukan tersebut. Azrai Khor Abdullah - Juralatih pertama menjuarai Gelaran Treble bersama Kedah KEDAH ( 2007 dan 2008 ) Kedah sejak awal 90'an memang diakui sering menjadi pasukan yang kuat dan disegani dalam kancah bola sepak tempatan. Sering melahirkan pemain-pemain yang berbakat dan sering layak ke final Piala Malaysia. Kedah juga pernah bergelar Juara Berganda pada 1993. Namun ini adalah pencapaian terbaik dari mana-mana pasukan dalam bola sepak Malaysia. Pasukan pertama yang mencapai 'Treble', tidak cukup dengan itu mereka mempertahankan gelaran 'Treble', dan mencapai 'Double Treble', 6 piala utama dalam 2 musim dominasi yang mutlak. Rasanya agak mustahil untuk diikuti oleh mana-mana pasukan dalam kancah bola sepak kebangsaan. KELANTAN 2012 Sering gagal meraih trofi, Kelantan hanya dua kali pernah ke perlawanan akhir Piala Malaysia 1955 dan 1970 (tewas kedua-duanya). Kelantan mempunyai beberapa pemain kebangsaan sebelum ini seperti Salim Mahmud, Hashim Mustapha, Zahasmi Ismail, Zami Mohd Noor dan lain-lain. Tapi mereka lebih terkenal dengan permainan nakal dan kasar yang menyebabkan fokus permainan mereka yang sebenar tidak terserlah. Coach sekolah saya pernah berkata ' Team Tentera saja yang boleh lawan kekerasan Kelantan, tapi Tentera pun kena belasah 7-0 ' merujuk kekalahan Tentera kepada Kelantan pada awal tahun 80'an. Namun Kelantan mula mengorak langkah untuk mendominasi bola sepak kebangsaan dengan pengurusan pasukan yang cekap dan pemain-pemain muda yang berkaliber dan lebih berdisiplin dan profesional dengan menjadi naib juara Piala Malaysia 2009. Setahun selepas itu Kelantan muncul sebagai Juara Piala Malaysia buat pertama kalinya dalam sejarah menewaskan N.Sembilan di final. Kelantan meneruskan momentum kecemerlangan apabila juga buat pertama kali menjuarai Liga Super pada 2011. Detik gemilang dalam bola sepak The Red Warriors muncul pada tahun berikutnya 2012 apabila mendominasi mutlak bola sepak Malaysia dengan bergelar Juara Treble, Juara Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA serentak pada satu musim. Menunggu Piala Malaysia untuk meraih gelaran 'Treble' Senarai Pemenang- Pemenang Juara Bola Sepak Malaysia ( Since 1982 ) |
No comments:
Post a Comment